Kerajaan Lily
Semua memandang Yukino dan Liam yang sedang mempersiapkan kuda. Kenapa bukan kereta kuda? Sebab bagi mereka berdua, itu hanya akan melambatkan perjalanan mereka.
Lagipun mereka hanya ingin mengambil Bunga Lily. Tak lebih.
"Hati2 dalam perjalanan. Jangan tunggang laju sangat. Kau bukan boleh dipercayai pun." Ujar Shou yang terus terang memerli Yukino.
"Betul tu! Kau bawa kuda macam nak berlumba. Ingat keselamatan sedikit." Sokong Ryouta dengan tegas.
Yukino menggaru kepalanya yang tidak gatal. Liam ketawa melihat tingkah laku Yukino.
"Ish kau ni! Jangan la cakap macam tu. Memalukan." Ujar Yukino dengan pura2 marah.
Mereka ketawa kecil. Tashima yang berada berdekatan dengan pintu hanya memutar matanya dengan malas.
'Lawak sangat ke? Biase je.' Bisik hati Tashima dengan tidak suka.
Akhirnya, setelah Yukino dan Liam dinasihati, mereka mula menunggang kuda untuk pergi ke Kerajaan Lily.
Liam berdoa agar puteri gedik tersebut tidak menjumpainya. Dia sudah malas berurusan dengan puteri itu.
---
Permaisuri mengelus pipi Crystalia yang sedang lena tidur seperti snow white. Permaisuri mengeluh berat memikirkan nasib puteri tunggalnya.
Raja sudah menceritakan kepadanya bahawa Tashima tetap berkeras ingin menikahi Crystalia.
Permaisuri berasa agak marah kerana Tashima tidak mengerti tentang perasaan orang. Tetapi dia tidak salahkan Tashima kerana Tashima dan Tazuko sudah tiada ibu bapa sejak kecil.
Itu kerana peperangan yang berlaku beberapa tahun lalu menyebabkan ibu bapa mereka tewas.
Bagi Permaisuri, mungkin Tashima kurang kasih sayang. Yang peliknya, Tazuko tidak seperti Tashima. Mungkin Tazuko sudah terbiasa dan berubah menjadi sedikit matang daripada Tashima.
"Cepat sedar anakku. Mama rindukan kamu. Maafkan mama sebab tidak mampu membuat apa2 sayang. Mama memang lemah." Lirih Permaisuri.
Permaisuri memandang wajah Crystalia dengan lekat.
"Tapi Lia jangan risau ye, Yukino akan dapatkan bunga lily dan sembuhkan kamu. Yukino memang baik orangnya." Luah Permaisuri.
Rintihan itu didengari oleh Raja yang berdiri di hadapan pintu bilik Crystalia. Niatnya untuk melawat puteri tunggalnya, tetapi ada baiknya dia membiarkan isteinya bersendirian dahulu.
---
Raja memandang Tashima yang sudah ingin berangkat pulang ke Kerajaan Stone.
"Kamu sudah siapkan semuanya ke?" Soal Raja dengan sedikit prihatin.
Tashima tersenyum nipis dan mengangguk.
"Ya tuanku. Tapi saya ada tinggal satu hadiah pada Lia jika dia sudah sedar. Saya balik tidak lama, bila urusan sudah selesai, saya akan balik ke sini semula." Luah Tashima dengan senyuman.
Raja mengangguk faham.
'Lebih baik kalau kamu tak payah datang sini lagi Tashima.' Bisik hati Raja.
Kalau readers nak tahu, Tashima bersiap untuk pulang ke kerajaannya kerana sudah lama urusannya terbiar begitu saja sejak dirinya berada di Kerajaan Sunflower.
Jadi, Tashima bercadang akan balik semula ke Kerajaan Sunflower apabila urusannya selesai. Kalau umur panjang, dia akan berjumpa dengan Crystalia nanti. KALAU.
Dan kali ini, Tazuko tidak mengikuti Tashima pulang ke kerajaan kerana beralasan ingin menjadi Crystalia. Dan ajaibnya disetujui oleh Tashima.
"Jaga diri kau dekat sini. Jaga perangai kau jugak." Arah Tashima dengan sedikit tegas.
Tazuko mengangguk faham dan dalam masa yang sama dia agak tidak suka dengan kata2 Tashima.
'Dia yang tak jaga perangai, sibuk nasihatkan orang.' Desis hati Tazuko dengan geram.
Akhirnya, seperti yang ditunggu-tunggu oleh readers, Tashima tidak ada buat sementara.
---
"Kenapa kau tolak aku? Kau la yang pergi!" Marah Liam dengan geram.
"Ish kau ni! Kau la yang pergi." Balas Yukino pula.
