Berjumpa Dengan Ahli Sihir

Crystalia dengan megahnya masuk ke dalam hutan larangan tersebut. Dia tak fikir keselamatan dia agaknya.

Crystalia dengan penuh keyakinan mencari tempat lapang yang dikatakan oleh lelaki tadi. Akhirnya selama 20 minit berjalan, dia tersenyum gembira kerana jumpa apa yang dicarinya.

Dia memandang sekeliling tempat lapang tersebut.

"Tempat yang sangat bagus untuk berlatih. Kayu² pun semua cukup lengkap. Dah macam memang tempat tinggal orang." luah Crystalia lantas duduk di sebuah pokok yang rendang.

Dia masih lagi memerhati sekitar itu dan terpaku apabila terpandang sesuatu yang mengejutkannya.

---

Seorang pengawal istana mengadap Raja dan Permaisuri.

"Kamu dah buat apa yang disuruh oleh Putera Yukino?" soal Raja.

"Sudah tuanku." ujarnya dengan hormat.

Raja mengangguk faham.

"Baiklah. Kamu boleh pergi dan juga tolong panggil Putera Adam mengadap beta. " ujar Raja dan diangguki oleh pengawal istana itu.

Tak lama itu, Adam dengan cerianya berlari ke arah Raja dan Permaisuri. Dia memeluk erat keluarganya itu.

"Umi dan abah sudah fikirkan ke?" soal Adam.

Raja dan Permaisuri mengangguk dan tersenyum mesra.

"Ya..kami dah fikirkan pasal kakak cantik yang kamu cakapkan tu. Dia boleh menjadi kakak ipar kamu seandainya salah seorang daripada abang² kamu terimanya." ujar Permaisuri dengan lembut.

Adam tersenyum gembira.

"Adam yakin semua orang akan sukakan kakak cantik tu nanti." ujar Adam dengan yakin.

Raja dan Permaisuri tersenyum melihat keyakinan anak bongsunya.

"Tapi kamu kenalkan namanya? Senang kita nak cari?" soal Raja.

Serta merta Adam terdiam membisu.

"Adam tak tahu abah, umi. Macam mana ni..hiks.." Adam menangis sedih memikirkan Crystalia. Dia hanya tahu wajah sahaja, nama memang dia tak tahu.

"Jangan sedih. Kita akan cari sampai jumpa. Lagipun Adam tahu wajah kakak tu kan?" soal Permaisuri.

Adam mengangguk 'tahu'.

"Kalau Adam jumpa dengan dia, Adam ajak di datang ke sini dan jumpa dengan kita semua. Okay?"

Adam mengangguk faham dengan ucapan ayahnya.

---

Crystalia dengan gugupnya pergi ke arah sebuah pokok yang besar yang daunnya berwarna ungu.

'Harap² makluk tu tak makan aku.' doa hatinya.

Setelah sampai di sana, dengan keberanian yang ada dalam dirinya menyentuh topi itu. Makhluk itu bergerak dan membuka matanya memandang tajam ke arah Crystalia.

"Kau kacau aku nak tidur puteri raja."

Makhluk atau lebih tepatnya ahli sihir yang berbaju dan bertopi merah dan bercorak bulan itu mengeram rendah kerana tidurnya terganggu.

"Ma--maaf. Saya tak sengaja." ujar Crystalia dengan ikhlas.

"Kenapa ni Kosuke?"

Crystalia memandang ke kirinya dan ternampak ahli sihir yang seperti Kosuke tetapi berbaju dan bertopi ungu bercorak bintang.

"Oh, kau rupanya Kyho..Ni haa,Puteri dari Kerajaan Sunflower ganggu aku tidur. Kau uruskanlah. Aku malas."

Kosuke dengan malasnya menutup matanya kembali. Crystalia yang tak tahu apa² hanya memandang pelik ke arah Kosuke yang sudah mengetahui dirinya yang sebenar.

"Kami sebagai ahli sihir memang mengetahui diri jati puteri. Jangan risau, kami tak jahat yang puteri fikirkan."

Crystalia tersengih malu kerana fikirannya dibaca oleh Kyho.

"Boleh saya tahu kenapa puteri larikan diri? Saya pernah ternampak puteri berlari dalam hutan ni beberapa hari lepas."

Crystalia tersengih malu. Dia jadi teringat akan serigala yang dia jumpa.

"Sebenarnya, saya dijodohkan oleh Putera dari kerajaan Stone. Saya taknak pun, tapi dipaksa oleh mama dan papa. Jadi--"

"Jadi sebab tu la kau lari ke kerajaan Dandelion? Haih..nyawa kau nyaris tak ada hari tu. Dan kau datang ke sini lagi untuk apa pula?"

Mereka berdua memandang Kosuke yang memotong pencakapan Crystalia.

"Bukan ke kau tidur?"

"Sekali aku bangun, dah malas nak tidur lagi."

Crystalia hanya mendengar ahli sihir lelaki itu bercakap. Tak lama itu dia menjawab soalan Kosuke.

"Er..saya datang sini sebab nak berlatih. Saya nak kerja sebagai bodyguard di istana Dandelion." jelas Crystalia dengan yakin dan mantap.

Kedua-dua ahli sihir itu tercengang memandang sikap Crystalia.

"Kau? Nak jadi bodyguard? Kau sedar tak yang kau tu puteri? Dah tak betul agaknya."

Ejekan Kosuke membuatkan Kyho memukul kepala Kosuke dengan geram. Suka hati dia je cakap lebih kurang dengan puteri raja.

"Maaf tau puteri dengan sikap dia. Tapi betul apa yang dikata oleh Kosuke, puteri tak sesuai jadi bodyguard."

Crystalia memuncungkan mulutnya tanda protes.

"Kenapa pulak? Kan saya nak kerja. Saya taknak balik ke sana lagi, nanti saya kena kahwin." ujarnya.

"Bukan apa puteri. Puteri adalah kerabat diraja yang disegani. Lagipun, puteri ada kuasa yang lain daripada Dandelion. Mereka pasti dapat tahu juga nanti."

Pujukan Kyho tidak mempengaruhi minda dan fikiran Crystalia.

"Saya tak kira. Saya tetap nak!" paksanya dengan geram.

Kosuke memutarkan matanya dengan malas manakala Kyho hanya tersenyum hambar kerana kekerasan kepala Crystalia.

"Baiklah. Kami akan ajar kau, tapi kau jangan letih. Kalau kau letih, kau akan jadi mainan aku."

Ugutan Kosuke hanya dipandang remeh oleh Crystalia. Ingatkan Crystalia supaya tidak letih.

"Baiklah. Setuju!"

Kosuke tersenyum melihat keberanian Crystalia. Kyho pula hanya menepuk dahinya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top