Epilog

Sudah seminggu berlalu selepas Evil Cp meninggal. Airin mengasingkan diri di rumah Bestie dan Bff.

"Sabar Airin, semua ini dugaan," pujuk Eilina.

'Aku rindukan diorang wei'rengek Airin.

"Kalau kau rindukan mereka, berdoa supaya Allah tempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah," kata Fatin dan Lily. Bestie menganga begitu juga dengan Airin dan Syamira.

"Sejak bila korang jadi ustazah ni?" tanya Qyla. Mereka hanya tersenyum.

"Seperti baru semalam sahaja mereka kata mereka sayang aku," kata Airin.

Aku rindu mereka! Tak sampai lima jam aku jumpa mereka,tapi mereka sudah pergi.

"Baik kau pergi mandi dulu, dan pakai baju yang sopan," arah Wawa. Arahan Wawa menyebabkan Airin tertanya-tanya.

"Siap sahaja" arah Nad pula.

Rupa-rupanya mereka melawat kubur Evil Cp. Setelah mereka sampai di pagar perkuburan, mereka melihat Is, Khai, Rayyan, Hakim, Aizu dan Irfan berada di situ.

Apabila mereka datang dekat, mereka mendengar tangisan para jejaka.

"Seperti baru semalam sahaja kita kenal, kan Syaz," kata Hakim.

"Masih tergiang-giang suara kau suruh aku belikan kau muffin'" kata Aizu sambil memegang batu nisan Wani.

"Aku masih tak boleh move on," kata Rayyan.

"Kau first and last love aku," ucap Is dan Khai.

Irfan membaca yassin diikuti dengan yang lain. Mereka mencabut rumput di kawasan kubur Evil Cp. Apabila mereka semua beredar, Airin menoleh ke belakang.

"Aku sayang korang sampai bila-bila," kata Airin perlahan. Selepas mereka semua beredar, kumpulan misteri memberi pandangan kosong kepada Airin yang semakin menjauh.

"Empat tahun lagi kita akan datang sini balik, kan?" tanya gadis misteri satu.

"Yes," balas gadis misteri tiga.

"Kebenaran akan terbongkar berapa tahun lagi?" tanya gadis misteri dua.

"Dalam sembilan tahun lagi," kata gadis misteri enam.

"Aku harap semuanya tak akan ada yang berubah sehingga identiti kita terbongkar," kata gadis misteri lima sebelum beredar diikuti dengan yang lain.

The End

29/7/17

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top