Bab 1-Suprise

Author pov

"Malasnya nak pergi sekolah" rungut Wani.

"Malas nak pergi sekolah konon! Menyampah aku! Turun bawah dan makan sarapan cepat! Hari ni aku ada perjumpaan pengawas!" teriak Syaz dari tingkat bawah. Dia menyingsing lengan kemeja sehingga ke siku.

"Sabar la wahai orang bawah! Aku tengah betulkan tudung dengan baju!" balas Wani sebelum menjelirkan lidah.

"Terhegeh-hegeh macam mak nenek!" kutuk Syaz perlahan.

"Sudah! Rumah ini macam nak roboh dengan suara kamu berdua. Telinga ibu hampir menanah dengar suara kamu mengalahkan petir. Tak boleh ke satu hari kamu tak bertengkar?" bebel ibu sebelum menarik telinga anak-anaknya.

"Ibu! Sakit bu!"

"Maaf bu maaf!"

"Dia mulakan dulu!"

Mereka saling menunjuk antara satu sama lain. Si ibu menggelengkan kepala melayan telatah anak-anaknya yang tidak matang.

"Sudah. Ayah kamu baru masuk kereta. Salam ibu dulu! Bawa bekal makanan kegemaran kamu. Tak menyabar betul nak pergi sekolah. Belajar baik-baik. Ibu tahu kamu buat hal, ibu piat telinga kamu"

"Yes madam!"

Si ayah menggelengkan kepala. Anak-anaknya cukup memeningkan kepala dengan keletah yang tidak semenggah, tapi mereka juga anak yang baik walaupun nakal dan degil.

....

Mereka berdua mengeluh sebelum meletakkan beg atas bangku di kantin. Mereka memakai hoodie kerana mereka mudah mendapat penyakit.

"Beg kau bagi aku. Aku nak masuk kelas ni" kata Syaz selepas meletakkan botol air ke atas meja.

"Jaga beg aku elok-elok. Aku nak jumpa Irfan. Ada urusan yang perlu kami diselesaikan. Kalau ada kerja sekolah, bagitahu aku!" 

Syaz menggelengkan kepala melihat Wani berlari-lari anak. Dia menggalas beg miliknya dan neg Wani sebelum berjalan menuju ke kelas yang berada di tingkat dua. Izzati menyapa Syaz sebelum mengambil beg Wani dan menggalas.

Wawa,Mimi dan Nad sedang mengemas buku di perpustakaan mini di sudut belakang kelas melambaikan tangan. Mereka duduk di tempat masing-masing selepas mengemas kelas.

Beberapa minit kemudian, cikgu Miza masuk ke kelas mereka. Mereka memandang antara satu sama lain dengan muka keliru. Rupa-rupanya, cikgu Miza masuk ke dalam kelas 6 Kreatif untuk menggantikan Cikgu Nina yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kerana Cikgu Nina ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan.

"Cikgu Nina ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan, jadi saya akan menggantikan Cikgu Nina. Kamu semua boleh buat kerja sendiri tetapi jangan bising, faham?" cikgu Miza mengeluarkan arahan.

Semua mengangguk tanda memahami, begitu juga dengan Bestie. Syaz sudah merangka aktiviti yang akan dilakukan. Dia ingin mengganti tidurnya kerana menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

Tiba-tiba, cikgu Miza berkata...

"Nanti Syaz, Izzati, Qyla, Wawa, Mimi dan Nad pergi ke bilik disiplin pukul lapan lima belas pagi, boleh?"

"Beres cikgu"

Mereka semua mengangguk lalu Mimi, Nad dan Wawa memusingkan kerusi ke belakang. Qyla, Izzati dan Syaz mengeluarkan buku catatan untuk dibawa ke bilik disiplin nanti.

"Bosan lah. Aku tak ada apa nak buat. Kerja sekolah pun dah lama siap. Nak main kad Uno, nanti kena rampas" rungut Wawa sambil melentokkan kepala di atas meja Syaz.

Syaz, Mimi dan Wawa. menggelengkan kepala sementara Qyla menggosok belakang Izzati untuk menenangkannya. Qyla tahu, Izzati pasti akan marah. Semua murid kenal Izzati, pengawas si penceramah yang cantik tetapi garang.

'Tak lama lagi, dah nak exam. Jadi kau kena ulang kaji pelajaran. Ini tidak, kau asyik merungut saja kerjanya' bebel Izzati.

Wawa berkata tanpa mengeluarkan suara...

"Syaz, Qyla, Mimi, Nad backup aku. Aku kena tadah telinga dengar Izzati membebel"

Mereka terseyum seraya menggeleng.

'Sampai hati kau tak nak backup aku,merajuk lah kalau macam ni' kata Wawa sebelum memusingkan kerusinya ke hadapan.

Mereka berlima memandang antara satu sama lain. Qyla bangun sebelum berjalan ke tempat Wawa dengan membawa sesuatu. Kemudian, dia menghulurkan sesuatu itu kepada Wawa.

Beberapa minit kemudian, Wawa memusingkan kerusinya semula ke belakang.

'Aku ingat korang dah lupa hari ni hari jadi aku.Terima kasih korang sebab ingat hari jadi aku' kata Wawa sebelum memeluk kawan-kawannya.

'Oksigen... oksigen... tak bernafas... nak mati. Lepaskan..kitorang...Wa..Wawa'kata Izzati, Syaz, Nad dan Qyla serentak sementara Mimi berpura-pura pengsan.

Apabila Wawa melepaskan pelukan, mereka berempat tercungap-cungap mengambil nafas.

'Nasib baik kita hidup lagi. Kalau tak, kitorang masuk dalam mimpi kau,Wawa' perli Mimi dan Nad.

Wawa membuat peace. Dia pasti akan sunyi sekiranya mereka berempat pergi meninggalkan dirinya.

'Oi, cepatlah. Jam di tangan aku sudah menunjukkan pukul tujuh lima puluh pagi. Kita kena jumpa cikgu Miza la' marah Izzati.

Tbc

7/12/16

#sorry kalau pendek sangat

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top