Surat

Di ruang besar istana terlihat Yukino memandang pelik ke arah Adam.

Bukan apa, tapi sejak dari tadi Adam asyik tersenyum ke arahnya.

'Ada apa² ke dekat muka aku?' soal hatinya sendiri.

"Kenapa Adam pandang abang macam tu?" soal Yukino dengan penuh curiga.

Adam masih tersenyum manis ke arahnya. Yukino menggeleng kepalanya dengan sikap Adam.

"Abang."

Panggilan Adam membuatkan Yukino menumpukan sepenuh perhatiannya pada Adam.

"Kenapa Adam?"

"Abang suka Kak Rys tak?" soal Adam dengan wajah polosnya itu.

Yukino membeku mendengar soalan adiknya, serta merta wajahnya merah seperti direbus.

Adam yang melihat wajah Yukino makin tersenyum manis. Dia sudah mendapat jawapan dari riaksi abangnya.

"Adam, da--dari mana Adam belajar pasal cinta ni. Adam kecil lagi, jangan fikir benda tu. Belajar dulu." pesan Yukino dengan sedikit gugup.

Adam memuncungkan mulutnya tetapi mengangguk mengiakan kata² abangnya.

"Tapi abang cakap la, abang suka ke tak?" desak Adam dengan sedikit kuat.

Baru sahaja Yukino ingin menjawab, orang suruhan Izay memanggilnya.

"Putera Yukino!" panggil orang suruhan tersebut.

Yukino memandang orang suruhan Izay dengan tanda tanya manakala Adam memandang tajam ke arah orang tersebut. Dan itu berjaya membuatkan orang suruhan Izay sedikit takut.

Well, Adam tidak boleh bawa main². Dia suka bertindak kejam di sebalik wajah polosnya itu.

Ada suatu ketika, Adam perlu membunuh orang suruhan Shou kerana melarangnya untuk bermain di luar istana.

Adam tahu yang niat orang suruhan Shou baik, tetapi dia tak suka dihalang. Jadi, nak ke tak nak dia terpaksa membunuh orang suruhan Shou dan tanam di hutan larangan. Sampai sekarang keluarganya tidak tahu perbuatan Adam.

Shou pun sudah malas nak berurusan dengan orang suruhan lagi. Jadi, Raja tidak mencari orang suruhan lagi.

"Ada apa datang sini?" soal Yukino dengan tegas tetapi dalam masa yang sama bersyukur kerana orang suruhan Izay datang.

Bukan apa tau, Yukino malu nak berterus teramg depan Adam. Dia takut Adam bagitau dekat Crystalia, dan akhirnya Crystalia menjauhinya. Kan sakit kalau jadi macam tu.

Teori milik Yukino.

"Maaf mengganggu Putera Yukino dan Putera Adam, ini ada surat dari Kerajaan Sunflower." ujarnya sambil memberi kepada Yukino.

Adam memandang pelik ke arah surat itu.

"Surat apa?" soal Adam kepada orang suruhan Izay.

"Itu adalah surat jemputan hari jadi puteri tunggal Kerajaan Sunflower." jawabnya.

Adam memandang curiga terhadap surat tersebut manakala Yukino tersenyum kecil.

"Tak pernah² pun dapat surat dari sana. Kenapa tiba²?" soal Adam dengan perlahan + pelik.

"Terima kasih." ujar Yukino.

Setelah itu, orang suruhan itu mula meninggalkan Yukino dan Adam.

---

Crystalia memandang surat yang dipegang oleh Raja dengan penuh teliti.

"Tak sangka kita dijemput tahun ini." ujar Raja dengan senyuman gembiranya.

"Mesti mereka membuat majlis besar-besaran kan? Sampai kita pun dijemput." ujar Kazuto dengan senyuman.

Permaisuri mengangguk mengaikan kata² anaknya.

"Boleh la kita tengok puteri tunggal tu. Mesti dia cantik kan?" soal Permaisuri dengan gembira.

Para putera tersenyum dan mengangguk kecuali Adam. Adam cemberut melihat semua gembira, dia memandang Crystalia di sebelahnya.

Dia tak sangka Crystalia turut tersenyum.

"Adam tak suka!!" marah Adam.

Yang lain terkejut mendengar jeritan Adam. Mereka dapat melihat mata Adam mula berair tanda ingin menangis.

"Shh..Adam, kenapa ni?" soal Crystalia dengan risau.

Dia memeluk Adam agar Adam tenang. Tetapi Adam melepaskan pelukannya dan memandang tajam ke arah semua kecuali Crystalia.

Keluarga pelik dengan perangai Adam yang tiba².

"Kenapa Adam marah ni sayang?" soal Permaisuri dengan lembut.

"Adam tak suka surat tu ada! Kenapa kena dapat surat dari kerajaan tu?!! Selama ni tak pernah dapat, tiba² je dapat! Adam tak suka!!" marah Adam dengan kuat.

