Sedar

Maaf jika lambat update, sis demam teruk. Padahal baru je baik demam, last2 kena lagi. Hampir masuk wad kalau sis tak pujuk doktor tu.

Sis dapat idea ni sewaktu tengok doktor kacak sedang rawat Sis..caring giler dia..Hampir jatuh cinta dibuatnya.

Ada ke patut dia tanya sis yang sis ni kahwin ke tak lagi..Sis pun jawab la belum, last2 dia senyum. Kalau readers la kan? Apa maksud senyum doktor tu?

Dah la dia ada nombor sis.

Tu pun sis terpaksa bagi sebab dia sudah jadi doktor sis untuk buat check up nanti.

---

Yukino memandang Crystalia yang tidak sedarkan diri. Yukino menyelak sedikit rambut yang terdapat pada dahi Crystalia dengan lembut.

"Kalaulah saya datang awal, pasti awak takkan jadi macam ni. Maafkan saya, Rys." Lirih Yukino yang entah ke berapa kali.

Yukino memengang tangan Crystalia dan mengusapnya lembut. Tidak lama setelah itu, pintu bilik Crystalia dibuka secara perlahan.

Tazuko.

Tazuko yang datang ke bilik Crystalia.

"Mereka dah sampai ke?" Soal Yukino dengan tidak sabar.

Tazuko menggeleng perlahan dan dia duduk di sisi Crystalia berhadapan dengan Yukino.

"Mungkin sebentar lagi mereka sampai. Tenang la, Taruka memang terkenal dengan baik hati. Pasti dia akan tolong sedarkan Crystalia." Ujar Tazuko dan diangguk oleh Yukino.

Yukino mengeluh perlahan. Dia sudah tidak sabar untuk membawa Crystalia pulang ke Kerajaannya.

Kalau readers nak tahu, Raja dan Permaisuri telah memberi keizinan untuk Yukino untuk menjaga Crystalia.

Kerana Raja yakin bahawa Crystalia akan bahagia dengan Kerajaan Dandelion. Buktinya Crystalia sangat sedih apabila berpisah dengan Kerajaan Dandelion sewaktu majlis Crystalia dahulu.

"Kau pasti ke boleh bawa Lia pulang?" Soal Tazuko dengan tenang.

Yukino memandang Tazuko dengan pelik.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu? Kau meremehkan aku ke?" Soal Yukino semula.

Tazuko tersenyum kecil dan menggeleng.

"Bukan aku nak remehkan kau, Yukino. Tapi kau jangan lupa pasal Tashima. Kau ingat dia akan bagi kau Lia macam tu jeke? Jangan mentang2 kau sudah buat perjanjian dengan dia, dia akan ikut cakap kau. Untuk pengetahuan kau, abang aku tu tak suka berbagi. Dia takkan bagi Lia dekat kau walaupun Lia pilih kau."

Pesanan dari Tazuko membuatkan Yukino mengetatkan gigina tanda 'marah'.

Bukan apa, dia tidak menyangka bahawa Tashima tidak jujur dengan perjanjian yang mereka lakukan hari itu.

Hal ini membuatkan Yukino merancang sesuatu yang membuatkan Tashima menyesal dengan tindakannya.

"Aku ada satu idea."

Ucapan dari Tazuko membuatkan Yukino 'sedikit' tertarik.

"Apa?"

---

Sewaktu Taruka dan Liam telah selamat sampai di istana Kerajaan Sunflower , Taruka hampir sahaja terpesona dan ingin mengelilingi istana tersebut jika tidak mengingatkan keadaan Crystalia.

Yelakan, Taruka tidak pernah datang ke Kerajaan Sunflower. Taruka juga tidak menyangka Kerajaan Sunflower sangat indah sama yang orang ramai cakapkan.

Taruka mengikuti langkah Liam untuk menaiki ke atas dan diyakini olehnya adalah bilik Crystalia.

Baru sahaja Liam berniat membuka pintu bilik Crystalia, dia terus ditolak oleh Taruka yang terburu-buru kerana mahu melihat keadaan Crystalia.

Mujur tak terjatuh. Kalau terjatuh, memang malu la dia.

