Putera Liam 2
Liam tersenyum memandang Crystalia yang gelisah.
"Kenapa awak nak sembunyikan lagi? Kita berdua rapat masa kecil. Tak mustahil jika saya kenal awak Lia." jelas Liam dengan lembut.
Crystalia hanya mendiamkan diri. Dia betul² tak tahu nak cakap macam mana lagi. Fikirannya sudah buntu. Lagipun dia tak sanggup untuk menipu dengan Liam. Liam seorang yang sangat jujur. Dan juga dia taknak kecewakan Liam dengan penipuannya.
"Awak jangan la risau Lia, hanya saya sahaja yang tahu pasal ni."
Ucapan Liam membuatkan Crystalia mengeluh lega.
"Tapi kalau awak taknak rahsia awak terbongkar..Awak kena ceritakan dekat saya, kenapa awak larikan diri? Apa yang terjadi?" soal Liam dengan prihatin.
"Ta--Tapi Liam.."
"Shhh...saya taknak dengar apa² alasan. Cepat cakap." paksa Liam dengan tegas.
Crystalia mengeluh dan mengangguk perlahan-lahan.
"Sebenarnya saya dipaksa berkahwin dengan Tashima--"
"Tashima? Putera sulung Kerajaan Stone?" soal Liam dengan kerutan di dahinya.
Crystalia mengangguk dan menyambung ceritanya..
"Dan saya menolak. Tapi mama dan papa memaksa saya kerana Tashima adalah jiran kami dan banyak menolong kami. Sebab itulah saya larikan diri dan pergi ke Kerajaan Dandelion menjadi rakyat biasa." jelas Crystalia.
"Dengan menjadi bodyguard?" soal Liam sambil menaikkan kening kanannya.
Crystalia tersenyum kaku dan mengangguk.
"Masa tu saya tak cukup duit la. Disebabkan Kerajaan Dandelion mencari bodyguard. Saya turut serta dalam tu dan tengok la saya sekarang. Saya dah berjaya!" ujar Crystalia dengan sengihan.
Liam tersenyum.
"Tapi awak akan jadi isteri kepada salah satu dari mereka juga kan?" soal Liam dengan perlahan tetapi didengari oleh Crystalia.
Crystalia terdiam dan lama itu dia mengangguk.
"Saya tak sanggup hampakan permintaan Adam. Lagipun jangan la bimbang, semua putera di sana semua baik dan menjaga saya." jelas Crystalia dengan senyuman manisnya.
Liam tersenyum tawar melihat Crystalia akan jadi milik orang lain nanti.
Crystalia nampaknya tidak sedar yang Liam juga menaruh hati padanya. Nama pun Crystalia, dia memang tidak sedar dengan keadaan di sekitarnya.
"Lia..Esok Tashima datang ke sini..Awak kena tutup wajah awak tu." pesan Liam.
Crystalia memandang Liam dan tersenyum mesra.
"Tak apa..biarkan jela. Lagipun, Yukino dan Saugo suruh saya duduk dalam bilik. Dia taknak saya kelelahan melayan kerenah dari Kerajaan Stone nanti. Awak tau² jela Kerajaan Stone kan sangat suka menyelidik orang." jelas Crystalia dan disetujui oleh Liam.
"Bagus la..Sekurang-kurangnya, awak dapat lepas dari Tashima kan." ujar Liam dengan gembira.
Crystalia mengangguk pantas dan ketawa kecil.
---
Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower memandang kalendar di bilik mereka.
"Abang..hari jadi Lia tinggal 4 bulan lagi..Macam mana ni? Kita masih tidak jumpa Lia. Apa kita nak jawab dengan Kerajaan Stone?" soal Permaisuri dengan sedih.
Raja menggosok belakang isterinya dan mencium tangan putih mulus isteri cantiknya itu.
"Jangan bimbang..Kita akan teruskan hari jadi itu seperi biasa. Tapi kali ini kita jemput seluruh Kerajaan supaya Tashima tak perasan yang Lia hilang. Okay?" cadang Raja dengan tenang walaupun hatinya tengah gelisah.
Permaisuri mengangguk faham dan memandang gambar di dinding. Gambar itu terdapat gambar mereka berdua berserta dengan Crystalia yang tersenyum anggun.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top