Mulai Curiga

Tashima termenung dalam biliknya. Fikirannya melayang ke arah Crystalia. Dia sedikit curiga terhadap Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower.

Tazuko yang kebetulan melintas di bilik Tashima tiba² terhenti.

Bukan apa, dia ternampak Tashima sedang termenung. Well, Tashima tidak tutup pintu. Mungkin terlupa.

Tu la, banyak sangat kerja, sampai terlupa nak tutup pintu. Tanpa membuang masa, Tazuko memasuki bilik Tashima walaupun dia tahu Tashima takkan izinkannya masuk.

Tazuko memandang pelik ke arah Tashima yang langsung tidak sedar kehadirannya.

'Ada masalah apa dengan dia ni? Lain semacam je.' bisik hati Tazuko.

Tashima terkejut apabila Tazuko mencuit bahunya. Tak lama itu, dia memandang tajam ke arah Tazuko.

"Kau nak apa? Selalu datang masa yang tidak tepat. Menyampah pula aku." ujar Tashima tanpa mempedulikan hati nurani milik Tazuko.

Tazuko memandang datar ke arah Tashima.

'Nasib baik kau abang aku. Kalau tak..nahas la kau.' desis hati Tazuko dengan geram.

"Aku bukan apa, tapi sebagai adik kau, kau boleh ceritakan apa yang ada di kepala kau tu sekarang. Apa guna aku jadi adik kau tapi kau tak luahkan. Aku tahu kau mesti ada masalah. Apa dia? Cakap jela." terang Tazuko dengan sedikit panjang.

Tashima mengeluh berat dan memandang ke hadapan semula.

"Aku bukan apa. Aku cuma pelik dengan Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower tu ha.." luah Tashima dengan risau.

Dahi Tazuko berkerut seribu.

"Apa yang peliknya? Aku tengok okay je." balas Tazuko.

"Kau tak faham. Aku sebagai calon menantunya nak tahu khabar Lia. Tapi sampai sekarang mereka tak bagitau." ujar Tashima.

Terkaku Tazuko mendengarnya. Dia mula mencari-cari alasan dalam otaknya.

"Er..kau lupa eh? Aku kan sudah cakap dekat kau yang Crystalia dalam baik² sahaja. Kau jangan la risau." ujar Tazuko sambil ketawa kaku.

Tashima masih lagi mendiamkan diri.

"Kau lain, mereka lain. Tak sama bagi aku. Aku nak tahu keadaan Lia depan mata aku sendiri." jelas Tashima lantas bangun dari kerusi.

Tazuko mula gelabah dan menggeleng laju.

"Uish! Jangan pergi lagi Tashima. Kau mesti lupa dua hari lagi majlis Lia kan? Masa tu kau boleh jumpa dengan Lia. Tak pun, tanya keadaan Lia dekat Raja dan Permaisuri." cadang Tazuko.

Dalam hatinya berdegup kencang agar Tashima menerima pertanyaannya. Tashima memandangnya dengan pandangan yang sulit diertikan.

"Kau pun pelik la. Kenapa setiap kali aku nak pergi ke sana, ade je alasan kau? Kau ada rahsiakan apa² dari aku ke?" soal Tashima dengan curiga.

Tazuko mengeluh dan memandang Tashima dengan biasa walaupun hatinya bagai nak meletup sekarang ini.

Tak sangka Tashima bijak.

"Aku tak ada rahsia apa² pun dari kau. Aku cuma cakap perkara betul. Takkan aku nak tipu kau? Aku kan adik kau." ujar Tazuko.

Dia bersyukur kerana pencakapannya tidak gagap.

"Hmm..aku harap kau jujur. Kalau aku dapat tahu kau menipu, kau tahu la apa yang aku akan buat dengan kau." ujar Tashima dengan tegas.

Tazuko mengangguk faham dan tersenyum tawar.

"Kenapa kau masih ada dekat sini lagi? Keluar dari bilik aku sekarang. Aku nak tidur." halau Tashima sambil menunjukkan pintu kepada Tazuko.

Tazuko mencerut dan mengutuk abangnya dalam hati sambil berjalan keluar.

Setelah Tazuko keluar, Tashima termenung lagi. Hatinya dapat merasakan pencakapan Tazuko tidak sepenuhnya benar.

'Ada apa² jadi dekat sana ke? Aku harap semuanya baik² sahaja.' bisik hati Tashima dengan resah.

---

Di Kerajaan Sunflower..

Raja terpandang Permaisuri yang masih lagi mengarah para dayang.

Permaisuri bukanlah mengeluarkan suara yang keras tetapi mengarah dengan baik sekali. Sebab itulah ramai yang mahu menjadi dayang di istana ini.

Banyak² Permaisuri di seluruh kerajaan, Permaisuri Kerajaan Sunflower paling baik dan sangat cantik. Permaisuri Dandelion adalah kedua tercantik. Manakala Permaisuri Daisy adalah ketiga tercantik.

