Utusan Putera

Adam dengan kuatnya melibas pedangnya pada abang sulungnya a.k.a Putera Yukino.

Tetapi tidak berjaya kerana Yukino sangat pantas mengelak.

Apa la sangat berlawan dengan budak 11 tahun. Yukino pula berumur 25 tahun. Baginya apabila berlawan dengan adiknya seperti celah gigi sahaja.

(A/N Cehh..perasan.)

"Cukuplah tu. Dah 2 jam korang berlawan. Berehat dulu." ujar Putera yang kedua, Kazuto.

Yukino dan Adam menuju ke arah adik-beradik mereka yang sedang duduk di atas rumput hijau.

"Adam. Kenapa kenapa lambat sangat balik tadi? Risau kami dibuatnya." ujar Putera yang ketiga, Izay.

"Betul tu. Bahaya dekat luar. Kita tak tahu bila musuh akan menyerang kita." pesan Shou, putera yang keempat.

Adam hanya tersengih.

"Adam jumpa dengan kakak yang sangat cantik. Adam bercakap dengan dia tadi sebab tu lambat sampai. Adam teringin nak dia jadi kakak ipar Adam." luah Adam sambil memengang tangan abang keenamnya, Ryouta.

Mereka saling berpandangan. Ni kes berat ni, siapa yang nak kahwin dengan orang tak kenal.

Ryouta menggosok rambut Adam dengan lembut.

"Adam..kan abang dah cakap, jangan bercakap dengan orang asing? Entah² kakak cantik yang Adam jumpa tu seorang musuh." ujar Putera Kelima, Saugo.

Adam menggeleng kepalanya tanda 'tak setuju' dengan kata² abangnya sorang itu.

"Adam tahu yang mana baik dan buruk abang. Jangan bimbang. Lagipun kakak cantik tu sangat baik. Dia tak marah pun Adam." terang Adam dengan senyuman polosnya.

"Yukino, nanti kau bagitau pengawal istana untuk mengambil seorang bodyguard. Kita kena biarkan bodyguard itu menjaga Adam, sekaligus menjaga kita semua." cadang Kazuto.

Yukino mengangguk faham dan berlalu dari situ.

"Kita mesti cari yang susah untuk dikalahkan, pandai bermain pedang. Yang paling penting, pandai lindungi dirinya sendiri." ujar Saugo.

"Kenapa dia kena lindungi diri dia sendiri?" soal Adam dengan pelik.

"Sebab kalau dia tak pandai lindungi diri dia sendiri, macam mana dia nak lindungi kita semua." jawab Shou dengan senyuman manis.

Adam mengangguk faham.

---

"Aduhai.. Apa aku nak buat ni? Dah la duit poket pun dah nak kurang." gumam Crystalia dengan sedih.

Dia berhenti di sebuah pondok rehat untuk makan roti pemberian Adam tadi.

Sepanjang dia tengah makan, matanya ternampak ramai yang sedang berkumpul.

"Ada acara apa tu?" soalnya kepada dirinya sendiri.

Dengan tidak membuang masa, dia bergegas menuju ke arah orang ramai tersebut.

Dia memengang bahu seorang lelaki untuk bertanya. Lelaki itu memandangnya, tak lama itu wajahnya merah. Crystalia pelik memandang lelaki itu.

"Kenapa semua berkumpul?" soal Crystalia.

Lelaki itu mengemas rambutnya sebentar dan berkata..

"Oh, itu ada utusan dari istana. Kita kena dengar." ujarnya dengan senyuman.

Crystalia mengangguk dan pergi ke hadapan sedikit meninggalkan lelaki yang kecewa kerana Crystalia tak melayannya.

"Di sini saya nak sampaikan utusan Putera Yukino bahawa dia sedang mencari seorang bodyguard untuk menjaga keselamatan Putera Adam sekaligus untuk para putera yang lain. Sesiapa yang kuat bolehlah mencuba nasib,tak kira lelaki atau perempuan. Pencarian bodyguard ini akan berlangsung akhir bulan ini. Terima kasih."

Pengawal istana beredar dari situ setelah selesai berbicara. Semua orang turut berada dan ada yang berbincang mengenai perkara tersebut.

Crystalia tersenyum lantas pergi ke pondok semula.

"Walau apa cara pun, aku kena dapatkan pekerjaan tu. Mama dan papa pun susah nak jejak aku nanti. Bijak betul aku ni." gumam dirinya sendiri.

Nasb baik dekat dia tiada orang yang lalu lalang, kalau tak dia sudah dicop sebagai orang tak waras.

Akhirnya dia bangun dan mencari tempat untuk dia berlatih. Sepanjang perjalanan, dia ternampak sebuah rumah yang ada beberapa orang yang sedang berlatih pedang.

Crystalia pergi ke arah seorang lelaki yang berbadan tegap.

"Er..boleh tak kalau saya nak berlatih dekat sini juga?" soalnya dengan takut.

Lelaki itu hanya tersenyum dan menggeleng.

"Ini hanya tempat untuk lelaki, perempuan tidak boleh berlatih di sini. Kalau awak nak, awak boleh berlatih tengah hutan larangan. Dekat situ kamu boleh berlatih." guraunya.

Tapi lelaki itu tak sangka Crystalia mengambil serius apa yang dikatakannya.

"Terima kasih atas informasi tu. Terima kasih." ujar Crystalia lantas berlalu pergi.

Lelaki itu ternganga sambil memandang Crystalia.

"Dia betul² percaya?" gumam lelaki itu lantas menggeleng kepalanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top