Bab 16-Miss you
Sudah seminggu Bff tidak hadir ke sekolah. Keadaan mereka sangat membimbangkan. Boyz menjadi dingin dengan semua orang kecuali pengetua dan guru-guru..
"Bila mereka nak sedar? Aku rindu nak gaduh dengan Mira," luah Irfan sambil memandang telefonnya. Hakim dan Aizu hanya mendiamkan diri melayan perasaan.
"Bagus juga Famous Diva sudah pindah sekolah. Aman hidup rasanya. Tetapi ada pula orang lain yang mengacau. Rimas aku dibuatnya," ujar Hakim sambil berselfie.
"Aku rindu nak dengar Wani membebel. Macam budak kecik," kata Aizu sebelul ketawa. Irfan dan Hakim mengangguk. Cikgu tiada jadi, mereka buat kerja sendiri.
'Aku rindu mereka sangat-sangat. Hakim dengan Aizu dapat ke terima kenyataan yang mereka sudah tidak mempunyai banyak masa lagi? Aku harap aku yang ganti tempat mereka,' kata Irfan dalam hati sambil memandang kawan-kawannya itu.
Dia membelek telefon yang diberikan oleh Ira kepadanya. Dia melihat satu video yang menarik perhatian lalu ditunjukkan kepada kawan-kawannya itu.
"Wei nak buat apa? Aku bosan tahap gila-gila ni," tanya Syaz sambil baring. Wani mengangkat bahu.
"Nyanyi nak tak?" tanya Mira sambil menonton televisyen. Wani mengangguk. Mira mengangkat tangan ke udara untuk membuat kiraan
Kau ukir padaku senyuman
Hai manisnya
Kau renung mataku
Rasa luar biasa
-Wani
Bagiku dirimu
Adalah segalanya
Bagimu diriku
Hanya teman biasa
-Mira
Mira sedang duduk sambil menunjuk ke arah Irfan. Seperti dia tahu Irfan sedang berada di hadapannya.
Mungkinkah engkau kan
Menyedari yang ku cinta
You are my crush
Masih rahsia
-Syaz
Syaz menyanyi sambil bermain gitar.
Ingin ku ucapkan
I love you kepadamu
Tapi...
Tak termampu
-Wani
Dia menyanyi dengan penuh perasaan.
Senyumanmu dan ketawa
Buatku tergoda
Hatiku takkan berubah
Hanya dirimu saja...
-Syaz
Bagiku dirimu
Kurniaan terindah
Bagimu diriku
Bercinta takkan pernah
-Mira
Mungkinkah engkau kan
Menyedari yang ku cinta
You are my crush
Masih rahsia...
-Wani
Ingin ku ucapkan
I love you kepadamu
Tapi...
Tak termampu
-Syaz
Tiap kali berjumpa
Hati terasa ada cinta
Namun tak mampu
Lidah kelu tak terkata
-Mira
Kiniku tertanya tanya
Sudahkah engkau berpunya
Jika masih tiada siapa
Inginku mulakan langkah
-Semua
Bilaku ingin berbicara
Kata tak mampu terluah
Kerana pesonamu
Membuat ku merasa
-Mira
Sebuah cinta dan harapan
Penuh dengan cabaran
Tidak mudahku mengalah
Terus cari cuba curi cinta
Dihati untuk dihati...
-Syaz
Mungkinkah engkau kan
Menyedari yang ku cinta
You are my crush
Masih rahsia...
-Syaz&Wani
Ingin ku ucapkan
I love you kepadamu tapi...
Mereka menoleh ke bawah sebelah kanan.
Tak termampu...
Yeaaahh
-Semua
Baju yang mereka pakai dalam video itu, baju yang semasa mereka pergi hang out. Sebaik sahaja mereka sampai di rumah, mereka terus buat video. Hakim dan Aizu membuat muka pelik apabila video itu tamat.
"Apa yang diorang cuba sampaikan sebenarnya?" tanya mereka berdua. Irfan mengangkat bahu. Telefon Irfan berbunyi. Dia menjawab selepas membuat video call.
"Yo, Irfan," sapa orang di sana.
"Korang dekat mana? tanya Irfan pelik.
"Kami ada pertandinganlah," kata Ira sambil membuat regangan. Dia hanya menganggukkan kepala.
"Macam mana dengan keadaan mereka? Sudah okay?" tanya Hakim. Sha menggeleng.
"Kalau Famous Diva pindah di sekolah kau, korang nak buat apa?"
