Bab 15

TIGA orang jejaka saling berpandangan apabila mereka diperhati oleh lima orang pelajar private school selama beberapa minit.

"Macam mana dia boleh ditangkap?" tanya Scarlet selepas beberapa minit keadaan menjadi tegang.

"Kau tanya la dia sendiri nanti," balas Irfan tenang. Memang mudah, tetapi mereka akan tanya ke?

Aurora mendengus sebelum meneguk air rakus. Wajah Khai yang cedera ditatap sekilas.

"Siapa tahu kau ada dekat sini?" tanya Aurora perlahan.

"Semua orang tak tahu tetapi..."

"Apa dia?" Semua orang terpaksa menekup telinga apabila dua orang gadis bertanya serentak.

"Tak payah menjerit," tegur Aizu bengang. Sudahlah kepalanya sakit, bertambah sakit dengan jeritan Scarlet dan Aurora.

"Paksa dia baring." Leo membaringkan Aizu secara paksa. Kedua-dua belah bahu Aizu dicengkam oleh Hunter dan Drake. Kepala Aizu diteleng ke tepi.

Rontaan Aizu diendahkan. Seketul ais batu sederhana besar dibungkus sebelum ditekap di belakang kepala Aizu. Erangan diabaikan, sakit kepala jejaka itu perlu dikurangkan sebelum luka dirawat.

"Aurora, bagi aku iodin. Jangan lupa rawat yang lain, Leo." Leo menurut arahan tanpa merungut dan itu mendatangkan tanda tanya kepada Khai.

"Kau siapa?" Pergerakan Scarlet terhenti sebelum dia menyerahkan kain berisi ais batu kepada Drake.

"Aku ke? Aku Miku Scarlet Zaver. Ahli Guardian merangkap peguam di Private Victory High School."

"Kau dari Akademi Heart, kan? Kenapa tiba-tiba Akademi Victory pula?" tanya Khai lagi. Hunter menyingsing lengan kemeja sehingga ke siku.

"Hunter..." panggil Aurora meleret apabila ada tanda-tanda jejaka itu mahu membelasah Khai.

"Mereka memang dari sana dan berpindah ke sekolah kami seminggu yang lalu. Puas?" terang Hunter sebelum menghentak meja di hadapan Khai. Terkedu Khai dibuatnya.

"Please behave Xio," tegur Aurora lembut. Naik pening kepala apabila Hunter tiba-tiba naik angin.

Hunter mendengus sebelum bertukar tempat dengan Drake. Irfan tahu apa yang Hunter rasa berdasarkan pandangan yang dilemparkan.

"Lei non è la tua ragazza, quindi non essere arrabbiato," tegur Irfan dalam nada berbisik. Hunter memandang Irfan lama.

"Jangan bercakap dalam Bahasa Itali la," tegur Scarlet bengang. Entah siapa yang Irfan maksudkan. Tahu dek Alexandra, habis.

"Hehehe..." balas Irfan sebelum memandang Hunter yang memalingkan kepala.

"Lelaki itu ialah teman lelakinya. Enam orang gadis terpaksa berkelakuan seperti mereka sudah pergi kerana tidak mahu menyusahkan keluarga mereka. Itu sebabnya mereka datang ke sini sebelum berpecah kepada tiga kumpulan." Hunter memandang Irfan yang mengukir senyuman.

"Why you told me, Irfan?"

"Your face show everything. You like her but you can't confess because the rules."

Irfan dan Hunter mengurut kepala sebelum berpaling ke sisi. Air liur ditelan perlahan apabila melihat Scarlet melambung-lambung kit kecemasan sambil memandang mereka berdua tajam. Leo memandang kain kasa yang dibaling oleh Aurora.

Nasib baik dia tak baling ais sekali, getus Leo.

"I hope she is here. I don't know what to do. Both of you make me sick!" marah Scarlet sebelum menyerahkan kit kecemasan kepada Khai. Dia berlalu ke bilik air kerana mahu membasuh tangan.

"Who?" tanya Leo pelik. Rasa macam ada seorang gadis berada di New York bersama Detective Guardian tetapi dia lupa siapa.

"The girl with Violet," balas Aurora sebelum duduk. Telinganya berdegung kuat sehingga memaksa dia menekup telinga.

"Scarlet!!" Tangan yang baru membuka pintu bilik air terhenti sebelum kepala ditoleh ke belakang.

"Doctor!" Scarlet segera menekan butang kecemasan. Tidak lama kemudian, Scarlet pengsan ketika semua jejaka keluar. Banyak arah mengalir dari hidung.

"Mana Scar?" tanya Aizu hairan. Gadis bermata merah yang selalu menyampaikan pesanan arwah Wani tiada bersama. Seorang doktor perempuan keluar dari wad dan menuju ke arah mereka.

"I am sorry but they are in critical. They didn't had finish their treatment yet."

"Their what?" tanya Aizu pelik.

Rasanya aku tak salah dengar, kan? Kenapa aku takut jika sesuatu berlaku pada dia? tanya Aiz dalam hati.

"Thank you doctor," ucap Leo.

"Irfan..." seru Aizu namun tiada balasan. Dia menoleh lalu melihat Irfan terduduk sambil mencengkam baju.

