Melarikan diri 2
Crystalia menangis teresak-esak di dalam biliknya. Suara merdu yang selalunya menyanyi ketika sunyi telah menjadi tangisan dalam kesunyian.
Ya, Dalam istana itu memang sunyi. Sangat sunyi malah. Semuanya membuat hal masing-masing.
Pengawal² yang menjaga Crystalia turut bersedih pada Crystalia. Yelakan, seorang puteri yang tercantik dikurung semata-mata oleh keegoan seorang Raja Kerajaan Stone.
Jangan ditanya oleh para dayang yang berada dalam bilik Crystalia. Dayang² di sana lagilah sedih melihat majikannya sebegini.
Ingin menolong, tetapi siapalah mereka. Hanya orang rendahan.
Tangisan Crystalia terhenti apabila pintunya dibuka dari luar. Crystalia memandang ke arah lain apabila yang memasuki biliknya adalah Tashima.
"Keluar." arah Tashima kepada para dayang.
Para dayang menunduk hormat dan dengan berat hatinya meninggalkan Crystalia.
Selepas para dayang tiada, Tashima menuju ke arah Crystalia dan duduk di hadapan Crystalia.
"Lia." panggil Tashima dengan lembut.
Tashima berharap Crystalia akan membalasnya tetapi malangnya Crystalia langsung tidak berpaling ke arahnya. Dan itu berjaya membuatkan kemarahan Tashima memuncak.
"Crystalia!" marah Tashima sambil mencengkam wajah Crystalia dengan kasar supaya Crystalia memandangnya.
Crystalia meringis sakit di pipinya kerana cengkaman Tashima sangat kuat. Dia lupa Tashima ada kuasa kekuatan yang luar biasa.
"Sa--sakit la Ta-tashima.." lirih Crystalia.
Terjatuh air matanya apabila Tashima masih belum kunjungi melepaskan pipinya.
"Lain kali kalau saya panggil, jangan diam! Awak jangan nak kurang ajar dengan saya Lia! Saya suami awak!!" marah Tashima.
Crystalia memandang tajam ke arah Tashima yang nampak tidak sedar diri.
"Sa-saya bukan i-isteri a-awak. Tak-kan per-pernah terjadi, tuih!"
Tashima tersenyum sinis apabila Crystalia berani meludah di atas wajahnya. Dia memandang Crystalia dengan geram dan menghempas badan Crystalia di atas katil dengan kasar.
"Lepaskan saya Tashima!! Jangan buat saya macam ni!" marah Crystalia sambil menahan tangan Tashima dari menyentuh setiap inci badannya.
"Kenapa? Saya akan jadi suami awak juga nanti Lia. Kenapa tak boleh?" soal Tashima dengan sinis.
Hatinya berasa geram dengan Crystalia kerana menolak sentuhannya.
"Jangan Tashima!" marah Crystalia semasa Tashima hampir melucutkan gaunnya.
Baru sahaja Tashima ingin berbuat lebih, pintu bilik Crystalia diketuk dari luar.
"Tuanku, Putera Tazuko memanggil tuanku di bawah." ujar seorang pengawal di luar bilik.
Tashima mendengus geram kerana rancangannya untuk menjadikan Crystalia miliknya gagal total. Dia memandang Crystalia dan membelai wajah Crystalia dengan lembut walaupun Crystalia mengelak sentuhan tersebut.
"Sayang..nanti kita sambung lagi ye.." ujar Tashima lantas berlalu pergi.
Crystalia kembali menangis teresak-esak sambil membetulkan semula gaunnya. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan membersihkan dirinya.
Dia bersyukur kerana Tashima tak sempat memperkosanya. Dan walaupun begitu, dia sudah trauma dengan Tashima.
Dia menangis sepuasnya dalam bilik mandi itu. Dia tidak tahu nak berbuat apa. Nak minta pertolongan? Dengan siapa? Keluarga tidak mampu membuat apa². Tashima amat berkuasa walaupun keluarganya adalah orang yang disegani di seluruh kerajaan.
Crystalia betul² buntu.
---
Yukino memandang sedih ke arah Adam yang masih lagi menangis di pangkuannya.
Macam mana Yukino boleh masuk? Sebab Adam hanya membenarkan Yukino yang memasukinya. Kenapa dia hanya membenarkan Yukino sahaja? Sebab dia teringat Crystalia berkata yang Yukino adalah jodohnya.
Apa salahnya kalau Adam minta bantuan Yukino walaupun agak mustahil Yukino akan menerimanya.