"Adelah, kami akan jadikan mereka kuli ke atau kami akan melancarkan perang, janji kami puas hati," kata Saf sambil menyambut bola.
"Sudahlah, jurulatih sudah panggil. Mahu pekak telinga aku dengar dia membebel. Sayonara bro, jaga diri kau. Kalau ada apa-apa masalah, mesej kami tahu. Assalamualaikum," Ice Princess menamatkan panggilan. Irfan hanya tersenyum melihat gambar yang dihantar oleh sepupu-sepupunya itu. Gambar mereka bertiga sedang buat muka sedih.
"Assalamualaikum...." Semua pelajar memandang ke arah pintu depan.
"Waalaikumussalam. Nak apa?" tanya Irfan selaku ketua kelas. Boyz menundukkan kepala sementara Irfan hanya mengangkat muka.
"Nak jumpa Irfan..." Irfan terus menoleh ke pintu. Tak lain dan tak bukan sepupunya, iaitu Sha.
"Bukan ke kau ada dekat-"
"Aku tak join. Aku ada alasan yang kukuh, okay..." kata Sha sebelum mengambil tempat duduk di belakang Irfan. Semua pelajar memandang ke arah Sha kerana suka-suka hati dia sahaja masuk kelas orang.
"Macam mana budak Elit Highschool boleh masuk sini? Tak kena tahan ke?" tanya Fatin sambil mengejek. Sha tersenyum sebelum bertukar menjadi senyuman yang menakutkan.
"Kalau sudah jadi pembunuh tu, pembunuh sahaja lah. Tak payah menyibuk hal aku. Suka hati akulah nak datang sini ke tak! Kau tu pembunuh! Kau punca Bff ada di hospital sekarang ni tahu tak! Kalau ikutkan hati aku, nak saja aku lesing kau dekat loji. Selepas itu, aku nak tembak kau. Hahahah," ujar Sha sambil tersenyum sinis. Yang lain menelan air liur. Irfan pula menggelengkan kepala..
"Kalau cuba mendekati lagi Boyz... aku pancung kepala kau," sambung Sha. Muka Famous Diva menjadi pucat.
"Kenapa kau call aku?" tanya Ira.
"Famous Diva tak pindah lagi. Sakit mata aku," kata Sha dengan kuat. Irfan menepuk dahi apabila mengetahui rancangan sepupu-sepupunya yang nakal itu.
"Bagi sahaja dekat aku, biar aku sound mereka," ujar Ira. Dia menarik nafas sebelum
Bum!!
Meja Famous Diva dilambung ke belakang oleh Ice Princess. Aizu mengerutkan muka.
"Sejak bila mereka ada disini?" tanya Hakim. Irfan mengangkat bahu.
"Terkejut ke nampak kami di hadapan mata kau? Aku rasa aku sudah bagi amaran dekat korang. Beredar dari sekolah ni sekarang juga!!" jerit Ice Princess serentak. Famous Diva tayang muka stenang.
"Papa aku penyumbang terbesar di sekolah ini. Aku boleh suruh papa aku runtuhkan sekolah ni," ujar Fatin sambil menflipkan rambutnya.
"I don't care you papa penyumbang terbanyak ke, itu tak penting sekarang ni. Family aku lagi kaya raya dari korang faham tak?!" marah Ira sambil menampar Lily yang cuba untuk mengadu kepada Hakim.
"Beredarlah!" kata Irfan. Ice Princess membaling beg Famous Diva ke hadapan kelas. Satu kelas tak berani masuk campur. Kalau masuk campur jugak hmm nasib....
"Jom pergi hospital. Aku rindu mereka sangat-sangat," ajak Sha sambil menarik lengan Irfan. Pelajar perempuan sudah menjeling Sha.
"Kenapa jeling-jeling? Mata korang juling ke? Dia sepupu akulah,"kata Saf sambil memakai headphone. Apabila sampai di tempat letak kenderaan, Saf dan Boyz menuju ke arah superbikes manakala Sha dan Ira menaiki kereta Audi kesayangan Wani.
Perjalanan ke hospital mengambil masa lebih kurang sejam.Nasib baik pengetua merupakan mak cik sendiri kalau...ish tak dapat bayangkan.
"Korang, kami datang ni, bangunlah," kata Ira, cuba untuk tidak menangis.