"Adam...kenapa ni? Kan bagus kalau kita dapat surat ni. Kita dapat peluang berjumpa den--"

"JANGAN SEBUT PEREMPUAN TU DEPAN ADAM!! SEBAB PEREMPUAN TU, SEMUA JADI LUPA DENGAN KAK RYS! ADAM TAK SUKA!!" tengking Adam.

Raja dan Permaisuri terkejut, tetapi bukan sahaja mereka,malahan Crystalia dan yang lain juga begitu.

"Adam, apa yang Adam cakap tu?" soal Raja dengan pelik.

"Apa?! Betul la apa yang Adam cakap, semua lupa Kak Rys dekat sini! Kak Rys pun satu, kenapa senyum juga? Adam tak suka kalau semua tumpukan perhatian dekat puteri tu." luah Adam dengan sedikit tenang.

Syukur dia masih ingat yang dia berhadapan dengan keluarganya, kalau tak..mungkin akan jadi seperti orang suruhan Shou.

Crystalia tersenyum lucu.

"Apa la Adam ni, Kak Rys senyum sebab boleh jumpa dengan puteri tunggal tu, bukan akak sorang je, yang lain pun sama." ujar Crystalia dengan senyuman.

'Kalau diorang tahu akulah orangnya, entah apa yang akan jadi..' bisik hatinya.

"Betul kata Rys tu, bukan kita sahaja yang gembira, kerajaan lain pun mesti tengah gembira sekarang." ujar Shou dengan semangat.

Adam memandang lekat ke semua abangnya.

"Betul ni?"

"Betul Adam. Lagipun kita semua hanya tengok dan raikan majlis tu sahaja. Tak ada niat lain pun." sambung Shou dengan senyuman mesranya.

Yukino tersenyum memandang adik beradiknya yang nampak matang apabila bercakap dengan adik bongsu mereka.

"Baiklah. Adam pegang janji tu. Kalau tak, abang tahulah apa yang akan Adam lakukan." ujar Adam dengan serius.

Entah kenapa semua abangnya merasa sedikit takut dengan ancaman berbahaya Adam.

Ingatkan semua abangnya tidak mungkir janji, kalau tak. Tahu² jela..

---

Tashima memandang pintunya yang dibuka oleh seseorang.

Tashima memandang datar ke arah orang tersebut. Yelakan, salam pun tak bagi, tetiba je masuk.

"Tazuko? Awalnya kau balik? Aku ingatkan kau tidur sana?" soal Tashima kepada Tazuko.

Tazuko la yang masuk tak bagi salam.

Tazuko tersengih dan menggeleng.

"Aku tak nak menyusahkan mereka. Lagipun bukan jauh sangat pun. Hanya mengambil masa 3 jam untuk sampai ke sini balik." jelas Tazuko dengan selamba.

Tashima hanya mengangguk mengiakan kata² Tazuko, dia percayakan Tazuko kerana Tazuko adalah adiknya. Satu-satunya adik yang dia punya selain ibu bapa.

"Jadi, macam mana dengan Lia?" soal Tashima dengan penuh ingin tahu sejak pagi tadi lagi.

Tazuko membeku.

'Aduhh, aku kena tipu lagi ke? Maafkan hambamu ini Tuhan, dan jangan la kau matikan aku sebelum aku kahwin.' luah isi hatinya dengan sedih.

"Er..ya--ya..Kau tahu² la, Lia tu susah nak bangun kalau tidur, jadi aku belum sempat cakap dengan dia, tapi aku tengok dia tadi, dia okay je." luah Tazuko dengan senyuman kaku.

Tashima mengangguk. Dia gembira kerana bakal isterinya baik² sahaja. Jadi, dia tidak perlulah risau sangat.

Tazuko menghulurkannya surat. Dengan pantas dia mengambilnya, Tashima tahu itu surat dari Kerajaan Sunflower, sebab surat tersebut berwarna emas kekuningan.

"Cepat kau ambil." perli Tazuko.

Tashima mengendahkan adiknya dan mula membaca kandungan surat itu.

Tersenyum kecil Tashima apabila selesai mmbaca.

"Kita akan pergi ke majlis hari jadi Lia akhir bulan ni, aku tak sabar tengok Lia nanti. Dan aku harap, dia pakai topengnya itu." luah Tashima dengan harapan.

Yelakan, dia tak nak orang lain tengok kecantikan Crystalia, walaupun kenyataannya Kerajaan Dandelion dan Kerajaan Daisy sudah melihatnya.

"Ma--majlis?" soal Tazuko dengan wajah terkejutnya.

Tashima mengangguk mengiakannya.

'Kenapa buat majlis kalau Lia hilang? Apa rancangan Raja sebenarnya.' desis hatinya.

Tazuko mula melangkah keluar dari bilik peribadi Tashima apabila ternampak Tashima kembali fokus dengan kerjanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top