Bab 28

ASHRAFF dan Hazieq melepaskan lelah di sofa selepas menjejakkan kaki di tempat yang dijanjikan. Mereka ingatkan tempat yang dimaksudkan berada di tengah bandar, namun siapa sangka tempat tersebut berada di dalam hutan?

"Kenapa tak kongsi lokasi? Hampir tiga kali kami pusing baru jumpa tempat ni," rungut Ashraff sebelum mencapai sebungkus makanan ringan di atas meja.

"Who are you?" tanya Nik hairan. Dia memerhati kelakuan mereka berdua sejak mereka masuk tadi. Rasanya orang kanan Guardian dah cukup. Kenapa dua orang boleh jumpa tempat ni?

"They are my friends, Ashraff and Hazieq. He is Nik, Alicia's personal assistant," celah Haidar sebelum keadaan menjadi tegang.

"Wait a minute. That's mean they are..." Aurora memandang Alexandra dan Aria silih ganti.

"Yes," balas Alexandra dengan nada perlahan. Kantuk semakin menguasai diri. Dia tidak tahu kenapa Alicia menyuruh mereka datang ke tempat ini, bekas markas Drake.

"Drake, lama lagi ke kau nak buat coding? Aku dah mengantuk ni."

Kedengaran suara rungutan Fuhaid dari tingkat atas menyebabkan Ashraff dan Hazieq saling berpandangan.

"Sistem apa ni? Banyak benda ke yang kami terlepas?" tanya Hazieq sebelum bangun dan menuju ke arah tangga diikuti dengan Leo.

"Kau kata orang kanan kau tak suka kau orang, habis siapa orang kanan kau yang sebenar?" gesa Scarlet.

"Orang kanan kami yang sebenarnya Haidar dan Fuhaid manakala Hazieq dan Ashraff pula menyamar sebagai orang kanan kami. Aku pun tak faham mulanya, tapi mereka buat begitu atas kehendak sendiri," terang Aria.

"Mereka berempat kerja dengan seseorang tetapi aku tak ingat siapa. Bertapa dekat hospital membuatkan aku jadi pelupa."

Aria menggaru belakang telinga apabila banyak maklumat yang berkaitan dengan siasatan mereka di sana dilupakan. Rasanya ada sesuatu berlaku tapi dia tidak dapat ingat.

"Bila masa kau sampai? Janji melayu betul. Yakin betul dapat jumpa tempat ni sebelum pukul 9," rungut Drake namun matanya memandang skrin komputer. Dia perlu menumpukan perhatian kepada coding. Nak harapkan yang lain mereka masih amatur. Silap hari bulan benda lain yang jadi.

"Kami melayu kacukan," jawab Hazieq. Ashraf ketawa apabila melihat reaksi Drake. Jelas dia menyampah mendengar ayat itu.

"Kenapa kita kena kumpul dekat sini? Macam seram je tempat ni. Mana kau jumpa tempat ni, Drake?" tanya Nik dari tingkat bawah. Dia pula sedang melihat bahan kimia yang sesuai untuk digunakan untuk projek mega mereka nanti.

"Tempat ni sebenarnya markas aku. Tapi malangnya, ada sesuatu berlaku."

"Markas?" Mereka saling berpandangan sebelum mengalihkan pandangan ke arah Guardian.

"Kenapa?" tanya Guardian pelik. Tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan mana tidak terkejut.

"Siapa Drake sebenarnya?" tanya Ashraff pelik.

"Tanya la dia, jangan tanya aku. Kalau dia tak nak jawab, tanya Violet. Mana tahu dia boleh jawab, itu pun kalau kau tanya la," balas Alexandra.

Ashraff, Haziq, Haidar, Fuhaid Hunter dan Leo saling berpandangan. Siapa berani tanya Violet. Dengar cerita Nik, Violet dingin tapi bila tengok muka dan dengar suara, lain daripada cerita Nik dan Drake.

"Aku bekas ketua mafia. Kau cakap je apa barang yang kau nak, aku ada barang dia. Kebanyakannya senjata api tapi dadah aku tak jual. Aku mula jadi mafia awal belasan. Aku culik orang yang cari masalah dengan kumpulan aku. Mangsa terakhir yang aku culik ialah Diva. Salah seorang daripada mereka berempat ialah Rachel tapi dia dah keluar daripada kumpulan tu. Aku buat perjanjian dengan Violet. Akhirnya aku jadi orang kanan dia."

"Maknanya, kau orang pertama yang jumpa Guardian." Drake hanya mengangguk tanda mengiyakan. Dia melepaskan lelah selepas selesai coding. Satu kepuasan selepas running system berlaku.

"Tunggu sekejap. Maknanya, kau dah nampak wajah sebenar mereka, kan?" 

Drake mengangguk sebelum memandang skrin komputar. Violet menongkat dagu sambil menaip sesuatu di komputar riba manakala Alicia pula membaca sebuah novel yang dikirim dua minggu lepas, Bintang Paling Terang. Sementara menunggu Drake menghabiskan tugasan, mereka menggunakan masa yang ada untuk melakukan hal lain.

"Kenapa kalau dia pernah lihat wajah kami? Nik pun pernah tengok juga, jangan jakun sangat," tegur Alicia sebelum menanggalkan cermin mata. Dia menatap satu persatu wajah orang kanan mereka. Harap mereka akan berada di sisi mereka sehingga akhir.