"Korang tahu tak tadi, kami humban meja mereka ke belakang. Selepas itu, kami humban beg mereka ke hadapan. Bangunlah... Mesti korang sekarang ni kalau sedar tengah terguling-guling ketawa macam orang gila, kan," Sha bercerita kepada Bff seolah-olah mereka mendengar. Hakikatnya memang mereka mendengar pun.
"Bangunlah... Kalau Airin sudah sedar, mesti dia membebel dekat korang kerana tidur lama sangat,"ejek Saf. Kemudian dia menangis.
'Hoi,awat Kp ni menangis ni?" tanya Khai.
Saf memandang Khai sambil mengesat air mata. Kemudian dia menendang kaki Khai dengan perasaan geram. Khai mengaduh kesakitan.
"Bila mereka nak bangun?" tanya Faizal. Ice Princess dan Irfan menunduk manakala aizu dan Hakim mengangkat bahu.
"Kalau Syaz tak selamatkan Fatin, mesti sekarang ni kita tengah berbual dengan Airin," kata Irfan. Ira mengangguk. Pintu wad terbuka, lalu mereka semua memandang.
"Ada perkembangan tak?" tanya Bestie serentak. Saf menggeleng.
"Kalau waktu breakfast dengan lunch, mesti Bff dah makan nasi goreng, kan, Irfan. Aku pun hairan dengan mereka. Tetapi ikhlas aku cakap, nasi goreng yang korang bertiga masak, memang sedap, kalah masakan Izzati," kata Wawa sambil mengutuk. Izzati memandang Wawa dengan pandangan nasib baik kau member aku kalau tidak, sudah lama kena tendang ngan aku.
"Syaz... bangunlah. Tengok la apa kami bawa ni," kata Nad sambil menunjukkan gelang yang berwarna unggu. Kemudian,Qyla memakaikan gelang tersebut ke pergelangan tangan Syaz.
"Cantik tak? Pandai aku pilih. Well... ini Nad okay," kata Nad sambil membangga diri.
"Kalau Syaz ada, dia tak mengaku kau member dia," kata Is. Nad memulas tangan kanan Is ke belakang.
"Ini padahnya kalau cari masalah masa emosi mereka tidak baik," kata Saf dan Sha sambil menjamah nasi goreng yang dimasak oleh Izzati dengan mulut penuh.
"Sedap kau masak, kalau aku pesan setiap hari boleh tak?" puji Irfan sambil bertanya. Bestie menggeleng.
"Yang ni khas untuk girlfriend kau, Syaz dan Wani. Tapi mereka tak sedarkan diri lagi. Jadi, korang makan sajalah," ujar Mimi sambil mengscroll gambarnya bersama dengan Bestie.
"Sahabat selalu bersama walau suka duka..." Qyla menyanyi sambil mendengar lagu.(Lagu nyanyi sendiri).
"Sayonara. Kami balik dulu. Kami ada pertandingan esok sehingga minggu hadapan. Seminggu kami tiadadi sekolah," kata Aizu. Hakim dan Irfan mengangguk. Bestie sudah beredar kerana mereka ada pertandingan juga.
"Bangunlah Wani. Aku tahu kau sudah bangun dari tidur, jangan acah tidur pula," kata Sha sebelum menyanyi. Dia tahu Wani dengar segalanya dari awal lagi.Wani segera bangun seraya menoleh ke arah Syaz dan Mira.
"Aku rindu akak aku. Rindu nak dengar dia membebel. Mira pula, baking cookie ke apa ke," ujar Wani dalam tangisan.
Sha menenangkan Wani .Ira pula tersengguk-sengguk di sofa sebelum tertidur dengan lena manakala Saf mencari maklumat tentang seseorang. Khai memandang Wani dengan pandangan yang sukar ditafsirkan sebelum mengalihkan pandangan.
"Aku dah buat keputusan..." sambil menarik nafas "...aku nak pindah di sekolah korang esok atau lusa," kata Wani tanpa perasaan. Merela sudah melopong.
"Seriuslah, kau nak pindah esok atau lusa ke sekolah Elit?" tanya Sha. Wani mengangguk sambil melihat gambar dia dengan Aizu. Dia tersenyum sebelum menangis.
"Aku nak lupakan dia. Aku harap aku dapat lupakan dia. Cukup aku dapat tengok dia gembira sebelum aku tiada nanti, tiada di sisi dia dan berada di hadapan dia untuk selamanya," kata Wani sambil ditenangkan oleh Sha.
"Aku harap kau tak menyesal nanti. Aku harap kau buat keputusan yang betul. Apa pun keputusan kau, kami tetap sokong keputusan," kata Ira sambil menyuapkan kek coklat kepada Wani. Wani memandang ke arah Syaz.
