Taruka
Sepatutnya update semalam, tpi semalam sis tetiba mengantuk..sorry..
---
Yukino dan Liam menunggang kuda untuk pulang ke Kerajaan Sunflower sambil berbual. Permaisuri Kerajaan Lily menawarkan mereka untuk tinggal tetapi ditolak halus oleh mereka berdua.
Gila ke apa nak duduk semalaman dekat situ? Liam tidak mahu mengambil risiko apabila berjumpa dengan puteri tersebut.
"Aku jadi bangga pula dengan kau sebab sanggup ajak mereka datang ke majlis kau nanti. Tak takut ke kalau majlis kau jadi hancur nanti?" Soal Yukino dengan selamba.
Liam tersenyum kecil.
"Sebelum dia hancurkan majlis aku, akan aku hancurkan dia dulu depan semua orang." Jawab Liam dengan serius.
Yukino mengangguk faham.
---
"Apa?!"
Jeritan tersebut membuatkan Permaisuri Kerajaan Lily menutup telinganya kerana suara anaknya terlalu nyaring.
Tak sedap bila didengar.
Kalau menyanyi, confirm macam katak tengah sakit perut.
"Kenapa ibu tak cakap yang Liam datang. Puteri rindu dia." Ujar Puteri itu dengan sedih.
Permaisuri menggeleng kepalanya dengan sikap anaknya itu.
"Puter, dengar cakap ibu untuk kali ni. Boleh tak kalau kamu jangan malukan diri kamu sendiri?"
Puteri memandang Permaisuri dengan pelik.
"Malukan apa? Puteri tak faham la dengan apa yang ibu cakapkan." Balas Puteri sambil mengibas wajahnya dengan kipas kecil yang ada di tangannya.
"Kamu tak sedar ke buat2 tak sedar? Kamu tak serik2 kejar Putera Liam. Dia tu sudah nak kahwin. Kamu selalu malukan diri kamu depan semua orang dengan mengejar orang yang langsung tidak cintakan kamu. Kamu tahu tak? Maruah kamu sudah tercalar sejak dari dulu. Semua tak suka dengan sikap kamu, Puteri. Sikap kamu tu sangat memalukan bagi seorang kerabat diraja!"
Nasihat daripada ibunya sendiri membuatkannya terdiam membisu. Entah kenapa perkataan tersebut boleh sampai tepat ke jantungnya.
Sakit.
Ya, itulah yang dirasakan oleh Puteri sekarang ini. Difikirkan semula membuatkannya sangat malu dengan tingkah dia.
Sangat malu. Mana nak simpan wajahnya ini apabila bertemu dengan Kerajaan lain nanti.
---
Yukino dan Liam selamat sampai ke destinasi. Mereka berdua disambut baik oleh semua warga istana.
Tazuko meluru ke arah mereka dengan pantas.
"Mana bunganya?" Soal Tazuko dengan tenang.
Yukino mula mengambil bunga Lily yang dia simpan dalam sebuah beg kecil. Tersenyum Tazuko apabila Yukino berjaya mengambil bunga Lily yang bercahaya.
"Untuk membuat penawar, ianya akan mengambil masa yang agak lama. Dan aku perlukan seorang tabib yang sanggup berbahagi tenaga." Jelas Tazuko.
Yukino dan Liam saling berpandangan.
"Kenapa perlukan tabib? Kau jela yang lakukannya." Ujar Liam dengan tidak sabar.
Tazuko tersenyum kecil dan menggeleng.
"Aku tak mampu lakukannya seorang diri. Sebab tu aku perlukan tabib. Tuanku, sila panggil semua tabib istana boleh?" Pinta Tazuko dengan baik.
Raja mengangguk faham dan mula memanggil tabib istana dengan sekali sahaja. Tidak sampai seminit, semua tabib ada di hadapan Raja.
Sangat pantas.
"Kenapa panggil kami tuanku? Tuanku cedera lagi ke?" Soal salah seorang dari mereka.
Raja menggeleng kepalanya.
"Bukan. Tapi beta nak bertanya, ada sesiapa yang sanggup beri tenaga untuk buat penawar tak?"
Soalan dari Raja membuatkan mereka terdiam membisu. Mereka saling berbisik dan ada yang takut untuk bersuara.
Raja yang melihat telatah Tabib istana terus berdeham.
"Beta tidak paksa kalian. Jadi jangan takut." Ujar Raja dengan baik.
Tabib istana saling berpandangan dan menggeleng.
"Maafkan kami tuanku, kami semua tidak sanggup buat sebegitu." Ujar salah satu dari mereka.
Yukino memandang pelik ke arah mereka apabila mereka tidak sudi membantu Tazuko untuk melakukan penawar.
"Kenapa kalian tidak sanggup? Ini untuk keselamatan tuan puteri juga." Tegas Yukino sampai sedikit membuatkan kesemua tabib menunduk takut.
"Bu-bukan kami tidak mahu tuan putera, tapi jika kami melakukan hal tersebut, kami tidak akan sedarkan diri selama tiga hari penuh." Jelasnya dengan perlahan tetapi didengari oleh mereka.
"Apa?"
