Berjaya

Sebelum tu, sis nak minta maaf sebab lama sangat tak update. Bukan sis sengaja, tetapi sis ada exam seminggu ni. Jadi sis fokus kepada exam.

Ni baru dapat cuti seminggu. Lepas tu masuk sem balik.

---

Yukino dengan marahnya mengikuti langkah Kosuke untuk berjumpa dengan Giko.

Manakala Kyho yang dibelakang mereka sentiasa berdoa agar Yukino diselamatkan.

Sampailah di mana Kosuke berhenti di sebuah tempat yang diyakini olehnya bahawa itu adalah tempat tinggal Giko.

Yukino memandang sekelilingnya dan mengaku bahawa tempat Giko sangat jijik dan buruk. Jauh berbeza dengan tempat Kyho dan Kosuke.

Membuatkan Yukino berasa ingin cepat2 membunuh spesis ahli sihir tak guna seperti Giko.

"Woahh..ada tetamu hari ni rupanya."

Mereka bertiga memandang Giko yang sedang berbaring di atas kayu yang reput.

Untuk seketika, mereka agak simpati kerana katil Giko adalah kayu. Sikit jela simpatinya kerana kemarahan lebih besar.

Kyho dan Kosuke memandang datar ke arah Giko. Manakala Yukino masih memandang sekeliling tempat itu.

"Kami datang sini sebab ada seorang bakal Raja yang ingin hapuskan kau."

Perkataan Kosuke membuatkan Giko ketawa besar.

Yukino memandang datar ke arah Giko yang nampak seperti meremehkan kemahirannya.

Memang menempah mati.

Disebabkan kemarahan Yukino pada Giko, dia terus berjalan menuju ke arah Giko dengan memengang pedang khasnya.

"Kau memang menempah maut, tak guna!! Berani kau meremehkan aku!" Marah Yukino dengan kuat.

Tak sempat Kyho dan Kosuke ingin menghalang Yukino dari menyerang Giko secepat itu, Yukino telah berjaya dibekukan.

Mereka sudah terlambat.

Kalau Giko sudah bekukan Yukino, Giko boleh terus makan atau seksa Yukino terlebih dahulu.

Kyho dan Kosuke ingin melawan dan menolong Yukino, tetapi kekuatan mereka tidak sama.

Giko sangat pandai mengawal kuasanya itu. Kyho dan Kosuke pula masih dalam belajar lagi.

Giko tersenyum sinis melihat Yukino berada di hadapannya. Dia akui Yukino sangat pantas dalam bertindak, tetapi kepantasan itu tidak boleh melebihinya.

"Kau cuba nak bunuh aku ke? Kau sedar tak aku ni siapa?"

Giko tersenyum kecil melihat Yukino yang kesusahan untuk bercakap dengannya.

"K-kau mema-ang ha-harus dibunuh!" Marah Yukino dengan perlahan.

Well, Giko ada di hadapannya, buat apa dia nak bercakap kuat. Giko mula ketawa sinis apabila melihat Yukino makin kesakitan.

"Sakit? Kenapa kau tak minta tolong dengan mereka berdua tu?"

Ujar Giko sambil memandang Kyho dan Kosuke yang berada agak jauh dari mereka. Giko tahu bahawa Kyho dan Kosuke agak takut berada berdekatan dengannya.

Bukan takut mati ke apa, tapi takut tenaga mereka makin berkurangan. Sekarang ni pun, tenaga mereka sudah berkurang disebabkan kuasa Giko yang telah membekukan tubuh mereka.

Buktinya? Buktinya mereka pergi ke tempat Giko dengan berjalan. Mereka berdua tidak boleh terbang buat sementara kerana kekurangan tenaga.

Kalau terkena sekali lagi, memang hanya tinggal nama.

Yukino memandang tajam ke arah Giko yang memerlinya. Well, dia tidak perlukan bantuan Kyho dan Kosuke pun kalau dia sendiri boleh uruskan Giko.

