Bab 18-Pergi dan Amnesia

Hanya tinggal tujuh jam lagi sebelum Zul pergi keluar negara.

"Sudah dua minggu Wani koma," ujar Syaz manakala mereka hanya mendiamkan diri.

"Aku harap dia sedar sekarang ni," kata Zul. Irfan hanya tersenym hambar.

'Wei, aku gerak dulu eh. Aku takut aku terlepas flight pula" kata Zul selepas melihat jam di tangan kirinya.

"Jaga diri elok-elok," kata Izzati.

"Jangan skip makan macam selalu," kata Nad pula.

"Jaga kesihatan kau tu," ujar Wawa sebelum tersenyum nipis.

"Jangan lupakan kitorang eh," kata Duo Prince.

"Kalau ada jodoh, kita akan jumpa balik," kata Syaz seraya memandang ke luar tingkap.

"Aku akan ingat pesanan korang," kata Zul. Qyla menghulurkan satu paper bag kepada Zul.

"Siapa bagi?" tanya Zul.

"Wani yang bagi. Dia pesan kalau apa-apa terjadi dekat dia, dia suruh bagi paper bag ni dekat kau," balas Qyla.

"Cakap dengan Wani, aku cakap terima kasih,"

"Okey," balas Mimi.

Duo Prince dan Irfan menghantar Zul ke lapangan terbang. Selepas Zul berjalan menuju ke balai pelepasan, mereka bertiga berlalu pergi.

....

Semasa mereka masuk ke dalam wad, mereka terkejut melihat Wani bersandar sambil membaca novel.

"Wani kau dah sedar!!" kata mereka bertiga.

Wani meletakkan jari telunjuk di bibir sebelum menunjuk ke arah sofa. Bestie tengah lena tidur dengan gaya tersendiri. Penat hendak menunggu Wani sedar, akhirnya mereka tertidur.

"Sorry," ucap mereka.

Syaz menggosok mata sebelum memandang ke arah Wani.

'Bila kau sedar? Baru lagi ea?Kejap. Kau bila sudah sedar, baca novel. Kalau aku huh, baik aku sambung tidur," Syaz berkata sebelum melelapkan mata. Irfan menggeleng.

"Ish ish ish...,"

"Wani kau ingat tak pasal seseorang tak?" tanya Fareez.

"Seseorang? Siapa? Aku kenal ke??" tanya Wani bertubi-tubi.

Dia meletakkan novel dan cermin mata di atas meja sebelum mengalihkan pandangan ke arah Fareez.

Danish melopong sementara Irfan buat muka blur.

"Korang... Apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Danish.

"Sepatutnya dia sedar sehari sebelum hari ni. Tetapi dia sedar hari ni..." kata Nad.

'...akibat daripada hentakan dekat kepala dia yang kuat dan..." sambung Wawa.

"..Kak Rin kata Wani amnesia," Qyla menghabiskan ayat.

"Serius ah!" kata Irfan.

"Serius sangat. Wani lupa siapa Zul, tapi dia ingat pasal kita" kata Syaz.

"Kalau kita paksa dia ingat,takut nanti jadi lebih parah," kata Izzati.

"Siapa Zul? Kawan kita ke? Kenapa dia tak lawat aku?" tanya Wani.

"Sebenarnya dia kawan kita semua," balas Syaz. Wani hanya mengangguk tanda faham.

"Kejap. Bukan ke esok korang kena pergi tempat tu?" kata Fareez.

"Haah lah, nasib baik aku tak lupa," kata Wani.

'Wani... Wani... Macam mana lah Zul saja yang kau tak ingat?Aku musykil. Aku harap pada masa akan datang, kau akan ingat Zul sebelum sesuatu kejadian berlaku," kata Airin perlahan.

Dia segera beredar selepas hampir terkantoi dengan Irfan. Dia sepatutnya berada di wad kerana dia juga ditahan.

"Aku harap semua ni akan habis dengan cepat. Aku hampir penat nak menghadap semua ni," getus Airin sebelum melelapkan mata.

Tbc

12/8/17

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top