Ketahuan

Liam terkejut apabila yang ditemukannya adalah seorang perempuan. Dan sialnya wajah tersebut adalah wajah kekasihnya.

Dah semacam versi perempuan.

Hampir tak percaya Liam dibuatnya. Dia yakin di hadapannya sekarang adalah kekasihnya tapi kenapa perempuan?

Keadaan Taru juga terkejut. Dia tidak menyangka kekasihnya akan datang ke biliknya pada masa yang tidak tepat.

Sudah la dia tengah berkembang. Harap readers faham.

Dan yang paling menyeksakan Taru adalah rahsia yang dia tutupkan selama ini telah terbongkar di hadapan kekasihnya sendiri.

Nak menangis pun ada.

"Li-Liam?"

Liam mula tersedar dan memandang datar ke arah kekasihnya.

Dia yakin perempuan di hadapannya kini adalah kekasihnya kerana Taru pernah bagitaunya bahawa dia adalah anak tunggal.

Mustahil kalau Taru ada klon. Mana ada mesin canggih zaman sekarang ni.

Liam tidak menjawab panggilan kekasihnya. Mereka hanya memandang satu sama lain dengan pandangan yang berbeza.

---

"Macam mana?" soal Tashima dengan datar kepada semua pengawal istana.

Salah seorang pengawal tersebut menelan air liurnya dan mula berkata..

"Maaf tuanku. Tapi kami tidak menjumpai Tuan Puteri." lirih pengawal tersebut dengan rasa bersalah.

Tashima terus murka dan menendang pengawal istana tersebut sampai terpelenting.

Pengawal-pengawal yang lain menunduk takt dan berdoa agar nasib mereka tidak sama seperti pengawal tersebut.

Pergh! Sakit tu!

Tazuko memandang kasihan kepada pengawal yang ditendang oleh Tashima.

Dia mahu menolong tetapi dia tidak boleh lakukannya. Kerana salah satu dalam undang-undang Kerajaan Stone adalah tidak boleh menolong orang bawahan yang tidak menjalankan perintah Raja dengan baik.

Pengawal itu termasuk dalam golongan tersebut jadi dia tidak dapat untuk menolong. Sungguh kasihan.

"BETA PERINTAHKAN SURUH KORANG SEMUA CARI SAMPAI DAPAT KAN?! KENAPA SUSAH SANGAT!" tengking Tashima dengan kuat.

Tazuko menghela nafas kasarnya. Nak je dia bagitau yang Crystalia sudah dia lepas sebab mahu Crystalia bahagia.

Tapi dia masih waras.

HEllo! Kalau readers jadi Tazuko, pasti buat benda yang sama juga. Takkan nak bagitau, nanti kena pancung. Kan tak sempat berkahwin.

Okay, back to story..

Seorang general kanan Kerajaan Sunflower menuju ke arah Tashima yang sedang mengamuk.

"Maaf mengganggu tuanku, tapi ada tetamu yang datang." ujar General Kanan tersebut.

Kalau readers bertanya kenapa general Kerajaan Sunflower berkata kepada Tashima sedangkan Kerajaan Sunflower milik Raja.

Jawapannya adalah, Raja dan Permaisuri telah berangkat ke tempat berdoa yang sangat jauh dari Kerajaan baginda. Buat apa berdoa? Agar dapat berjumpa dengan satu satunya anak mereka lagi.

Tashima memandang tajam ke arah General tersebut.

"Siapa yang datang?"

Maaf, tapi bukan Tashima yang bertanya, melainkan Tazuko.

"Para putera dari Kerajaan Damdelion."

Jawapan dari General tersebut membuatkan kemarahan Tashima memuncak.

Bukan apa, dengar sahaja para putera dari Kerajaan Dandelion terus dia mahu marah. Dia jadi teringat pandangan penuh cinta dari Yukino kepada Crystalia.

Dan itu berjaya membuat dia cemburu buta.

"Suruh mereka masuk." ujar Tazuko dengan senyuman.

General itu mengangguk dan mula berlalu pergi.

Setelah itu, Tashima memandang ke arah semua pengawal.

"MULAI HARI INI, PERGI CARI PUTERI CRYSTALIA SAMPAI JUMPA! SELAGI TAK JUMPA, JANGAN KAU BALIK! PERGI SEKARANG!"

Tengkingan Tashima untuk sekian kalinya membuatkan semua pengawal terus beredar dari istana untuk mencari keberadaan Crystalia.

Tepat semua pengawal pergi, ketujuh-tujuh putera Kerajaan Dandelion masuk dengan megahnya.

"Selamat datang!" sambut Tazuko dengan gembira tapi tidak dengan Tashima.

Tetapi Tashima tetap kawal wajahnya supaya dia tidak nampak marah sangat. Lagipun dia pernah 'bercakap' dengan beberapa orang dari adik beradik itu.

"Terima kasih Putera Tazuko. " ujar Kazuto dengan baik.

Mereka mulai saling berpandangan.

"Kenapa datang sini? Ada hal apa?" soal Tashima dengan tegas.

Yukino mula bergerak ke hadapan Tashima dengan megah. Dia tahu yang Tashima Raja, tidak salah pun kalau dia berhadapan dengan angkuh di hadapan Raja, sebab dia bakal Raja juga.

"Kami ke sini kerana mendapat tahu bahawa Rys hilang. Kami datang ke sini untuk membantu mencari Rys." ujar Yukino.

'Dan jauhkan dia dari kau.' sambung hatinya.

Tashima memandang tajam ke arah Yukino.

