Melarikan Diri

Di Kerajaan Sunflower terdapat sebuah istana yang sangat cantik dan dipenuhi oleh bunga matahari.

Tetapi keindahan tersebut hancur apabila mendengar jeritan dari seorang puteri.

"WHAT!"

Raja dan Permaisuri menutup telinga mereka apabila mendengar jeritan puteri tunggalnya.

"Mama! Mama sedar tak apa yang mama cakapkan?" soal puteri itu.

Permaisuri itu mengangguk 'ya'. Setelah itu, dunia puteri itu serta merta runtuh dan hanya berwarna hitam putih.

"Bertenang dulu Crystalia, kamu akan bertunang dulu dengan putera dari Kerajaan Stone, dalam tempoh bertunang, kalian boleh mengenal antara satu sama lain." ujar Raja dengan tenang.

Terbuka luas mulut Crystalia. Dalam 1 minit barulah dia menjadi tenang.

"Papa, Crystalia ni masih muda. Crystalia masih ingin bebas, papa dan mama tahu tak? Putera tu sangat dingin macam kerajaan dia dah. Crystalia taknak!" bangkangnya dengan geram.

Raja dan Permaisuri memandang datar ke arah puterinya. Crytalia yang perasan perubahan aura pada keluarganya terus terdiam.

"Walau apa pun itu! Kamu harus tetap berkahwin dengannya!" marah Permaisuri lantas meningalkan Crystalia yang menunduk sedih.

Raja menepuk bahu anaknya dan mengikuti langkah isterinya.

'Kenapa nasib aku macam ni..Tak guna! Aku taknak kahwin dengan hati batu.' desis hati sang puteri.

"Tak boleh jadi ni." gumamnya lantas masuk ke dalam biliknya meninggalkan para dayang.

---

Crystalia termenung dalam biliknya. Dia berfikir...

10%








50%











80%











100%!

Crystalia bangun dengan gembira setelah mendapat idea walaupun lambat.

'Kenapa aku tak terfikir sebelum ni.' bisik hatinya dan pergi berjalan ke arah almari.

Crystalia tersenyum apabila memandang tali panjang.
Dia mengambil tali itu dan mengikat di sudut katilnya. Yang selebihnya dicampak di luar.

Crystalia mengambil beberapa syiling emas dan menukar gaunnya kepada baju kasual.
Tak lupa dia menutup lampu bilik supaya menjadi gelap.

Baru sahaja dia nak turun, kedengaran ketukan pintu.

"Puteri sudah tidur ke?" soal salah satu dayangnya.

Crystalia terdiam membisu, beberapa saat setelah itu, dayang tersebut pergi dari situ kerana menganggap Crystalia telah tidur.

Crystalia bernafas lega dan mula turun melalui tingkap dengan tali tersebut.

Setelah sampai ke tanah, dia memandang ke atas sambil tersenyum.

"Mulai hari ini nama aku adalah Khara." ujar Crystalia dengan senyuman nakal.

Dia terus berlari ke dalam hutan. Dia ada dengar yang Kerajaan Dandelion sangat cantik. Dia teringin juga nak pergi ke sana. Untuk pergi ke sana, dia perlu melintasi hutan larangan.

Well, nama pun hutan larangan. Memang hutan itu bahaya. Tapi ada dia kisah? Asalkan dia sampai ke Kerajaan Dandelion.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top