Bab 27

"THERE is something wrong here," bisik Aurora sambil memerhati kelakuan Miss Airis dari belakang Scarlet.

"Aku yang salah pandang atau Miss Airis seperti ada kaitan dengan kes yang father cakap?" tanya Alexandra sambil menongkat dagu.

"Kids! The rules are different. They call me just now you inform me about the rules. But they also asked me to call you, Lawyer Guardian. You need to set the rules. That means you makes and break the rules."

"Apa punya peraturan pertandingan macam tu?" bantah empat orang ahli Guardian serentak.

"Pihak penganjur memang nak kita kena kecam ke apa?" marah Aurora.

"Nampaknya, mereka seperti sengaja memaksa kita untuk membuat keputusan kerana mereka tahu kita kekurangan ahli buat sementara waktu," balas Aria geram.

"Agenda tersembunyi, adakah mereka ingin membalas dendam?" gumam Miss Airis.

"Kita tak boleh ganggu mereka berdua. Kita sendiri tahu apa akan berlaku kalau mereka bekerja dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Buntu betul," luah Scarlet sebelum meletakkan tangan di atas meja.

"Aku tak rasa mereka akan biarkan kita selesaikan masalah ni berempat," ujar Alexandra.

"Apa maksud kau?" tanya Aria pelik. Dia turut merasakan ada seseorang berdiri di belakang.

Alexandra menunjuk gerangan yang berdiri di belakang Aurora dan Aria.

"Tak akan sampai sini mereka dipaksa tolong kita. Nampak sangat kena ugut dengan detektif kita." Scarlet menongkat dagu memandang wajah seorang demi seorang. Cukup enam orang orang kanan mereka.

"Sebenarnya, bukan Violet mahupun Alicia yang hantar kami tetapi orang lain. Kau kenal siapa dia," kata Drake sebeum mengeluh apabila memandang wajah terpinga-pinga lima orang rakannya.

Hunter menyiku lengan Drake meminta penjelasan.

"Jangan cakap dengan aku yang orang lain tahu identiti kau." Alexandra bangun sebelum berjalan menghampiri Drake. Kolar baju jejaka itu dicengkam sebelum ditarik ke depan perlahan.

"Aku yang panggil mereka untuk tolong." Semua mata mengalihkan pandangan ke arah pintu pejabat pengetua.

"Rachel..."

"Kau orang perlukan bantuan mereka. Aku baru dapat tahu yang Diva sebenarnya pura-pura terlibat dalam masalah. Mereka sedang merancang sesuatu tapi aku tak tahu apa rancangan mereka."

"Rachel. Jangan libatkan diri kau dalam hal ini. Kau sendiri tahu siapa kami dan betapa berbahayanya kami. Kau dah nampak apa yang berlaku kalau ada orang cari masalah dengan kami depan mata kau."

Aurora melarang Rachel daripada menyertai rancangan mereka. Dia juga turut merasakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

"We need to discuss this. Just us," kata Aria tegas. Dia tidak tahu tetapi firasat dia menyatakan bahawa Miss Airis orang yang perlu mereka elak.

"Go to your room then. Your private room has everything that you want to use," ujar Madam F sebelum membuka pintu pejabat.

Selepas mereka keluar, Madam F menumpukan perhatian kepada Miss Airis.

"Sudah lama kita tidak berjumpa, Airis atau saya patut panggil awak Miss A. Ada sesuatu yang berlaku ke sehingga awak datang ke sini?" tanya Madam F hairan.

Sejak Airis menamatkan pengajiannya beberapa tahun yang lalu, sukar untuk menghubungi gadis itu. Namun, kebiasaannya gadis itu akan muncul secara tiba-tiba.

"Is this matter relate to them? I heard that you saved Detective Guardian, am I right? Then, why you come without wear a mask. You don't scare if she know who you are?" tanya Pengetua Charles.

"Yes, this matter relate to them. Kebetulan orang yang saya nak tangkap ialah orang yang menculik mereka. Mengenai indentiti saya, mereka tidak akan ingat yang kami pernah berjumpa."

"You don't mean to..."

"Ya. Selepas cecair tersebut siap, tidak lama selepas itu mereka akan lupa siapa saya. Mereka akan lupa mereka pernah bertemu dengan saya."

■ ■ ■ ■

RACHEL dan Drake menggaru kepala apabila berjalan di belakang Guardian. Mereka dapat merasakan keadaan menjadi tegang selepas mereka melangkah keluar dari pejabat pengetua. Drake memandang Rachel yang berjalan di sebelahnya. Melalui ekor mata, dia dapat melihat Rachel seakan-akan dapat merasakan aura dingin Guardian.

"You can feel their aura too?" tanya Drake hairan. Rasanya dia pernah melihat gadis di sebelahnya.

"Of course I can. Don't give me that reaction, you know who am I. I am one of the hostages at that time."

