Bab 10

AIZU menarik nafas berulang kali selepas terjaga daripada mimpi. Kali ini, dia bermimpi tentang seorang gadis berkerudung merah melemparkan pandangan sayu apabila mata mereka bertaut. Mata itu seperti mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, dia tidak tahu apa yang gadis itu minta daripadanya.

"Siapa kau sebenarnya, gadis berkerudung merah? Kenapa aku nampak kau seperti bayangan dia?" tanya Aizu sebelum menguak rambut ke belakang. Dia menyelak selimut sebelum menyarung hoodie biru laut tanpa lengan. Balkoni dituju selepas sebuah buku lukisan dan telefon diambil.

"Eh, tak sangka kau sertai kelab." Aizu melemparkan pandangan ke balkoni sebelah. Tahulah dia kenapa Hakim berkata sedemikian. Dia juga berpakaian seperti Hakim dan Irfan. Bezanya, Hakim memegang gitar manakala Irfan membawa secawan air. Telefon juga tidak lupa dibawa bersama.

"Diminta ahli baru menyampaikan sebuah lagu," arah Irfan sebelum menghabiskan air dan dia berlalu pergi, menghilangkan diri ke dapur.

"Aku tak tahu kenapa Irfan berkelakuan pelik malam ni," luah Aizu sebelum memandang langit.

"Tak tahu apa agenda dia, tapi aku harap dia tak terlalu banyak berfikir. Aku takut dia pengsan macam dulu," balas Hakim sebelum memandang gitar di atas paha. Gitar milik seseorang yang telah mengajarnya menghargai sesuatu yang berharga.

"Aku dah sampai. Hei jiran sebelah, kau datang sini," arah Irfan. Aizu hanya mengikut sahaja kehendak sahabatnya itu. Irfan tidak boleh dijangka arahan dan tindakannya.

"Lagu apa yang kau nak aku nyanyi?" tanya Aizu sebelum mencapai gitar yang dihulurkan oleh Hakim.

"Terpulanglah kau nak nyanyi lagu apa," balas Irfan sebelum menelefon seseorang dan membiarkan panggilan itu tanpa membalas pertanyaan yang diajukan.

Ketika Aizu memetik gitar dan menyanyikan lagu itu, Hakim dan Irfan sudah tersedu-sedan. Hakim tahu lagu itu, sangat tahu dan sesuai untuk mereka bertiga.

Selepas Aizu selesai membuat persembahan, dia meletakkan gitar di atas katil sebelum mengesat air mata. Dia sudah berjanji dia tidak akan menangis tetapi dia tidak tahu kenapa dia rasa sedih. Antara mereka bertiga, dia dikenali sebagai jejaka beku. Dialah yang paling susah mengukir senyuman selepas kejadian itu.

"Aku... tak tahu. Aku rasa sedih bila dengar lagu ni, tapi aku dapat lihat bayangan dia senyum dekat aku tadi. Seolah-olah dia mahu katakan sesuatu," ujar Hakim teresak-esak. Gitar dipeluk erat seperti mana dia memeluk baju sejuk arwah malam itu.

Kenangan demi kenangan terlayar di hadapan mereka. Pertemuan pertama sehingga pertemuan terakhir. Terlalu banyak kenangan sehingga susah untuk dilupakan. Arwah suka mengacau seperti tiada hari esok. Arwah juga suka menangkap gambar seperti mereka tidak akan berjumpa lagi.

"Wani... Aku rindu kau." Aizu menekup wajah dengan tangan kanan manakala tangan kiri mencapai sekeping gambar. Ada banyak gambar arwah tetapi ini gambar kegemaran dia. Gambar semasa di hospital.

"Kau agak, kalau mereka ada lagi mesti kita gembira, kan?" luah Irfan sebelum menarik nafas beberapa kali. Dia melihat orang yang ditelefonnya sudah menekup mulut agar esakan tidak didengari. Scarlet membuat isyarat agar kamera dihalakan ke arah Aizu.

"Aku rindu senyuman kau. Rindu sangat." Scarlet mengusap skrin seperti mengesat air mata jejaka itu. Irfan menelefon Scarlet ketika gadis itu sedang sibuk mengemas.

"Aku rindu senyuman kau juga, Wani." Aizu membalas tanpa sedar. Dia seperti terdengar suara Wani mengungkapkan perkataan itu. Irfan membuat isyarat mata bahawa dia akan menamatkan panggilan selepas menanyakan sesuatu seperti yang dipinta.

"Aiz. Kalau satu hari nanti Wani kembali, kau akan senyum semula? Kau akan marah dia dan cari orang lain ke? Kau akan biarkan dendam menguasai diri kau kalau dia tidak mendedahkan identitinya nanti?" tanya Irfan bertubi-tubi apabila membaca sehelai kertas di hadapan skrin.

"Kalau dia kembali, aku akan tersenyum seperti dahulu. Siapa saja yang tak marah kalau kena tipu. Cari orang lain? Bergantung kepada penjelasan dia nanti. Kalau boleh aku tak nak dendam menguasai aku, sebab aku yakin dia ada sebabnya. Tetapi aku tahu itu mustahil. Dia dah pergi, Irfan. Dia dah pergi jauh dan tak akan kembali lagi," balas Aizu sebelum merebahkan badan di atas katil.