"Aku tau kau mungkin marah aku tapi aku sudah membuat keputusan. Harap kau terima keputusan aku. Selamanya kau tetap kakak aku dan mereka tetap abang aku," kata Wani. Saf mengeluh.
"Tetapi masa kau masuk sekolah nanti, kami semua tak ada tahu. Pandai-pandailah kau jaga diri. Korang bertiga lain sekolah tahu. Kau sekolah Elit, Syaz Music dan Mira pula Cousin. Memang sekolah yang lagi satu tu, aku ingat nak suruh Airin masuk. Jadi, cukuplah empat orang. Gabungan ketiga-tiga sekolah ni ialah Cousin Highschool," terang Saf. Wani mengangguk.
'Semoga kau cepat sedar, kami rindu kau,' kata Wani dalam hati. Siapa tak sayang kawan baik sendiri.
"Bila Mira sudah sedarkan diri nanti, kau cakap dengan dia, dia dengan Syaz daftar sekali. aku daftar dulu tahu," kata Wani sambil mendengar lagu. Ira mengangguk.
"Siapa sebenarnya Airin yang korang selalu sebut ni? Aku tak fahamlah," tanya Rizal.
'Dia istimewa untuk kitorang bertujuh.Dia periang sangat dan kadang-kadang sewel juga,masuk air.Tapi kalau dia marah,ush..seram kalah kitorang'terang Saf sambil termenung.Yang lain mengangguk.
"Esok kau terus pergi pejabat saja tahu. Kami tak ada esok. Mira mungkin lusa, seorang ni mungkin lusa punya esok. Nanti aku paksa dia bangun. hahahaha,' kata Sha sambil ketawa, kemudian dia terbatuk. Mereka mengekek ketawa. Wani hanya mengangguk.
"Uniform kau jangan risau, aku dah beli tapi esok suka hati kau nak pakai baju apa. Up to toe hitam ke, ikut suka kau" kata Ira seperti tahu Wani nak bertanya tentang uniform. Wani mengangguk.
"Kami balik dulu," kata Ice Princess sambil memeluk Wani.Wani kemudian terlelap. Kemudian mereka semua berjalan keluar dari wad.
"Aku janji korang tak akan keseorangan lagi. Kerana selepas ini, kami akan bersama dengan korang," janji Sha sambil memandang wad di belakangnya.
"Sebelum kita balik, kita pergi satu wad ni eh'pinta Saf. Mereka mengangguk.
"Airin... Sudah lama kita tak berjumpa, kan? Maaf... kami tak lawat kau selepas kau koma. Kami terlampau sibuk sehingga taik dapat menjaga mereka," rintih Ira sambil menangis. Di hadapan mereka, seorang remaja perempuan sebaya mereka terlantar alias koma. Banyak wayar yang bersambung di badannya.
"Airin... Aku berharap sangat selepas kau sedar, kau tidak akan lupa ingatan. Aku harap kau sedar tepat pada masa kami perlukan kau. Hidup kami tidak lama. Kami, Wani dan Mira serta Syaz ada gangguan emosi. Syaz dan aku pula ada kanser hati. Kami harap dapat tengok kau untuk kali terakhir sebelum kami tiada nanti. Syaz dan Wani semestinya nak tengok kau bahagia. Abang-abang kau pun sama juga," kata Saf sebak.
'Korang... ada... gangguan... emosi? tanya Danish perlahan. Mereka menoleh ke belakang. Ira mengangguk.
"Airin, aku harap kau sedar cepat. Banyak cerita yang aku nak bagitahu kau," kata Fareez. ramah. Mereka mengerutkan muka. Macam mana Fareez boleh kenal Airin, bukan mereka baru jumpa ke? Mereka tertanya-tanya.
"Jomlah balik. Aku penat sangat. Esok kita ada pertandingan lagi," kata Khai sebelum berdiri.
Yang lain mengangguk. Farezz dengan Danish pula, mereka tidak terlibat dengan sebarang pertandingan. Lalu pintu wad ditutup. Mereka semua pulang ke rumah masing-masing.
Tbc
(?)/2/17
#Siapa Airin kepada mereka? Harap Syaz dan Mira sedar cepat.. Aizu kenal Wani? Bukan ke mereka kenal masa awal tahun dulu.
#2018 patah perkataan...
21/10 hari yang paling menyedihkan..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top