"I remember who are you now. No wonder I feel like I was saw you before."

"How dare you!  Hey! Can I beat him?" tanya Rachel sebelum menuding jari ke arah Drake.

"I do not know if Vio will allow that but maybe just one punch?" cadang Nik selamba.

Drake menjeling Nik kerana melihat Rachel kelihatan terangguk-angguk mendengar cadangan jejaka rambut coklat itu.

"Sorry if I interrupted the conversation but who is the teacher sit in front you?" tanya Leo selepas menekan suis lampu.

"She is Madam F. Our teacher. From the informations we find, she is not a ordinary teacher. Someone send her."

"Spy? Stalker?" tanya Haidar sebelum mengerang kesakitan selepaa belakang badannya dipukul dengan sebuah buku tebal.

"More to babysitter. The question is who send her?"

Fuhaid menongkat dagu sambil mengetuk meja. Sekilas pandang, rupa mereka berempat lebih kurang sama. Dua kali pandang orang akan ingat yang Scarlet dan Aria kembar.

"Aku tak tahu apa yang berlaku tetapi musuh kali ini seperti sudah lama memerhatikan kita. Kenapa masa ni Vio dan Alice tak ada?"

"Kalau mereka ada mesti mereka boleh bantu kita."

Mereka terkejut apabila telefon di atas meja berbunyi nyaring.

"Sambungkan dekat situ," arah Alicia serius.

Tanpa berlengah Nik segera melakukan perkara yang disuruh oleh Alicia.

"Selamat berkenalan. Aku Violet dan dia Alicia. Kami unit detektif yang terlantar di hospital," terang Violet sebelum Alicia membuka mulut.

"Diva terlibat dengan sindiket yang kita cari dua tahun ni. Kalau aku beritahu kau orang mesti tak percaya."

"Apa dia?" tanya Fuhaid tidak sabar.

"Sindiket tu musuh tradisi keluarga kami."

"Apa?"

Keadaan di dalam bilik kerja Guardian menjadi sunyi selepas mendengar penjelasan Detektif Guardian. Mereka tidak percaya.

"Maknanya..."

Haidar dan Fuhaid saling berpandangan. Bukti sudah ada. Miss A memang berdendam dengan sindiket tersebut mereka memusuhi keluarga Guardian. Ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa Miss A nak berdendam dengan orang yang tiada kaitan dengan keluarga angkat Miss A?

"Aku dapat rasakan yang mereka telah lakukan sesuatu kepada keluarga kita berbelas tahun dahulu. Kalau tidak kenapa mereka buru kita?"

"Orang yang serang kau orang dekat hospital angkara mereka juga ke?" tanya Rachel pelik.

"Boleh jadi. Maknanya, mereka dalam bahaya."

Violet menongkat dagu sambil memerhati pandangan yang dilemparkan oleh Leo kepada Rachel. Leo kenal Rachel ke? Kenapa Rachel tak perasan kehadiran Leo kalau mereka memang saling mengenali?

"Nampaknya mereka memang sasarkan orang yang rapat dengan kita. Mereka mungkin boleh lakukan apa sahaja kepada orang yang kita sayang di sini tapi mereka tak boleh cederakan mereka di sana."

"Kau orang bersembang la ye, kami perlu uruskan sesuatu." Laptop dibiarkan terbuka sementara mereka berdua menghilangkan diri ke tempat lain.

"Rachel, aku nak tanya. Kau kenal tak gadis dalam gambar ni?" tanya Hunter sebelum menunjukkan sekeping gambar Airin.

"Dia bukan ke..." Rachel memandang Scarlet lama.

"Ya, dia antara misi terakhir kami sebelum kami pulang ke Malaysia. Misi kami ialah untuk melindungi dia. Aku baru tahu masa aku tengok fail atas meja Madam F."

"Misi terakhir aku tak tahu apa. Aku ingatkan Airin misi terakhir kita rupanya bukan."

Mereka berempat menanggalkan topeng sebelum ditelek topeng itu lama. Kesan calar menunjukkan betapa banyak dan berbahayanya musuh orang perlu mereka tewaskan untuk menjayakan misi.

"Dia Airin Alyana, kan? Wakil daripada Dance High School? Bersama dia ada Boyz kalau tak silap aku," kata Nik. Patutlah bila dia lihat warna rambut Rachel mengingatkan dia kepada seseorang.

"Siapa pula Boyz?" tanya Fuhaid pelik. 

"Orang yang tahu sisi kami lagi satu tapi sayangnya dua orang daripada tiga ingat kami dah tiada lagi. Susah betul bila sepupu kau berkawan dengan seseorang yang ada kaitan dengan kita," ujar Aria sebelum memandang Scarlet. Scarlet mengalihkan pandangan, bukannya dia tidak tahu Aria ingin menyampaikan sesuatu.

"Prepare yourself because after this situation will be tough."

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top