Mereka tersengih apabila Alicia menegur.

"Kenapa kami kena berkumpul, Saf?" tanya Alexandra sebelum menutup wajah dengan topi.

"Aku dengan Syaz dapat maklumat baru. Tentang salah satu misi terakhir kita, kita kena 'lepaskan' misi tu dan tumpukan perhatian kepada rawatan. Syaz dapat tahu, kalau kita teruskan siasatan, nyawa kita menjadi taruhan."

"Kita akan mati kalau kita teruskan siasatan. Dalangnya bukan orang biasa, dia dapat perlindungan seseorang. Kita bukan tandingan dia."

Suasana menjadi tegang selepas mereka mendengar penerangan Detektif Guardian.

"Maksud kau, nyawa mereka di Malaysia akan menjadi ganti kalau kita teruskan siasatan? Macam tu ke? Aku tak nak hilang dia..." tanya Aria dengan nada bergetar. Dia tidak dapat membayangkan kalau dia kehilangan  keluarganya. Dia tidak mahu kehilangan Irfan, abang kembarnya.

"Tak... Tak... Kita dah janji akan selesaikan misi tu walaupu nyawa kita jadi galang ganti. Macam mana ni? Aku tak kisah kalau nyawa kita jadi taruhan tapi bukan mereka. Aku takut..." luah Scarlet sebelum menekup wajah. Dia tidak mahu kehilangan keluarga besar.

"Sebab tu aku kata kita kena lepaskan misi ni, tapi aku tak kata kita tak boleh fikirkan jalan lain untuk selesaikan misi ni," ujar Alicia tenang.

"Maksud kau ada orang tahu yang kita sedang selesaikan misi ni secara terbuka? Kita kena lakukannya secara rahsia, itu maksud kau?" tanya Aurora untuk kepastian.  Violet mengangguk tanda bersetuju.

"Lagi satu, minggu depan kami discharge. Kami akan pergi sana dan kita boleh bincang tentang rules pertandingan tu. Masa untuk tunjukkan mereka kebolehan kita."

Guardian menjerit suka apabila dua orang ahli mereka akan bersama untuk menyertai pertandingan tersebut.

Lapan orang jejaka membiarkan Guardian berborak sesama sendiri. Mereka tahu Guardian tidak biasa berpisah lama-lama tetapi kali ini mereka terpaksa berpisah untuk seketika.

"Aku tak pernah tengok wajah ceria mereka. Kesian mereka, muda-muda dah berjauhan dengan keluarga," keluh Drake.

"Mana kau tahu?" tanya Nik. Kenapa dia merasakan dia terlepas sesuatu?

"Mereka mana pernah sebut tentang keluarga. Kalau ada pun adik-beradik mereka sahaja. "

"Cakap tentang adik-beradik Guardian. Kami pernah jumpa abang ketiga, keempat dan kelima Violet dan Scarlet."

"Jangan lupa abang kepada Alexandra, Aurora dan Alicia."

Mereka saling bertukar-tukar cerita sehingga larut malam. Mereka tertidur di atas permaidani dengan pelbagai gaya.

"Kenapa aku rasa macam kita terlupa sesuatu?" tanya Violet kerana dia tidak dengar suara lapan orang jejaka yang sepatutnya berada di sofa seberang.

"Mereka tidur rasanya. Aku dengar suara mereka dari bilik bawah, tiba-tiba dah senyap," balas Scarlet. 

Mereka membuka topeng serentak sebelum topeng itu dipusingkan. Rasanya sudah sampai masa mereka mencari topeng baru. Jika sesuatu melanggar topeng mereka, mesti terbelah atau retak topeng mereka.

"Kau orang nak rekaan yang sama ke dengan topeng sebelum ni? Kalau nak nanti aku minta orang tu buatkan lebih, dalam tiga setiap seorang. Aku bayarkan jangan risau," kata Alicia sebelum mencapai telefon.

Mereka berempat bertepuk tangan apabila Alicia mahu belanja mereka.

"Aku ingat nak beli baju la. Nak ikut ke? Minggu depan kita pergi dengan mereka. Nampak sangat kita kejam kalau tak beri sesuatu kepada mereka selepas mereka selamatkan nyawa kita," cadang Aurora.

Aria mengangguk sebelum mengeluarkan sekeping fail berwarna hitam dari dalam beg sandang. Fail tersebut diletakkan di tengah meja agar yang lain dalam melihat kertas-kertas rekaan baju bersama-sama.

"Cantiknya, aku yakin mereka akan suka dengan rekaan kau."

Aria hanya tersenyum. Sejujurnya dia sudah terlampau mengantuk sehingga tiada tenaga untuk bercakap.

"Jumpa nanti, kesian kau orang penat. Kami pun nak siapkan kerja sikit sebelum berehat. Kita beza tujuh jam. Selamat malam."

Laptop dimatikan selepas Detektif Guardian menamatkan panggilan. Boleh tahan lama juga mereka berbual, hampir empat jam. Tak hairanlah mereka berlapan pergi ke tempat lain. Belum lagi jika mereka diheret untuk pergi ke pusat beli belah.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top