Bab 24

ALEXANDRA berpeluk tubuh sambil mendengar penerangan doktor yang merawat Aria.

Tak mustahil Irfan demam juga, getus Alexandra sebelum mengeluh.

"Thank you, doctor."

Alexandra membuka pintu sebelum menghantar doktor tersebut dengan pandangan.

"Kenapa kembar dalam keluarga ni kalau seorang demam, seorang lagi demam? Seorang sakit, seorang lagi akan sakit? Memang sehati sejiwa betul," bebel Alexandra.

Dia mencapai sebiji epal ketika suara seseorang bergema berdekatan wad yang didiami oleh mereka.

"Suara tu seperti suara Miss A."

Alexandra bangkit dari sofa sebelum berjalan dan berdiri di belakang pintu apabila suara Miss A bergema lagi. Sebelah kening Alexandra terjongket mendengar bebelan Miss A.

"Miss A boleh cakap Melayu? Pelik," gumam Alexandra.

"Macam mana dia boleh jadi macam tu? Akak dah pesan supaya jaga mereka, kenapa dia... Urgh..."

Alexandra menggaru kepala yang tidak gatal.

Jaga kami? Apa maksud Miss A dan siapa Miss A sebenarnya? soal Alexandra dalam hati.

"Apa kaitan Miss A dengan mereka berempat? Tak mungkin mereka ada sembunyikan sesuatu daripada kami," gumam Alexandra sebelum menoleh apabila merasakan seseorang berdiri di sebelahnya.

Aria berdiri di sebelahnya dengan wajah pucat sambil menjongketkan sebelah kening.

"Diam dan dengar, jangan banyak bunyi."

Alexandra memberi amaran sebelum Aria membuka mulut.

Kau seorang sahaja yang tak tahu Miss A boleh cakap melayu, getus Aria.

"Kami tak tahu macam mana dia boleh jadi macam tu kak. Kami ada hal, jadi mereka berdua jaga princessess."

"Kamu buat apa? Jangan bagitahu yang kamu lakukannya."

"Kami terpaksa."

Miss A mengeluh sebelum meraup wajah. Dia mendongak memandang siling putih sebelum air matanya turun.

"Kamu nak tahu kenapa akak minta kamu dan yang lain jaga mereka berenam?"

Suara Miss A kedengaran selepas sekian lama.

"Akak pernah hilang adik dan sepupu-sepupu akak. Jadi, akak tak nak keluarga mereka lalui perkara yang sama seperti yang akak lalui. Akak tak ada keluarga lain selain pengetua. Dia yang jaga akak selama ni. Akak tak mampu nak balas jasa keluarga pengetua."

"Patutlah rupa pengetua dan Miss A tak sama. Miss A anak angkat rupanya," bisik Alexandra perlahan.

"Aku rasa Scarlet pernah cakap yang anak pengetua lelaki, kan? Maknanya mungkin dia tahu sesuatu."

"Hanya mereka yang tahu. Kita tak boleh keluar sesuka hati kerana musuh kita sedang memerhatikan mereka."

"Nak pura-pura tak dengar ke?" tanya Aria selepas suara mereka berlima tidak kedengaran selepas beberapa minit.

"Terpulang la, aku okey je. Tapi, aku bukan nak mengeruhkan keadaan. Aku ternampak gambar lama keluarga kita dalam mimpi aku tempoh hari. Aku terpandang seorang budak perempuan ni, mungkin sebaya dengan Abang Aiman dan Abang Haqimi."

"Nak tanya Irfan tentang hal ini, dia tak sihat pula. Hal ni letak tepi dulu la," ujar Aria sebelum berjalan menuju ke katil.

"Kenapa semuanya semakin sukar? Kenapa keadaan kita tak sama seperti yang lain? Kita diperdaya demi keselamatan. Kenapa?"

Alexandra meraup wajah sebelum memandang bingkai gambar di atas meja.

"Aku harap kita dapat misi terakhir kita secepat yang mungkin. Aku tak larat nak hadap semua ni."

"Kita kuat kerana kita masih bertahan selama ni. Kita tak lemah, cuma kita tak mahu orang tahu rahsia yang kita simpan," ujar Aria sebelum menutup kedua-dua mata dengan sebelah tapak tangan.

Air mata dibiarkan mengalir sebelum esakan kedengaran dari wad mereka.

"They were tormented but never expressed it and they chose to hide. When they can't stand it anymore, the monsters will appear and you will not be able to see their real smiles."

Aryyan menoleh sebelum memandang empat orang penjaga Healer.

"Aku tahu permintaan aku ni agak keterlaluan tapi aku harap kau orang boleh tunaikan," ucap Aryyan sebelum menyerahkan sesuatu.

"Cakap saja permintaan kau, kami akan cuba tunaikannya," ujar Haidar tenang.

Mata penjaga Healer yang lain menjadi merah kerana mereka menahan tangisan. Cerita Miss A membuatkan mereka bertekad untuk menjaga Healer walaupun nyawa menjadi galang ganti. Hanya kerana Miss A menyelamatkan mereka. Mereka terselamat daripada kebakaran di gudang dengan bantuan Miss A.

"Kau orang tolong..."

■ ■ ■ ■

"AKU hairan."

Tiga pasang mata menoleh ke arah Fuhaid. Jejaka itu menghela nafas sebelum memandang mereka bertiga.

