01

WattpadersAwards
______

"Tahniah. Rabun awak sifar sepenuhnya." Doktor pakar rabun mata itu cuba menahan senyum selepas mencatatkan sesuatu di buku yang entah apa namanya. Mungkin buku rekod pesakit?

Ah, ada aku kesah. Yang penting sekarang, aku dah tak rabun!

Aku lihat umi yang tersenyum. Terus keningku naik menjongket-jongket tanda bangga. Umi mencebik, tapi masih dalam senyumnya.

Mungkin turut bangga, pantang aku selama 8 bulan memberi hasil positif yang cukup membanggakan. Tak sabar mahu ke sekolah esok, mesti semua akan terkejut dan ternganga seluas alam! Atau mungkin mata mereka pula yang rabun kesan cahaya NUR yang terpancar terlalu terang dari wajahku ini.

"Kakak dah cantik, umi bila lagi? Haks!" Lebihan tudung shawl hitamku yang tergantung di belah kanan itu dilibas sambil membuat muka riak acah-acah.

"Perasan!"

Doktor lelaki di sisiku hanya ketawa melihat gelagat kami. Terus, aku pandang dia dengan senyuman lebar. Dia terhenti, matanya tepat menikam mata aku yang bogel tanpa kaca mata.

Dia terpana, tapi aku tetap senyum, malah semakin lebar. Mata aku kerdipkan sengaja, sebelum aku turun dari kerusi. Memang begitu cara aku.

Kemudian, tanpa menunggunya, aku tarik tangan umi untuk keluar. Bahagia rasa dalam hati. "Tak ada apa dah kan? Jom balik," ajak aku. Mata aku kerdipkan pada umi juga. Acah comel, sebenarnya.

"Jap, nak ambil kaca mata kakak tadi."

Aku anggukkan sahaja. Kalau boleh, aku mahu pulang cepat-cepat dari klinik mata ini. Mahu pergi SMO, hendak beli kertas mahjong. Esok ada perbentangan komsas bahasa melayu, tapi adik buat hal pula. Boleh dia tumpahkan air milo atas hasil titik peluh aku? Sudah lah perbentangan ini sudah lama ditangguh! Mahu merepek satu jam Cikgu Shafie kalau perbentangan ini terpaksa ditangguh lagi.

"Jom, kakak." Umi keluar dari bilik rawatan bersama doktor lelaki tadi. Dia masih memandang aku, tapi aku endahkan sahaja. Aku lebih tertarik pada umi yang berjalan amatlah perlahan.

Aku naikkan mata ke atas. "Umi... Cepatlah. Kita ada satu destinasi lagi ni." Bahu umi didakap manja.

"Pergi mana?"

Alah, buat-buat lupa pula... "Pergi SMO lah, beli kertas mahjong. Kakak mahu guna esok."

Terus, umi menepuk dahinya. Hah! Kenapa pula tu? Janganlah ada apa-apa masalah! Ini masalah dunia, kut? Cikgu Shafie tu bukan boleh main. Sekali mengamuk, boleh bergegar satu dunia ni.

"Umi ada mesyuarat lah dekat pejabat PPD."

Lututku tiba-tiba longlai. Terus jatuh terduduk. Maklumlah, anaknya Zubaidah binti Wan Hassan ini drama queen orangnya.

"Abah?" tanya aku berharap.

"Semua cikgu ada mesyuarat. Kakak dengan adik-adik semua umi tinggal dekat rumah tok ma."

Terus aku merengek tak mahu. "Pergi lah SMO dulu, bukan jauh pun." Tubir mata mula rasa hangat. Inilah seorang Aina, manjanya bukan main.

"Umi dan abah dah lewat dah ni. Sepatutnya tadi lagi pergi. Sebab kamu duk mengadu sakit mata, tu lah digerahkan juga datang sini dulu sebelum pergi. Ni umi dah lewat dah ni. Jom-jom."

"Erm...." Aku masih belum berganjak. Wajah sengaja dihiaskan muncung itik yang berharga sepuluh sen.

