Berjumpa

Tgh malam sis dah update, tpi entah knape x masuk...kesian pulak dekat readers..

---

Tashima mula membuka suara setelah beberapa minit Yukino mengikuti Kyho dan Kosuke.

"Kenapa dia betul2 degil? Sudah tahu mereka adalah musuh kita, suka hati sahaja ikut. Kena makan, baru tahu rasa!" Bebel Tashima.

Tetapi ada rasa gembira dalam hati Tashima kerana jika Yukino mati, saingannya tidak akan ada dan dia akan memiliki Crystalia seorang diri.

Itulah yang difikirkannya.

"Kau tak boleh cakap macam tu Tashima, pasti ada sebab kenapa Yukino ikut. Lagipun ahli sihir tu nampak jujur." Luah Ryouta dengan tegas.

Tashima tersenyum sinis dan menggeleng kepalanya apabila mendengar percakapan Ryouta.

"Kau pun jangan nak jadi bodoh Ryouta! Kalau apa2 jadi pada dia, aku takkan bertanggungjawab." Tegas Tashima dengan senyuman remeh.

Adik beradik Kerajaan Dandelion memandang 'tidak suka' dengan Tashima.

Mereka sudah dimaklumkan oleh Tazuko bahawa Tashima keras kepala dan sangat pentingkan diri.

Detik ini juga, mereka tidak mahu Tashima berkahwin dengan Crystalia. Tak mustahil Crystalia larikan diri.

Siapa yang mahu berkahwin dengan orang macam tu.

"Tapi tetap saja kau tidak boleh cakap macam tu!" Marah Kazuto.

Entah kenapa Kazuto sangat ingin membunuh Tashima buat saat ini. Dia betul2 marah terhadap Tashima yang tidak menghargai usaha orang lain dan tidak menghormati mereka.

Agaknya Tashima tidak sedar yang Kerajaan Dandelion lebih kuat daripada Kerajaan Stone. Berani sungguh berbicara seperti itu.

"Sudah la tu. Jangan memulakan pergaduhan. Yukino tahu apa yang dia lakukan, cuba percayakan dia." Tegur Shou dengan tenang sambil meninggalkan mereka.

Yang lain memandang tajam ke arah Tashima sesaat dan mula meninggalkan Tashima seorang diri di ruang besar itu.

"Tsk."

Tashima berdecik 'malas'.

---

"Betul ke Rys ada dalam hutan ni?"

Kosuke memandang datar ke arah Yukino yang nampak tidak selesa.

Yelakan, Yukino adalah kerabat diraja, mestilah dia kurang selesa atau lebih tepatnya sangat tidak selesa berada di hutan yang gelap gelita yang dipanggil 'hutan larangan'.

Tapi yang peliknya, kenapa Crystalia tidak berasa sebegitu?

"Kau ingat aku nak tipu kau ke apa? Boleh tak jangan fikir benda lain? Sudah baik aku nak tunjuk keberadaan Crystalia."

Kyho mengetuk kepala Kosuke dengan geram. Dia betul2 malu dan geram kerana mempunyai kawan yang tidak pandai hormat orang yang mempunyai pangkat tinggi.

Pertama kali jumpa Crystalia, Kosuke juga tidak menghormati Crystalia. Siap mengutuk Crystalia semasa berlatih.

"Kau boleh hormat tuan putera tak? Dia tu bakal raja. Tak baik kau cakap macam tu."

Kosuke memutar matanya dengan malas.

"Bakal raja je pun. Bukannya Tuhan."

Yukino memandang datar ke arah Kosuke. Dia betul2 ingin meng'cili'kan mulut Kosuke sampai Kosuke tidak boleh bercakap.

Deep betul ayat Kosuke.

Kyho menggaru kepalanya yang tidak gatal dan menunduk kepalanya kepada Yukino tanda 'maaf'.

"Tolong maafkan Kosuke, dia tak tahu apa yang dia cakap."

Kosuke memandang Kyho dengan geram. Baru sahaja dia ingin membalas percakapan Kyho, Kyho terlebih dahulu membekap mulut Kosuke supaya diam.

Yukino hanya menggeleng kepalanya dengan tingkah kedua ahli sihir itu.

"Lambat lagi ke nak sampai?" Soal Yukino dengan tidak sabar.

"Tempat tinggal kami memang jauh. Kami lebih suka ketenangan."

Penjelasan dari Kyho membuatkan Yukino mengangguk faham.

---

Taruka tersenyum manis kepada seorang nenek tua di hadapannya.

Harap readers masih ingat dengan Taruka.

"Terima kasih cu sebab rawat nenek."

Taruka tersenyum maklum dan mengangguk kepada nenek tersebut.

"Tak apa2 nenek. Lagipun ini adalah tanggungjawab saya untuk merawat semua orang." Ujar Taruka dengan lembut.

Nenek itu tersenyum.

"Putera Liam memang pandai memilih isteri. Nenek doakan kalian agar sentiasa diberkati." Ujar nenek tersebut dengan ikhlas.

Taruko tersenyum malu apabila nenek itu mengatakannya adalah isteri kepada Liam. Padahal mereka belum berkahwin.

Taruka membantu nenek itu untuk bangun apabila ternampak nenek mula bergerak bangun. Dengan tergesa-gesa, Taruka memanggil pengawal istana.