"Kau tu manusia bodoh. Dan kau takkan dapat kalahkan aku manusia. Aku adalah ahli sihir yang paling kuat dan mampu kalahkan semua orang termasuk kau!!"

Ucapan besar dari Giko bukan membuatkan Yukino takut tetapi berjaya membuatkan Yukino ketawa besar + sinis.

Kyho dan Kosuke memandang pelik ke arah Yukino yang masih ketawa besar.

Giko pula berasa sangat marah kerana Yukino berani mentertawakannya. Dia ingin menumbuk Yukino tetapi tidak boleh kerana nanti kuasa bekunya pada badan Yukino akan hilang.

"Kenapa kau ketawa hah?!! Kau ingat lawak ke bodoh!!"

Perkataan dari Giko membuatkan Yukino makin ketawa besar.

Bagi Yukino, perkataan Giko sangat lucu sewaktu Giko mengatakan dirinya adalah yang terkuat.

"Kenapa dia ketawa? Dia ingat ni pertunjukkan sarkas ke apa?"

"Entahlah Kosuke, yang pasti hanya putera sahaja yang tahu apa yang dia fikirkan."

Kosuke hanya mengangkat bahunya. Entah kenapa dia berasa sangat suka dengan pertunjukkan kali ini.

Pertunjukkan apa? Pertunjukkan dari Yukino dan Giko. Baginya, bukan senang mahu melihat ada orang ketawakan Giko, biasanya Giko yang ketawakan orang.

Dalam diam2, Kyho dan Kosuke sangat berbangga kerana ada putera a.k.a bakal raja yang sangat berani seperti Yukino.

Sangat sesuai dengan Crystalia.

Akhirnya selama beberapa minit, Yukino mula meredakan ketawanya. Dia memandang ke arah Giko yang nampak sangat stress disebabkannya.

Giko berada agak jauh kerana masih geram dengan sikap Yukino.

"Dah puas kau gelak?!!!"

Kemarahan Giko malah membuatkan Yukino tersenyum sinis.

"Kau nak tahu sesuatu tak?" Soal Yukino dengan tenang.

Giko menaikkan kening sebelah kirinya tanda 'apa'.

"Kuasa kau ni...tak cukup kuat untuk aku."

Setelah Yukino berkata seperti itu, serta merta Yukino boleh bergerak seperti biasa.

Giko sangat terkejut dengan kekuatan Yukino. Malahan Kyho dan Kosuka terbuntang mata melihat kejadian tersebut.

Woah, memang terbukti Yukino sangat kuat.

"KAU--"

"Sekarang, mari kita bertarung secara adil."

Kyho dan Kosuke agak merinding apabila merasakan aura membunuh Yukino.

Giko dan Yukino mula berpandangan antara satu sama lain.

---

Liam terus terbangun dari tempat duduknya apabila mendengar kata2 dari general istana.

"Apa?! Lia hilang? Macam mana boleh hilang lagi?" Soal Liam dengan risau.

Rash dan Kyosuke terus menenangkan Liam yang tengah risaukan Crystalia. Siapa yang tidak risau kalau kawan baiknya tiba2 hilang.

Liam duduk dengan sedikit tenang selepas ditenangkan oleh Taruka.

"Aku yakin, Lia hilang mesti sebab Tashima yang tak berguna tu. Dia tu memang ego betul la! Terus terang Lia taknak, buat apa nak kejar bagai!" Marah Liam dengan geram.

Dengan pantas, dia mengarahkan pengawal2 istana untuk menyiapkan kereta kuda.

Liam betul2 akan 'ajar' Tashima erti kesakitan. Dia tidak akan terus berdiam diri kali ini.

"Liam, baik kau sabar. Mereka pun sedang cari Lia." Ujar Kyosuke.

Liam memandang Kyosuke dengan geram.

"Dengar Kyosuke. Dulu aku sudah berdiam diri, sekarang aku akan buat lelaki tak guna tu sedar tempat dia. Aku akan lawan dia. Dia betul2 sudah melampau. Aku yakin, dia telah buat sesuatu sampai Lia hilang!"

