Perlawanan Penentuan

Di seluruh dewan besar terdapat ramai penonton yang ingin menyaksikan satu perlawanan penentuan.

Penentuan apa? Penentuan untuk diambil menjadi bodyguard kerajaaan. Wuihhh! Kalau dapat kerja tu, duit emas a.k.a gaji boleh bina rumah dan taman bunga. Dan cukup makan selama sebulan penuh.

Situasi para putera berserta dengan Raja dan Permaisuri sekarang ini, terdapat dua orang putera yang tengah gelisah.

Yang lain pelik melihat kegelisahan yang melanda mereka berdua. Siapa? Salah satunya adalah Kazuto.

"Kenapa Kazuto? Dari tadi ibu tengok kamu gelisah je? Tak suka ke tengok perlawanan ni?" soal Permaisuri dengan bimbang.

Kalau anaknya yang itu tak suka, dia tak kisah pun anaknya itu pergi berehat dalam bilik. Lagipun tengok perlawanan penentuan ini hanya sekadar untuk menjadi saksi sahaja.

Kazuto menggeleng laju.

"Bukan. Cuma, GG hilang. Dari semalam Kazuto cari." jelas Kazuto dengan senyuman.

"GG? Burung helang kamu tu ke?" soal Raja.

Kazuto mengangguk menanggapi kata² Raja. Adik beradiknya yang lain hanya diam. Mereka rimas dengan burung helang milik Kazuto, jadi mereka tak kisah sangat kalau burung tu hilang.

Sebab? Sebabnya burung helang tu suka sangat masuk bilik mereka tanpa alasan. Kadang² kalau mereka tak ingat betapa sayangnya Kazuto pada burung tu, memang sudah dicincang buat masak gulai.

"Ibu! Abah! Kak Rys mananya? Tak nampak pun." ujar Adam.

Dia la salah satu putera yang turut gelisah dari tadi. Raja dan Permaisuri tersenyum melihat Adam. Sayang sangat dekat Crystalia sorang.

"Adam. Sabar dulu, nanti dia keluar la tu." ujar
Saugo sambil mencuit pipi adik bongsunya dengan halus.

Adam memuncungkan mulutnya sambil mengeluh berat. Adik beradiknya tersenyum lucu melihat adiknya.

---

Crystalia meneguk air liur kesatnya. Dia melihat ramai, salah! Bukan ramai tapi semua peserta lelaki yang sedang bersiap sedia untuk bertarung sesama sendiri termasuk dirinya.

Dia berasa rendah pula apabila bersama dengan mereka semua. Sebab semua lelaki di sini, nampak kuat² dan otok badan pun berketul² macam nak pecah lengan dibuatnya.

(A/N menggelikan..)

Tapi itu tidak mengurangi kemahiran dan keyakinannya. Dia yakin yang dia akan menang dalam perlawanan penentuan ini. Harap² la.

Dan dia sangat bernasib baik kerana semua peserta lelaki itu sangat peramah.

Jadi , tak ada la musuh kan.

---

Semua peserta yang akan bertanding masuk ke gelanggang perlawanan.

Akhirnya Crystalia turut keluar apabila namanya dipanggil untuk mengadap Raja bersama yang lain.

"Wah! Cantiknya Kak Rys! Cantik kan abang?" soal Adam kepada semua abang²nya.

Para putera itu mengangguk menyetujui kata² Adam.

Adam pula tersenyum bangga melihat dia berjaya menarik perhatian abang²nya.

"Ibu..kan Adam dah cakap, semua orang pasti akan sukakan Kak Rys!" ujar Adam dengan senyuman mesranya.

Permaisuri mengangguk faham sambil ketawa kecil. Dia memandang semua anaknya yang seperti tertarik dengan Crystalia.

Permaisuri menggeleng melihat anaknya dan mengalihkan perhatian kepada Crystalia. Dia akui yang Crystalia sangat cantik dan menarik perhatian kerana pakaian yang dipakainya sesuai dengan tubuh langsingnya.

"Salam hormat tuanku!"

Raja tersenyum dan mengangguk kepada semua peserta.

"Beta tahu kalian pasti tidak sabar untuk berlawan. Tapi ingat, di antara kalian terdapat calon menantu beta. Jangan sampai cedera pula. Tapi beta harap kalian bersungguh-sungguh jika ingin menang." ujar Raja.

Heboh dewan itu apabila Raja mereka mengatakan 'calon menantu'. Mereka semua tahu yang Raja tuju kepada Crystalia.

Jangan ditanya apa dah jadi dengan Crystalia. Dia sudah menunduk malu dan menggigit bibirnya. Well, dia malu sebab dikatakan 'calon menantu', padahal Raja tidak tahu latar belakangnya.

