Bab 17
VIOLET mencapai cermin mata dan jam tangan. Anak mata ditelek lama sebelum baju dibetulkan. Tak perlu rasanya pakai kanta lekap hari ini. Penutup mulut ditarik ke atas.
Violet pegun di hadapan pintu begitu juga dengan orang di depan biliknya. Namun selepas beberapa saat, mereka tersedar dan melangkah ke tangga beriringan.
"Err..." Hakim menggosok belakang tengkuk kerana tidak mahu gadis itu tersinggung dengan kata-katanya.
"Why you wear spectacles and mask?"
"Kenapa? Saja." Hakim tercengang.
"Dia tahu cakap Melayu? Buat penat aku je speaking dengan dia," gumam Hakim. Violet ketawa tanpa suara.
"Miss! Where my bandana go?" Violet bercekak pinggang apabila memijak anak tangga terakhir. Hakim sempat mengelak daripada terlanggar siku Violet.
"Dia ni... Tak tahu atau tak ingat aku jalan sebelah dia tadi," bebel Hakim sebelum mengambil tempat di sebelah Nik.
"Follow the rules." Drake mencebik sebelum memakai tie PVHS.
Violet memandang Alicia yang membetulkan cermin mata sambil memerhati jejaka semalam. Sambil mengunyah boleh pandang orang, tak tercekik ke kak?
"Alice," sapa Airin ceria sebelum mengambil tempat di antara Violet dan Alicia. Alicia tersentak sebelum tersedak. Violet menggosok hidung beberapa kali sebelum menghulurkan secawan air.
"Lain kali jangan perhati orang macam tu. Kau ingat dia tak perasan ke?" tegur Irfan perlahan. Alicia menjeling sebelum meneguk air rakus.
"I will show you Destiny Academy today. You can call me Nik. So, can you introduce yourself because last night I slept while waiting you."
"You can call me Irfan, no need Tengku Irfan."
"Airin Alyana and I also Tengku but don't call my second name. I warn you if you want to stay alive." Airin mengukir senyuman nipis sebelum sambung mengunyah.
"Tengku Hakim and call me Hakim. He is Tengku Aizu."
"Four of you are Tengku? Wow, I am speechless."
"Miku Violet Zaver, you can call me Vio or Violet. She is Miku Alicia Zaver. She is not my twin or sibling but she is my cousin. You can call her Alice or Alicia."
"My name is Harry Madison. Call me Harry and don't ask why Miku's cousins call me Drake." Drake berjabat tangan selepas membasuh tangan.
"They has different eyes from us," bisik Nik. Drake mengangguk perlahan.
"Your eyes," tegur Nik. Airin mengambil cermin sebelum melihat matanya. Kedua-dua belah matanya berlainan warna.
"Masa ni la dia nak berubah warna," rungut Airin sebelum memakai cermin mata.
Violet dan Alicia saling berpandangan sebelum memandang Airin. Mereka tahu apa yang berlaku. Jika salah seorang antara mereka berenam berada berdekatan Airin, mata Airin akan berubah warna. Tetapi Airin tidak pernah sedar.
"Let's go," ajak Aizu selepas menyandang beg. Hakim membetulkan tali leher yang senget kerana ditarik Irfan.
"Jangan tarik tie aku, Irfan!" marah Hakim sebelum mengejar Irfan. Aizu turut mengejar mereka berdua.
"Tak berubah langsung perangai mereka. Dua tahun, kan?" ujar Violet sebelum menurunkan cermin mata.
"Ya, kali terakhir kita bergurau betul-betul masa tu. Aku rindu. Tetapi dia rindu aku ke?" balas Alicia sebelum mengikat tali kasut.
"Dia selalu rindu kau, Saf. Kalau kau tak percaya, kau tengok Instagram dia. Dia selalu upload gambar kau ketika hari penting untuk dia. Jika dia rindu kau, dia akan upload gambar kau. Kalau dia gembira, dia juga akan upload gambar kau. Dia akan upload beberapa gambar dia dan gambar terakhir ialah gambar kau berdua atau kau saja. He is sweet, not like him. Grr..." terang Violet sebelum merungut.
"Aku rasa nak hentak kepala dia, kau tahu tak? Dia tak ada perasaan ke bila member dia upload gambar kekasih masing-masing. Aku kecewa kau tahu tak. Si kerudung merah beruntung. Orang tu siap lukis gambar dia lagi. Aku ni, hmm..." Violet membebel tanpa menyedari Hakim di hadapan. Buka mata saja terus terlanggar belakang Hakim.
"Apa malang nasib aku? Semalam pun sama juga." Hakim menunduk memandang Violet yang menunduk mengambil cermin mata. Tidak menyedari Hakim di hadapan, dia mendongak dan pandangan mereka bertaut.
"Mata kau letak mata? Kenapa kau berhenti tengah jalan? Pulangkan headphones aku balik." Hakim terpinga-pinga apabila Violet mengambil headphones di atas kepala.
"Itu aku pu..." Naik juling mata Hakim apabila Violet menunjukkan tanda yang ada di headphones putih. Sebenarnya, headphones ni memang Hakim punya pun.
