ARIA tersenyum sinis apabila lawannya tergetar-getar melihat matanya. Ria yang bergabung dengannya menahan ketawa daripada meletus. Sampai begitu sekali lawan mereka takut. Hanya mata dan hidung sahaja kelihatan. Tak lupa juga mereka memakai kerudung tanpa lengan.
Alexandra menyergah musuh sebelum dua orang musuh mereka berdua lari lintang pukang. Mereka berdua saling berpandangan sebelum ketawa meletus.
"Giliran kau pula Alexa," ujar Aria.
Aria segera mengisi beberapa butir peluru sambil matanya memandang Syah yang kebetulan memerhatikan dirinya.
"Jangan terkejut. Ira tahu ini kali pertama abang Syah dengan abang sepupu yang lain melihat kami bergabung dengan sisi gelap kami," kata Aria tenang.
"Abang ingat Lina dengan Ria akan ambil alih badan kau orang, tak sangka pula kau orang bergabung," ujar Syah.
Aria hanya mendiamkan dan tidak membalas. Beberapa pucuk pistol selesai diisi peluru lalu diserahkan kepada lima orang abang-abang sepupu.
"Mari, kita bermain."
Alexandra meluru menghampiri salah seorang sebelum menghayunkan sebilah pedang yang dibawa oleh Zairil.
"Kau cederakan abang sepupu dan abang kandung aku, kau akan terima padahnya!"
Serangan Alexandra ditahan menggunakan dua pucuk pistol. Alexandra mengetap gigi apabila pedangnya ditolak kuat. Kakinya tergerak ke belakang sedikit, impak daripada tolakan tersebut.
"Pergi sanalah!" jerit Alexandra sebelum menusuk lawannya di bahagian dada sehingga tembus ke belakang.
Alexandra memuntahkan sejumlah darah selepas lawannya jatuh melutut. Apabila pedang Alexandra hampir menghampiri badan pihak lawan, tembakan dilepaskan, tepat ke arah perut dari jarak dekat.
Darah dan beberapa cebisan daging yang terpercik di hadapan mata membuatkan Haiqal mendongak. Dia terkejut melihat Aryyan menamatkan riwayat orang yang mencederakan Alexandra dengan sedas tembakan.
"Don't disturb us. Mind your own business," marah Aria sambil melepaskan beberapa das peluru ke arah tiang yang menjadi tempat persembunyian dalang kejadian ini.
"Don't play hide and seek, fight me if you are gentleman!" bentak Aria sebelum menghampiri Alexandra yang cedera.
Alexandra memejamkan mata menahan kesakitan yang dialami.
"Aria... Kau bawa tak benda yang aku suruh?" tanya Alexandra perlahan.
"Benda yang kau suruh bawa ada dalam kereta kita. Jangan kata kau dah lupa apa yang terjadi dekat kereta tu," jawab Aria sebelum melutut di hadapan Alexandra.
"Mujurlah kau pakai baju kalis peluru, tapi impak peluru terasa. Aku hanya boleh suntik kau untuk hilangkan kesakitan. Peralatan perubatan tidak mencukupi jika aku nak rawat kau."
Alexandra hanya mengangguk. Dia tidak mempunyai banyak tenaga lagi. Luka di perut dan bergabung dengan sisi gelap membuatkan dia penat. Dia harap Lina tidak ambil alih badannya jika dia hilang kesedaran nanti.
Kau dengan Ira rehat saja, biar aku dan Ria uruskan, ujar Lina dalam mindanya.
Kau bukannya boleh percaya sangat. Bila kau pegang senjata sahaja, kau menjadi teruja untuk mendengar jeritan musuh kau, balas Alexandra.
Ira... Benarkanlah aku ambil alih badan kau. Aku janji yang kau akan seronok dengan perlawanan aku dengan Lina nanti, pujuk Ria.
Kau ingat mereka tu beg tinju kau? Bukannya aku tak tahu perangai kau, Ria. Aku bukan tak nak tapi Rayyan ada dekat sini. Dia kenal kau dengan Lina, terang Aria.
Jangan risau, kami akan menggunakan mata kau orang tetapi kami yang ambil alih, ujar Lina.
Kalau dia tahu tentang identiti kami, kau orang sendiri tahu apa yang akan berlaku dekat kita, pesan Aria dan Alexandra.
Baiklah. Sekarang biar kami yang uruskan mereka, ujar Ria dan Lina.
"Mari Aria, kita habiskan mereka," ujar Alexandra teruja.
Sepucuk pistol diserahkan kepada Alexandra. Aryyan menghampiri Syazwan dan Daniel.
"Sama seperti Evil CP," ujar Aryyan.
Mereka hanya mengangguk tanda mengiyakan. Empat orang penjaga Healer Guardian tergamam melihat mereka berdua berlawan dengan berbelas-belas orang dewasa yang kemampuannya hampir setanding Miss A, namun Alexandra dan Aria mampu menewaskan mereka semua.
"Remember this. Once you know about us, you cannot turn back even you are begging us."
Dua orang musuh yang tinggal mengangguk tanda memahami. Mereka menerangkan bahawa mereka semua diarahkan untuk menangkap orang -orang yang rapat dengan Guardian dan abang-abang sepupu arwah Evil CP.
