Ke Kerajaan Daisy
"Kak Rys!!"
Crystalia memandang Adam yang berlari ke arahnya.
"Tuan putera, jangan berlari. Nanti tuan putera jatuh." pesan Crystalia dengan baik.
Adam hanya tersengih.
"Kak Rys! Kak Rys nak pergi mana?" soalmya dengan pelik.
"Kak nak pergi teman Putera Yukino dan Putrra Saugo ke Kerajaan Daisy. Ada hal penting." ujar Crystalia.
Adam mula memuncungkan mulutnya.
"Habis tu? Adam tak penting? Kan Kak Rys kena jaga Adam juga?" soalnya lagi.
Crystalia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
'Susah ni kalau asyik tanya je. Bila nak habis kalau macam ni.' bisik hati Crystalia dengan pasrah.
"Memang la, tapi--"
"Adam? Adam buat apa dekat sini? Masa ni Adam sepatutnya belajar. ujar seseorang yang telah berjaya memintas percakapan Crystalia.
Mereka memandang gerangan tersebut. Rupanya Saugo yang sudah bersiap. Jadi mereka hanya perlu tunggu Yukino sahaja.
"Adam keluar sebab nampak Kak Rys keluar. Kenapa abang ambil Kak Rys? Kan Kak Rys kena jaga Adam juga? Ini tak adil." ujar Adam dengan mencerutkan bibirnya.
Saugo ketawa kecil dengan sikap adiknya.
"Sekejap je Adam. Lagipun, Adam sudah dijaga oleh abang² yang lain kan? Jangan la risau." pujuk Saugo.
Adam memuncungkan mulutnya sekali lagi. Crystalia ketawa kecil dengan sikap lucu Adam manakala Saugo tersenyum melihat Crystalia.
"Tapi itu tak sama!"
Saugo dan Crystalia sudah buntu macam mana cara untuk pujuk Adam. Tak lama itu, Ryouta menuju ke arah mereka.
"Putera Ryouta? Tuan putera ada apa² yang diperlukan ke?" soal Crystalia dengan lembut.
Ryouta menggeleng dan berkata..
"Saya nak bercakap dengan awak sekejap. Mari ikut saya." arah Ryouta.
Dahi Crystalia berkerut pelik dan hanya mengikuti langkah Ryouta setelah meminta keizinan dari Saugo.
---
Tazuko memandang abangnya, Tashima yang sedang serius dengan pelbagai jenis kertas dan surat dari Kerajaan lain.
"Tashima, kita ada jemputan dari Kerajaan Daisy." ujar Tazuko sambil duduk di hadapan Tashima.
"Jemputan apa?" soal Tashima tanpa memamdang Tazuko.
"Jemputan makan malam bersama dengan Kerajaan Dandelion esok sebagai ucapan terima kasih sebab kau terima kerjasama dengannya baru² ini." jelas Tazuko dengan jelas.
Tashima memandang Tazuko dengan kening bertaut.
"Makan malam?"
Tazuko mengangguk.
"Dengan Kerajaan Dandelion?"
Tazuko mengangguk.
"Malam esok?"
Tazuko mengangguk lagi dan bersabar dengan abangnya yang suka tanya soalan. #adiktabah2k18
Entah kenapa hati Tashima berasa ingin pergi ke sana. Tashima berasa dia akan menemukan sesuatu tetapi tidak pasti apa dia.
Tashima mengangguk setuju.
"Kita akan berangkat pagi esok. Malam ni kita bersiap - siap." ujar Tashima dan diangguk oleh Tazuko.
---
Crystalia berasa sedikit risih apabila dipandang oleh Ryouta yang dari tadi asyik memandangnya.
Crystalia berdeham dan berjaya menyedarkan Ryouta.
Ryouta tersenyum malu dan mula berdeham.
"Maaf." mohon Ryouta. Crystalia hanya mengangguk.
"Apa yang tuan putera nak cakap?"
"Saya tak nak cakap banyak sebenarnya, tapi..boleh awak jujur tak? Siapa awak sebenarnya?" soal Ryouta dengan pandangan yang sulit diertikan.
Pucat terus wajah Crystalia dibuatnya.
"Ap-apa yang tuan putera cakapkan ni? Sa-saya tak faham." balasnya.
Dan itu menyebabkan Ryouta makin memandang tepat ke dalam mata Crystalia. Crystalia makin gugup.
