Bab 2
SALAM diberi sebelum pintu ditutup perlahan.
"Akhirnya, dapat juga kita berehat," kata Aurora. Gadis itu mencapai sekeping biskut di dalam balang sebelum digigit perlahan.
Guardian hanya mampu menarik nafas lega. Lelah terus hilang apabila pulang ke rumah.
"Susah juga, kan."
"Susah? Apa maksud kau, Aria?" tanya Violet sebelum merebahkan badan atas sofa berwarna hitam.
Tulang aku berbunyi seperti patah seribu, getus Violet.
"Ya la, kita berenam daripada tiga unit yang berbeza. Kali ini, nasib baik kita bertugas dalam satu kumpulan."
"Haah kan. Tunggu sekejap. Kita ada kerja sekolah tak?" tanya Scarlet.
"Rasanya ada tapi kau faham-faham sendiri je la. Madam J mesti tak bagi budak kelas kita beri kita nota. Banyak kali juga kita kena denda buat push-up. Nasib baik tak kena merit," ujar Alicia.
"Rasa macam askar pula kena buat push-up. Kaki aku pun tak tak larat nak menampung badan aku. Nak tidur satu hari rasanya," gumam Alicia.
Alexandra pula entah hilang ke mana. Katanya dia perlu mencari sesuatu di biliknya di tingkat atas.
"Wei, kita ada masalah!!" jerit Alexandra sebelum berlari menuruni anak tangga dengan laju. Dia memegang laptop menggunakan tangan kiri, sebelah tangan lagi menggenggam sehelai kertas.
Guardian memandang antara satu sama lain sebelum mengeluh.
"Masalah apa lagi kali ni?" tanya mereka berlima.
"Entah la tapi yang pasti Amy buat hal. Kita kena pergi ke markas dengan segera."
"Pergi malam nanti tak boleh ke?" tanya Scarlet dengan muka sedih.
Aku nak rehat!! Dari pagi tadi sampai la pukul dua, kami berlari sana sini untuk menyelesaikan satu kes.
"Tak boleh. Madam F kata kita kena pergi dengan segera."
"Kalau lambat 0.10 saat?" tanya Aurora. Dia cuba membuang masa dengan bertanya soalan yang dia tahu jawapannya.
"Amy dan kumpulan dia dalam masalah besar."
Ketawa mereka meletus. Mereka dapat bayangkan apa yang terjadi. Mereka nampak sahaja baik tetapi bila dah kenal, perangai macam budak nakal. Serupa tak payah kenal.
"Padan muka dia. Suka menyusahkan orang. Bila dalam kesusahan siapa jadi mangsa? Kita la penyelamat mereka. Itu pun tak sedar diri. Kalau aku bagi kaki lepas kita selamatkan mereka boleh tak? Nak lepaskan gian la. Dah lama tak belasah orang sejak kita kena gantung," sindir Alicia.
Dia sudah merancang aktiviti untuk menyeksa Amy dan kumpulannya. Kerana mereka, Queen hilang kepercayaan Madam Q, iaitu pelatih mereka.
"Aku akan pastikan semuanya terbalas," kata Aria sebelum menumbuk angin.
"Jom la simpan barang. Dalam pukul lima nanti kita gerak," kata Violet.
■ ■ ■ ■
RUANG tamu bersepah dengan barang-barang yang ingin dibawa ke markas.
"Unit lawyer is ready."
"Unit healer ready."
"Unit detective always ready."
Mereka berdua dijeling sebelum kepala mereka disekeh.
"It's hurt!!" jerit Violet dan Alicia. Kepala diurut perlahan sebelum mereka berempat ketawa melihat wajah cemberut dua orang detektif.
"Selalu bersedia konon. Boleh jalan la," bidas Aurora.
"Pergi sana la kau," bidas Scarlet juga.
Mereka berenam menghadap musuh masing-masing dan melemparkan pandangan tidak puas hati.
Can your hear my heartbeat?
Tired of feeling I'm never enough
I close my eyes and tell myself
That my dreams will come true
There'll no more darkness when you believe
in yourself you are unstoppable
Where your destiny lies
dancing on your blades
You set my heart on fire!
Alexandra segera mencapai Iphone miliknya di atas meja di ruang tamu.
"Hello," sapa Alexandra.
"Yes madam. We will go there now. Thank you."
"Madam F suruh kita cepat," kata Alexandra selepas ditanya oleh Alicia.
"Merempit nak tak?" tanya Alicia. Violet dan Aurora dipandang dengan senyuman menyeramkan.
"Superbike aku, kau jangan usik. Bukannya kami tak tahu, kalau kau bawa macam mana." Violet dan Aurora memberi amaran.
"Ala..."
"Apa ala-ala?!'
Garaj dituju selepas pintu dikunci. Kain yang menutupi superbikes ditarik perlahan sebelum senyuman hiba terukir.
Mereka berenam menjadi jalan raya sebagai litar perlumbaan. Habis semua kenderaan dipintas dengan laju.
"Who is last will be leader for next mission!!" jerit Scarlet apabila dia berada di tempat ketiga.
