Bab 8
Hari Sabtu merupakan hari cuti, maka Bff dan Boyz merancang untuk keluar bersama-sama. Apabila mereka tiba di Cousin Cafe, mereka semua ketawa.
"Kenapa kita berenam pakai baju sama?" tanya Syaz seraya ketawa perlahan. Bff memakai shawl dan bawal, seluar slack dan kasut berwarna hitam. Baju lengan panjang pula warna kegemaran masing-masing.
Bff dan Boyz memakai hoodie berwarna hitam tiada lengan. Syaz sahaja yang memakai hoodie berwarna putih. Boyz memakai baju lengan panjang berwarna biru, berseluar jeans hitam.
Mereka menuju ke panggung wayang. Mereka mahu menonton Volkswagen Kuning. Syaz, Mira dan Wani segera keluarkan topi dari dalam beg mereka lalu dipakai.
"Takut ke nak tengok cerita hantu?" perli Irfan. Bff hanya menjeling. Sudah terang lagi bersuluh, lampu suluh sudah antik, mahu bertanya pula.
'Sengaja tau orang tua ni,' getus mereka di dalam hati.
"Tak takut pun," balas Mira. Tetapi di dalam hati, mereka menyumpah seranah Irfan kerana memilih cerita tersebut.
Apabila ada bahagian yang agak menyeramkan, Syaz, Mira dan Wani segera menutup muka mereka dengan topi yang dibawa. Irfan, Hakim dan Aizu memandang antara satu sama lain sebelum tersengih. Mereka merancang sesuatu.
Mereka merampas topi Bff lalu disorokkan di dalam beg mereka. Bff memegang lengan Irfan, Aizu dan Hakim untuk menutup muka mereka.
"Akhirnya habis juga cerita seram," kata Hakim. Mereka berlima mengangguk macam burung belatuk.
"Tapi kan korang, siapa lah yang pegang tangan kita ni tutup muka," sindir Irfan. Bff segera menundukkan kepala memandang ke lantai. Mereka menahan malu.
"Bukan sengaja pun. Korang yang sorokkan kami punya topi," rengek Wani.Aizu senyum melihat kerenah Wani seperti budak-budak.
'Rindu nak tengok kau buat perangai macam ni,' getus Aizu.
"Saja... Korang yang cakap korang tak takut tengok cerita hantu," ejek Irfan.
"Ada aku cili juga mulut si Irfan ni," kata Wani perlahan.
Bff menyumpah seranah Irfan serentak. Mereka pergi sebelum Irfan mengejek lagi. Mereka segera menuju ke Pizzahut untuk makan tengah hari. Mereka terasa dengan ejekan Irfan itu.
"Alamak, mereka sudah merajuk pula. Macam mana ni?" kata Hakim cemas. Aizu memandang ke arah Irfan dengan jelingan maut.
'Kau punya pasal lah ni. Ejek mereka lebih-lebih, kan mereka sudah merajuk," marah Aizu.Irfan segera menundukkan kepla memandang ke arah lantai.
"Ya... Aku mengaku aku yang salah. Puas hati?" tanya Irfan begang. Hakim segera mencelah sebelum Irfan dan Aizu bertekak.
"Apa kata kita belikan mereka hadiah tanda minta maaf," Hakim memberi cadangan.
"Tapi, kita bukannya pandai nak pujuk orang pun," balas Aizu. Mereka bertiga memang tidak pandai memujuk gadis sebab mereka tidak pernah jatuh cinta sebelum ni.
"Kita cubalah. Mana tahu mereka suka," kata Hakim. Aizu dan Irfan mengangguk sebelum mereka bertiga menuju ke kedai menjual hadiah.
Sementara itu
Bff mengelap air mata. Mata mereka merah. Mereka makan tanpa bercakap. Selalu ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Tetapi kali ini, mereka hanya melayan perasaan masing-masing.
"Stress gila aku dengar ayat Irfan tadi. Mulut tidak ada insurans langsung," marah Wani. Syaz dan Mira memandang ke arah Wani.
"Aku setuju dengan kau. Topi kita mereka sudah ambil. Aku rasa mereka mesti sengaja nak kita pegang tangan mereka untuk tutup muka," bebel Mira.
"Cuba korang pandang sebelah kanan. Tengok siapa dekat luar tu," kata Syaz sambil memandang ke arah itu. Wani dan Mira segera memandang. Mereka melihat Irfan, Aizu dan Hakim berjalan melintasi Pizzahut tanpa memandang ke arah mereka.
"Aku rasa mesti mereka putus asa nak pujuk kita," kata Syaz sinis. Wani dan Mira tersenyum sinis mengiyakan kata Syaz.
Tiba-tiba telefon Syaz berbunyi. Dia segera melihat orang yang menelefonnya. Orang itu ialah Kak Rin.
"Assalamualaikum kak," kata Syaz gembira.
"Waalaikumussalam. Korang malam ni makan dekat rumah boleh tak? Temankan akak. Malam nanti kita makan sama-sama." Syaz tersenyum.
"Kami on saja kak. Adios kak."
"Adios."
Syaz memandang ke arah Wani dan Mira dengan muka gembira.
"Kak Rin balik malam ni. Kita makan malam dekat rumah," kata Syaz gembira. Mereka segera menghabiskan makanan yang masih belum terusik itu.
Imbas Kembali
Semasa Boyz berjalan, mereka perasan bahawa Bff sedang memerhatikan mereka. Hakim mendail nombor Kak Rin. Sementara itu, Irfan dan Aizu memilih hadiah untuk diberikan kepada Bff.
