Berjumpa Lagi
"Hosh..hosh.."
Crystalia menarik nafas dalamnya dan hebus sekuat hati. Dia penat sangat. Dia berlari sejak dari tadi langsung tidak berhenti.
Crystalia memandang sekeliling. Dia meneguk air liurnya apabila berada dalam hutan larangan di tengah malam.
Dia tidak tahu ingin pergi ke mana sebab jalan yang dia lalui sekarang lebih menyeramkan dari jalan yang dia pernah lalui dahulu.
Crystalia hampir menangis jika tiada bunyi yang keluar dari semak samun di belakangnya.
Untuk sekian kalinya, dia membuka lagi kuasa kacanya kerana takut untuk berpaling ke belakang.
Dia menahan nafas apabila terlihat tiga ekor serigala yang dia pernah jumpa.
'Tak sangka hutan ni sempit. Matilah aku kali ni.' bisik hatinya dengan sedih.
Dia nampak serigala tersebut semakin dekat dengannya. Dengan penuh ketakutan, dia melarikan diri lagi.
Ketiga-tiga serigala tersebut saling memandang sesama sendiri.
"Kenapa dia selalu lari bila nampak kita?" soal serigala koko.
"Entah² dia takut tengok muka hodoh kau tu." balas serigala hitam pula.
"Kalau dia hodoh, kita semua hodoh. Tak sedar ke wajah kita sama." perli serigala putih itu dengan tajam.
"Diamlah." ujar serigala hitam lantas pergi dari situ diikuti dua ekor rakannya.
---
Crystalia berlari dengan pantas sambil memandang ke belakang untuk melihat serigala itu.
Dia bersyukur yang serigala itu tidak mengejarnya. Kalau tak, memang mati di situ dan habis la begitu saja cerita ini.
Sayangnya dia tidak sedar, ada benda yang memerhatinya.
Beberapa minit setelah itu barulah Crystalia berasa dirinya seperti diperhatikan. Tetapi pemikiran Crystalia terlintas kepada Kosuke dan Kyho.
"Kyho? Kosuke? A-awak ke tu?" soal Crystalia sambil memandang ke arah pokok yang sangat besar.
Dan apa yang terkeluar dari pokok itu sangat mengejutkannya. Dia menyangka kedua-dua ahli sihir itu tetapi malangnya yang ada di hadapannya adalah seekor monster.
Dengan penuh keyakinan + kegugupan, dia mengeluarkan kuasa cahayanya dan bersedia untuk menyerang jika monster itu menyerangnya.
Bayangkan jela, monster yang sanat besar, ada air lir meleleh di sekitar mulutnya, kuku panjang, gigi panjang melebihi tekak. Dan paling menjijikan adalah mata. Mata monster itu seperti mahu terkeluar.
Tetapi yang peliknya monster itu berubah menjadi satu haiwan yang sangat comel. Jauh berbeza dari yang sebelum ini.
Crystalia memandang pelik ke arah haiwan tersebut.
Dan yang parahnya lagi, haiwan itu menggosok kepalanya di kaki Crystalia. Crystalia mula teragak agak untuk mengambilnya.
'Kan kalau aku ambil, takut juga ibu haiwan ni bunuh aku.' bisik hatinya dengan gelisah.
Selang beberapa minit, Crystalia mengambil dan mendukung haiwan tersebut seperti kucing.
Crystalia tersenyum dengan kelembutan bulu yang ada pada haiwan tersebut.
Dan nampaknya haiwan itu menyukai cara Crystalia memanjanya.
"Baiklah. Saya akan bagi awak na--"
Belum sempat dia berkata, Crystalia mendengar jeritan di belakangnya.
"MOMO!!"
"Momo! Masa untuk makan sekarang!"
Crystalia tersenyum apabila dia mengenal pasti suara tersebut. Tak lain tidak bukan adalah Kyho dan Kosuke.
"Kyho!! Kosuke!!" panggil Crystalia dengan gembira.
