Bab 23
ARIA mengeliat selepas menyiram pokok bunga. Alexandra tertidur sementara menunggu Aria selesai menyiram pokok bunga yang ditanam oleh seseorang. Sebelum Subuh seseorang menghantar mesej menyuruhnya menyiram pokok bunga dan dibayar gaji yang agak mahal.
"Buat kerja senang, gaji besar. Kaya aku kalau macam ni setiap hari," gumam Aria sebelum menoleh.
Kepala digeleng melihat Alexandra nyenyak tidur berbantalkan lengan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"Mira!!" Alexandra mengeliat sebelum menggosok mata. Matanya meliar mencari gerangan yang menganggu tidurnya.
Nak lelap sekejap pun tak senang, getus Alexandra.
"Jangan mengata aku Mira. Jangan ingat aku tak tahu apa kau bebel," bebel Aria tanpa memandang. Alexandra menoleh sebelum membuat muka.
Payah betul dapat sepupu pembaca minda ni, getus Alexandra.
"Princess, jom pergi sekolah." Fuhaid meletakkan bekal makanan Aria dan Alexandra di atas meja. Hazieq dan Ashraff menyandang beg sambil menghampiri mereka bertiga.
"Mana Aryyan?" Aria bertanya dari jauh apabila kelibat Rayyan tidak kelihatan sejak pagi.
"Dia kena jumpa pengetua, katanya ada urusan yang perlu diselesaikan," balas Haidar.
Dua gugus kunci yang berada di tangan Haidar diambil sebelum ditelek. Segugus kunci milik Aria dibaling.
"Aria!"
Aria mendengus apabila Alexandra membaling segugus kunci ke arahnya.
"Kalau kunci jatuh dalam kolam, aku tolak kau. Kau ambil balik kunci tu."
Alexandra menjelirkan lidah sebelum ketawa.
"Bila masa superbikes ni ada dekat sini? Aku rasa masa kita balik jog pagi tadi tak ada," ujar Ashraff sebelum menggaru kepala. Dua buah superbikes yang agak asing dipandang lama.
"My baby boo!!" Alexandra menjerit sambil berjalan mendekati superbike kesayangan. Dah lama tak berjumpa kerana superbikes mereka masuk bengkel.
"Seriuslah princess?" tanya Hazieq. Mereka berempat saling berpandangan. Akak misteri tak kata pula Healer Guardian ada superbikes.
"Kami gerak dulu!!" Mereka berempat terbatuk-batuk selepas Healer Guardian beredar.
"Tak apa ke kau orang tak pergi sekolah bersama mereka?" tanya Hazieq sebelum menoleh memandang Haidar dan Fuhaid.
"Kalau sesuatu berlaku, aku akan beritahu . Jom gerak. Nanti mereka syak kita ada agenda lain," ajak Ashraff sebelum menepuk bahu Hazieq perlahan.
"Betul ke apa yang kita buat ni?" tanya Haidar sambil menaiki tangga. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket kerudung.
"Ini saja cara yang ada untuk merungkaikan persoalan kita. Nak tanya mereka? Kau fikir mereka akan jawab ke? Memang tak la. Pakai sarung tangan dulu dan jangan tinggalkan sebarang jejak."
Mereka berdua menarik nafas sebelum membuka pintu bilik Healer Guardian.
"Aku tak yakin kita dapat cari maklumat yang kita nak."
"Aku setuju. Banyak betul fail mereka."
■ ■ ■ ■
MEREKA berdua saling berpandangan sebelum memandang Aryyan. Aryyan berpeluk tubuh sambil memandang Aria. Alexandra menggaru pipi apabila dia melihat pandangan yang Arryan berikan.
Menyeramkan. Rasanya itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan pandangan Aryyan.
"Ira? Apa kau merepek ni?" tanya Aria terkejut.
Rahsia dah terbongkar ke? soal Aria dalam hati.
"Aku cuma tanya macam mana kau kenal arwah Ira? Kenapa kau nampak terkejut sangat? Kau ada sembunyikan sesuatu ke?"
Aryyan berjalan mendekati Aria sebelum menunduk sedikit memandang anak mata Aria mencari kebenaran.
"Kau fikir aku ingat ke macam mana aku kenal dia? Tolonglah jangan ganggu kami. Kami ada hal mustahak yang perlu dilakukan berbanding menyelesaikan teka-teki kau ni. Jom Alexa, kita gerak."
Aria cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan Aryyan. Dia tidak bersedia untuk mendedahkan kebenaran. Misi mereka belum selesai lagi.
Alexandra berjalan melepasi Aryyan terlebih dahulu sebelum diikuti Aria. Aryyan sempat menjeling sekilas lalu jam di pergelangan kiri Aria. Sama seperti jam yang dia hadiahi kepada arwah. Corak dan warna dia yang pilih dan reka.
"Berpura-pura tak kenal lebih sakit daripada hilang ingatan."