Taruka memengang nadi Crystalia yang melemah. Wajahnya menandakan dirinya sangat risau.

"Awak Tazuko ke?" Soal Taruka kepada Tazuko yang masih lagi terkejut dengan tolakan dari Taruka sendiri.

Kalau readers nak tahu, bukan sahaja Liam yang kena tolak, Tazuko turut terkena tempiasnya.

Taruka telah menolak Tazuko sampai Tazuko jatuh dari kerusi. Sampai macam tu sekali kebimbangan Taruka terhadap Crystalia.

Yukino bernafas lega kerana bukan dirinya ditolak.

"Y-ya. Saya Tazuko." Jawab Tazuko dengan mengurut dadanya.

"Baguslah! Mari kita buat penawar tu sekarang. Nadi Puteri Crystalia sudah lemah." Ujar Taruka dengan pantas.

"Ba-baiklah. Mari ikut saya." Ujar Tazuko lantas keluar dari bilik tersebut dengan diikuti oleh Taruka.

Manakala Liam dan Yukino masih memproses apa yang telah terjadi.

"Liam, kekasih kau tu--"

"Jangan tanya aku. Aku pun terkejut."

---

Hari menjelang hari Tazuko dan Taruka melakukan penawar tersebut. Liam sentiasa menemani kekasihnya itu.

Manakala Yukino dan yang lain masih setia menjaga Crystalia. Mereka panik kerana penawar tersebut belum berjaya dan keadaan Crystalia makin terus sehari demi sehari.

Dan hari ini adalah hari terakhir Crystalia mampu bertahan. Hampir menangis Yukino melihat keadaan Crystalia.

Wajah pucat, rambut sudah hampir bertukar menjadi putih seperti salji dan nadinya hampir berhenti.

"Tolong bertahan Rys. Jangan tinggalkan saya." Lirih Yukino dengan perlahan di telinga Crystalia.

'Mana mereka, kenapa lambat sangat.' Bisik hati Yukino dengan risau + sedih.

---

Liam menjadi saksi melihat keadaan Tazuko dan Taruka. Keadaan mereka berdua juga sedikit teruk.

Air peluh menitis di dahi mereka sampaikan Liam mengelap dahi mereka dan memberi semangat.

Terutamanya Taruka. Liam tahu hanya Taruka yang tidak sedarkan diri nanti. Manakala Tazuko hanya kehilangan tenaga dan hanya perlu berehat secukupnya.

Hal ini kerana, Taruka lah yang mengeluarkan banyak kuasa penyembuhnya di dalam penawar yang akan dibuat.

"Sudah pukul berapa Liam?" Soal Taruka dengan risau.

Liam memandang jam di dinding dan terkejut apabila terlihat jam sudah hampir kehabisan masa.

"Su-sudah puk-pukul 11.50 malam." Lirih Liam dengan suara terketar-ketar.

Jawapan dari Liam membuatkan Taruka mahupun Tazuko sangat terkejut. Mereka tidak menyangka sudah lewat dan hari ini adalah hari terakhir untuk Crystalia.

Setelah beberapa saat, bunga Lily itu terus menjadi satu cecair yang berwarna putih dan bercahaya. Dan Tazuko terus menangis kerana penawar itu telah menjadi.

Berbanding dengan Taruka, dia terus tidak sedarkan diri dan berjaya disambut oleh Liam. Liam memandang Taruka dan Tazuko bersilih ganti.

"Cepat Li-Liam..hantar penawar tu sekarang. Su-sudah le-wa-wat.."

Setelah Tazuko berkata seperti itu, dia juga tidak sedarkan diri. Mungkin tertidur kerana keletihan.

Dengan perlahan-lahan, Liam meletakkan Taruka di bawah dengan lembut. Dengan cepat dia membawa penawar tersebut ke bilik Crystalia.

---

11.58 Malam..

Rambut Crystalia sudah sepenuhnya berwarna putih salji. Nadi Crystalia hanya berdetak satu per satu.

Semua menunggu kedatangan Liam dengan pintu yang terbuka. Hampir menangis Permaisuri melihat anaknya berubah sedikit demi sedikit.

