Bab 21

HEALER Guardian melihat profil dua orang pelajar ketika dalam perjalan ke sekolah baru mereka. Mereka tidak sempat bersarapan kerana mereka tidak jumpa baju rasmi Guardian.

"Aku menyesal pilih Kanada tetapi, aku akan lebih menyesal jika pilih New York. Airin tak dapat jumpa Violet dan Scarlet akan kerjakan aku cukup-cukup," ujar Alexandra sebelum menatap gambar bakal orang kanannya.

"Harap saja muka boleh tahan, tetapi perangai hampeh. Kau beritahu tadi kau tak sedap hati, kan? Tengok muka pun dah boleh tahu," bebel Aria. Fail ditutup kasar sebelum dicampak ke tempat duduk di depannya.

Dua cawan air dipegang sebelum satu cawan diserah kepada Aria. Air disedut rakus menghilangkan bara di hati.

"Miss, we has a problem. Someone..." Mereka berdua sempat meletak cawan air di tempat pemegang sebelum mereka terdorong ke depan.

"Mummy, help me!!" Keadaan dalam kereta huru-hara dengan jeritan Healer Guardian.

"Aku nak hidup lama!" Aria menjerit namun dalam masa yang sama dia membuka tingkap sebelum melepaskan tembakan. Kepala Alexandra ditolak ke bawah apabila sedas tembakan dilepaskan oleh pihak lawan.

"Tudung aku!" bentak Alexandra sebelum menekan butang di sebelahnya. Kereta dipandu secara automatik. Pemandu mereka diarahkan ke tempat duduk di belakang mereka.

"Miss..."

"Just zip your mouth. We know what we do," bidas Alexandra.

Dia mengambil sebilah pedang apabila mereka dikepung. Aria sempat mengambil beberapa butir peluru sebagai persediaan. Mereka berdua keluar dan menyuruh pemandu peribadi menelefon polis.

"What do you want?" tanya Aria bengang. Dia baru perasaan pipinya terluka. Ditambah pula dengan angin sejuk, membuatkan dia mengetap gigi.

"If you want to waste our time, find someone else who can play with you. We are late," tokok Alexandra sebelum bersandar di pintu bahagian pemandu. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Peluang untuk melarikan diri agak tipis. Menunggu dan menyerah bukan jalan terbaik.

"You are the member of Evil Cp, right? We just want to talk. We don't want to harm you." Mereka berdua saling berpandangan sebelum mengalihkan pandangan.

"Why we should trust you? You attacked us and we almost died! We injured and late to go to school. That you said you didn't wanted to harm us?" marah Aria.

"So, what should we do?"

"Just let we go. We can talk later. Just ask somebody and ask where we are but don't go to our school." Usai berkata, sebuah kereta berhenti di sebelah kereta mereka.

"You are new student at Emerald Academy from Victory Academy, right? You will be late if you stuck here. Want to join?" Healer Guardian mencapai beg sebelum mengambil telefon mereka pada pemandu peribadi mereka.

"They are not dangerous. Go with them. Someone will pick this car," ujar Alexandra. Alexandra mencapai sarung pedang sebagai langkah berjaga-jaga. Mana tahu tiba-tiba dia hilang kawalan.

"Aku tak percaya kita terpaksa tumpang strangers. Telefon mereka kalau sesuatu berlaku," kata Aria sebelum menutup pintu kereta.

"What?" tanya Alexandra apabila Haidar memandangnya.

"We will be late..." Alexandra ketawa sebelum masuk melalui tingkap.

"Who are they?" tanya Fuhaid di sebelah Aria selepas beberapa minit.

"Don't know and why you want to know?" Aria melemparkan pandangan jengkel. Suka hati je nak menyibuk hal orang.

"Just curious, don't look at me like that. You look like a old witch." Alexandra dan Haidar ketawa perlahan mendengar gelaran baru Aria.

"Apa? Ahli sihir tua? Hei! Pergi cuci mulut kau dengan Clorox la! Muka aku punyalah elok, kau kata aku ahli sihir tua. Kurang asam jawa betul," marah Aria sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap.

"Malay girl, hah? Buat penat je aku speaking tadi." Mereka berdua saling menjeling sebelum Aria menepuk bahu kiri Fuhaid kuat.

"Aku bagitahu abang aku! Padan muka kau kena belasah nanti!" jerit Aria sekuat hati. Tetapi, suara Aria menjerit sangat comel.

"Irfan!!" Fuhaid mula cemas apabila jeritan Aria bertukar menjadi tangisan. Alexandra memandang tempat lain apabila pandangan mata mereka bertemu.

"Tolong aku..." Alexandra memejamkan mata sebelum pura-pura tidur.

"Irfan, ada orang buli adik kau." Suara Irfan naik apabila mendengar seseorang membuli adiknya.

"Jangan buli adik aku." Mereka bertiga melihat lengan apabila mendengar suara dingin Irfan.

Seram...

"Okey, okey. Aku tak buli adik kau. Aku usik sikit je, dia dah menjerit," terang Fuhai. Irfan menjeling sebelum memujuk Aria.

"Aku Haidar. Dia Fuhaid. Maksud nama aku berani, singa. Dia pula harimau."