Kalau Raja tahu, memang dia kena bersaing dengan putera dari kerajaan Stone.

Tak lama itu, Crystalia terkejut apabila bunyi loceng yang sangat kuat.

'Kuss semangat. Kuat giler bunyi loceng tu.' bisik hatinya.

Crystalia terkejut apabila dia ternampak sebuah kapak besar ingin membelahnya. Mujur dia sempat mengelak. Kalau tak..tamatlah riwayatnya dan tamat la cerita ini. Hoho..

"Tsk! Sabar la. Saya tak bersedia lagi." ujar Crystalia dengan geram.

Lelaki yang memengang kapak besar hanya tersenyum kecil.

"Maaf ya. Walaupun kau calon menantu Raja, tapi perlawanan tetap perlawanan. Jangan termenung kuat sangat. Bahaya." pesannya lantas pergi menyerang yang lain meninggalkan Crystalia yang membatu.

"Aku ingatkan dia nak serang aku habis-habisan tadi." gumam Crystalia sambil mengangkat bahunya.

Dia berlari ke tengah padang untuk join yang lain. Dia tidak menggunakan kuasanya, dia hanya menggunakan kekuatan tangannya.

Dia masih tidak bersedia untuk menggunakan kuasa Crystal dia. Bukan dia pengecut tetapi dia taknak cederakan sesiapa.

Serangan demi serangan, sudah beberapa orang yang mengaku kalah kerana terlalu letih dan ada yang cedera ringan + parah.

Crystalia memandang kasihan kepada yang terluka. Dalam masa yang sama dia bersyukur dia masih bertenaga dan selamat.

Sekarang ini hanya tinggal tiga peserta termasuk Crystalia. Baru sahaja mereka bertiga ingin saling berlawan, tiba² sahaja loceng berbunyi sangat nyaring sampai Crystalia menutup telinganya dengan erat.

Dia ingin menangis kerana bunyi terlalu kuat. Tapi ditahannya. Dia ada trauma tentang bunyi yang kuat. Jadi, setiap kali ada bunyi yang sangat kuat, dia akan menangis.

Tak lama itu, dia membuka matanya dan agak terkejut melihat ada lima ekor beruang besar. Beruang itu berwarna perang dan kukunya sangat panjang. Silap hari bulan, kalau lalai sikit, habis laa..

Mata Crystalia masih lagi kabur disebabkan ada takungan air mata.

Dua orang lelaki tersebut mula menyerang beruang itu kecuali Crystalia. Dia hanya berdiam diri dan berjaya membuatkan semua orang panik dan berdebar.

"Kak Rys! Jangan diam sahaja! Serang beruang tu!" jerit Adam dengan kuat.

Crystalia memandang Adam seketika dan memandang tiga ekor beruang yang sedang berjalan ke arahnya.

Wajah Crystalia hanya tenang dan damai. Para putera telah menggigit kuku kerana bimbang dengan keselamatan Crystalia. Walau bagaimana pun, Crystalia tetap akan jadi isteri dari salah satu dari mereka.

Jangan ditanya keadaan Adam, keadaan Adam sekarang sangat kacau. Dia menangis dan meraung kuat supaya Permausuri lepaskan dia. Dia ingin selamatkan Crystalia dari dimakan oleh haiwan ganas itu.

"Abang! Tolong la Kak Rys tu!" arah Adam.

Baru sahaja mereka ingin bangun, dia dihalang oleh Raja. Adam memandang Raja dengan pelik.

"Cuba tengok tu. Rys selamat Adam." ujar Raja dengan senyuman.

Mereka semua memandang Crystalia yang sedang mengusap bulu beruang iu bersilih ganti.

"Manjanya beruang tu." ujar Shou dengan senyuman.

Dia dan yang lain bangga melihat kemahiran Crystalia yang mampu mengawal haiwan buas seperti beruang.

Peserta lelaki yang ada berdekatan dengan Crystalia langsung tersenyum. Mereka berdua mengaku kalah dan tanpa dikata pun semua orang pasti tahu siapa yang menang.

"YES! KAK RYS MEMANG TERBAIK!"

Adam terus berlari ke bawah dan memeluk erat Crystalia. Crystalia ketawa kecil sambil membalas pelukan Adam.

Beruang? Beruang tu ada je dekat situ. Mereka sebenarnya tak suka kacau kerabat diraja. Jadi, tak mustahil bila beruang tu tidak serang Crystalia sama seperti kerabat diraja yang lain.

Crystalia memandang Raja dan Permaisuri. Raja dan Permaisuri mengangkat tanda 'terbaik' kepada Crystalia. Crystalia hanya tersenyum manis dan menampakkan giginya yang putih melepak.

Dan berjaya membuatkan semua putera terpesona.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top