"Betul cakap mereka Yukino. Untuk membuat satu penawar haruslah sanggup untuk tidak sedarkan diri selama tiga hari penuh. Penawar untuk buat Lia sedar, sangat sangat sangat mencabar. Sebab tu aku perlukan seorang tabib yang sanggup untuk lakukannya." Jelas Tazuko dengan sedikit keluhan.
Yukino turut mengeluh berat. Dia buntu siapa yang mampu untuk membantu Tazuko.
"Liam." Panggil Rash.
Liam memandang Rash dengan pelik.
"Ya?"
"Aku rasa Taruka boleh tolong Tazuko kan?" Soal Rash dengan tenang.
Terkejut Liam mendengar perkataan dari Rash. Liam betul2 tidak menyangka Rash akan menyebut nama bakal isterinya.
Serta merta dia menjadi risau.
"Betul ke Liam?" Soal Yukino dengan penuh harapan.
Liam terdiam membisu. Sebenarnya dia tidak mahu Taruka melakukan penawar tersebut. Bukan apa, dia tidak sanggup melihat Taruko pula yang tidak sedarkan diri.
Tapi bila difikirkan semula, dia juga mahu Crystalia sedarkan diri. Dia juga tidak sanggup membuat Crystalia terus terbaring lamanya.
Liam betul2 buntu. Dia tidak tahu mahu memilih yang mana. Kalau dia pilih Crystalia, Taruko tidak sedarkan diri. Kalau dia pilih Taruka, Crystalia akan terus begitu.
Dia sayang kedua-dua manusia itu.
Yukino yang nampak Liam seperti berfikir terus memengang bahu Liam.
"Tolong Liam. Hanya kau yang boleh bantu kami. Tolong Rys sekarang." Mohon Yukino dengan sedih.
Adik beradiknya yang lain terkejut melihat situasi ini. Mereka tidak menyangka akan melihat Yukino memohon sampai sebegitu. Pertama kalinya mereka melihat Yukino yang nampak menyedihkan.
Dan mereka tahu, yang Yukino sangat mencintai Crystalia.
"Cepat Liam. Kalau kau lambat buat pilihan, Lia akan tidur selama-lamanya dan penawar tidak akan menjadi lagi. Dia hanya boleh bertahan selama lima hari lagi." Jujur Tazuko dengan tidak sabar.
Tazuko sudah mengetahui keadaan Crystalia, tetapi takut untuk beritahu kepada mereka termasuk Raja dan Permaisuri. Tazuko tidak sanggup untuk membuat mereka kalut dan sedih.
Jangan tanya keadaan mereka. Mereka memang terkejut besar. Sampai Permaisuri pengsan mendengarnya.
Keadaan mula menjadi sangat kalut. Semua tabib yang ada di situ membantu Raja yang ingjn menyedarkan Permaisuri.
"Liam, tolong Rys." Mohon Yukino lagi.
Liam menghembus nafas dan mengangguk.
"Baiklah. Aku akan balik dan berbincang dengan Taruka."
---
Taruka yang sedang membantu para dayang di taman bunga terkejut kerana mendengar suara Liam memanggilnya.
Dengan pantas Taruka menuju ke arah Liam yang nampak gelisah.
"Sayang--"
"Kenapa Liam? Ada apa2 berlaku dengan sana?" Soal Taruka dengan risau.
Liam menunduk sedih dan mengangguk kecil. Dia mahu beritahu hal tersebut tapi dia betul2 takut sekarang.
Dia takut untuk melihat Taruka berbaring tidak sedarkan diri. Dia melihat Taruka cedera pun dia sudah bimbang separuh nyawa. Apa lagi kalau tidak sedarkan diri.
"Liam, baik awak tenangkan diri. Puteri Crystalia sudah jumpa?"
"Sudah."
"Habis tu, apa masalahnya Liam? Bagitau saya!" Paksa Taruka apabila melihat Lia yang nampak sangat takut.
"Hikss.."
Terkejut Taruka apabila melihat Liam menangis. Serta merta dia memeluk Liam supaya tenangkan dirinya sendiri.
"Ada apa sampai awak menangis ni? Jangan buat saya risau Liam." Ujar Taruka dengan lembut.
"Lia tidak sedarkan diri di-disebabkan ahli sihir jahat yang buat L-Lia macam tu, hikss.. Tapi untuk membuat penawar untuk Lia..hiks..me-mereka perlukan awak untuk bantu Tazuko. Tapi..." Jelas Liam dengan terisak-isak.
"Tapi apa?"
"Tapi saya takut. Kalau awak tolong Tazuko buat penawar, awak takkan sedarkan diri tiga hari penuh. Saya taknak awak terbaring lemah." Ujar Liam dengan sedih.
Taruka tersenyum manis. Hatinya menghangat apabila Liam risaukan dirinya.
"Awak jangan la risau. Saya tetap akan bantu Putera Tazuko. Semua ini untuk Puteri Crystalia. Setakat tiga hari, tiada masalah." Ujar Taruka dengan ketawa kecil.
Liam tersenyum kecil walaupun hatinya masih bimbang.
"Jadi apa kita tunggu lagi. Marilah kita bertolak, saya yakin mereka pasti tunggu kita." Ujar Taruka dengam senyuman.
Liam mengangguk dan dengan pantas, Liam dan Taruka menunggang kuda untuk menuju ke istana Kerajaan Sunflower.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top