11.59 Malam..

Liam berlari pantas ke bilik Crystalia. Jaraknya sedikit jauh dari tempat mereka lakukan penawar tersebut.

Hati Liam terus gemuruh dan badannya bergetar. Segala perasaan ada di dalam hati Liam.

Sedih, gembira, takut, risau dan macam2 lagi. Fikirannya hanya ada pada Taruka dan Crystalia.

Akhirnya Liam berjaya sampai dan berjaya membuatkan semua terbangun dari tempat duduk.

"Cepat Liam..ada beberapa saat lagi!" Arah Raja dengan tegas.

Dengan tergesa-gesa, Liam menuju ke arah Crystalia dan menuang penawar itu ke dalam mulut Crystalia tepat pukul 12.00 tengah malam.

Setelah Liam menghabiskan penawar tersebut, tangannya terkaku kerana Crystalia tidak berubah kepada asal.

"Lia?" Panggilan Liam langsung tidak dijawab oleh Crystalia yang tidak sedarkan diri.

Semua yang ada di situ turut terkaku. Mereka yakin yang Liam berjaya menuangkan penawar itu tepat pada masanya tapi kenapa Crystalia tidak sedarkan diri juga?

Permaisuri menangis teresak esak kerana Crystalia tidak kunjung sedar. Yukino memengang tangan Crystalia dengan terketar-ketar.

"Rys? Jangan buat saya macam ni. To-tolong la sedar. Saya mohon." Luah Yukino dengan sedih.

Yukino mengecek nadi Crystalia buat kali terkahir, hampir gugur jantungnya kerana nadi Crystalia berhenti.

Raja memandang wajah pucat anak tunggalnya dengan tangisan yang masih ada.

"Lia, papa perintahkan kamu untuk bangun. Papa tak terima kalau kamu hukum papa dan mama macam ni. Bangun Lia! Jangan buat papa menyesal!" Tegas Raja tetapi malangnya Crystalia tidak kunjung bangun.

12:01 Tengah Malam..

Sepanjang mereka semua bersedih, tanpa mereka sedar, tepat di jantung Crystalia telah bercahaya. Kecuali satu orang iaitu Kazuto.

"Lia?" Panggil Kazuto dengan perasaan gembira.

Semua memandang ke arah jantung Crystalia yang bercahaya semakin terang.

Tak lama itu, Yukino dapat merasakan tangan Crystalia bergerak di dalam genggamannya.

Serta merta semua memandang Crystalia dengan penuh harapan. Dengan perlahan-lahan, Crystalia membuka matanya.

Semua terkejut melihat warna mata Crystalia yang berwarna oren jernih. Mata yang selama ini hanya mengikut emosi tiba2 sahaja muncul di hadapan mereka.

Baru mereka tahu, kisah mata oren jernih itu adalah fakta.

Tetapi mereka masih pelik kerana rambut Crystalia tidak berubah.

"Mama,papa?"

Panggilan dari Crystalia membuatkan Raja dan Permaisuri tersedar. Serta merta mereka bertiga saling memeluk antara satu lain.

"Sayang..kamu sudah sedar. Jangan buat mama dan papa takut. Kamu tak tahu perasaan mama sewaktu kamu hampir tidur selama-lamanya." Lirih Permaisuri dan berjaya membuatkan Crystalia turut sedih.

"Maafkan Lia, mama."

Setelah sesi berpelukan tadi, kini Crystalia memandang Yukino. Begitu juga dengan Yukino yang memandang Crystalia.

Pandangan mereka berdua terhenti apabila seseorang berdeham.

"Ehem! Kalau nak bercinta pun, ingat la kami di sini." Perli Shou dengan nada melawak.

Merah muka Crystalia apabila mendengar perkataan 'bercinta' dari Shou. Lain pula dengan Yukino, dia hanya memandang datar ke arah Shou kerana menganggu mereka.

Yang lain mula ketawa apabila terlihat riaksi malu dari Crystalia.

Untuk saat ini, mereka gembira, tetapi siapa tahu akan datang nanti? Apa yang akan terjadi lagi?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top