"Aku rasa tak perlu pun, sebab semua pengawal istana sudah aku arahkan untuk mencari Lia." balas Tashima dengan sinis.

Tazuko memandang abangnya yang nampak kurang ajar.

Mentang-mentang seorang Raja.

"Biarkanlah mereka mahu menolong kita, bukankah itu bagus? Lia akan cepat ditemukan." ujar Tazuko.

Tashima menggeleng perlahan.

"Aku tak percayakan dia." ujar Tashima sambil menunjukkan jarinya ke arah Yukino.

Yukino dan yang lain terkejut besar.

"Apa maksud kau? Kami cuma nak menolong!" ujar Shou dengan tegas kerana Tashima suka hati tidak percayakan bakal Raja seperti Yukino.

Tashima tersenyum sinis.

"Dia sukakan Lia. Kau jangan ingat aku tidak tahu pandangan kau semasa memandang Lia. Untuk pengetahuan kau, Lia akan jadi isteri aku! Entah² bila jumpa Crystalia kau ambil dia dari aku!" marah Tashima.

Air mukanya sudah keluarkan amarah yang amat. Lagipun, bukan dia sahaja, Yukino juga begitu.

Yukino marah kerana Tashima tetap mahu berkahwin dengan Crystalia. Padahal sudah terang lagi bersuluh Crystalia larikan diri kerana tidak mahu berkahwin dengannya.

"Sudah!! Tak baik abang cakap macam tu. Untuk apa mereka nak ambil dia kalau datang sini untuk menolong kita. Kalau mereka nak ambil Lia, sudah tentu mereka akan mencari keberadaan Lia tanpa datang ke sini." ujar Tazuko.

Tazuko sangat pandai menutup kesahihan yang dia adalah punca Crystalia melarikan diri.

Tashima terdiam kerana kata² Tazuko ada benarnya.

Yukino dan yang lain tersenyum sinis dalam diam².

'Mereka tidak tahu apa yang kita rancangkan.' bisik hati Izay.

'Bodoh.' sambung Ryouta.

Tanpa mereka sedar, Tazuko mengetahui rancangan adik beradik itu untuk melarikan Crystalia dari Tashima tapi dia diamkan sahaja.

Lagipun dia tahu yang Crystalia pasti bahagia jika bersama dengan mereka.

Tujuan Tazuko hanyalah untuk membebaskan Crystalia dari Tashima. Dia tahu yang Crystalia tidak bahagia bersama abangnya.

"Baiklah. Korang semua dibenarkan untuk menolong mencari Lia. Tapi aku tetap akan perhatikan kau Yukino."

Setelah itu, Tashima terus berlalu pergi dari situ. Dia malas mahu memandang wajah Yukino lama². Dia menjadi muak.

---

Taru menunduk kepalanya apabila berhadapan dengan keluarga Liam.

Malu la sebab rahsia dia sudah terbongkar.

"Kenapa rahsiakan daripada kami? Tahu tak awak telah menipu keluarga Raja?" soal Permaisuri dengan sedih.

Permaisuri memang sedih kerana Taru menipu mereka tetapi dalam sudut hatinya dia tersangat lega kerana menantunya adalah perempuan tulen.

Cantik pula tu. Walaupun bukan setaraf kecantikan Crystalia, tapi tetap sahaja Taru termasuk dalam golongan cantik.

Dan itu berjaya membuatkan Rash serta Kyosuke sedikit cemburu kerana Liam mendapat wanita yang cantik dan baik.

"Maaf." lirih Taru dengan sedih.

Liam yang tidak sanggup mendengar suara kekasihnya yang bersedih terus memeluknya.

"Shh..tenanglah. Saya tak suka awak bersedih macam ni." ujar Liam yang masih memeluk Taru.

Taru mengangguk perlahan.

"Cuba Taru cakap, kenapa rahsiakan perkara ni?" soal Raja dengan lembut. Dia tidak mahu menakutkan bakal menantu dia.

Taru melepaskan pelukannya dan memandang Raja.

"Saya hidup susah. Jadi saya ingin mencari pekerjaan untuk membantu ibu bapa saya. Tetapi nasib saya malang kerana semua tidak mahukan saya sebab saya masih mentah. Dan saya sangat bersyukur apabila ada kerja di istana, jadi saya ingin mencubanya. Tapi syarat menjadi seorang tabib adalah lelaki--"

"Dan sebab itulah awak menyamar?" soal Rash.

Dengan perlahan-lahan Taru mengangguk. Dia terus menunduk takut.

Takut akan mereka memecatnya. Apa ibu bapanya ingin makan nanti?

Tetapi dia mula mendongak apabila seseorang menepuk bahunya dengan lembut.

"Kami tak marahkan kamu sayang. Kami cuma terkejut." ujar Permaisuri dengan senyuman.

"Betul tu. Mulai saat ini, kamu jangan menyamar lagi. Jadilah satu satunya tabib wanita di sini sekaligus menantu kami." sambung Raja dengan baik.

Liam tersenyum gembira kerana keluarganya menerima baik Taru. Taru pula tersenyum malu kerana mendengar perkataan 'menantu'.

"Woah..kau beruntung dapat wanita secantik Taru." ujar Kyosuke dengan ikhlas.

Liam menggosok lehernya dengan segan. Dia pun tidak sangka akan mendapat wanita secantik Taru.

"Jadi, apa nama sebenar Taru?" soal Rash dengan perasaan ingin tahu.

Taru tersenyum manis dan mula menjawab...

"Taruka. Nana Taruka."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top