"Nanti, semasa semua orang sedang berbual atau apa² pun yang mereka lakukan waktu itu, sila beri mereka air untuk hilangkan haus." ujar Permaisuri.

Para dayang mengangguk faham.

"Oh..dan satu lagi, jika ada yang tanya pasal Puteri Crystalia, cakap yang Puteri akan datang nanti. Jangan bagitau perkara sebenar tau." arah Permaisuri dengan sedikit tegas.

"Kalau Putera dari Kerajaan Stone bertanya, adalah kami perlu jawab sebegitu juga Permaisuri?" soal salah satu dayang.

"Ya, bagitau benda yang sama. Putera Tashima tidak boleh tahu kehilangan Crystalia. Nanti hancur majlis tu nanti. Semua ingat pesan saya kan?" soal Permaisuri kepada para dayang.

Semua dayang bergumam 'ya'. Setelah itu, permaisuri pergi ke arah suaminya yang dari tadi memerhatikannya.

"Sayang sudah selesai ke?" soal Raja dengan pelik.

Yelakan, tiba² dia lihat, Permaisuri sudah akhirkan perbincangan.

"Bukan lama pun. Hanya pesan dekat semua dayang. Saya tak nak majlis ni hancur." ujar Permaisuri.

Raja tersenyum dan mengangguk.

"Jangan la risau. Semuanya berjalan lancar. Semua kerajaan telah bersetuju untuk datang ke sini." ujar Raja dengan senyuman.

Permaisuri tersenyum manis dan mengangguk.

---

Di Kerajaan Daisy..

Raja dan Permaisuri tersenyum apabila membaca surat dari Kerajaan Sunflower.

Sebenarnya surat tersebut sudah sampai sudah dua hari yang lepas, tetapi Raja dan Permaisuri baru membacanya kerana baru sahaja pulang dari Kerajaan Lily.

"Tak sangka tahun ini kita dijemput. Kalian sudah membacanya?" soal Raja dengan senyuman.

Para putera mengangguk 'ya'. Raja memerhati sekeliling dan pelik kerana dia tidak jumpa seseorang.

"Ayahanda cari apa?" soal Kyosuke.

"Ayahamda cari bakal pendamping Liam. Mana dia?" soal Raja dengan pelik.

Liam tersenyum maklum dan menggosok kepalanya dengan malu.

"Sebenarnya, dia tengah ambil kami pakaian untuk dipakai untuk majlis tu nanti. Petang nanti dia sampai." ujar Liam dengan senyuman.

Raja dan Permaisuri mengeluh.

"Kenapa suruh dia? Kan ada dayang. Dia sepatutnya berehat bukan ambil baju." ujar Permaisuri kepada Liam.

Rash menggaru kepalanya.

"Tadi semua dayang sibuk bonda. Jadi, Rash suruh dia. Maaf, semua ni salah Rash." mohon Rash dengan ikhlas.

Raja memandang Rash dengan sedikit geram. Suka hati suruh bakal menantu dia ambilkan. Kenapa la baik sangat.

"Dah lepas, biarkan lepas la ayahanda. Lagipun dia tak kisah." ujar Liam.

Permaisuri menjeling Liam.

"Memang la tak kisah. Tapi tetap saja tak boleh suruh dia lakukannya. Bukan kerja dia tau. Lain kali jangan suruh dia lagi. Biarkan dia berehat." ujar Raja dengan tegas.

Ketiga-tiga puteranya mengangguk faham.

"Liam, kamu dah tempah baju untuk bakal menantu kami?" soal Permaisuri.

Laim mengangguk tetapi mukanya agak sedih.

"Dia cakap dia segan nak pergi bersama kita. Sebab tugasnya adaalh tabib." ujar Liam dengan murung.

Raja dan Permaisuri saling berpandangan. Mereka berdua tersenyum kerana sikap rendah diri yang dimiliki oleh tabib tersebut.

"Cakap dekat dia petang nanti yang dia adalah sebahagian daripada keluarga ni juga. Tak salah pun dia pergi. Lagipun kita juga boleh kenalkan dia pada semua orang nanti." ujar Raja dengan senyuman.

Terus muka Liam berseri - seri.

"Betul ke?"

"Sudah tentulah. Sejak bila ayahanda berbohong." jawabnya dengan baik.

Liam mengangguk dengan semangat. Adik beradiknya tersenyum melihat telatah Liam. Well, bagi mereka, dapat adik ipar lelaki pun okay la..Daripada dapat Puteri yang gedik daripada Kerajaan Lily.

Bukan apa, Puteri tu suka sangat dengan Liam. Asyik nak berkepik je, tapi tidak dilayan oleh Liam. Dan dengar kata, puteri tu sekarang nak berkahwin dengan Liam.

Agak² terkejut tak puteri gedik tu bila dapat tahu yang Liam sudah ada pasangan hidup? Nak² lelaki pula tu.

Pengsan rasanya..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top