Kyho dan Kosuke memandang Crystalia yang sedang memengang haiwan a.k.a Momo.
"Tuan puteri? Momo?"
Mereka dengan segera menuju ke arah Crystalia. Kyho gembira kerana dapat berjumpa dengan Crystalia kembali kecuali Kosuke yang tengah memandang tajam ke arah Momo.
"Momo! Kan aku dah cakap yang kau tak boleh main jauh², nanti semua haiwan takut!"
Momo menunduk sedih kerana Kosuke memarahinya. Crystalia menjeling Kosuke dengan tajam kerana suka hati memarahi Momo.
"Yah! Jangan marah Momo la!" balas Crystalia.
Kosuke memandang tajam ke arah Crystalia.
"Apa budak? Kau jangan nak sibuk. Kalau Momo sampai jumpa dengan haiwan lain, nanti semua haiwan lari dan takkan berani berkeliaran lagi kerana takut dengan haiwan nakal ni."
Ujar Kosuke sambil menunjukkan ke arah Momo yang masih bersedih.
Memang la Momo sedih, tuan dia marahkan dia. Lagipun dia bosan asyik duduk di tempat yang sama.
Baru sahaja Crystalia ingin membalas, Kyho telah menghalang mereka.
"Sudah la tu, mari kita semua pulang. Mari tuan puteri."
Crystalia dengan gembiranya mengikuti langkah Kyho dari belakang dan diikuti oleh Kosuke yang masih membebel kepada Momo.
---
"MANA BAKAL ISTERI BETA?!!"
Jeritan Tashima bergema di dalam istana Kerajaan Sunflower.
Sampaikan Raja dan Permaisuri berlari ke arah Tashima yang sedang mencengkam baju pengawal istana tersebut.
"Bertenang Tashima. Kenapa menjerit ni?" soal Raja dengan tegas.
Tashima menghembus nafas kasarnya dan menenangkannya sedikit.
"Maaf tuanku, tapi Tuan puteri hilangkan diri." ujar salah seorang pengawal istana.
Terbuntang mata Raja dan Permaisuri. Permaisuri memandang tajam ke arah pengawal itu.
"Macam mana boleh hilang? Kenapa korang tak jaga anak beta baik-baik?! Puteri Crystalia satu-satunya anak beta!" marah Permaisuri dengan geram.
Permaisuri mencuba untuk bersabar. Siapa yang tidak sedih kalau anak hilang. Bukan sekali, yang kedua kali pula tu.
Raja memeluk erat tubuh Permaisuri yang semakin melemas.
Kebetulan Tazuko datang dan membuat wajah pelik kepada mereka.
"Kenapa ni? Ada sesuatu terjadi ke?" soal Tazuko dengan pura-pura.
Raja memandang Tazuko.
"Tazuko, Crystalia hilang lagi. Macam mana boleh jadi macam ni? Beta tak sanggup anakanda beta hilang sekali lagi." ujar Raja dengan sedih.
Tazuko berpura-pura terkejut. Tetapi malangnya, Tashima memandang tajam ke arah Tazuko.
"Di mana Crystalia sekarang Tazuko?"
Tazuko sedikit membeku dan mula memandang Tashima dengan serius.
"Jangan tanya aku, aku tak tahu." ujar Tazuko.
Tashima menghempas tangannya di atas meja dan berjaya membuatkan yang lain terkejut besar.
"AKU TANYA DI MANA DIA TAZUKO?! KAU YANG MASUK DALAM BILIK LIA SEMALAM! JAWAB AKU!" tengking Tashima dengan kuat.
Itu membuatkan semua pengawal hampir terkencing ketakutan.
Tazuko memandang Tashima dengan berani. Heol! Kalau bukan dia sedang yakinkan abangnya dengan hujah palsunya, dia takkan berani menentang abangnya sendiri.