"Nak tangkap kami? Besar betul angan-angan dia. Skuad 1 masuk! Kurung mereka di tempat biasa," arah Syazwan.
Alexandra sekali lagi memuntahkan sejumlah darah setelah Aria selesai membalut lukanya.
"Kena tahan dekat hospital la nampak gayanya. Kita kena pergi sana. Mereka baru telefon aku yang mereka ada dekat hospital hampir seminggu," ujar Aria.
"Apa dia? Hospital lagi? Kita memang pesakit tetap nampaknya, asyik muka kita sahaja yang ada," balas Alexandra tercungap-cungap.
Daniel memandang tajam empat orang penjaga Healer Guardian. Mereka tersentak apabila Aryyan tiba-tiba pengsan. Mereka memandang Aria yang memegang picagari dan berdiri berdekatan Aria.
"Belum masanya Rayyan tahu identiti sebenar Ira. Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua," ujar Aria sebelum air matanya mengalir.
"Bawa dia pergi. Semakin lama dia di sini, pelbagai masalah akan timbul," arah Daniel.
"Nampaknya, dua tahun akan datang baru kita berjumpa lagi, kan?" tanya Zairil.
"Maaf tetapi selagi kami tidak menghabiskan rawatan dan selesaikan misi terakhir, kami tidak boleh pulang walaupun dia dalam bahaya," ujar Healer Guardian.
"Sebelum kami terlupa, antara kau orang berempat siapa sebenarnya orang kanan Healer Guardian? Tak akan sampai empat orang yang ditugaskan untuk menjaga mereka berdua? Agak pelik melainkan ada orang lain yang arahkan kau orang."
Fuhaid, Haidar dan Hazieq, Ashraff saling berpandangan. Mereka tidak menyangka perkara ini akan ditanya.
"Kenapa kalau empat orang ditugaskan untuk menjaga mereka berdua?" tanya Fuhaid.
"Dua orang lagi akan diburu kerana kuota yang akan dilindungi oleh setiap unit Guardian ialah dua orang."
Ashraff dan Hazieq tersentak mendengar kata-kata Haiqal.
"Betullah ada orang yang arahkan kau orang menyamar jadi orang kanan mereka. Tentu orang itu berkuasa di sini," ujar Syazwan dan Daniel.
"Tapi kenapa aku rasa dia bukan ancaman bagi kita?" tanya Zairil.
"Jaga mereka baik-baik. Kalau apa-apa terjadi, kau orang kena jawab dengan keluarga kami," pesan Syah sebelum menghampiri Haiqal.
"Alexa jaga diri. Bertahan sehingga hari itu tiba," ujar Zairil sebelum memeluk Alexandra.
"Abang pun jaga diri juga."
"Apa yang kau orang nak beritahu dekat mereka bila mereka tanya kau cedera macam ni?" tanya Haidar.
"Pandai-pandai lah kami fikirkan alasannya. Mungkin aku akan beritahu kita bergaduh dekat lapangan terbang keran kau orang tak boleh terima kenyataan? Tengoklah macam mana," ujar Aria selamba.
"Jom kita gerak pergi lapangan terbang, nanti kita terlambat sampai."
"Kita naik pesawat peribadi. Bertenang la dulu. Aku tak kemas baju lagi," bebel Aria.
"Kenapa kau tak kemas baju lagi?"
"Kita dari hospital."
Mereka berdua bertekak sehingga keluar dari gudang. Selepas mereka hilang dari pandangan, Hazieq terpandang seseorang berdiri di hadapan pintu gudang.
"Miss A..."
Mereka memandang seorang wanita yang mereka agak sebaya dengan Syazwan Aiman dan Syazwan Haqimi berjalan menghampiri mereka.
"Jadi, kau ialah orang yang mengarahkan mereka menjaga Guardian?"
"Kalau betul kenapa? Kau patut tahu sesuatu, tiada siapa berani mengusik sekiranya mereka tahu siapa orang yang mengarahkan mereka berempat menjaga Guardian. Aku patut kata Cousin Princess atau Evil CP."
"Apa kau tahu?"
"Semuanya termasuk rahsia yang kau orang berlima tak tahu iaitu ikrar Cousin Princess dan Evil CP."
"Siapa kau sebenarnya? Wajah kau seiras dengan seseorang."
"Kita akan berjumpa secara rasmi beberapa tahun lagi dan apabila masa itu tiba, kau orang akan tahu identiti sebenar aku. Ashraff, Hazieq, Haidar dan Fuhaid, jom balik. Akak ada misi baru."
"Kami menurut arahan Miss A!!"
"Miss A? A? Jangan kata nama kau seterusnya juga huruf yang sama!"
Miss A mengabaikan soalan tersebut. Dia baru sahaja pulang daripada menyelamatkan seseorang dan dia mahu berehat sebelum misi baru diberikan kepadanya.
"Tak mungkin itu dia. Dia dah tak ada. Dia hilang semasa Along dan Angah berusia lima tahun."
"Kau kenal ke siapa dia, Syazwan?" tanya Zairil.
"Kenal sangat. Dia ialah..."
Mata mereka terbeliak apabila mendengar ayat terakhir Daniel.
"Tak mungkin itu dia!" nafi Syah.
"Itu hakikatnya."
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top