Dikurung

Di Kerajaan Dandelion..

Semua terdiam membisu selepas mendapat kejutan terbesar daripada Crystalia semalam.

Kalau readers ada tentang majlis tu, majlis tersebut diberhentikan buat sementara dan akan diraikan pada akhir tahun nanti sekali dengan hari perkahwinan Raja dan Permaisuri yang ke-25.

Raja dan Permaisuri Kerajaan memandang sedih ke arah anak-anaknya. Permaisuri duduk di tepi Yukino yang nampak seperti sangat kecewa dengan Crystalia.

"Yuk--"

"Kenapa Rys sanggup buat kita macam ni? Kenapa sanggup menipu kita? Dia seorang puteri yang terhormat dan kita jadikan dia seorang bodyguard. Kalau dia bagitau kita awal-awal..."

Yukino tidak sempat berkata kerana Ryouta memotong.

"Maafkan aku. Semuanya salah aku." ujarnya sambil menunduk.

Semua memandang ke arah Ryouta dengan pelik.

"Kenapa kau salahkan diri kau?" soal Kazuto.

Ryouta menggigit bibirnya dan menangis dalam diam.

"Aku tahu tentang Rys. Aku tahu yang dia adalah seorang puteri."

Setelah Ryouta berkata seperti itu, semua yang ada terkejut dan menggeleng kepalanya kerana Ryouta sanggup menyembunyikan perkara penting sebegini.

"HABIS KENAPA KAU TAK CAKAP? KENAPA?!" marah Yukino dengan tegas.

Adik-beradiknya yang lain sedikit takut dengan kemarahan Yukino. Mungkin sebab ketegasan yang dimiliki oleh Yukino, Raja memilih Yukino untuk menjadi Raja nanti.

"Aku tak bermaksud untuk rahsiakan semuanya. Tapi ini disebabkan oleh Rys. Rys tak nak berkahwin dengan Tashima. Sebab tu dia larikan diri. Aku tak sanggup tengok dia macam tu." ujar Ryouta dengan sedih.

Yukino mengusap rambutnya dengan kasar.

"Patut la wajah Rys sangat cantik berbanding para puteri lain. Rupanya Rys seorang puteri yang terhormat dan kita sudah menjadikannya seorang bodyguard. Itu adalah kesalahan besar." ujar Raja dengan tegas.

Ryouta menunduk dengan wajah bersalah.

"Tapi mujurlah Raja Kerajaan Sunflower tidak mengambil tindakan pada kita. Kalau tidak, agaknya kita akan berada di sana untuk selamanya." ujar Permaisuri pula.

"Maaf ibu. Ryouta janji lepas ni Ryouta akan berjaga-jaga." ujar Ryouta dengan perlahan tetapi tetap didengari oleh mereka semua.

"Bukan. Ini bukan salah kau seorang. Kita semua salah, mudah san---"

Tak sempat Shou berkata, jeritan Adam bergema di dalam biliknya.

Semua saling berpandangan dan berlari ke arah bilik Adam.

"Adam sayang!! Kenapa menjerit ni?!" soal Permaisuri sambil mengetuk pintu.

"DIAMLAH!" marah Adam dengan kuat.

Mereka terkejut kerana Adam melawan cakap Permaisuri. Permaisuri mengeluh berat dan sedih dengan keadaan putera bongsunya.

"Adam!! Jangan bercakap kasar dengan ibu!!" tegur Yukino dengan kuat.

'Bukk!!'

Mereka mengundur sedikit apabila pintu dilempar oleh sesuatu.

"ADAM?!" panggil Raja dengan risau.

Mereka mendengar suara jeritan Adam sekali lagi.

"KENAPA?! KENAPA KAK RYS TAK ADA! SEPATUTNYA KAK RYS PULANG DENGAN KITA!! BUKANNYA DUDUK DEKAT SANA!!" jerit Adam dengan kuat sambil terisak.

"ADAM!! RYS ADALAH SEORANG PUTERI, BUKAN BODYGUARD LAGI! DENGAR CAKAP ABANG!!" balas Izay.

Di sebalik pintu, Adam masih menangis sambil menggeleng kepalanya. Dia tidak terima apa-apa alasan oleh abangnya.

Yang dia tahu, dia hanya nak Crystalia berada di sisinya. Walaupun bukan sebagai bodyguard. Dia tetap dengan keputusannya. Dia mahukan Crystalia menjadi kakak iparnya.

"Kak Rys..hikss..Adam tak nak Kak Rys pergi jauh..hikss.."

---

Situasi di Kerajaan Sunflower tidak kalah tegangnya. Crystalia menunduk apabila melihat perubahan pada wajah Tashima.

Tazuko menenangkannya sejak dari tadi.

"Tashima..beta ma--"

Belum sempat Raja berbicara, Tashima menahan percakapan Raja dengan tangannya.

Setelah mendiamkan selama beberapa minit, akhirnya Tashima mengeluarkan suara.

"Jadi.. selama ni saya kena tipu la?" soal Tashima dengan penuh kecewa.

