Bab 2

Dalam masa yang sama

Aizu bertanya bertubi-tubi selepas beberapa minit mereka berdiam diri, "Cepat betul mereka menghilang. Tapi kan, kenapa muka mereka resah sahaja? Siapa pula Kak Rin?" Hakim menggaru pipi yang tidak gatal kerana tidak tahu jawapan yang mahu diberi kepada Aizu.

"Kak Rin ialah pengasuh mereka," kata Irfan sekaligus menyelamatkan Hakim.

"Peliknya... Tapi aku nak cakap sesuatu, korang nak dengar ke tak?" tanya Hakim dengan serius apabila melihat Aizu dan Irfan menggaru kening yang tidak gatal.

'Nak, tak akan tak nak tahu pula. Cepatlah," desak Irfan dan Aizu serentak.

'Jom pergi Mega Mall, boleh kita cuci mata dekat sana. Tak akan lah korang nak duduk saja dekat rumah tanpa buat apa-apa," ujar Hakim lagi. Mereka berdua menjeling seraya Irfan meluku kepala Hakim.

"Kau luku kepala dia kuat lagi. Mulut dia memang tak ada insurans. Kau pun sama, nak cakap kitorang pula," bidas Aizu. Hakim menggosok kepala selepas mencebik.

'Ye... aku saja yang salah. Korang saja yang betul," kata Hakim seraya mengangkat tangan separas bahu. Hakim mendongak melihat langit seraya tersenyum hambar.

"Mungkinkah suatu hari nanti, kau akan ingat aku kembali?" tanya Hakim perlahan.

'Aku rindu kau sangat-sangat,' getus Aizu sebelum menguak rambut yang terjuntai ke belakang.

'Aku yakin suatu hari nanti, rahsia yang kita sembunyikan mungkin akan terbongkar,' getus Irfan di dalam hati selepas melihat dua orang sahabatnya termenung.

Mereka menunggu driver sambil melayan perasaan masing-masing. Pandangan sekeliling dihiraukan.

....

Bff menaiki kereta menuju ke Mega Mall, begitu juga dengan BoyzWani mengajak Mira dan Syaz ke kedai handphone. Mereka membelek Iphone dan bertanya tentang harga.

Syaz dan Wani sedang membelek teleon mereka, secara tiba-tiba, Mira menepuk-nepuk belakang badan mereka dengan perlahan. Mereka berdua terus memasukkan telefon ke dalam poket seluar seraya menoleh ke arah Mira yang berada di belakang mereka.

"Kenapa kau tepuk-tepuk belakang badan aku seperti ada sesuatu yang tidak kena?" tanya Wani bengang. Syaz dan Wani memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Mira. Selepas itu, mereka berdua menjeling dan mendengus.

"Kenapa dengan mereka?" tanya Syaz dengan nada malas. Aku baru nak usya Iphone. Mira ni kacau lah.

"Mereka kenyit mata dekat aku," kata Mira dengan perlahan.

"Yang kau pergi pandang sudah kenapa? Mana tahu mereka sakit mata? Andaikan mereka tidak cukup duit mahu beli ubat di klinik. Fikir benda positif lah...," balas Wani tanpa memandang Mira. Buang tabiat. Aku cucuk mata guna pisau dapur kang, buta terus. Hahhaha....

"Wei, mereka datang sini!" jerit Mira perlahan. Syaz dan Wani menayang muka selamba manakala Mira pula menayang muka dingin.

"Hai..,"

"Boleh kenal-kenal tak?"

"Kenapa pandang kitorang macam tu? Tahu lah kitorang ni hensem,"

Bff memekakkan telinga dan membuka langkah untuk beredar. Secara tiba-tiba lengan mereka ditarik, dan secara spontan mereka menghadiahkan penumbuk pada bahagian abdomen. Orang yang mengacau mereka terus rebah. Bahu mereka ditepuk perlahan dari belakang. Bff memulas tangan gerangan yang menepuk bahu mereka ke belakang dengan segera.

Tiba-tiba...

"Aduh!!" Wani, Mira dan Syaz mendengar suara orang mengerang kesakitan.

"Macam kenal saja suara ni. Eh... Boyz!" kata mereka bertiga perlahan. Mereka segera melepaskan pegangan. Mereka terkejut apabila orang yang dicengkam(?) tangan itu ialah Boyz.

"Wei sorry!!" Mereka meminta maaf dengan segera kepada Irfan, Hakim dan Aizu.

"Sakit tahu tak kau cengkam tangan aku," bebel Irfan selepas memegang tangannya kanannya. Aizu dan Hakim mengangguk mengiyakan kata Irfan. Melebih-lebih pula...

"Korang pergi terjah siapa suruh," bidas Bff serentak untuk mempertahankan diri mereka.

"Sebagai tanda korang nak minta maaf dekat kitorang, korang kena belanja kitorang makan," kata Aizu. Malas nak keluar duit sebenarnya.

"Hah? Belanja korang makan?!" tanya Mira terkejut. Tangan sahaja yang kena pulas, bukan lebam satu badan pun.

'Ye lah, tak akan nak suruh korang belanja arcard game pula. Nanti korang bankrup," bidas Hakim. Bff menundukkan kepala sambil melepaskan keluhan.

"Ye lah, ye lah. Cepat cakap korang nak makan kat mana?" tanya Wani seraya memandang ke arah Boyz. Mereka bertiga berbincang sesama sendiri sementara Bff mengelengkan kepala melihat mereka bertiga.

"Salah kita juga," rungut Mira sebelum mengeluh.

"Mana tau orang yang sergah kita itu mereka. Tak pasal-pasal saja kena dengan kita. Sudahlah ditepuknya bahu kita tanpa bagi salam," bebel Syaz.

"Main sergah saja, aku patahkan tangan baru tahu," Wani mengomel seorang diri. Tak pasal-pasal sahaja kena belanja mereka makan. Baru dia memasang niat nak beli Iphone

Boyz menganggukkan kepala sesama mereka sebelum memandang ke arah Bff. Wani menaikkan sebelah kening. 

"Sudah kenapa?" tanya Wani bengang.

"Mampus," kata Mira dan Syaz. Orang yang cari pasal dengan mereka sudah melarikan diri. Kesian dengan remaja tiga belas tahun pun takut. Tak patut, tak patut.

Tbc

1/10/16

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top