Bab 20

HAKIM termenung jauh. Irfan menarik nafas sebelum menghampiri Hakim dan Aizu.

"Kau nak apa?" Irfan menutup mulut agar dia tidak menjerit. Irfan dan Aizu saling berpandangan.

"Kau kenapa? Termenung je? Kau ada masalah ke?" soal Aizu sebelum memakai jam. Hakim mengeluh sebelum mendongak melihat langit.

"Aku bermimpi. Aku mimpi Syaz. Syaz cuba selamatkan aku tetapi dia tak berjaya."

Mereka berdua saling berpandangan sebelum Irfan menoleh ke belakang. Violet menghampiri mereka sebelum duduk di sebelah Irfan.

"Kadang-kala, mimpi tu tak betul. Kau tak payah fikirkan sangat," balas Violet sebelum menyarung kerudung. Hari ini, mereka berdua ada misi dan kemungkinan identiti terbongkar tinggi.

"Rindu seseorang yang 'sudah tiada' memang perit, tapi kau kena redha. Kalau aku jodoh kau, larilah ke hujung dunia sekalipun, kita tetap akan berjumpa." Ayat terakhir Violet berbisik dan tidak didengari mereka bertiga.

"Aku kena bersiap. Alice dan aku ada misi. Jangan merayap tanpa Nik dan Drake, faham?" kata Violet sebelum memakai topeng. Hanya hidung dan bibir saja kelihatan. Hakim tidak berkelip melihat Violet. Dia seperti pernah melihat pakaian Violet dalam telefon Syaz.

"Kau reka sendiri ke baju tu?" Violet mengambil kunci superbike sebelum memandang Hakim.

"Seseorang reka untuk aku sebenarnya. Tetapi malangnya, dia tak sempat nak tengok hasil rekaan dia. Aku gerak dulu." Violet mengukir senyuman nipis selepas memalingkan badan. Alicia yang mengeliat di tepi superbike ditepuk perlahan.

"Kalaulah kau ingat," gumam Violet.

"Jom." Alicia menyarung helmet sebelum memandang Irfan sekilas.

Mereka bertiga menghantar Guardian melalui pandangan sebelum mereka hilang daripada pandangan.

"Cantik superbike mereka, tapi aku rasa macam pernah tengoklah sebelum ni," ujar Aizu sebelum menggaru kepala.

"Mungkin dalam mimpi," balas Irfan sebelum menggigit sekeping roti.

Memanglah kau pernah tengok, tapi itu dulu, getus Irfan.

Nik dan Airin saling berpandangan apabila Boyz termenung jauh dan tidak menyedari kehadiran mereka berdua.

"Kau bertiga dah kenapa?" soal Nik sebelum mencapai sekeping roti. Boyz tersentak sebelum memandang Nik.

"Bila kau datang?" Airin menggelengkan kepala mendengar soalan Hakim. Sah, memang mereka berangan.

"Baru saja tadi. Mereka berdua dah lama pergi ke?" tanya Airin walaupun dia tahu.

"10 minit yang lepas mereka gerak. Mereka memang selalu selesaikan misi ke? Kenapa mereka selalu pakai kerudung?"

"Satu-satu ye Aizu. Kerudung yang mereka pakai jika ada misi sangat bermakna bagi mereka. Itu membuatkan mereka akan lebih bersemangat untuk selesaikan misi. Itu apa yang Drake beritahu aku."

"Jom kita..." Mereka berlima tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

■ ■ ■ ■

HAKIM, Nik dan Airin menjerit kesakitan apabila mereka disimbah dengan air perahan lemon.

"Sakitlah!" jerit Airin apabila dia ditampar sebanyak dua kali. Airin mengetap gigi agar dia tidak hilang kawalan.

Jangan keluar, jangan keluar. Kita dah janji dengan mereka jangan belasah orang, getus Airin.

"Apa kau nak?" tanya Hakim perlahan. Darah yang membasahi wajahnya menyukarkan dia melihat dengan jelas. Tambahan pula, dia kehilangan banyak darah.