"Sudah la tu. Biarkan sahaja. Sekarang ni mungkin Rys sudah bahagia." ujar Yukino sambil membelai rambut Adam.
Adam menggeleng kepalanya tanda tidak setuju. Adam memandang abangnya.
"Abang. Tolong selamatkan Kak Rys. Ada yakin Kak Rys pasti tengah terseksa." mohon Adam dengan sedih.
Yukino mengeluh berat. Sejujurnya dia memang merindui Crystalia tetapi Crystalia telah menipunya.
"Abang. Apa yang abang fikirkan lagi? Pergilah ke sana dan bawa balik Kak Rys. Adam mohon." pujuk Adam.
Yukino memeluk erat tubuh kecil Adam.
"Adam. Kita tak boleh ambil Rys, Adam. Itu kesalahan besar, dia akan berkahwin nanti." balas Yukino.
Hatinya agak sesak apabila berkata sebegitu. Walaupun Yukino marahkan Crystalia, tetapi dia tetap sedih apabila mendapat tahu yang Crystalia akan berkahwin dengan orang lain.
"Abang, percayakan Adam. Jodoh sebenar Kak Rys ada di sini. Bukan di sana. Tolong la abang. Tolong ambil Kak Rys semula." ujar Adam.
Yukino terdiam apabila mendengar perkataan Adam.
'Jodoh? Adam tahu apa² ke tentang jodoh Rys? Rys..apa benar jodoh awak ada di sini? Tapi siapa..?' soal hatinya dengan resah.
Yukino sedih kerana Crystalia sudah ada jodoh di sini. Tetapi dia tidak mementingkan diri. Kalau benar jodoh Crystalia ada di sini, maka dia akan bawa Crystalia ke sini, jauh dari Tashima.
Tapi sebelum itu, dia perlukan rancangan yang bijak untuk mengambil Crytalia.
---
Crystalia mengeratkan selimut pada badannya apabila pintu biliknya terbuka buat kedua kalinya.
Dia berdoa agar dirinya selamat dari Tashima. Mungkin Tuhan sayangkan dia malam ini, kerana yang membuka pintu itu adalah Tazuko.
Tazuko mengunci pintu bilik Crystalia supaya tiada sesiapa masuk ke dalam. Crystalia memandang pelik ke arah Tazuko.
"Tazuko?" soal Crystalia sewaktu Tazuko seperti mencari sesuatu dalam almarinya.
Tazuko tersenyum senang apabila dia telah jumpa apa yang dia cari.
Iaitu tali.
Crystalia makin pelik memandang Tazuko. Dia bangun dan menuju ke arah Tazuko yang tengah sibuk.
"Kenapa dengan tali tu? Awak nak buat apa Tazuko?" soal Crystalia dengan pelik.
Sekali lihat seperti waktu dia larikan diri waktu dia tidak mahu berkahwin dengan Tashima.
Tazuko tersenyum ke arah Crystalia.
"Awak ingat saya nak berdiam diri sahaja? Saya nak awak bahagia Crystalia." ujar Tazuko dengan senyuman.
Crystalia memandang Tazuko dengan lekat.
"Kenapa awak buat semua ni?" soal Crystalia.
"Kenapa? Hey, awak lupa ke? Walaupun saya adik Tashima, perangai kami tak sama. Sudah la, baik awak larikan diri sekarang." ujar Tazuko sambil membuang tali selebihnya ke arah tingkap.
"Tak apa² ke Tazuko? Saya takut--"
"Crystalia."
Tazuko memengang kedua-dua bahu Crystalia.
"Bertenang. Tashima takkan buat apa² dekat saya. Saya adalah adiknya. Setakat marah tu apalah sangat. Cepat la, Tashima akan datang nanti. Baik awak cepat." ujar Tazuko.
Crystalia mengangguk dan mula memengang tali untuk turun ke bawah.
Dia memandang Tazuko untuk seketika. Apabila melihat anggukan Tazuko, dia tersenyum kecil dan mulai turun ke bawah.
Setelah sampai ke bawah, dia sekali lagi pandang ke atas dan terlihat Tazuko menyuruhnya pergi secepatnya.
Dia mengumamkan terima kasih kepada Tazuko dan berlari ke dalam hutan larangan sama seperti dia larikan diri dahulu.
Tazuko mengeluh lega apabila Crystalia berjaya melarikan diri.
"Hati-hati Crystalia." gumam Tazuko dengan perlahan.
Dia mula keluar dari bilik Crystalia setelah menyimpan tali tersebut di tempat yang selamat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top