Terkejut

Sepatutnya hari ini Crystalia , Yukino dan Saugo pulang ke Kerajaan Dandelion.

Tetapi dihalang oleh Raja Kerajaan Daisy atas alasannya sudah lewat petang. Bahaya untuk mereka. Lagipun agak lama untuk sampai ke Kerajaan Dandelion.

Dan Crystalia adalah orang pertama yang setuju dengan cadangan Raja tersebut. Apa? Dia malas nak berlawan. Well, dia bukannya selalu rajin.

Nama pun puteri raja. Kebanyakannya para dayang yang lakukan untuk dia. Nak pergi tandas pun dayang yang bukakan pintu.

Kalau tak buka? Melepas dalam bilik la nampaknya.

Yukino dan Saugo hanya mengangguk setuju memandangkan kesayangan mereka setuju.

---

Semua orang dalam istana membuat hal masing² termasuklah Crystalia.

Dia bukan menjaga Yukino dan Saugo tetapi berjalan bersama dengan Yukino di taman.

Saugo? Dia sedang bercakap dengan Rash dan Kyosuke. Nampak hal macam sedikit penting tetapi Yukino tidak ambil kisah sebab hal pentingnya ada di tepi.

Sepanjang mereka berjalan dan berborak ni..Mata Crystalia ternampak seseorang yang dia kenali.

"Eh? Tu bukan Putera Liam ke?" soal Crystalia sambil menunjukkan ke arah pokok yang berwarna biru cair.

(A/N : Ada ke pokok macam tu? Apa² je laa...)

Yukino memandang ke arah tunjukkan Crystalia dan terkejut memandang Liam yang bersama dengan tabib yang merawat Crystalia.

"Dia bersama dengan siapa tuan putera?" soal Crystalia dengan pelik.

Yukino mula gelabah. Dia tak nak Crystalia jijik dengan Liam yang sudah suka dengan sesama jenis.

Korang jangan ingat Yukino suka, dia pun tak suka mula², tetapi disebabkan itu pilihan hati kecil manis Liam. Kalau hati dah suka, tak boleh nak tukar dah..Dia hanya setuju sahaja.

Lagipun tabib tu baik orangnya.

"Er..ya-ya. Kita pergi ke sana ya?" ajak Yukino ke arah lain tetapi terlambat apabila tabib tersebut memanggil Crystalia.

'Macam mana dia boleh nampak Rys ni? Aduhai! Ganggu betul la dia tu! Dating jela dengan Liam tu!' desis hati Yukino dengan geram.

Dalam masa yang sama, Yukino berdoa agar Crystalia tidak bertanya soalan yang tidak masuk akal.

Crystalia memandang tabib itu dengan pelik. Dia mana jumpa lagi dengan tabib tu jadi mana la tahu.

Tabib itu menarik Liam untuk pergi ke arah Crystalia dan Yukino.

"Ye? Awak siapa?" soal Crystalia dengan pelik(2).

Tabib itu tersenyum manis.

"Saya adalah tabib yang merawat Cik Muda. Baguslah kalau Cik Muda sudah sihat." ujar tabin itu dengan gembira.

Crystalia tersenyum gembira kerana tidak menyangka Liam 'berkawan' dengan tabib yang merawatnya.

Yukino memandang datar ke arah tabib tersebut manakala Liam tersenyum melihat kecomelan tabib tersebut.

"Saya memang nak jumpa awak. Terima kasih sebab tolong saya. Awak memang terbaik." ujar Crystalia dengan lembut.

Yukino memutarkan matanya dengan malas apabila Crystalia memuji lelaki lain di depannya.

"Sama² Cik Muda. Lagipun ini memang tugas saya sebagai tabib. Baik Cik Muda berterima kasih pada Putera Yukino. Sebab Putera Yukino yang memanggil saya." terang Tabib itu.

Crystalia memandang Yukino yang turut memandangnya.

"Terima kasih tuan putera." ujar Crystalia dengan senyuman.

Yukino mengangguk mantap dan membalas senyuman Crystalia.

Tetapi senyumannya memudar apabila Crystalia menanyakan soalan kepada Liam.

"Putera Liam memang rapat dengan tabib ke?"

---

Di Kerajaan Sunflower, Permaisuri memandang Raja yang tengah men'cop' surat diraja yang sangat banyak.

Kalau ada yang tanya surat apa, ianya adalah surat undangan majlis hari jadi Crystalia.

