Crystalia
Kyho dan Kosuke dengan gembiranya mengemas tempat mereka. Sampailah kegiatan mereka diganggu oleh Giko.
Mereka agak terkejut dengan kedatangan Giko dan sedikit bersyukur kerana Crystalia tidak bersama dengan mereka buat masa sekarang.
Kosuke sempat berdoa agar Crystalia tidak balik dengan cepat. Kalau tak, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Crystalia.
"Giko, kenapa datang sini?"
"Kenapa kau tanya macam tu, salah ke aku nak melawat korang? Takut apa?"
Kyho menggeleng kepalanya dengan kaku. Manakala Kosuke hanya diam, malas masuk campur buat sementara.
"Ni sudah dua kali aku bau manusia. Kau ada simpan mana2 manusia ke? Kalau ada, bagi la aku sikit. Aku tak makan lagi ni."
Kosuke terus menuju ke arah Giko dengan perasaan yang agak marah.
"Kau jangan nak samakan kami dengan kau, Giko! Kami tak makan manusia!"
Giko ketawa sinis.
"Hey Kosuke, relaks la. Aku hanya bergurau. Yang kau serius ni kenapa? Ke kau betul2 simpan manusia?"
Ujar Giko dengan pandangan yang sulit diertikan. Kosuke terkejut tetapi dikawal riak wajahnya. Kyho memandang Kosuke dengan isyarat tanpa diketahui oleh Giko.
"Mana ada! Ak-"
"Kyho! Saya ada jumpa--"
Ketiga-tiga ahli sihir itu memandang Crystalia dengan pandangan yang sulit diertika manakala Crystalia terkaku di tempatnya.
Jantungnya sudah berdegup kencang. Dia betul2 tidak menyangka akan berjumpa dengan Giko.
Sudah la dia masih trauma malam di mana Giko makan manusia di depan matanya sendiri. Crystalia tidak mahu dirinya menjadi seperti manusia malang tersebut.
Giko memandang Kyho dan Kosuke dengan pandangan sinis.
"Oh,patutlah kelakuan kau selama ni pelik. Rupanya ada manusia ye."
Giko mula ketawa sinis. Kyho dan Kosuke memandang tajam ke arah Giko dan melindungi Crystalia di belakang mereka.
"Tuan puteri! Cepat larikan diri!"
Jeritan Kyho membuatkan Crystalia tersentak dan mula melarikan diri.
"Jangan harap kau boleh lepas!"
Giko terus menghulurkan tongkat saktinya ke arah Crystalia. Crystalia terus berhenti kerana badannya terasa kaku. Sangat susah untuk dia bergerak.
Terbuntang mata Kyho dan Kosuke melihat kepantasan Giko. Giko mula ketawa jahat kerana Kyho dan Kosuke meremehkannya.
"Kenapa kau buat muka macam tu? Terkejut?"
Kyho dan Kosuke memandang tajam ke arah Giko.
"Kau jangan apa2kan tuan puteri!!"
"Kau memang tak guna Giko! Lepaskan saja dia!"
Giko memandang datar ke arah Kyho dan Kosuke. Kerana terlalu bosan, dia mula membekukan tubuh mereka berdua.
"Korang ni banyak bunyi la. Bosan la aku!"
Kyho dan Kosuke cuba untuk lepaskan diri tetapi langsung tidak berjaya. Mereka tidak menyangka kekuatan Giko semakin bertambah.
Giko mula melangkah ke arah Crystalia dengan senyuman bangga.
"Aku tak sangka ada puteri yang sangat cantik. Aku rasa, kau lebih layak dipanggil bidadari."
Giko menyentuh wajah lembut milik Crystalia. Crystalia mula mengeluarkan air mata kerana takut dirinya menjadi makanan Giko.
"Ka-kau jangan sentuh dia dengan tangan kotor kau tu!!"
"Kalau aku sentuh jugak?"
"Kau memang tak guna!!"
"Untuk pengetahuan kau, aku memang tak berguna sejak kecil lagi. Kalau tak, aku takkan masuk penjara, betul tak?"
Giko sengaja menaikkan api kemarahan Kosuke. Dia sangat suka Kosuke marah. Semakin dia marah, dia akan semakin sakit.