"Aku Miku Alexandra Zaver. Budak yang kau buli tadi Miku Aria Zaver. Kami dari Akademi Victory di UK. Kami pegang jawatan healer di sana."

Haidar dan Fuhaid saling berpandangan. Mereka kelihatan terkejut mendengar kata-kata Alexandra. Aria yang tersebik di sebelah dipandang lama.

"Guardian?" tanya Fuhaid perlahan. Dia ingin memastikan sesuatu. Jika betul sangkaan dia, mereka berdua dalam bahaya.

"Aku rasa aku tak beritahu siapa kami. Macam mana kau tahu?" tanya Aria pelik. Mereka hanya memakai cermin mata dan penutup mulut.

"Siapa yang tak kenal Guardian? Kau orang ada enam orang. Satu sekolah heboh pasal kau orang," balas Haidar tenang.

"Alamak! Fail tu dalam kereta. Aku tak sempat nak tengok gambar mereka," rungut Aria sebelum menekup muka.

"Aku ada tangkap gambar tapi aku pelik dengan gambar tu. Macam ada sesuatu yang tak kena."

Fuhaid memandang Haidar melalui cermin pandang belakang. Mereka tahu sesuatu yang Guardian tidak tahu dan ia melibatkan nyawa mereka berdua.

"Kau kenal ke siapa mereka?"

"Kita dah sampai," pintas Haidar sebelum pemandu menarik gear.

"Nice to meet you, Alexa and Aria. Someone told me about Guardian every time when we met. Take care." Alexandra dan Aria saling berpandangan sebelum beg mereka ditarik sehingga ke pejabat.

"They are Guardian." Tidak sampai beberapa saat, mereka diberikan segugus kunci dan beberapa keperluan lain.

"What is this?" tanya mereka berdua serentak.

"Barang la, apa lagi. Tak akan makanan pula," balas Haidar dan Fuhaid. Mereka berdua dijeling sebelum pandangan healer mula berbalam.

"Kau okey tak?" Suara Fuhaid ialah suara terakhir mereka dengar sebelum mereka pengsan.

■ ■ ■ ■

DUA orang pelajar lelaki menghampiri mereka berempat.

"Jadi, merekalah Guardian? Not bad."

"Kau jangan berangan nak buli mereka teruk-teruk. Dia arahkan kita untuk jaga mereka, bukan buli mereka," balas Haidar. Seorang pelajar lelaki bertopi menghampiri Fuhaid.

"Jangan risau. Dia hanya penat. Terlebih guna tenaga mungkin. Kau orang jaga mereka, biar kami jadi watak antagonis."

"Tak apa ke kalau kita tipu mereka? Bayangkan kalau yang lain tahu, teruk kita nanti," kata Fuhaid sebelum menekup muka. Dia serba salah dengan rancangan ini. Memang mereka merencana rancangan ini demi keselamatan Guardian tetapi entahlah, dia tidak tahu nak terangkan.

"Mereka akan faham suatu hari nanti. Kau orang sebenarnya orang kanan mereka, bukan kami. Kau memang terpilih tetapi dalam masa yang sama nyawa kau akan terancam. Ini saja yang kami boleh buat untuk kau orang."

Mereka berempat mengeluh sebelum memandang Alexandra dan Aria yang tiada tanda-tanda akan sedarkan diri dalam masa terdekat.

"Cikgu bagi kita peluang hari ini. Aku nak tidur." Haidar melemparkan pandangan jengkel.

"Itu saja yang kau tahu." Dia mengendahkan Haidar sebelum berpura-pura berdengkur.

"Sepanjang mereka di sini, kau orang lindungi mereka. Jangan bagi sesiapa sakiti mereka terutama Aria. Teruk kita kena dengan dia nanti. Badan aku sakit-sakit kerana denda semalam."

Fuhaid menggelengkan kepala. Tidak dinafikan dia sangat tegas namun penyayang. Salah mereka juga menyelinap keluar tanpa memberitahu dia.

"Tetapi akak tu tak pernah bagitahu kita nama dia. Dia cuma suruh kita panggil dia akak je. Pelik betul," ujar Fuhaid sebelum memandang telefonnya yang tiba-tiba berbunyi.

"Baru cakap, dah telefon. Macam tahu-tahu je kita sedang bercakap tentang dia."

Fuhaid menekan ikon speaker agar mereka bertiga dapat mendengar sekali.

"Mereka macam mana? Okey ke tidak? Teruk je kecederaan mereka? Aduh... masaklah akak kalau macam ni."

"Mereka okey, cuma mungkin tak cukup rehat. Mereka ada dekat bilik rawatan. Akak jangan risau, kami berempat ada untuk jaga mereka. Akka cuma fokus dekat kerja akak je."

Haidar menarik nafas dalam-dalam.

"Akak... jangan stress sangat. Kami tahu tugas kami. Macam mana dengan geng semalam?"

"Dah beres tapi ada sesuatu yang buat akak pelik. Mereka seperti sedang memerhati seseorang tetapi akak tak tahu siapa."

"Bye kak. Berbual lama-lama nanti mereka dengar pula."

"Kejamnya kau," kata Fuhaid sebelum menggelengkan kepala.

"Langkah keselamatan supaya kita tak kena bebel."

"Apa hubungan Guardian dengan akak tu sampai kita kena jaga mereka?"

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top