Bab 2-Perkenalan
Author pov
"Oi, cepatlah. Jam di tangan aku sudah menunjukkan pukul tujuh empat lima. Kita kena jumpa cikgu Miza la" marah Izzati.
Mereka membawa buku catatan. Semasa dalam perjalanan ke bilik disiplin, tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki terlanggar Syaz dan menyebabkan meraka berdua terjatuh.
Syaz pov
'Siapa pulak yang langgar aku ni sakit ah'gumamku.
Aku mengangkat kepala untuk melihat siapakah yang melanggar aku.Aku tergamam melihat dua orang pelajar lelaki tersebut. Aku rasa aku kenal mereka tapi dekat mana dan bila?
Seorang yang memakai cermin mata membantu kawannya yang terjatuh manakala aku pula dibantu oleh Izzati dan Wawa.
End pov
"Korang ni murid baru ke? Sebelum ni, aku tak pernah nampak pun korang?" tanya Qyla ramah.
Danish pov
"Siapa pula la yang aku langgar.Kalau garang habis aku. Itu la tadi dok sibuk tengok sekeliling sampai tak perasan pun ada orang kat depan ni" kataku dalam hati.
Aku memandang ke arah pelajar perempuan yang dilanggarku, dia dibantu oleh dua orang kawannya mungkin juga rakan sekelasnya.
"Korang ni murid baru ke? Sebelum ni tak pernah nampak pun korang?" tanya seorang pelajar perempuan di sebelah pelajar yang terjatuh tadi.
End pov
Author pov
"Haah,kitorang ni pelajar baru.Aku minta maaf kalau kawan aku ni langgar kau. Dia ni kalau tengok sekeliling memang tak pandang depan" kata Fareez.
"Lupa pula nak kenalkan diri. Nama aku Qyla. Ini Izzati, Wawa, Mimi dan Nad" kata Qyla.
Syaz berdehem tanda tak puas hati. Dia menjeling Qyla dengan sengaja.
"Nama aku mana? Mana kau campakkan nama aku. Sian aku tak ada orang nak kenalkan" rajuk Syaz. Qyla tersenyum sebelum memandang semula ke hadapan.
"Yang membebel macam burung murai ni Syaz. Korang pula?"
"Kau kata aku membebel macam burung murai Qyla. Aku sekeh kau dekat sini juga" marah Syaz.
Qyla membuat muka comel. Dia tahu jika dia membuat muka comel, Syaz tentu tidak akan marah.
Bestie, Danish dan Fareez menggelengkan kepala melihat keadaan itu. Qyla menghulurkan kitkat kepada Syaz. Seperti helang mencari mangsa, Syaz segera megambil kitkat tersebut lalu makan.
"Aku Danish, Muhammad Danish Iskandar. Yang sebelah aku ni Fareez, Muhammad Fareez Izzuddin. Apa nama kumpulan korang?"
"Nama kumpulan kitorang ialah Bestie. Korang?' tanya Nad dan Mimi serentak.
Danish dan Fareez berfikir sebelum menjawab.
'Kitorang digelar Duo Prince di sekolah lama sebab kitorang selalu bersama sahaja" terang Fareez.
Tbc
7/12/16
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top