Bab 21
Airin pov
Dekat sini semuanya warna putih, aku nak bangun!!
Eh, cahaya apa tu?
Syaz la!!
"Syaz! Wani!!"
Mereka berdua mendepakan tangan, aku segera berlari ke arah mereka.
"Korang! Jangan lari jauh lagi!!"
Kenapa mereka jauh lagi ni? Aku terjatuh, mataku mula berair. Bila aku angkat kepala, mereka berdua tersenyum sambil melambai dan menjauh.
Aku menyuruh mereka mendekati aku tetapi mereka semakin menjauh.
"Korang!!"
"Airin. Kami harap kau sedar cepat. Kami tak tahu berapa lama lagi kami boleh bertahan."
Aku mendengar suara Saf dan Sha tapi di mana mereka berdua?
Apa maksud mereka? Kepala aku pening memikirkan kata-kata mereka.
"Fighthing for them! Fighting for your family. Fight for yourself and Cousin Princess or Evil Cp!" jerit Mira dan Ira.
Evil Cp? Sekejap nagi masa untuk aku berfikir. Ah sudah! Jangan-jangan....
"Bangun Airin! Kau pewaris Cousin Princess yang terakhir kalau kami tiada nanti!' Aku nampak bayangan Syaz seraya membuat gaya fight.
Tak ada? Mereka nak berjalan tak bawa aku pun.
"Aku sudah buat apa yang kau suruh. Tetapi kebenaran memang memeritkan, kan? Aku harap kau belasah perempuan itu sampai lunyai."
Ada gambaran tentang apa yang terjadi. Wani menumbuk ke arah cahaya yang tiada dinding.
Sorry sebab aku, korang jadi macam ni.
"Nampak gayanya, kau lemah!"
Aku mencari arah mana suara itu muncul.
"Kau biarkan diri kau tercedera, semata-mata untuk kawan kau tu!"
"Suka hati aku la! Sibuk saja kau!"
Tetiba seorang remaja sebayaku muncul di hadapan. Terperanjat aku kau. Nasib baik aku tak melatah.
"Siapa kau??"
"Ya. Aku ialah..."
Aku tak dapat dengar apa perempuan ni cakap kerana pandangan aku sudah kabur. Dia memakai up to toe warna hitam. Sudah la pakai topeng muka berwarna hitam, memang aku tak nampak wajah dia.
Tak boleh jadi ni!!
"Apa yang kau nak?!"
"Nothing, cuma nak cakap kau tak bangun sampai bila-bila dan..."
Perempuan itu berjalan mendekati aku dan berdiri depan aku.
"...kau akan sedar apabila mereka sudah tiada nanti. Hahahha!!"
Gila agaknya perempuan ni.
Aku menarik bahunya lalu aku pantas menarik topeng yang dipakainya. Mata aku terbeliak.
"Kau..."
Betul ke apa yang aku tengok ni? Kenapa muka dia macam... Perempuan itu tersenyum sinis.
"Ya. Betul sangkaan kau. Aku ialah..."
Aku tak sempat nak dengar nama dia, aku sudah pengsan.
End pov
"Doktor!! Doktor!!" jerit Irfan, Haiqal, Prince Famous kecuali Adrian.
"Kamu semua keluar dulu," arah doktor Ikin.
"Apa pula jadi sekarang ni?" rungut Haiqal.
"Tiba-tiba sahaja mesin penyambung hayat line dia macam low," kata Daniel. Dia bergerak ke kiri dan ke kanan.
"Duduk lah! Macam kau seorang sahaja risau, aku lagi risau tahu!" marah Syazwan. Daniel melarikan diri sebelum menyorok di sebelah Fareez.
"Hei, ini hospital bukannya pasar malam! Korang semua sudah besar! Jaga perangai tu!" kata seseorang. Mereka semua menoleh.
"Macam mana keadaan Airin, Daniel?" tanya Kak Rin.
"Line penyambung hayat tu macam low," terang Daniel. Kak Rin hanya menganggukkan kepala sebelum tersengih diikuti dengan abang-abang Evil Cp.
Tiba-tiba...
"KAK RIN!!!"
"Ini kawasan hospital, Cousin Princess!!" jerit Doktor Ikin. Cousin Princess berhenti depan Kak Rin dan Doktor Ikin secara mengejut sebelum meminta maaf.
"Airin... huh huh huh... macam mana?" tanya Ira dan Sha sambil mengambil nafas.
"Macam yang kamu curi dengar tadi," kata Haqimi. Cousin Princess menjeling Haqimi.
"Tak mungkin kejadian yang kau dulu, berlaku lagi. Tetapi masalahnya Airin tak jumpa lagi dengan dia dan dia tak pernah muncul depan kita langsung," kata Saf dan Wani seperti penyiasat.
"Maybe," kata Syaz sambil mengambil air tin yang telah dibuka oleh Syazwan.
"Oii... air aku!!" kata Syazwan sebelum memuncungkan bibir.
"Aku mengantuk. Jom tidur," ajak Mira. Mereka mengangguk.
"Macam mana korang-" tanya Danish sambil menunjuk ke arah Cousin Princess yang semakin menghilang.
"Well, kami tahu macam mana nak kembalikan mereka yang dulu. Tetapi itu baru permulaan, selepas ini banyak lagi masalah yang akan timbul disebabkan mereka," kata Aiman sebelum mereka berkerut muka.