"Assalamualaikum kak. Ini saya Hakim, kawan Irfan," kata Hakim sambil memperkenalkan diri. Takut nanti kena marah pula.
"Waalaikumussalam. Ohh... Hakim rupanya. Kenapa telefon akak tiba-tiba ni?" tanya Kak Rin pelik. Selalunya Irfan yang menelefon, ini Hakim pula.
"Sebenarnya kak, Irfan buat Bff terasa hati," kata Hakim serba salah.
"Akak sudah agak..Kalau korang telefon ni mesti ada masalah," bebel Kak Rin. Hakim hanya tersegih mendengar bebelan Kak Rin.
"Kitorang nak minta tolong akak sikit," kata Aizu selepas Hakim menyerahkan telefon kepadanya.
"Nak minta tolong apa?"
"Kami nak minta tolong akak telefon Syaz dan cakap akak balik malam ni. Akak ajak mereka temankan akak makan."
"Korang nak buat kejutan, kan?" tanya Kak Rin seraya tersenyum.
"Ya, kak. Kami nak masak makanan kesukaan mereka dan bagi hadiah tanda minta maaf." balas Aizu selepas Hakim memulangkan semula telefonnya untuk pergi ke tandas.
"Serahkan pada akak. Senang saja...."
"Terima kasih kak, assalamualaikum."
"Sama-sama, waalaikumussalam."
Hakim segera memandang Aizu dan Irfan sambil menunjukkan ibu jari tanda okay. Mereka segera balik ke rumah untuk memasak. Aizu menelefon Pak Cik Mat supaya membawa Bff jalan-jalan sementara mereka berperang di dapur.
Imbas kembali tamat
Bff segera menuju ke kereta. Pak cik Mat tersengih lalu membukakan pintu untuk mereka.
"Wei, kita bersiar-siar dulu nak tak?" ajak Mira.
"Aku okay saja. Pak cik, kita ronda dulu lah, boleh tak?" kata Wani. Pak Cik Mat segera mengangguk. Tidak perlu dia bersusah payah untuk menjalankan tugas yang diberi oleh Aizu.
Pada pukul lapan setengah malam, barulah mereka sampai ke rumah. Tetapi bukan rumah mereka tetapi rumah Kak Rin. Mereka membersihkan diri sebelum solat isya' sebelum bergerak pulang ke rumah mereka.
Mereka memakai baju yang dibeli semasa mereka bertiga keluar bersama-sama dan memakai seluar jeans. Syaz memakai bawal warna putih, Wani pula memakai shawl merah manakala Mira memakai shawl pink.
Apabila mereka sampai mereka melihat rumah mereka gelap. Apabila mereka masuk ke dalam rumah, di atas meja makan sudah tersedia makanan dan siap ada beberapa batang lilin.
Tiba-tiba Bff menaikkan sebelah kening. Apa agaknya yang membuatkan mereka berasa pelik. Jawapannya ialah Boyz tiba-tiba muncul di hadapan mereka sambil tersengih.
"Kenapa korang tersengih? Buang tabiat ke?" marah Wani.
Sebenarnya, Bff tergamam melihat gaya penampilan Irfan, Hakim dan Aizu. Mereka kelihatan segak dengan baju berjenalama Polo dengan seluar jeans.
Boyz segera menghulurkan sejambak bunga kepada Bff. Mereka menerima bunga tersebut dengan gembira. Lalu mereka menuju ke meja makan. Kak Rin pun ada sekali.Mereka bertiga memberi jelingan maut.
"Korang jangan nak salahkan akak, ini mereka punya rancangan. Akak ikut sahaja," kata Kak Rin. Boyz hanya tersenyum seraya menggosok belakang tengkuk.
"Siapa yang masak ni. Macam sedap saja," kata Mira.
"Biasa... kami yang masak," kata Aizu mewakili Hakim dan Irfan. Syaz mengangguk. Mereka menjamu selera. Selepas habis makan, mereka duduk di ruang tamu. Sementara itu, Bff masuk kedalam bilik untuk menukar pakaian. Kemudian mereka menonton televisyen.
"Korang ni tak reti nak balik ke?" tanya kak Rin prihatin tetapi ada makna.
"Tak, kami tidur di sini boleh tak?" pinta Hakim. Bff memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk.
"Tilam, bantal dan selimut ada di dalam bilik itu," kata Wani sambil menunjukkan ke arah bilik berdekatan dengan tangga. Mereka bertiga mengangguk.
"Sudah, tidurlah. Aku sudah mengantuk ni," ujar Syaz seraya menutup mulut. .Kak Rin serta Bff segera menuju ke bilik mereka di tingkat atas. Manakala Boyz berbaring di atas tilam selepas mengambil tempat untuk bergosip.
"Dia nampak comel saja tadi," kata Aizu perlahan seraya tersenyum riang.
"Aku tahulah kau minat dia dari tahun lepas, tak payah nak puji melambung," kata Hakim selepas mememejamkan(?) mata. Aizu memandang ke arah Hakim sebelum mencebik. Dia cuba melelapkan mata sebelum tertidur. Begitu juga dengan Irfan.
Sementara itu
"Handsome gila mereka tadi. Nasib baik aku sempat tangkap gambar tanpa mereka sedar," kata Mira.Syaz, Kak Rin dan Wani mengeleng melihat Mira.
"Jomlah tidur, esok kena bangun awal," kata Kak Rin. Mereka bertiga pun tertidur.
Tbc
14/10/16
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top