"Er, saya free selepas ni. Kalau nak saya temankan... Saya boleh je?" Satu suara yang langsung tiada dalam skrip lakonan hidup Aina Amelin tiba-tiba bersuara. Umi dan aku terus berpaling dengan riak wajah terkejut beruk.

Doktor itu menggaru belakang kepalanya sambil tersenyum kekok.

"Tak pe lah." Aku sengih, turut kekok. Aku terus bangun dari duduk. Wajah umi yang tersenyum sendiri itu aku pandang. "Umi, jom lah sambung drama dalam kereta," ajak aku.

"Habis kakak kata nak pergi SMO?"

Tiber! Terus mata aku terbeliak. Apa maksud umi?

"Umi kata, umi busy?" Air liur, aku telan kesat. Jangan, tolong jangan!

"Tapi doktor Ariel tak busy."

"Umi!"
"Uhuk uhuk!" Doktor Ariel terbatuk dengan tiba-tiba. Mungkin turut tak menyangka yang itu akan menjadi jawapan dari umi.

Umi ketawa. "Apa? Betullah. Lagipun perbentangan ini esok, kan? Cikgu Shafie tu cikgu abah dulu. Abah pernah cerita yang dia pernah kena denda bawa teko dan cawan berisi air teh seluruh sekolah sebab bagi alasan kucing tumpahkan air teh. Kakak, nak bawa air milo keliling sekolah juga ke?"

Aku ternganga besar. Wajah doktor tadi, aku pandang. Wajahnya amatlah bahagia macam crush setuju pergi dating. Aku pandang umi semula. "Seriously, umi? Umi sanggup lepaskan anak umi pada lelaki yang entah siapa-siapa ni?"

"Kita dah jumpa doktor Ariel lima-enam-tujuh kali. Umi percayakan Ariel. Lagipun ini pilihan terakhir kakak."

Aku ternganga besar. "Tapi..."

"Ariel, boleh bagi mak cik IC kamu?" Umi memotong, aku terus tersentap. Umi potong ayat aku? Kenapa umi makin kejam ni!

"Er, kenapa mak cik?" tanya dia kembali, tapi tangannya masih ligat membuka dompetnya untuk keluarkan kad pengenalannya.

"Kalau kamu tak pulangkan Aina, mak cik tak akan pulangkan kad pengenalan kamu ni."

Ariel ketawa besar. Manakala aku pula menjerit memanggil umi.

"Umi tukarkan kakak dengan sekeping kad pengenalan? Seriously, umi? Seriously!" Rasa macam aku ni amatlah murah sampaikan umi sanggup buat macam tu.

"Kad pengenalan berharga, apa? Dah lah. Nombor telefon mak cik, dah ada, kan? Umi dah lewat ni. Jaga anak mak cik elok-elok ya. Dalam pukul 1 petang nanti mak cik datang balik." Selepas satu senyuman dihadiahkan kepada aku, terus umi berlalu pergi.

"Umi!" Kaki aku hentakkan pada lantai, immature.

Umi berpaling, kali ini ada riak bersalah dalam wajahnya. "Untuk kakak juga. Win-win situation, umi dan abah betul-betul sibuk hari ni. Maaf, okey? Nak salam tak ni?"

Aku menjeling dengan muka mahu menangis. Tapi kaki tetap melangkah menghampiri umi. Tangan yang terhulur itu disambut kemudian di bawa ke dahi.

"Jangan lah tinggal kakak lama-lama." Aku mengadu. Kepala aku yang bertudung, umi gosok.

"Iya. Sekejap saja. Tak sampai satu jam pun. Lagipun Doktor Ariel tu baik. Sebab tu lah umi percayakan dia. Okey? Jangan nak melalut cakap umi tak sayang kamu. Sebab umi sayang lah umi buat ni. Dah, umi pergi dulu. Assalamualaikum."

Aku mengangguk. Salam aku jawab perlahan sambil melambaikan tangan ke arah umi yang semakin menghilang bersama abah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top