Dia tidak dapat memintas Violet dan Alicia. Maklumlah, mereka berdua kakak pro. Pro apa? Pro dalam perlumbaan motorsikal. Banyak kali juga superbike mereka berdua masuk bengkel. Mereka masuk hospital, itu pun tak insaf lagi.
"Yuuhuu!! Cepatlah Aria!"
"Wuu!! Cepatlah Alexandra!!'
Jeritan Violet dan Alicia bergema. Mereka menghiraukan pandangan orang sekeliling. Aria dan Alexandra mengetap gigi sebelum senyuman sinis terukir.
Tengoklah selepas ini kau boleh gelak lagi ke tidak? getus Aria dan Alexandra.
Violet dan Aurora berhenti secara mengejut apabila sampai ke destinasi. Akibat daripada tindakan berbahaya itu, mereka berdua tercampak ke hadapan.
Queen mentertawakan mereka berdua. Mereka berdua menepuk debu di pakaian dan seluar. Mereka berdua menjeling sepupu mereka. Tak guna betul ada sepupu kaki gelak ni, bukannya nak tolong. Patah tulang dibuatnya.
"Kalau marah sekalipun, jangan lupa pakai topeng. Nanti identiti Queen terbongkar," marah Aria sebelum menghulurkan dua topeng kepada mereka berdua.
Mereka berlima memandang topeng yang berada di tangan kanan mereka. Mereka mendiamkan diri buat seketika sebelum mengeluh. Seorang demi seorang memakai topeng rasmi Queen.
Mereka meletakkan superbike di sebalik pokok besar. Mereka duduk bersila sebelum mengambil briefcase yang berada di hadapan mereka.
"My sweetheart."
"My baby boo."
Mereka berkata sambil menelek barang di genggaman mereka.
Mereka memakai baju kalis peluru sebelum memakai hoodie untuk menyorokkan baju tersebut.
"Kita kena bergerak ke arah utara dan berhenti di timur laut kerana kalau kita terlajak jalan, musuh akan dapat kesan kita," terang Aurora.
Mereka mengangguk tanda memahami. Mereka mengisi peluru terlebih dahulu.
"Kau bawa tak barang yang aku nak tu?" tanya Alicia kepada Alexandra.
"Ni Alexandra la, mesti la bawa."
Alexandra menghulurkan sesuatu kepada Alicia. Barang mahal. Kau ada?
Queen mengerutkan muka.
"Setakat benda alah tu, aku ada banyak la," ujar Scarlet.
Aria mengangguk tanda mengiyakan.
"Berlagaknya kau. Nanti aku juga yang kau cari," bidas Violet.
Scarlet tersengih.
"Jom gerak sekarang. Lagi cepat kita bertindak, lagi cepat kita dapat hentam minah tu," kata Aria.
Mereka berlari dan berhenti pada tempat yang ditetapkan. Perlahan-lahan mereka melihat keadaan di dalam dengan tingkap yang pecah.
"Not bad," komen mereka.
Apa yang mereka nampak? Mereka nampak Amy dan kumpulannya diikat dan diletakkan di tengah-tengah gudang.
"Show time," kata mereka perlahan.
Mereka memandang sekeliling sebelum menyelinap masuk ke dalam gudang dengan gaya pencuri.
"Your nightmare are coming!!"
Mereka ketawa riang sebelum menekup mulut. Mereka saling berpandangan. Tawa mereka agak kuat dan mungkin disedari pihak musuh.
"Who are you?" Suara garau menyapa pendengaran mereka, menyebabkan mata dipejam sebelum dibuka.
Mereka membesarkan mata apabila sebilah kapak mendarat di hadapan mereka.
"Kalau dia baling perlahan, memang hilang kepala aku," bebel mereka.
Mereka terpaksa merangkak untuk melepasi kotak-kotak yang disusun sepanjang bahagian hadapan gudang.
"I smell something from there."
Automatik mereka berhenti. Mereka meneguk air mineral selepas duduk tegak.
"I smell man perfume."
Mereka menari nafas lega. Minggu lepas, mereka tersalah beli minyak wangi. Mereka terbeli minyak wangi lelaki. Boleh tahan wangi bau minyak wangi tu sehingga ada orang menghantar minyak wangi itu kerana menyangka mereka menyukai haruman itu.
"But who?"
"Queen!! Help us!!" jerit Diva. Queen menjulingkan mata.
"Menyusahkan betul la," rungut Violet.
Mereka menyimpan pistol dan barang berharga di poket seluar dan poket hoodie.
Mereka melompat lalu mencapai bahagian yang berhampiran dengan bucu kotak. Selepas berjaya mencapai, mereka melonjakkan badan dan duduk di atas kotak dengan satu kaki diletakkan di atas kotak dan satu kaki lagi dibiarkan di bawah.
"Hye!"
Queen melambai dengan muka dingin. Bukan mereka nampak pun.
"Tak baik betul. Kita sapa mereka tak balas," rungut Scarlet.
"Lawan kami. Lawan orang yang setanding dengan kau," provok Aria.
Harap-harap dia tak faham, getus Queen.
Ketua mafia hanya tersenyum sinis. Dia berdiri sebelum membetulkan rambut.
"Tak sangka kau pandai cakap Bahasa Melayu. Ingatkan orang putih asli."
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top