"Kenapa Rayyan nak kita tolong dia? Kau orang sendiri faham Princess Aria macam mana."

Ashraff menguak rambut ke belakang selepas mengalihkan pandangan ke jendela.

"Dia kata dia perlu siasat sesuatu perkara yang berkaitan dengan Guardian dan Cousin Princess."

"Orang yang sama tetapi personaliti yang berbeza," kata Hazieq sebelum mengeluh.

"Airin Alyana. Siapa Airin sebenarnya? Kenapa misi terakhir Guardian ialah Airin?" tanya Haidar bertubi-tubi.

Dia memejamkan mata seraya mengingati semula maklumat yang pernah dia dengar dan lihat.

"Abaikan apa yang kau orang tahu tentang mereka. Anggap sahaja mereka ialah Guardian dan Queen, bukannya Cousin Princess dan Evil Cp."

Satu suara bergema memberi amaran kepada mereka.

"Kau siapa? Kenapa kau arahkan kami abaikan apa yang kami dengar?"

"Sekali kau tahu siapa mereka, kau tak akan dapat keluar dari dunia mereka. Dunia mereka bukan seperti yang kau bayangkan. Dilayan seperti anak raja, semuanya dilakukan dengan arahan mereka, sangkaan kau salah."

Seseorang memunculkan diri di sebalik kegelapan. Bibir dan hidung sahaja kelihatan. Topi berwarna biru, topeng serta pakaian serba hitam menyebabkan mereka sukar mengenali gerangan tersebut.

"Aku Tengku Haiqal Irham. Boleh panggil aku Haiqal."

Mereka saling berpandangan sebelum memandang Haiqal. Mereka menunggu Haiqal meneruskan bicara yang tergantung.

"Ada yang lain juga tetapi mereka berada di akademi bersama Rayyan. Aku berada di sini atas arahan detektif yang berada bersama Airin," ujar Haiqal tanpa dipinta.

"Apa hubungan kau dengan mereka serta Airin?" tanya Hazieq pelik.

"Aku? Aku abang Violet dan Scarlet. Abang kelima mereka. Aku dengan Airin? Airin adik aku juga," jawab Haiqal dengan nada datar.

"Abang? Jangan kata mereka ialah kembar tiga?" soal Ashraff dengan mata terbeliak.

Belum sempat Haiqal menjawab pertanyaan Ashraff, mereka berlima diserang secara tiba-tiba.

"Siapa mereka ni?" tanya Haidar bengang selepas mereka saling membelakangi.

"Musuh Guardian, atau lebih tepat musuh kami semua."

Mereka berempat berusaha mengelak serangan tanpa henti kerana tidak membawa senjata bersama sementara Haiqal cuba menghubungi empat orang abangnya.

"Abang!! Tolong aku!" Itu sahaja yang sempat Haiqal katakan ketika telefonnya ditendang jauh.

"Kod satu!!" Haiqal menjerit sebelum telefonnya dipijak tanpa henti. Haiqal terkedu apabila melihat telefon yang sudah tiada rupa.

"Akhirnya, aku jumpa kau. Aku tak sangka kau bersembunyi di sini selama dua minggu," perli lawan Haiqal.

Haiqal tidak membalas sebaliknya dia terus menyerang saat lawannya terleka.

"Aku boleh bayangkan apabila mereka tiba dan lihat jasad kau tergantung."

"Dalam mimpi kau," bidas Syazwan dari belakang.

Sepakan dari arah belakang menyebabkan lawan Haiqal terhentak ke dinding.

"Kenapa tak beritahu aku kau ada dekat sini?" tanya Zairil.

Syah sempat menolak kepala Zairil dan Haiqal ke bawah sebelum beberapa butir peluru hampir mengenai kepala mereka berdua.

"Nak bergaduh tengok tempat dulu la! Suka hati dia je nak gaduh masa berlawan. Hilang nyawa baru tahu," bebel Daniel dari jauh.

Syazwan Aiman dan Syazwan Haqimi tidak dapat sertai mereka berlima kerana ada urusan di Akademi Heart dan Akademi Destiny. Begitu juga dengan Kak Rin dan Kak Ikin.

Tanpa mereka sedari, mereka telah termasuk dalam perangkap musuh iaitu mahu mereka saling membelakangi antara satu sama lain.

Secara tiba-tiba, musuh mereka memegang kepala dan melutut lalu menjerit.

"Nampaknya ubat tu berkesan."

"Gunakan mereka sebagai umpan bagi mencari kami? Lemah."

Tumpuan tertumpu pada timbunan kotak di bahagian kiri. Mereka melihat dua pasang mata memerhati di sebalik topeng.

"Kau memang cari masalah!" jerit Aria sebelum menyerang lawan Haiqal dengan tangkas.

"Pernah dengar Evil CP? Kau tahu kan mereka tak akan melepaskan orang yang cederakan orang yang berkaitan dengan mereka?" tanya Alexandra dari arah belakang salah seorang musuh mereka.

Alexandra tersenyum sebelum menghayunkan pedang menembusi belakang orang di hadapannya. Darah yang terpercik membuatkan Lina meronta-ronta mahu keluar.

"Lina!"

"Ria!"

Sejurus selepas mereka menjerit nama itu, mata mereka bertukar warna. Sama seperti dua tahun lalu.

Pedang dan pistol dilihat sekilas lalu sebelum mereka ketawa secara tiba-tiba.

"Bersiap sedialah untuk menderita!"

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top