Kyho menahan sabar kerana sudah mengetahui kuasa Giko. Bukannya Kosuke tidak tahu, tetapi Kosuke jenis yang mudah marah.
Baru sahaja Kosuke ingin membalas kata2 Giko, Kosuke terus meraung kesakitan.
"Arghh!!!"
Kyho memandang sedih ke arah Kosuke. Dia memarahi dirinya sendiri kerana tidak daoat menolong Kosuke.
Crystalia makin menangis melihat Kosuke yang kesakitan. Giko ketawa sinis melihat keadaan Kosuke.
"Sakit? Tapi malangnya kau je yang rasa. Aku bangga Kyho yang boleh bersabar."
Kosuke memandang geram ke arah Giko. Dia betul2 benci dengan Giko. Sampai mati, dia takkan maafkan Giko.
Giko memandang Crystalia kembali.
"Hai cantik. Sebenarnya niat aku nak makan kau tapi sungguh disayangkan kalau aku makan puteri secantik kau. Jadi, aku nak ucap--"
Crystalia memandang takut ke arah Giko yang sudah menghalakan tongkat sakti ke arahnya.
"--selamat malam."
Dan setelah itu, Crystalia terus jatuh ke tanah. Mata Kyho dan Kosuke terbuntang luas memandang Crystalia sebegitu.
"Apa yang kau buat bodoh!!"
Giko tersenyum sinis kepada Kosuke. Dia langsung tidak takut dengan Kosuke yang pemarah itu. Kerana baginya, hanya dia ahli sihir yang paling berkuasa.
Giko mula berjalan pergi meninggalkan mdreka bertiga, tetapi beberapa langkah setelah itu, dia berhenti seketika.
"Oh ya, semoga berjaya bangunkan tuan puteri tu."
Sesudah itu, Giko terus menghilangkan diri dengan penuh gelak ketawa.
Badan Kyho dan Kosuke kembali normal setelah Giko tiada. Tanpa membuang masa, Kyho dan Kosuke terus berlari ke arah Crystalia yang tidak sedarkan diri.
"Apa sudah jadi dengan tuan puteri?"
"Aku rasa, dia telah membuat Crystalia tidak sedarkan diri."
Kyho menghembus nafas kasarnya. Dia betul2 tidak menyangka nasib Crystalia seperti ini. Tujuan mereka membenarkan Crystalia tinggal dalam hutan ini adalah untuk melindungi Crystalia dalam bahaya, tetapi disebabkan kedatangan Giko, terus menjadi seperti ini.
"Kenapa la dia buat Crystalia macam ni, dia ingat ni cerita Snow White ke?!"
Kyho menggeleng kepalanya dan mula mengangkat tubuh Crystalia ke tempat tidurnya.
Mujur ringan.
"Apa yang kita nak buat sekarang, Kyho?"
Soalan Kosuke membuatkan Kyho terdiam sambil memikirkan strategi.
"Ha!!"
Terkejut Kyho apabila Kosuke menjerit di hadapannya. Kosuke memandang Kyho dengan senyuman misteri.
"Kau ada idea ke?"
Kosuke mengangguk kepalanya dengan laju.
"Aku harap idea kau bernas."
---
Di Kerajaan Sunflower..
Yukino duduk di hadapan Tashima. Tashima buat tidak tahu dengan kehadiran Yukino sebab mereka sudah mula terbiasa. Dan begitu juga dengan Yukino.
"Mereka sudah jumpa Rys?" Soal Yukino sambil meminum air yang telah dihidangkan kepadanya.
Tashima menggeleng kepalanya dengan perlahan.
"Belum. Kau?"
"Sama la. Aku risaukan Rys la. Entah dia makan ke tidak lagi. Hati aku tidak sedap la." Luah Yukino dengan sedih.
Tashima menganggul faham. Lagipun, dia tidak marah. Mereka telah membuat perjanjian dengan Yukino untuk bersaing secara adil.
Tak kiralah Crystalia memilih siapa. Tapi betulkah? Tashima bukan boleh buat main.