Air mata Crystalia mendengar luahan sedih darj Tashima. Selama ini dia hanya mendengar suara tegas dari Tashima.

Ini pertama kali Crystalia mendengar suara Tashima yang sangat sayu. Rasa bersalah terus muncul di hati Crystalia.

"Dan aku tak sangka kau sanggup tipu aku Tazuko. Aku betul-betul tak sangka. Aku percayakan kau selama ni dan kau buat aku macam ni?" soal Tashima dengan penuh sabar.

Air mata Tashima turut mengalir di pipinya. Bukan apa, dia betul² kecewa. Baginya semua orang telah menipunya.

"Tashima..aku bukan sengaja. Kan aku pernah cakap dekat kau yang Crystalia hanya anggap kau abangnya. Kau rasa kenapa dia larikan diri?" soal Tazuko.

Tashima memandang tajam ke arah Tazuko yang berani melawannya.

"Kau diam Tazuko! Aku cintakan Crystalia! Crystalia harus menjadi milik aku bukannya orang lain!!" marah Tashima.

"TAPI SAYA TAK CINTAKAN AWAK!!" jerit Crystalia dengan geram.

Mereka memandang Crystalia yang masih menangis.

"Hiks..saya tak suka awak paksa saya untuk berkahwin dengan awak! Hiks..hiks..betul kata Tazuko, yang saya hanya anggap awak sebagai abang saya. Tak lebih dari tu, kenapa awak tak faham ha?" ujar Crystalia dengan sedih.

Tashima mendengus geram.

"Crystalia! Awak kena dengar cakap saya!!"

"Tapi awak tak boleh paksa saya Tashima!" balas Crystalia dengan geram.

Tashima menaikkan kening kanannya dan tersenyum sinis. Raja dan Permaisuri menunduk mendengar pertengkaran Crystalia dan Tashima.

"Kenapa saya tak boleh paksa? Awak tak ingat siapa saya? Saya Raja! Dan awak adalah bakal permaisuri Kerajaan Stone! Saya boleh paksa awak! Pengawal! Kurung bakal permaisuri beta sekarang! Jangan sampai dia keluar sehingga majlis perkahwinan kami." arah Tashima dengan tegas.

Pengawal² Kerajaan Stone mengikuti arahan Tashima dan membawa Crystalia ke biliknya. Crystalia memberontak dan menengking Tashima.

"AWAK MEMANG TAK GUNA TASHIMA! SAYA BENCI AWAK!!"

Tashima hanya memaling mukanya ke arah lain. Hatinya tidak mahu mengurung Crystalia, tetapi egonya untuk menjadikan Crystalia miliknya lebih tinggi.

Tazuko ingin membantu Crystalia tetapi lengannya ditahan oleh Tashima.

"Lepaskan aku Tashima! Aku tak sanggup tengok Crystalia macam tu!" marah Tazuko.

Raja dan Permaisuri berdiri dan memengang tangan Tashima.

"Tolonglah Tashima. Jangan buat puteri beta seperti itu. Kasihanilah dia Tashima." mohon Permaisuri dengan sedih.

Ibu mana tak sedih apabila melihat anaknya dikurung sebegitu.

"Betul Tashima. Lepaskan Crystalia kali ni. Dia takkan bahagia bersama dengan kamu." ujar Raja dengan sedikit tegas.

Raja turut sedih. Tapi dia tidak boleh menunjukkan kelemahannya di hadapan orang.

"Maafkan saya tuanku. Tapi saya tetap dengan pendirian saya. Tuanku jangan risau. Saya takkan buat Crystalia seperti hamba. Walaupun dia dikurung, dia dilayan seperti biasa." ujar Tashima.

"Tapi Tashima! Itu sama sahaja kau tidak membebaskan dia! Kau kena faham dia! Dia tak cintakan kau! Tolong lah Tashima! Jangan membuat keadaan makin rumit!! Biarkan Crystalia mencari kebahagiaan dia sendiri!" tegas Tazuko dengan kuat.

"Kau diam Tazuko! Berapa kali aku nak cakap hah?! Dia tetap akan jadi milik aku! Tiada sesiapa yang boleh dapat dia! Kalau aku tak boleh! Semua orang juga tak boleh!" balas Tashima dan berlalu pergi ke bilik tetamu.

Tazuko memandang Raja dan Permaisuri yang masih lagi bersedih.

"Maafkan saya tuanku. Saya gagal jaga Crystalia. Saya tak sangka ego Tashima sangat tinggi." mohon Tazuko dengan sedih.

Permaisuri tersenyum sedih dan menggeleng kepalanya.

"Ini bukan salah kamu Tazuko. Ini adalah takdir." ujar Permaisuri dengan lembut.

"Betul kata isteri beta Tazuko. Kita lihat saja, apa pula takdir Crystalia nanti. Apapun takdir Crystalia, beta terima dengan hati yang terbuka. Kita sebagai manusia biasa, kita tidak mampu mengubah apa²." ujar Raja dengan sedih.

Tazuko mengangguk faham dan mula termenung.

'Apa yang aku nak buat sekarang..'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top