Scarlet dan Irfan saling berpandangan sebelum suara Violet kedengaran. Scarlet segera menamatkan panggilan tanpa menunggu lebih lama. Takut air matanya akan mengalir lagi.

Hakim memandang Irfan dengan pandangan pelik. Dia merasakan Irfan ada menyembunyikan sesuatu dan dia seperti tahu apa yang Irfan sembunyikan.

"Kau telefon Guardian, kan?" tanya Hakim selepas Aizu keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu Aizu naik angin apabila mendengar nama Guardian.

"Kenapa? Tak boleh ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Irfan mahu tahu sejauh mana Hakim tahu kebenaran yang dia sembunyikan.

"Maksud aku, kenapa kau tak jawab panggilan tu? Apa pula kata mereka nanti?" Irfan tercengang. Dia ingatkan Hakim tahu agenda sebenarnya, rupanya perkara lain yang dia risaukan.

"Dia tak kisah pun. Lagipun, orang yang telefon tadi tengah sibuk mengemas barang. Esok mereka dah nak gerak," balas Irfan ringkas. Hampir sahaja dia memberitahu destinasi Guardian.

"Mereka nak pergi mana?" tanya Hakim pelik.

"Mana aku tahu. Itu saja yang dia bagitahu aku," balas Irfan sebelum meregangkan badan.

"Aku masuk bilik aku dulu la, ya. Mengantuk pula, esok kena bangun awal." Irfan melangkah pergi sambil menekup mulut.

"Esok ada apa?" tanya Hakim sendirian. Dia melihat kalendar sebelum matanya terbeliak.

"Alamak..."

■ ■ ■ ■

AIZU terkebil-kebil memandang siling. Dia tidak boleh melelapkan mata walaupun dia berguling-guling mencari tempat yang selesa.

"Kenapa aku tak boleh tidur ni?" rungut Aizu sebelum meraup muka.

Perbualan tempoh hari semasa di rumah agam keluarga arwah tergiang-giang.

Club yang dia maksudkan ialah kelab menembak bukannya kelab malam. Kelab menembak terletak di International High School. Sekolah lama mereka berenam. Rindu mahu bertekak dengan arwah apabila peluru tidak terkena sasaran, sebaliknya hampir terkena arwah.

"Dah lama tak menembak dengan kau. Rindunya aku. Bila lagi kita dapat menembak sama-sama? Apa aku merepek ni? Kau sudah tiada. Aku mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku." Aizu ketawa perlahan sebelum tawanya bertukar menjadi tangisan.

"Kau kata kau nak jadi orang pertama yang ucapkan selamat hari jadi aku. Hari jadi aku tidak lama lagi. Kenapa Scarlet Guardian hantar hadiah atas nama kau? Dia kenalan kau ke? Kenapa aku tak tahu tentang dia?" soal Aizu sambil teresak-esak. Hoodie hitam tanpa lengan dihidu beberapa kali.

Kemudian, hoodie itu dipeluk erat sebelum dia baring mengiring. Inilah kerja dia bila rindu arwah. Selain melawat tempat yang selalu arwah pergi, dia juga cuba merasa makanan kegemaran serta mencari jenama pakaian yang diminati arwah.

"Kau punya minat, aku sekali terkait sama. Kebanyakan baju aku jenama yang kau nak. Ada beberapa helai baju yang aku beli untuk kau, walaupun aku tahu kau tak akan pakai sehelai baju tu. Terlalu menyerlah sifat feminin kau kalau kau pakai," ujar Aizu sebelum matanya berat. Aizu menutup mulut semasa menguap.

Dengkuran halus didengari selepas seminit. Irfan menolak pintu bilik dan memandang Aizu yang terlena sambil memeluk hoodie hitam.

"Tak lama lagi, dia akan datang. Dia akan jaga kau seperti dua tahun ni. Jaga kesihatan kau. Tak akan kau nak jumpa dia dengan kesihatan kau tak okey? Dia mesti sedih," luah Irfan walaupun dia tahu Aizu tidak mendengar luahannya. Irfan mengeluh sebelum keluar dari bilik Aizu.

Hakim menolak pintu bilik air Aizu sebelum memandang pintu yang tidak ditutup rapat. Kemudian, dia memandang Aizu yang terlena.

"Siapa dia Irfan? Kenapa aku rasa seperti aku kenal dia? Kenapa aku rasa seperti rindu aku akan hilang apabila melihat wajah dia? Berapa banyak rahsia yang kau sorokkan daripada kami? Kau memang misteri Irfan. Tentang penyakit Syaz pun kau sorok. Entah-entah kematian mereka pun kau tahu sesuatu," ujar Hakim sebelum menguak rambut ke belakang. Dia mengambil termometer sebelum diletakkan di dalam mulut Aizu ketika mulut jejaka itu terbuka.

"Nasib baik kau tak demam." Hakim menoleh sekilas sebelum menutup pintu bilik perlahan. Irfan memang tahu sesuatu dan dia akan menyiasatnya dengan teliti.

Adakah dia tahu Guardian tidak akan membiarkan kebenaran terbongkar?

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top