"Apa yang aku nak? Hmm... serahkan Guardian dan aku akan lepaskan kau orang." Nik memandang Airin yang menggigil tiba-tiba.

"Mereka tak bodoh nak serah diri macam itu saja. Kau belum kenal siapa Guardian sebenarnya," kata Airin sebelum mendongak. Kedua-dua anak matanya berubah warna. Namun disebabkan dia tidak makan selama beberapa hari, dia tidak boleh merentap ikatan.

"Hmm... kalau macam tu, apa kata kalau kau jadi umpan?" Airin ditarik sehingga berdiri di hadapan mereka berdua. Rahang Airin dicengkam sebelum matanya terpejam.

"Airin ada dalam tangan aku. Kalau kau nak mereka selamat, serah diri. Jangan panggil orang lain kalau kau nak budak ni hidup!" Airin cuba mengelak daripada bahang api di hadapan wajahnya. Wendy memekik supaya Airin membenarkan dia keluar.

"Jangan... jangan..." Airin ditolak kasar sebelum penculik berjalan mendekati Nik dan Hakim.

"Aku pilih kau sebagai mangsa seterusnya." Mata Hakim terbeliak apabila bahunya ditikam. Dia menjerit kesakitan apabila torehan semakin panjang.

"Lepaskan dia!" Penculik itu jatuh berguling-guling selepas ditendang dari tepi.

"Hakim!" Dagu Hakim ditolak perlahan agar dia dapat melihat keadaan jejaka itu.

"Airin... Airin..." Alicia cuba menyedarkan Airin daripada pitam. Mata gadis itu semakin kuyu.

"Airin... Ni aku Saf. Kalau kau nak tahu..."

"Aku Syaz." Hakim mendongak memandang Violet di hadapannya.

"Maafkan aku, Hakim. Tetapi ini untuk kebaikan kau," ujar Violet sebelum mengukir senyuman nipis di sebalik topeng.

"Aku rindu kau, Syaz." Hakim memejamkan mata bersama linangan air mata.

"Kau cari pasal dengan orang yang salah!" Violet melepaskan beberapa das tembakan namun semuanya dapat dielak malah tembakan sempat dilepaskan ke arah Nik. Nik bernasib baik kerana memakai baju kalis peluru.

Alicia berlawan dengan empat orang konco mafia itu dengan tangkas. Rina dibiarkan menguasai diri walaupun dia tahu agak bahaya.

"Jangan cari pasal dengan mereka!" Violet sempat menolak Hakim apabila sebuah kotak melayang ke arah seorang konco di sebelah Hakim.

Semua mata terarah pada sekumpulan mafia yang dianggotai seorang wanita. Airin tersedar apabila dia terbau minyak wangi yang tak asing baginya.

"Jaga Airin. Biar akak selesaikan mereka." Tanpa berlengah, mereka menewaskan kumpulan mafia jahat. Hakim mengerang kesakitan sebelum pandangannya bertaut dengan Violet.

"Kau jahat," gumam Hakim sebelum menarik nafas.

"Aku tahu," balas Violet sebelum duduk di sebelah Hakim. Dia bangun daripada terbaring perlahan-lahan.

"Mana Aizu dan Irfan?" tanya wanita itu cemas.

"Rasanya mereka dibawa keluar semalam. Mereka dikurung dalam bilik di tingkat atas. Sekurang-kurangnya, mereka masih hidup," balas Alicia penat. Rina memang memerlukan banyak tenaga apabila mengambil alih badannya.

"Liya tak muncul ke?" Makin berkerut dahi Violet mendengar soalan itu.

"Macam mana akak kenal siapa Liya? Tak semua orang tahu kami ada sisi lain," balas Violet walaupun dia ragu dengan wanita di hadapannya. Ada iras Ira dan Irfan tetapi mungkin kebetulan saja.