Perkataan Liam ada benarnya juga. Sekurang-kurangnya itu adalah jawapan Rash dan Kyosuke.

"Baiklah kalau begitu. Aku dan Kyosuke akan ikut kau. Aku takkan biarkan kau seorang diri yang pergi. Lagipun Lia adalah kawan kita juga. Sudah aku anggap sebagai adik." Jelas Rash dan disetujui oleh Kyosuke.

Liam tersenyum dan mengangguk. Taruka turut tersenyum melihat adik beradik itu. Taruka bangga kerana mereka bertiga saling memahami.

Lamunannya terganggu apabila Liam memanggilnya.

"Sayang."

Taruka memandang Liam dengan senyuman manisnya.

"Ya?"

"Tolong jaga semua orang dalam istana. Saya berharap sangat dengan awak. Boleh? Saya janji kami akan pergi sekejap je." Mohon Liam.

Taruka tersenyum manis dan memengang tangan Liam dengan lembut.

"Saya janji. Tapi kalau boleh, awak balik setelah semuanya selesai. Puteri Crystalia pasti perlukan awak bertiga juga nanti. Saya yakin awak bertiga akan berjaya nanti." Jelas Taruka dengan ikhlas.

Taruka langsung tidak cemburu apabila Liam sangat perhatian kepada Crystalia. Dia tahu Liam dan yang lain rapat dengan Crystalia sejak kecil lagi.

Lagipun, Crystalia pernah restui mereka dahulu.

Adik beradik itu tersenyum manis melihat ketulusan Taruka. Rash dan Kyosuke bersyukur kerana mendapat adik ipar yang sangat baik.

"Terima kasih sayang."

---

Situasi di dalam hutan larangan tersebut sangat tegang.

Sebab? Sebab Yukino masih lagi bersemangat berlawan dengan Giko.

Lain pula dengan Giko, sejak beberapa minit tadi, dia sangat letih. Dia letih kerana sudah seharian tidak makan manusia.

Dia bercadang ingin makan Yukino tadi, trtapi tidak sempat kerana Yukino terlebih dahulu melepaskan diri.

Dia betul2 tidak menyangka ada orang yang kuat sebegini.

"Kenapa kau nampak lemah? Nak mengalah ke?" Soal Yukino dengan senyuman sinis.

Giko mengeram rendah.

"Kau memang tak guna. Daripada kau lawan aku, baik kau selamatkan kekasih kesayangan kau tu."

Ujarnya sambil tersenyum sinis. Yukino turut tersenyum sinis.

"Aku memang nak selamatkan dia. Tetapi kau kena cakap dekat aku, macam mana nak bangunkan Rys!! Kalau tak aku akan bunuh kau!" Marah Yukino dengan kuat.

Giko mula ketawa sinis.

"Aku takkan bagitau walaupun kau akan bunuh aku. Yakin ke kalau ka--"

Tak sempat Giko bercakap, dirinya sudah ditikam oleh Yukino tepat pada jantungnya.

"Menyesal aku tak bunuh kau dari tadi." Ujar Yukino dengan sinis.

Giko ingin membalas percakapan Yukino, tetapi bukan suara yang keluar melainkan muntan darah.

Yukino tersenyum sinis melihat keadaan tragis Giko.

"Itu yang akan kau dapat, jika berurusan dengan aku." Ujar Yukino.

Dan saat itu juga, badan Giko mula menghilang secara perlahan-lahan.

Kyho dan Kosuke terus tersedar dari terkejutnya. Yela, dia terkejut kerana tidak menyangka Yukino boleb jadi kuat dan kejam seperti itu.

Hanya demi Crystalia.

"Habis tu kau nak buat apa? Nak bangunkan Crystalia macam mana?"

Yukino memandang Kyho dan Kosuke yang berada tepat dibelakangnya.

"Aku akan bawa dia pulang."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top