Liam memutar matanya dengan malas. Sebenarnya, mereka sudah sampai ke Kerajaan Lily sudah tiga puluh minit yang lalu.
Mereka sudah masuk ke dalam perkarangan istana selepas pengawal2 istana Kerajaan Lily membukanya.
Dan sekarang mereka ada di satu taman yang agak besar sebelum memasuki ruang besar istana yang diyakini oleh mereka bahawa semua kerabat diraja ada di dalamnya.
Sebab itulah Yukino suruh atau lebih tepatnya memaksa Liam untuk membuka ruang itu. Dan gilanya mereka berbalas cakap di hadapan pintu yang mungkin boleh didengari orang.
"Tugas aku hanya teman kau. Jadi dengan segala hormatnya kau dipersilakan membukanya." Ujar Liam dengan penuh hormat.
Yukino mendengus geram.
"Aduh kau ni pun--"
Tak sempat Yukino bercakap lebih lanjut, seseorang telah membuka pintu ruang besar kerajaan dari dalam.
Mereka memandang gerangan di hadapan mereka dengan wajah terkejut.
---
Tazuko dan Raja berada di sebuah perpustakaan diraja milik Kerajaan Sunflower.
Ianya ruang yang sangat besar sampai membuatkan Tazuko ternganga. Bagi Tazuko, perpustakaan itu jika berjalan kaki, mungkin mengambil masa lima minit untuk pergi ke arah rak buku yang serba mewah itu.
Dia kena menyuruh Tashima untuk membuat satu perpustakaan seperti ini. Boleh dia membaca buku setiap hari dengan semangat sedikit.
Itupun kalau diizinkan.
"Mana bukunya tuanku?" Soal Tazuko dengan tanda tanya.
Raja mengambil satu buku di atas sudut dan memberikan buku yang berwarna putih kepada Tazuko.
Jenis bunga & fungsinya.
"Ini dia. Kamu nak buat apa dengan buku ni?" Soal Raja dengan pelik.
Tazuko tersenyum canggung.
"Saya nak baca tentang semua jenis bunga. Saya suka baca buku ni. Rasanya saya lebih sesuai jadi tabib daripada jadi seorang putera hanya disebabkan saya baca buku ni." Jelas Tazuko sambil menggaru tekaknya dengan kaku.
Raja ketawa kecil dan menggeleng kepalanya.
"Ianya bagus. Kalau ada rakyat kita yang dalam kesusahan, kita boleh membantu mereka secepatnya jika kita tahu semua jenis bunga yang boleh menyembuhkan mereka. Beta bangga dengan kamu." Sokong Raja dengan senyuman.
Tazuko mengangguk dan tersenyum gembira. Dia sangat gembira tidak terkata kerana Raja menyetujui impiannya.
Sejujurnya, dia memang suka menolong rakyatnya yang sangat kesusahan disebabkan tiada duit untuk membayar perubatan.
Tapi ada halangannya kerana Tashima tidak suka dengan caranya. Padahal dia ingin menolong. Dia tidak sanggup melihat rakyatnya kesakitan. Tazuko tidak tahu kenapa Tashima tidak faham. Dia betul2 tidak faham dengan jalan pemikiran Tashima.
Tak sayang rakyat ke apa?
"Apa yang kamu fikirkan?" Soal Raja apabila melihat Tazuko yang nampak murung.
Tazuko mula menceritakan segala apa yang Tashima tidak benarkan dia membantu rakyatnya sendiri sampai Raja menggeleng kepalanya.
Serta merta terdetik di hati Raja yang dia betul2 tidak mahu Tashima menjadi menantunya. Raja mendapati bahawa Tashima bukan citarasa menantu idamannya.
"Dengar Tazuko. Jangan fikir apa yang Tashima cakap. Beta lebih suka jika kamu menjadi diri kamu sendiri. Ingat pesan beta, jangan pernah takut utuk membuat kebaikan." Pesan Raja dan berjaya membuatkan Tazuko mengidolakannya.
Tazuko mengangguk dan tersenyum.
---
Di Kerajaan Lily..
Yukino dan Liam sedang meminum air yang disediakan oleh salah satu dayang istana. Mereka berdua berhadapan dengan Permaisuri Kerajaan Lily.
Permaisuri itulah yang membuka pintu ruang istana dari dalam. Tujuannya adalah untuk memeriksa tanaman Lilynya tetapi dikejutkan dengan kedatangan Yukino dan Liam.
"Mana yang lain,Permaisuri?" Soal Yukino dengan baik.
Permaisuri yang memandang Liam terus memandang ke arah Yukino yang bertanyakan soalan.