"Suka hati je ambil aku punya headphones, nasib baik headphones kau sama lagu dengan aku punya." Irfan bantai gelak apabila Hakim tergamam bahu dilanggar oleh sepupunya. Aizu leka bersembang dengan Drake memandang Irfan lama.
"Kau dah kenapa?" Aizu meletakkan belakang tangannya pada dahi Irfan. Suhu normal. Kalau nak kata demam, simptom-simptom tak ada.
"Kesian dia kena marah, ye?" sakat Irfan sebelum berlalu pergi bersama tawa yang tidak henti.
"Vio! Wait for me!" Alicia menjerit lantang apabila Violet melarikan diri diikuti Nik.
"Aku dapat bos kau, aku belasah dia cukup-cukup. Kau pun sama."
"Apa salah aku?" Berkerut dahi Drake apabila jari telunjuk Alicia berada di hadapan wajah.
"Kenapa kau tak tolong aku angkat bagasi semalam? Berat tahu tak?"
"La... carilah orang kanan sendiri cepat. Dia kan ada," balas Drake sebelum matanya melirik ke arah Nik yang semakin hilang daripada pandangan.
"Nampaknya, macam ada orang dah jatuh cinta. Hmm... melepaslah orang tu kalau terlambat. Kan, Irfan?" Irfan mengangguk sebelum merangkul bahu Aizu yang terpinga.
"Siapa yang melepas?" tanya Aizu pelik. Irfan menunjuk ke arah Hakim di belakang mereka.
"Apa hal aku pula? Aku bukan kenal dia pun," marah Hakim. Mahu saja dia meluku kepala Irfan. Suka sakat dia apabila Violet telefon.
"Damn! Oh boy, you know her very much. So, make first move before someone take care about her. At that time, you will regret..." Irfan meninggalkan Hakim dengan teka-teki bersama Aizu.
"You don't want to go? We will be late. Maybe we are doesn't has any class today, but we can lost if we doesn't catch up them now," pujuk Drake sebelum menelek jam tangan. Aizu tersedar apabila alarm telefonnya berbunyi.
"Macam mana kau boleh kenal mereka? Maksud aku, rapat dengan Detektif Guardian? Aku tahu mereka susah nak rapat dengan sesiapa," soal Aizu sambil berjalan.
"Susah aku nak jawab soalan kau tu. Senang cerita, kau tanya Irfan. Irfan tahu cerita sebenar." Drake tersenyum apabila mengingat semula detik pertemuan mereka.
"Macam perkara buruk saja yang berlaku," teka Aizu.
"Lebih kurang macam tu la." Mata Aizu terbeliak lalu langkahnya terhenti.
"Kau dah kenapa?" tanya Drake hairan.
"Mereka memang dah lama tinggal dekat sini atau baru pindah?" Soalan yang sudah diagak oleh mereka bertiga yang akan ditanya oleh sama ada Aizu atau Hakim. Jawapan pun sudah dirangka.
"Mereka dah lama tinggal dekat sini. Kenapa kau tanya?" soal Drake tanpa memandang Aizu.
"Warna anak mata mereka mengingatkan aku kepada arwah kawan baik kami. Mereka dikenali sebagai Cousin Princess. Aku nampak bayangan arwah Saf dalam diri Alice tadi. Gaya Vio marah tadi pun sama seperti arwah Syaz."
"Kalau kau nak tahu, Hakim rindu Syaz walaupun dia tahu Syaz dah pergi. Hakim pernah kata dekat kami, dia tak kuat nak upload gambar mereka berdua. Itu akan membuatkan dia sedih kerana setiap moment gembira akan mengingatkan dia kepada Syaz. Syaz pernah kata, dia nak jadi orang pertama yang tahu memori indah Hakim. Dia nak Hakim bagitahu dia dulu, tetapi dia pergi jauh."
"Nampaknya, Hakim rindu arwah Syaz, kan? Vio pernah kata arwah Syaz ada telefon dia dulu. Bagitahu supaya tolong tengokkan kau orang jika sesuatu berlaku pada mereka. Jadi kenyataan, huh?" Mereka berdua diam melayan perasaan.
"Kenapa kau dua orang ni? Sendu semacam je," tegur Irfan. Drake menggelengkan kepala.
Aizu mengesat air mata sebelum menyandarkan kepala pada bahu Hakim. Kening Hakim terjongket sebelah. Naik hairan dengan kelakuan Aizu.
"Aku rindu dia, Kim. Aku rindu dia." Hakim menepuk belakang Aizu perlahan apabila mereka duduk di gazebo.
"Aku pun rindu juga tapi aku tak kuat nak tengok gambar dia. Aku takut aku mungkir janji. Dia tak nak tengok aku nangis."
"Aku rindu kau. Aku sayang kau." Hakim seakan-akan mendengar suara Syaz namun dia tidak tahu Violet membisikkan ayat itu di belakangnya perlahan.
Nik mengangguk apabila Irfan meminta mereka berhenti rehat sebentar.
"Mereka beruntung kerana ada sahabat yang sentiasa ingat pada mereka," puji Violet sebelum mengesat air mata. Hakim mengukir senyuman nipis.
Mata dia, sama seperti Syaz. Aku rindu kau, getus Hakim
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top