Aria terus melangkah walaupun dia tersentak dengan kata-kata Aryyan. Benar apa yang dia kata, berpura-pura tak kenal lebih sakit daripada hilang ingatan.
Mereka berdua berjalan menuju ke bilik pengetua. Aria mengetuk pintu sebelum mereka dibenarkan masuk.
"Welcome to Emerald Academy, girls. You can call me, Miss A."
Alexandra memandang Aria dan Miss A berulang kali. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya berkaitan mereka berdua.
"So, Miss A. You know who are we behind the mask, right?" tanya Alexandra seraya duduk di hadapan Miss A tanpa dipelawa.
"You can say like that." Miss A tenang membalas pandangan tajam milik Alexandra.
"How do you know our identities if father just send our profiles right now?" Alexandra menunjuk skrin komputer yang terpapar satu fail milik Guardian.
"Too many questions, young woman. You know what? You are late for your first class," balas Miss A tenang.
Alexandra bangun sebelum berlari. Mata mereka terpejam apabila pintu dihempas kuat.
"Roboh pintu mama kalau macam ni," rungut Miss A sebelum menutup fail yang terpapar di skrin komputer.
"Kelas saya di mana?" Miss A baru tersedar ada orang lain selain dirinya di dalam pejabat.
"Hari ini kamu tiada kelas. Esok baru kamu ada kelas. Ada apa-apa soalan lagi?" Aria menggelengkan kepala sebelum menguap.
"Kalau kamu nak tidur, masuk bilik rehat tu. Jangan risau, saya ada di sini sepanjang masa," ujar Miss A sambil menunjuk ke arah pintu berwarna putih. Aria menonong masuk sebelum badan direbah di atas katil. Dia terus terlena.
"Ira... Ira. Tak pernah berubah." Miss A mengangkat kepala apabila pintu pejabat ditolak perlahan.
"I thought you have something to do there but I don't know you have extra time to be cctv here, to take care them."
"Mummy, it is so hurt. I just want to take care her before she left. Is it wrong?"
"No dear. I don't want you to ignore you health. Remember that you have appointments? Don't miss your appointment again, it will disturb you mind. You must be healthy to take care them."
"Yes mummy, I will never skip the appointments again." Miss A memeluk ibu angkatnya. Mereka tidak menyedari pintu putih terbuka sedikit.
"Before I forget, what is her name?"
"Disguise or real?" Miss A menjerit kesakitan apabila lengannya dicubit.
"Both."
"Miku Aria Zaver and Tengku Safira Sharia."
"Can I see her?" Miss A menunjuk ke arah pintu putih.
"She is sleeping. Maybe next time. I got to go. Bye darling, don't forget to eat on time."
"Yes mummy, love you!" Miss A menarik nafas lega apabila ibu angkatnya beredar.
■ ■ ■ ■
ALEXANDRA menongkat dagu selepas guru keluar. Dia tertanya-tanya mengapa Aria tidak sekelas dengannya.
"Kenapa Aria tak ada? Bosan betul," rungut Alexandra sebelum menekup wajah.
Dia mendengar kekecohan di luar namun dia tidak rajin mahu melihat. Kedatangan mereka di sini sudah menarik perhatian orang ramai.
"Don't you dare to touch our princess!!" Alexandra mengangkat kepala apabila mendengar ayat tersebut.
"Macam kenal je suara tu."
Alexandra mengambil keputusan untuk melihat apabila mendengar suasana menjadi semakin kecoh.
"They were lucky because they had the same name like the mystery billionaire. I knew both of you became their bodyguards because their wealth. Am I right?"
Lelaki itu ketawa berdekah-dekah sebelum badannya terhempas di dinding. Semua mata terarah pada seorang gadis yang memakai topeng.
"Aria."
"At least, I don't use your money to pay their salary. Before I forget, let me introduce myself. I am Ria, Evil Cp's member. I just want to say, think before you say something. Let's go Lina, I am hungry."
Aria berjalan sebelum berhenti di hadapan Hazieq dan Ashraff.
"Can you walk?" tanya Alexandra sambil membelek luka Hazieq. Mereka berdua menggeleng.
Mereka berdua tenang merawat luka Hazieq sam Ashraff walaupun luka mereka boleh dikatakan agak teruk.
"Principle want to see you now."
Para pelajar berbisik apabila melihat Miss A berada di tempat kejadian.
"Who are you?" tanya salah seorang pelajar.
"Me? I am your temporary principle. Your principle have something to do and she ask me to take over this school. You can can call me Miss A."
Aria cuba menenangkan diri sambil berjalan. Alexandra hampir terlanggar Aria apabila gadis itu berhenti secara mengejut.
"Mana kau letak mata kau?" Suara garau menyapa pendengaran mereka.
Aria mengendahkan suara itu sebelum pandangannya berbalam. Suara terakhir yang dia dengar ialah suara Aryyan.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top