"Tak. Tak. Tak. Mereka dah janji. Mereka mesti pulih." Omelan Irfan menimbulkan rasa sangsi dalam diri mereka berempat.

"Irfan..." Irfan mendongak apabila ubun-ubunnya diusap perlahan.

"Jangan salahkan diri kau. Kami yang buat keputusan ni." Aria menjeling sekilas apabila Alexandra membersihkan kotoran pada lengan baju. Khai dan Aizu sudah pengsan kerana disuntik dengan sejenis cecair.

"Aku pandai," puji Alexandra sebelum jatuh melutut. Erangan keluar dari mulutnya selepas beberapa minit bibir diketap.

"Aku sepatutnya elak serangan mamat tu," rungut Alexandra perlahan. Mereka berjaya melarikan diri selepas berlawan dengan konco-konco orang kanan mereka. Tak dapat terima kenyataan punya pasal, tuan sendiri dijadikan musuh. Tunggulah nanti, dia akan balas semula.

"Mana Syaz dengan Saf? Mereka tak ada sekali ke?" tanya Irfan.

"Peluang untuk mereka menyelinap keluar tipis kerana Pengetua Charles hantar lima orang pengawal untuk menjaga mereka. Pity them," balas Aria tenang.

"Tambahan pula mereka perlu jaga Airin," tokok Aria sebelum terlupa.

"Orang kanan kau memang tak ada belas simpati ke? Teruk juga kau orang kena belasah," tegur Drake selepas memandang Alexandra yang bersusah payah untuk bangun.

"Tak. Kalau aku okey, patah riuk tulang mereka aku kerjakan. Keadaan aku tak okey, aku tak boleh bertukar langsung. Aku bencikannya," ujar Alexandra kesal.

"Aku rindukan kenangan dua tahun yang lalu. Menjadi Evil Cp tanpa batasan, lawan Eliz dan berlawan bersama-sama mereka. Namun kini semuanya sudah berubah, kita bukan lagi kita yang dahulu. Kita tak boleh bercerita kepada mereka kerana mereka menganggap kita sudah tiada. Itu yang Violet bagitahu aku. Dia sangat kesal akan hal itu," ujar Irfan sebelum mengelap air mata.

Mereka memapah Khai dan Aizu mausk ke dalam wad semula sebelum mereka diletakkan di atas sofa.

"Aku nak tengok dia lagi, aku nak dengar suara dia lagi, tetapi aku tak boleh. Kau orang akan menarik perhatian semua orang kerana bersama Guardian. Kami terkenal apabila kami memakai topeng dan baju rasmi Guardian. Kami menjadi pelajar biasa jika kami membuka topeng dan memakai pakaian seragam sekolah seperti yang lain," luah Aurora selepas mencabut topeng oksigen. Topeng itu membuatkan dia rimas.

Scarlet cuba untuk turun namun dihalang oleh Leo. Scarlet mengeluh sebelum menatap wajah Aizu dari jauh.

"Kalau kau nak tahu, kami tak boleh jejak kaki ke Malaysia lagi selagi treatment tak selesai. Aku nak kau sampaikan pesanan ni. Beritahu bahawa ini semua mimpi. Kau beritahu yang mereka demam. Mereka tidak sepatutnya tahu siapa Guardian di sebalik topeng. Keadaan sudah cukup bahaya apabila mereka terlibat sama." Irfan tidak mengangguk atau menggelengkan kepala. Dia tahu lambat-laun perkara ini akan berlaku.

"Kau akan gerak ke lapangan terbang malam ni. Orang kami akan mengiringi kau sehingga ke kapal terbang peribadi kami," ujar Aria.

Aria memeluk Irfan lama. Dia akan rindu wajah ini. Orang yang selalu melindunginya, perangai macam mak-mak dan paling penting, selalu menuruti kehendaknya tanpa bantahan.

"I will miss you, abang. Peluk mereka untuk aku," pinta Aira dengan linangan air mata.

"Abang akan rindu Ira. Jumpa dua tahun lagi."

"Siapa lagi akan sertai mereka?" tanya Hunter selepas beberapa minit.

"Hakim, Is dan Airin. Rindunya dekat Airin. Aku nak tengok Airin." Scarlet merungut apabila dia tidak boleh bertemu gadis manja itu. Ini tidak adil! Violet kejam!

"Hakim?" soal Leo.

"You will know him later," balas Aria dan Alexandra serentak.

"Irfan, jaga Airin untuk kami. Kami tak boleh jaga dia seperti selalu apabila keadaan kami jadi begini. Kami tak boleh. Harap dia boleh maafkan kami suatu hari nanti." Irfan hanya mengangguk tanpa menjawab. Dahi Aria dikucup lama. Gambar mereka berempat ditangkap sebagai kenangan sekiranya keluarga mereka rindu.

"Irfan, her eyes remembered me to someone. But she has brown eyes like the girl in this picture. Her name start with R," ujar Leo apabila melihat gambar dalam galeri Irfan.

"Agaknya inilah Airin yang ayah selalu sebut. Hmm... she is beautiful. No wonder she is the target and why she has different eyes?" gumam Leo.

"Aku akan rindu kau, Mira."

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top