"Aku rasa Fareez dan Danish tahu apa yang terjadi semasa kem dulu, betul tak?" tanya Irfan. Mereka berdua mengangguk.
"Semasa Mira dan Wani mengamuk dekat kem dulu, di sebelah Wani seperti ada bayangan seseorang," terang Danish.
"Tak mungkin... tak mungkin..."kata kak Ikin dan kak Rin serentak.
"Apa yang tak mungkinnya?" tanya Khai dan Is.
"Apabila tiba masanya nanti, korang akan tahu kebenarannya," kata Saf dari jauh.
"Kebenaran memang memeritkan, kan? Tetapi penipuan selalu lebih indah daripada kebenaran," kata Syah sambil menelefon seseorang.
"Airin..." kata Haiqal sambil memandang ke arah wad Airin.
Tiba-tiba...
"Airin... aku rindu masa kita buli Irfan dulu .Semua indah, tetapi mereka musnahkan semua kenangan kita. Aku akan balas balik apa mereka buat dekat kau, Airin. Aku bersumpah," kata Mira muncul secara tiba-tiba.
"Hahahahahha... harinya bakal tiba. Mereka akan sengsara hahhaha..." kata Syaz seraya ketawa.
"Errr.. Syaz..." panggil Fareez. Syaz memandang Fareez dengan pandangan yang menyeramkan.
"Apa kau nak?" tanya Syaz mendatar.
"Syaz... belanja aku makan Pizzahut, aku lapar," kata Danish sambil membuat muka comel. Syaz menjeling.
"Kau mengspoilkan mood aku la... Baru je nak jadi Liya alias White Knight," kata Syaz sambil mencebikkan bibir. Fareez dan Danish buat muka comel seraya buat peace.
"Ingat comel?" tanya Syaz sambil memandang Danish dan Fareez atas dan bawah. Cousin Princess ketawa tak ingat dunia.
"Danish... Danish... Macam mana Syaz nak jadi Liya kalau perangai kau macam ni? Adui, sakit perut aku," kata Sha dan Ira. Wani menarik nafas sebelum ketawa semula. Mira memandang ke arah wad sebelum matanya terbeliak.
'Aku kena bagitau mereka ni,' getus Mira dalam hati. Mira mengajak Danish dan Fareez untuk makan petang. Mira menyuruh Fareez membawa superbike Syaz dengan memberi alasan Syaz akan berracing nanti.
Di dalam kereta, semua melayan perasaan sendiri.
"Kau tak akan suruh orang naik superbike aku tanpa sebab, kan, Mira?" tanya Syaz sambil menjongketkan sebelah kening. Mira tersenyum.
"Pandai kau Syaz. Seperti yang korang nak tahu, aku tertoleh dekat wad Airin, selepas itu aku nampak baju Airin sudah bertukar."
"Siapa pula yang tukarkan baju Airin? Bukan ke nurse ada dekat dalam?" kata Sha dan Saf sambil berfikir.
"Aku rasa dia yang tukar baju Airin," embak Ira.
"Hmm... aku pun syak dia juga," Wani menyokong Ira.
"Kena ke kita lindungi mereka? Mereka berterima kasih langsung. Kena maki ada lah," kata Ira sambil membuat muka tak puas hati.
Mereka tersenyum sahaja. Ira ahli termuda dalam Evil Cp, jadi perangai seperti keanak-anakan sedikit.
Mereka berfikir sementara Syaz memandu kereta Wani. Apabila sampai di destinasi, mereka buat seperti tiada apa yang berlaku.
Sementara itu
"Mereka memang tak pandai berbohong, kan, Fareez?" tanya Danish sambil membawa superbike Syaz.
"Aku syak dia sudah kembali."
"Aku peliklah. Kenapa mreka ingin menyembunyikan kebenaran?" tanya Danish.
"Mana aku tahu. Iturusan mereka. Peluang yang ada sekarang, baik kita gunakan sebaik mungkin. Kita kena jaga mereka seperti yang diamanahkan oleh Airin dahulu," kata Fareez. Danish berdiam diri tetapi dia curiga apa sebabnya.
Apabila sampai di destinasi, mereka buat seperti tiada apa yang berlaku.
Danish memesan seperti tidak makan sebulan. Mereka berkerut muka manakala Fareez menggeleng.
"Nasib dapat kawan kuat makan macam kau ni, Danish," kata Mira sambil menikmati pizza yang dipesan tadi.
"Aku rasa Danish tak berubah dari kali terakhir aku jumpa dia," kata Syaz.
"Apa maksud kau?"tanya Saf.
"Dia kalau jumpa makanan memang macam orang tak makan sebulan atau setahun,"kata Wani dengan mulut penuh. Ira menepuk tangan Wani sambil membeliakkan mata.
"Habiskan makanan dalam mulut dulu baru bercakap!!" marah Ira selepas minum air. Wani mencebik.
Dag Dig Dug
"Kenapa aku rasa seperti ada sesuatu yang tak kena?"
"Kalau korang rasa ada yang tak kena, baik korang pergi sekarang juga. Kalau korang tak nak menyesal nanti," kata Fareez, Danish, Ice Princess dan Mira serentak. Mereka berdua mengangguk sebelum berlari keluar menuju ke superbike Syaz.
Tbc
6/4/17
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top