"Apa yang kita nak buat sekarang? Makin lama kita tidak jumpa Rys, makin bahaya keselamatan dia." tegur Shou dengan tidak sabar.
"Aku rasa--"
BAAM!!!
Tidak sempat Tashima membalas, bunyi pintu terbuka dari luar membuatkan sepenuh perhatian mereka ke arah sana.
Terbuntang mata mereka apabila melihat dua orang ahli sihir. Siapa lagi kalau bukan Kyho dan Kosuke.
Dan serentak itu jugalah, para pengawal istana datang.
"Maaf tuanku! Kami sudah melarang mereka untuk masuk, tetapi mereka degil!" Ujar salah seorang dari mereka.
Tashima bangum dari duduknya dan memandang tajam ke arah Kyho serta Kosuke.
"Halau mereka dari sini! Mereka tidak layak berada di istana ini!" Arah Tashima dengan kuat.
Belum sempat para pengawal melaksanakan arahan Tashima, Yukino telah menahannya.
"Tunggu!!"
Semua memandang Yukino dengan pelik.
"Jangan lakukannya. Kita boleh bawa berbincang." Ujar Yukino dengan tenang.
Tashima terus tersenyum sinis.
"Berbincang?! Kau sedar tak? Mereka tu ahli sihir!! Musuh kita!" Marah Tashima.
Yukino memandang Tashima dengan sabar. Tashima menghembus nafas kasarnya.
"Bertenang Tashima. Jadi, cuba cakap, apa tujuan kalian datang ke sini." Ujarnya dengan baik.
Kyho dan Kosuke menunduk hormat kepada Yukino. YUKINO SAHAJA. Sebab Yukino telah berbuat baik kepada mereka.
"Kami datang sini untuk memberi khabar keberadaan Puteri Crystalia--"
"Haa!! Beta pasti kau yang telah sembunyikan Lia kan?! Baik mengaku! Di mana dia sekarang?!" Jerit Tashima.
"Tashima! Jaga adab kau sebagai Raja. Mereka datang secara baik! Mungkin mereka tahu keberadaan Rys!" Tegas Yukino kepada Tashima.
Tashima menggeleng kepalanya tanda 'tidak setuju' dengan apa yang Yukino cakapkan.
"Yukino! Kau jangan terpedaya dengan ahli sihir tidak guna tu! Mereka adalah musuh kita!" Marah Tashima dengan kuat.
"Buat masa sekarang, aku setuju dengan apa Tashima cakap, Yukino." Ujar Ryouta dengan baik.
Kosuke mula menghampiri mereka apabila keadaan makin tegang.
"Maafkan kami jika kedatangan kami membuat semua kalut. Tolong la, jaga pencakapan anda, Raja Tashima. Kami juga memiliki sebuah hati. Jangan sampai kami takkan hormat anda lagi."
Tashima mula ketawa sinis.
"Tengok! Sangat kurang ajar kerana menyampuk apa yang orang cakap!" Perli Tashima.
Tanpa sedar, dia turut kurang ajar kerana memotong pencakapan Kyho sebenatar tadi.
"CUKUP!!!"
Jeritan Yukino yang bergema dalam istana membuatkan mereka semua terdiam.
Yelakan, first time melihat Yukino betul2 mengamuk.
"TASHIMA! KAU JANGAN NAK KERUHKAN KEADAAN LAGI!"
Yukino memandang Kyho dan Kosuke kembali dan berkata--
"Jadi, adakah kalian tahu di mana Rys berada?" Soal Yukino.
"Ya tuanku. Sila ikut kami."
Yukino mengangguk dan memandang mereka.
"Ada sesiapa nak ikut?"
Mereka diam membisu kerana tidak percayakan kata2 ahli sihir itu.
"Kau jangan jadi bodoh, Yukino. Entah2 mereka sedang memperdayakan kita." Balas Tashima.
Nampaknya dia masih tidak berpuas hati. Yukino buat tidak endah dengan Tashima. Bukan apa, malas nak bertekak lagi.
"Kalau begitu, biar aku pergi sendiri."
Sebelum Yukino pergi, Izay memengang bahunya dengan lembut.
"Hati2."
Yukino mengangguk dan mengikuti langkah Kyho dan Kosuke.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top