Bukan apa, first time nampak Ryouta betul² serius sebegitu.
"Saya rasa awak cukup faham apa yang saya tanya Rys...ataupun tuan puteri." ujar Ryouta dengan penuh penekanan.
Terbungkam Crystalia dibuatnya. Mujurlah mereka berada di tempat yang agak tertutup, jadi tiada sesiapa yang mendengar.
"Ma-maaf."ujar Crystalia.
Crystalia menunduk takut. Ryouta mengeluh lega kerana tekaannya selama ini sangat tepat.
"Saya dah agak. Sejak awal, awak memang nampak lain dari rakyat kami." ujr Ryouta.
Crystalia hanya diam membisu sambil menggigit bibirnya.
"Awak jangan la risau. Saya langsung tak marah awak atau sesiapa pun. Saya akan rahsiakan perkara ni kalau awak nak." ujar Ryouta dengan senyuman.
Crystalia memandang Ryouta dan mengangguk laju. Memang la dia nak rahsia tu disimpan, kalau tak...habis la dia. Entah apa kata dan reaksi Raja dan Permaisuri apabila puteri tunggal menjadi seorang bodyguard. Bodyguard anak² mereka pula tu. Nak² keluarganya.
Ryouta tersenyum kecil dan mengangguk tanda memahami Crystalia.
"Pergilah. Saya rasa mereka sudah menunggu awak. Jangan risau. Rahsia awak selamat dengan saya." ujar Ryouta dengan baik.
Crystalia dan Ryouta membalas senyuman.
"Terima kasih tuan putera."
Baru sahaja beberapa langkah Crystalia berjalan meninggalkan Ryouta, Ryouta memanggilnya kembali.
"Rys!"
Crystalia berpaling ke belakang dan membuat muka 'apa?'.
"Rys..awak kena hati², kerajaan Stone juga ada di sana nanti. Jangan sampai awak kena tangkap basah pula." ujar Ryouta dengan serius.
Crystalia terkaku beberapa saat dan menghela nafas. Crystalia mengangguk faham dan mula meninggalkan Ryouta dan menuju ke arah kereta kuda.
---
"Oyaaa!! Eh...? Mana Rys? Kita dah nak pergi ni." ujar Yukino kepada Saugo.
"Ryouta nak bercakap sikit dengan Rys.. Nanti datang la tu." balas Saugo dengan tenang.
Yukino mengangguk faham dan memandang pelik ke arah Adam yang masih lagi mencerut.
"Tunggu dulu. Kenapa Adam ada dekat sini? Bukan ke Adam sepatutnya belajar sekarang ni." soal Yukino dengan serius.
Saugo memutar matanya dengan malas.
"Tu la apa yang aku tanya tadi." gumam Saugo dengan perlahan.
"Adam nak ikut Kak Rys!" ujar Adam dengan sedikit kuat.
Yukino menggaru kepalanya.
"Aduhhh..perjalanan sangat jauh adikku sayang. Ianya memenatkan. Adam duduk dengan yang lain okay?" cadang Yukino dengan lembut.
"TAKNAK!" protes Adam.
"Adam..nanti abang bagi Adam jalan² dengan Rys lepas kami balik..berdua tanpa abang², macam mana?" pujuk Yukino.
Yukino berdoa agar Adam mahukan tawaran tersebut.
Berbinar mata Adam setelah mendengar tawaran menarik Yukino. Well, bukan senang dia nak berduaan dengan Crystalia. Asyik abang² dia sahaja yang ambil. Baginya, ini adalah masa yang paling baik untuk mengambil Crystalia tanpa abang² di sisi.
"Janji?"
"Janji..Abang tak pernah mungkir janji kan.." balas Yukino dengan senyuman.
Bersorak Adam dengan jawapan Yukino itu. Adam mula berlari masuk ke biliknya untuk sambung belajar.
"Rys dah datang." ujar Saugo.
Mereka berdua memandang Crystalia yang anggun sedang menuju ke arah mereka.
"Maaf lama."
Yukino dan Saugo hanya mengangguk dan tersenyum mesra.
"Tak pa..Mari kita bertolak.."
+++++++++++++++++
Makin sibuk sis sekarang ni..sebab ada projek melibatkan kerajaan. Lps tu,,ad shooting drama dan iklan..Ada latihan keyboarding..latihan business..mmng byk laaaaaa... Jadi,, maybe kursng update..tpi sis akn usahakan update..jgn risau..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top