"Semua tentang kamu semua akak tahu. Sebelum akak beredar, akak nak pesan sesuatu. Kalau jumpa Ira dan Irfan, beritahu mereka akak minta maaf."

"Evil Cp tetap akan bersama walaupun berjauhan. Kotakan ikrar itu walaupun kadang-kala ia akan menjadi mustahil. Jaga pewaris terakhir walaupun nyawa kita menjadi taruhan." Wanita itu beredar dan meninggalkan seribu persoalan dalam diri mereka.

"Macam mana akak tu tahu ikrar kita? Aku rasa kita yang jumpa buku tu. Keluarga kita pun tak tahu tentang buku itu. Peliklah," luah Alicia sebelum duduk di sebelah Airin.

"Wendy, jangan paksa Airin. Dia lemah sekarang ni. Kalau kau keluar, dia akan pengsan," pujuk Violet sebelum mengusap ubun-ubun Airin.

"Tapi kau cedera... aku nak tolong." Perubahan suara Airin membuatkan Hakim pelik.

"Macam mana kau kenal Wendy? Dah dua tahun, kau orang berjauhan." Alicia ketawa perlahan mendengar soalan Hakim.

"Kami Guardian. Setakat cari maklumat tentang Airin petik jari saja."

Nik mencabut pisau lipat di lengan Hakim sebelum merawat luka torehan segera. Hakim hampir menjerit apabila Nik mencabut pisau tanpa amaran.

"Sakitlah! Beritahu aku dulu sebelum kau nak cabut pisau tu!" marah Hakim sebelum melihat balutan di lengannya.

"Kau dah hilang banyak darah. Kalau dibiarkan kau akan mati," balas Nik selamba. Mereka berdua saling menjeling sebelum Airin meleraikan pergaduhan itu.

"Berhenti jadi budak-budaklah," tegur Airin sebelum tumbang ke depan. Kepalanya sakit semula dan ia bukan kerja Wendy. Airin memandang picagari di tangan Alicia sebelum memandang mereka berdua untuk kali terakhir.

"Lupakan apa yang berlaku di sini. Anggap saja ini semua mimpi. Kau demam tetapi disebabkan kau terlalu rindu kami, kami wujud kerana ilusi. Jaga diri, Tengku Airin Alyana."

Airin dipandang sekilas sebelum pandangan beralih pada Nik dan Violet. Nik mengunci pergerakan Hakim agar jejaka itu tidak boleh bergerak.

"Aku tak nak! Lepaslah! Kau tak boleh buat aku macam ni!" bentak Hakim apabila Violet menghampirinya dengan picagari.

"Kau jumpa aku, tapi kau cedera. Aku dah jangkakannya, dan aku pilih untuk lakukan ini." Mata Hakim terpejam rapat sebelum sebelah mata dibuka. Violet menyarung headphones biru dan dipakaikan topi miliknya sebagai kenangan.

"Ambillah. Aku sayang topi tu dan tolong jaga, ye?" Hakim terpana melihat senyuman Violet dan Nik mengambil kesempatan untuk mencucuk Hakim.

"Terima kasih sebab buktikan aku tak bermimpi. Kau sentiasa hidup, dalam hati aku." Violet membuka topeng sebelum menangis teresak-esak. Ini yang terbaik bagi mereka tetapi kenapa mesti berlaku perpisahan sebegini?

"Aku akan berusaha untuk hidup agar dua tahun lagi kita boleh berjumpa. Aku janji." Dua orang konco Guardian mengangkat Hakim ke kereta manakala Airin dipapah oleh mereka berdua.

"Sakit, kan? Tetapi kita yang pilih cara ini agar mereka lupa bahawa kita masih hidup. "

"Aku harap dia tak benci aku."

"Dia menangis bila tahu kau hidup. Dia tetap berlagak seperti dia dah move on, tetapi hakikatnya dia rindu kau." Alicia menepuk belakang Violet perlahan.

"Kenapa dia?" Violet menoleh sebelum tersenyum.

"Kerana dia antara sebab aku terus melangkah."

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top