"Anak2 lelaki beta sedang berlatih pedang sekarang ini, puteri bongsu beta tidak ada di istana kerana pergi berjalan-jalan di pasar." Jawab Permaisuri dengan tenang.
Terus Liam menghembus nafas leganya. Memang mereka datang pada waktu yang tepat.
"Tuanku mana?"
"Tuanku ada dalam biliknya. Nak beta panggilkan ke?" Soal Permaisuri dengan senyuman.
Dengan pantas, Yukino menggeleng kepalanya.
"Jadi, ada hal apa datang ke sini?" Soal Permaisuri dengan pelik.
Yelakan, tak mungkin tak ada apa2. Permaisuri tahu, jika salah satu kerabat diraja Dandelion datang, pasti ada hal yang mustahak.
Kerajaan Dandelion hanya akan melawat di sesebuah kerajaan jika ada hal penting sahaja. Dan semua kerajaan mengetahui prinsip tersebut.
"Sebenarnya, saya mahu meminta bunga Lily yang bercahaya. Saya dapat informasi bahawa bunganya ada pada Permaisuri. Jadi saya minta dengan jasa baik permaisuri, saya mahukan bunga tersebut." Luah Yukino dengan tegas.
Terkejut Permaisuri mendengarnya.
"Ma-maaf Yukino. Tapi itu adalah bunga kesayangan beta. Beta tidak boleh bagi kepada kamu." Jelas Permaisuri dengan gelengan.
Yukino dan Liam mengeluh berat.
"Permaisuri, bukan kami nak kurang ajar ke apa. Tapi, ini untuk keselamatan Crystalia. Crystalia tidak sedarkan diri kerana ada ahli sihir yang menidurkan Crystalia. Tolong Permaisuri. Kami merayu." Pujuk Liam pula.
Sekali lagi, terkejut Permaisuri dibuatnya.
"Crystalia? Anak tunggal Kerajaan Sunflower?" Soalan Permaisuri dianggukkan oleh Yukino berserta Liam.
Permaisuri menggigit bibirnya. Dia memang sangat sayangkan bunga Lily yang bercahaya tersebut tetapi dalam hatinya sangat sedih mendengar Crystalia tidak sedarkan diri.
Permaisuri mulai bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan Yukino dan Liam yang pelik dengan tingkah permaisuri.
Tak lama itu, muncullah satu cahaya yang agak terang pandangan mata mereka dan terkejutnya mereka apabila Permaisuri yang memengang beberapa bunga Lily.
"Maafkan beta kerana sedikit menolak tadi. Beta tak tahu jika bunga ini untuk Crystalia. Beta sanggup beri bunga ini supaya Crystalia sembuh." Ujar Permaisuri dengan senyuman.
"Dan sebenarnya, bukan hanya ada satu, hanya ada ini sahaja. Beta bagi semua." Sambungnya lagi.
Yukino dan Liam sangat gembira. Mereka tidak sangka Permaisuri akan memberi bunga tersebut. Nampaknya Crystalia memang terkenal.
Sampai ramai yang sanggup memberi segalanya.
"Terima kasih. Pasti Crystalia sangat berterima kasih pada Permaisuri nanti." Ujar Yukino dengan gembira dan diangguk oleh Liam.
Permaisuri itu tersenyum dan memandang Liam kembali.
"Liam."
Panggilan dari Permaisuri membuatkan Liam berpaling.
"Ya?"
"Maafkan puteri beta. Beta betul2 malu tentanv hari tu. Dia memang melampau. Beta janji ianya takkan terjadi lagi. Sekali lagi maafkan puteri beta." Mohon Permaisuri dengan ikhlas.
Memang Permaisuri betul2 malu dengan anak bongsunya itu. Tetapi dia sangat bersyukur kerana anaknya itu sudah tidak menyebut nama Liam setelah mengetahui bahawa tunangan Liam adalah lelaki.
Mungkin trauma.
"Er..betul ke tunangan Liam adalah lelaki?" Soal Permaisuri dengan berhati-hati.
Dia tidak mahu membuat Liam terasa hati dengan perkataannya.
Liam tersenyum dan menggeleng.
"Bukan. Taruka adalah perempuan. Dia hanya menyamar." Jawab Liam dengan baik.
"Taruka?"
"Ya, itu nama tunangan saya. Nanti bila kami akan berkahwin, silalah datang. Saya sangat alu-alukan kedatangan semua kerajaan." Ujar Liam dengan senyuman.
Yukino tersenyum bangga melihat keberanian Liam yang sanggup menjemput Kerajaan Lily tanpa takut.
Permaisuri mengangguk dan sangat gembira kerana Liam mengundang mereka datang.
"Terima kasih."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top