"Hantar nenek ke rumahnya dengan selamat." Arah Taruka kepada dua pengawal istana yang berada di hadapannya.

Pengawal2 itu mengangguk patuh. Taruka memandang nenek tersebut dan memberikan satu botol air herba.

"Sebelum tidur, nenek minum air herba ini satu sudu. Nenek jangan lupa tau. Herba yang ada dalam tubuh nenek nanti akan membuat nenek lebih bertenaga." Ujar Taruka dengan senyuman.

"Terima kasih sekali cu."

Taruka mengangguk maklum. Dia memandangi nenek dan kedua pengawal itu yang telah berlalu pergi dari istana.

Ya. Istana.

Taruka merawat orang di dalam istana. Raja sudah mencadangkan Taruka untuk membuka sebuah klinik tetapi ditolaknnya kerana sudah selesa berada di dalam istana.

Lagipun dia sudah tidak mahu berjauhan dengam keluarganya.

Untuk pengetahuan readers, ibu bapa Taruka sudah tinggal di istana dengan desakan Raja dan Permaisuri.

Tujuan mereka adalah untuk saling berkenalan dan saling mengeratkan hubungan. Lagipun Liam dan yang lain turut bersetuju jika keluarga Taruka tinggal di istana.

Taruka? Taruka tidak dapat membantah apabila Liam memaksanya. Liam bakal suaminya, dia pasti tahu Liam ingin memberi yang terbaik untuknya. Jadi, dia hanya mengiakan sahaja.

"Sayang."

Panggilan dari Liam membuatkan Taruka berpaling dan tersenyum manis.

Mereka berpelukan kerana saling merindui antara satu sama lain.

Selama dua minggu Liam tidak ada di istana kerana menjalani latihan memanah sekaligus pertandingan di Kerajaan Rose.

"Saya ingatkan awak balik esok. Kalau saya tahu awak balik hari ni, saya akan siapkan makanan untuk awak." Luah Taruka dengan mencerutkan bibirnya.

Liam ketawa kecil dan menggosok pipi Taruka.

"Saya sengaja balik awal. Lagipun saya rindukan awak, Taruka."

Luahan dari Liam membuatkan pipi Taruka bersemu merah.

Liam langsung tidak gagal dalam membuatnya malu.

---

Yukino terkaku melihat badan Crystalia yang tidak sedarkan diri.

"Ry-Rys?"

Yukino terus berlari menuju ke arah Crystalia yang sangat damai.

Menitis air mata Yukino memandang Crystalia sebegitu.

Serta merta dia berasa sangat bersalah.

KALAUlah dia tidak marah Crystalia lama sangat.

KALAUlah dia mendengar cakap Adam.

KALAUlah dia mendengar penjelasan Crystalia.

KALAUlah dia bertindak mencari Crystalia lebih awal, semuanya tidak akan seperti ini.

Yukino betul2 berasa bersalah sekaligus marah kepada orang yang membuat kesayangannya seperti ini.

Kyho dan Kosuke dapat merasakan aura menyeramkan dari badan Yukino.

Dan detik itu juga, entah kenapa Kosuke yang suka melawan cakap turut berasa ngeri dengan Yukino.

Mereka berdua tidak tahu apa yang difikirkan oleh Yukino. Dan mereka harap, Yukino tidak akan melakukan hal yang tidak mereka sangkakan.

Sebagai contohnya, bunuh diri ke, pukul diri sendiri ke apa ke..

Tetapi pertanyaan Yukino membuatkan mereka membeku..

"Siapa yang buat Rys macam ni?" Soal Yukino dengan nada yang menyeramkan.

Kyho dan Kosuke saling berpandangan. Mereka diam beberapa saat.

Yukino memandang datar ke arah mereka berdua.

"Kau dengar kan apa yang aku tanya tadi? SIAPA YANG BUAT RYS MACAM NI?!" jerit Yukino dengan kuat.

"Er..se-sebenarnya--"

"Giko. Ahli sihir yang tidak berperikemanusian."

Kyho memandang Kosuke yang telah memotong percakapannya.

Yukino mengempal tangannya dengan marah.

"Berani betul dia!!"

Yukino memandang Kyho dan Kosuke kembali.

"Tunjukkan di mana ahli sihir tak guna tu berada." Arah Yukino dengan geram meluap-luap.

"Maaf tuan putera. Tapi Giko bukan tandingan tuan putera. Dia boleh mengawal badan orang dari jauh mahupun dekat."

Yukino hanya tersenyum sinis.

"Kalau dia boleh mengawal, aku juga boleh hancurkan dia. Kosuke! Bawa aku ke tempat dia sekarang!"

Kosuke memandang Kyho seketika. Wajah Kyho menggambarkan bahawa 'tidak' tetapi fikirannya mengatakan 'ya'.

Dan akhirnya Kyho menepuk dahi kerana Kosuke menyuruh Yukino mengikutinya.

Kenapa Kosuke membawa Yukino ke tempat Giko? Itu kerana Kosuke ingin melihat betapa kuatnya orang yang dicintai oleh Crystalia.

Kalau lemah, dia akan memaksa Crystalia untuk lupakan perasaannya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top