"Kenapa kau tuduh aku pula?! Kau pun tahu kan yang aku takkan ulangi kesalahan yang lepas! Aku sudah janji dengan kau hari tu! Memang!! Memang aku ada pergi ke bilik Crystalia tetapi hanya sekejap! Tu pun sebab aku bertanya khabar dengan Lia! Lia akan jadi kakak ipar aku juga nanti, tak salah pun kalau aku jumpa dia! Kalau kau tak percaya, sila tanya pengawal istana yang jaga bilik Lia!!" balas Tazuko dengan geram + muka serius.
Tahsima memandang tajam ke arah pengawal istana itu.
"Betul apa yang dikatakan oleh Putera Tazuko tuanku. Putera Tazuko hanya berada dalam bilik tuan puteri sekejap sahaja." jawab pengawak itu dengan yakin.
Tashima menghembus nafasnya manakala Tazuko menghela nafas leganya.
'Aku harap kau tak tipu aku Tazuko.' bisik hati Tashima.
"Aku perintahkan kau untuk cari Puteri Crystalia! SEKARANG!" arah Tashima dengan kuat.
Sebenarnya, Tashima sangat bimbangkan Crystalia yang berjalan seorang diri di luar sana. Lagipun dia sangat cintakan Crystalia.
Tanpa Tashima sedar, caranya melayan Crystalia sangat salah. Caranya menunjukkan cinta kepada Crystalia juga salah. Sebab itulah Crystalia tidak suka. Tidak suka apa? Tidak suka dengan sikap egois Tashima.
---
Crystalia tersenyum melihat Momo yang sedang makan dengan gelojoh. Sekali nampak nampak haiwan yang tengah kelaparan, tidak makan sebulan.
Dan yang paling Crystalia suka, Momo tertidur lena di atas rumput setelah memakan beberapa biji epal.
Dengan tidak membuang masa, Kosuke mengangkat Momo dan meletakkan di dalam lubang pokok.
Mungkin tempat tidur Momo kot.
"Apesal kau datang sni lagi? Larikan diri lagi ke?" perli Kosuke dengan sinis.
Tetapi apabila mendapat jawapan daripada Crystalia, membuatkan Kosuke geram dengannya.
"Ha'ah..Saya larikan diri lagi."
Sesaat setelah itu, Crystalia mendapat jentikan di dahi yang dihadiahkan oleh Kosuke.
"Ow! Sakitlah Kosuke." ngaduh Crystalia sambil menggosok dahinya.
Kyho yang perasan perbuatan Kosuke pada Crystalia terus menuju ke arah mereka.
"Kosuke, hormat Crystalia sebagai kerabat diraja. Jangan berlagak sesuka hati."
Tetapi malangnya pesan Kyho tidak diendahkan oleh Kosuke.
"Aku malas nak hormat puteri macam dia ni. Nakal sangat. Kau tahu tak, dia sekarang tengah larikan diri lagi."
Perkataan Kosuke membuatkan Kyho terkejut.
Crystalia hanya tersenyum sedih. Sebenarnya, bukan perkataan Kosuke yang dia sedihkan, tetapi fikirannya teringat kepada Yukino a.k.a jodohnya.
Ke mana dia ingin larikan diri lagi? Takkan ke Kerajaan Dandelion lagi. Dulu boleh la, itupun sebab orang tak kenal dia, sekarang semua sudah mengenalinya.
Kalau pergi jugak, memang muka tak tahu malu la jawabnya. Tak lama itu, fikirannya terlintas kepada Pak cik Jon yang telah menolongnya.
'Abaikan maruah! Aku perlu balas balik perbuatan baik Pak Cik Jon. Setelah itu, aku akan pergi.' bisik hatinya.
Lamunannya terhenti apabila Kyho mencuit lembut lengannya.
"Tuan puteri okay ke?"
Crystalia memandang Kyho dan mengangguk perlahan.
"Baik kau ceritakan, apa yang dah jadi sebenarnya."
Desakan Kosuke membuatkan Crystalia menghembus nafas beratnya.
Dia perlu percayakan Kyho dan Kosuke. Mana tahu mereka boleh membantunya.
"Sebenarnya.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top