Mereka dalam gelisah sebab Crystalia masih tidak ditemukan. Akan tetapi, majlis tetap majlis.

Tak lama itu, Raja tersenyum kecil kerana tugasnya sudah selesai.

"General!!" panggil Raja dengan kuat.

Beberapa detik selepas itu, general kerajaan Sunflower datang dan hormat kepada Raja dan Permaisuri.

"Tolong sampaikan surat ini kepada seluruh Kerajaan. Jangan sampai tertinggal." arah Raja dengan tegas.

General itu mengangguk faham dan mengambil surat yang banyak itu.

Selepas general meninggalkan mereka berdua, Permaisuri duduk di kerusi emas.

"Rancangan kita akan berjaya ke?" gumam Permaisuri dengan perlahan.

Tetapi tetap didengar oleh Raja. Raja mengeluh berat. Situasi mereka masih dalam bahaya jika belum menemui Crystalia.

"Bertenang sayang. Saya yakin Lia pasti akan ditemukan nanti. Kita tak boleh putus asa macam tu sahaja." jelas Raja dengan semangat.

Permaisuri mengangguk faham. Walaupun hatinya masih tidak tenang. Dan dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa yang dia tidak akan memaksa lagi pilihan Crystalia.

Dia tidak ingin kehilangan satu-satunya anak yang dia miliki. Begitu juga dengan Raja.

Mereka termenung panjang...

---

Yukino menggaru kepalanya dan mula tersenyum kaku apabila Liam dan tabib saling tersenyum.

"Rys..jom kita masuk bilik awak. Sudah malam ni." ujar Yukino dengan lembut.

Crystalia memandang pelik ke arah Yukino yang nampak gelisah.

"Kenapa pula? Saya hanya nak tahu sahaja. Saya tak kisah pun Putera Liam berkawan dengan tabib." jelas Crystalia dengan sedikit geram dengan Yukino yang suka hati menghalangnya.

Liam tersenyum lucu memandang wajah geram Crystalia. Comel!

"Tidak apa² Yukino. Lagipun Rys berhak tahu." ujar Liam dengan yakin.

Yukino memandang Liam dan tabib itu yang turut memandangnya dengan semangat dan yakin. Akhirnya, dia mengangguk setuju.

"Tahu apa?" soal Crystalia dengan penuh ingin tahu.

Liam tersenyum malu dan mula memengang tangan tabib itu dengan erat layaknya kekasih.

Crystalia menaikkan keningnya tanda dia 'tidak faham'.

Liam tahu bahawa Crystalia tidak memahami isyaratnya, dengan pantas dia mencium dahi tabib dengan penuh kasih sayang.

Terlompong mulut Crystalia memandang Liam apabila Liam membuat aksi sebegitu. Sekarang barulah dia faham apa yang perlu dia 'tahu'.

Yukino dan Crystalia dapat melihat tabib itu terkejut dengan tindakan tiba² Liam.

"Pu--Putera.."

Liam tersenyum memandang wajah merah milik tabib tersebut.

"O--okay Putera Liam.. Sa--saya faham." ujar Crystalia dengan wajah yang masih terkejut.

Tabib itu memandang sedih ke arah Crystalia.

"Er..mesti Cik Muda jijik dengan saya kan?" soal Tabib itu dengan sedih.

Crystalia mula tersedar dan menggeleng kepalanya dengan pantas.

"Bukan! Bukan macam tu. Saya hanya terkejut. Saya cuma tak sangka yang Liam sudah jumpa kekasih hatinya. Walaupun ianya lelaki." ujar Crystalia dengan senyuman kecilnya.

Tabib itu tersenyum malu dan mengangguk faham.

"Terima kasih Rys." ujar Liam dengan lembut.

Crystalia tersenyum dan mengangguk. Yukino menghela nafas leganya kerana Cystalia tidak jijik dengan Liam.

Walaupun kenyataannya bahawa Crystalia kurang setuju dengan pilihan Liam. Heol! Lelaki kot! Lagi² Liam tu adalah Putera Kerajaan Daisy.

Crystalia ingat yang Liam akan memperkenalkannya seorang puteri yang cantik tetapi Liam memperkenalkannya seorang lelaki yang comel.

Well, dari sudut hati kecil Crystalia, dia tak kisah dengan pilihan Liam. Asalkan teman kecilnya itu bahagia sudah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top