Putera Liam

Setelah makan, Crystalia sebenarnya ada bersama dengan Yukino dan Saugo. Tetapi diarah untuk berehat. Crystalia menolak kerana mahu menjaga Yukino dan Saugo.

Walaupun dia seorang puteri, tetapi ini adalah kerjanya. Tetapi lain pula yang berlaku kerana Raja dan Permaisuri turut memaksa dia untuk berehat. Disebabkan ramai yang menyuruh, nak ke tak nak, dia tetap kena berehat.

(A/N Macam kena halau la pulak..)

So, Sekarang ini Crystalia berada dalam biliknya. Dia mula termenung. Nak main telefon? Mana ada lagi teknologi pada zaman ini. Bukti? Buktinya mereka naik kereta kuda bukan kereta.

Crystalia mula bosan. Dia bangun dan menuju ke arah balkoni. Crystalia memandang langit yang gelap diserta oleh bulan dan bintang² yang sangat terang.

Entah kenapa fikirannya terlintas mengenai keluarganya. Sejujurnya dia sangat merindui keluarganya tetapi dia masih perlu bertahan di sini.

Memang tak la dia nak balik. Kan tak pasal² dia kena kahwin dengan Tashima lagi lepas ni.

Bercakap tentang Tashima, dia mula tidak sedap hati apabila memikirkan perkara ini. Esok kemungkinan Tashima akan datang ke sini. So, apa yang perlu dia buat..Larikan diri juga?

Sebenarnya, Crystalia sudah letih untuk melarikan diri. Dia akan buat yang terbaik supaya tidak diketahui.

"Rys."

Panggilan yang lembut itu membubarkan lamunan Crystalia.

Crystalia memandang ke kirinya dan terjumpa dengan Liam a.k.a Putera Bongsu a.k.a Kawan rapat masa dia kecil.

Baru Crystalia perasan yang biliknya berada di sebelah Liam sahaja.

"Ya tuan putera?" soal Crystalia dengan senyuman.

Crystalia dapat lihat kesedihan dan kerinduan terpancar di mata Liam.

"Awak...sihat?"

"Ya--ya..Sa--saya sihat." balas Crystalia dengan lembut + gagap. Lama tak berbual dengan kawan lama la katakan.

"Lama tak jumpa kan, Crystalia?"

Soalan Liam membuatkan Crystalia terpaku dan terus berubah wajahnya.

"Li-Liam..maaf, maksud saya..Tuan Putera, ap-apa yang putera maksudkan?"

Hati Crystalia mula berdebar. Dia tak habis fikir macam mana Liam boleh kenal dia. Seingatnya, dia memakai topeng sewaktu datang ke sini.

Kalau dia buang topeng pun, semasa dia ingin mandi..Takkan Liam tertengok dia mandi pula. Cepat² Crystalia menggeleng membuang fikiran buruknya.

Walaupun kenyataannya memang macam tu.
































Sambungannya ptg nanti ya..sebab sis dah mengantuk.. Akan ada okay...AKAN ADA SAMBUNGANNYA..AHAHHAHAHHHA

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top