Berebut
Sebenarnya bukan sis sengaja x update A Legend of Guardian tu, tapi masa sis nk update, buku tu tak kluar, yg kluar hanyalah Bodyguard For Princes.
Siapa yg prnah jdi mcm ni, tahu la ape yg sis bebelkan ni. Untung readers crite ni.
---
Adam memengang tangan Crystalia dengan erat. Sekarang ini mereka berdua menyaksikan perlawanan antara para putera Kerajaan Dandelion.
Kalau para readers nak tahu apa yang dipertaruhkan oleh Adam, Adam telah pertaruhkan..
Flashback
Sedang semua berehat, tiba² sahaja Adam berkata..
"Siapa yang akan Kak Rys pilih untuk menari nanti?" soal Adam dengan senyuman.
Crystalia memandang Adam dengan senyuman. manakala para putera memandang Crystalia dengan teliti.
Tetapi Crystalia tidak menjawab. Kenapa dia tak jawab? Sebab dia seorang bodyguard.
Kenapa dia tak pilih sahaja daripada semua berebut? Sebab dia seorang bodyguard.
Kenapa dia tak cakap yang dia nak Yukino? Kam Yukino jodoh dia? SEBAB DIA SEORANG BODYGUARD.
Crystalia sedar dia bukan seorang puteri sekarang. Kalau dia seorang puteri, memang sekelip mata sahaja dia tunjuk ke arah Yukino.
"Sudah tentulah abang." ujar Yukino dengan wajah bangganya.
Crystalia tersenyum kecil. Putera yang lain memandang datar ke arah Yukino.
"Amboi kau, Rys akan menari dengan aku. Aku paling kacak di antara korang semua." puji dirinya sendiri.
Siapa lagi kalau bukan Kazuto.
Semua buat muka meluat kecuali Crystalia. Takkan dia nak tunjuk, dia hanya meluat dalam hati sahajalah.
"Kau jangan nak perasan sangat. Orang yang akan Rys pilih adalah aku, sebab aku adalah yang paling tinggi antara korang semua." ujar Shou dengan berlagak.
Krik..krik..
Semua terdiam. Mereka semua memandang ketinggian Shou.
'Bukan kah dia yang kedua terendah setelah Adam?' soal hati Crystalia dengan pelik.
Akhirnya mereka semua berlawan cakap, disebabkan Adam tidak tahan dengan situasi tersebut, terus Adam memukul meja.
PUK!!
Terdiam para putera manakala Crystalia tersentak kerana terkejut.
'Kuss semangat. Mujur tak sakit jantung.' desis hati Crystalia.
"Disebabkan ramai yang berebut hal ini, jadi Adam telah buat keputusan yang abang² sekalian kena bertanding siapa yang lagi kuat dan layak untuk menari dengan Kak Rys." jelas Adam.
Crystalia melompong memandang Adam. Dia sempat berfikir dua kali umur Adam sekarang.
Bukan apa, Adam layaknya seperti orang dewasa apabila berada di sisi abang²nya. Walaupun kenyataannya, Adam hanya akan matang apabila Crystalia dekat dengannya.
Dia nak Crystalia lihat dia sebagai lelaki bukan seorang budak. Dia lakukan sebegini agar Crystalia akan menjadi kakak iparnya. Dia nak Crystalia tahu yang dirinya bersungguh-sungguh tentang 'kakak ipar'.
Dan setelah itu, para putera mengangguk setuju dengan pendapat Adam a.k.a adik lelakinya.
Flashback End
"Adam yakin ke yang Yukino akan menang?" soal Crystalia dengan risau.
Adam tersenyum dan mengangguk.
"Sudah tentulah. Kenapa?" soalnya.
"Akak bukan apa, tapi Izay dan Kazuto nampak kuat juga. Akak takut Yu--"
"Kak Rys..Abang Yukino sangat handal bermain pedang. Percayakan Adam." pintas Adam dengan laju.
Crystalia mengeluh berat dan mengangguk faham. Dia betul² berharap Yukino takkan luka. Biarlah kalah atau menang. Asalkan jangan cedera. Dia tak nak orang tersayangnya ada luka sana sini.
---
Tazuko terpandang Tashima yang sedang meneliti tuxedonya.
"Ada yang tak kena ke dengan tuxedo kau tu?" soal Tazuko dengan pelik.
Yelakan, dari tadi lagi Tazuko tengok Tashima meneliti. Bukan meneliti biasa, tapi sangat teliti.
"Aku bukan apa, aku hanya nak terlihat sempurna di mata Lia. Aku nak jadi satu-satunya putera yang dia kagumi. Lagipun aku kan bakal suami dia." terang Tashima dengan panjang.
Tazuko mengangguk faham.
"Tapi kan..kau rasa apa warna yang akan dipakai oleh Lia nanti? Biru? Hitam? Purple? Merah?" soal Tashima dengan pelik.
Tashima memutarkan matanya dengan malas.
"Entah la..aku tak pasti. Merah kot? Tak pun kelabu? Hey, aku bukan bodyguard dia ke apa, jangan la tanya aku, aku mana tahu apa²." ujar Tazuko dengan sedikit geram.
Dia tak sangka Tashima betul² cerewet dalam hal ini. Kalau dirinya sendiri, dia tidak kisah warna apa pun, asalkan baju tu okay dengan majlis sudah.
Lagipun dia tak la meneliti sangat macam Tashima. Membuang masa sahaja.
"Aku tanya je pun. Kalau kau malas beri kerjasama, kau keluar dari bilik peribadi aku sekarang." halau Tashima tanpa berhati perut.
Terlompong Tazuko dibuatnya.
"Kau ni kan..Selalu halau aku." sungut Tazuko.
Nak tak nak dia terpaksa keluar dari bilik Tashima apabila nampak Tashima mula menunjukkan pisau di tangannya.
Uishh! Sedap kalau kena tu! Boleh makan guna straw setahun.
---
"Arghhhh!! Jangan la main muka! Kalau cacat, kau nak ganti?" soal Ryouta dengan geram.
Tubuh Crystalia membeku apabila mendengar Ryouta bercakap semarah itu. Nampak sangat cool.
Selama ni, hanya nampak sifat malu je. Dia betul² tidak sangka Ryouta si Pemalu sangat cool bila bertarung.
"Ada aku kesah?" soal Izay dengan senyuman sinis.
"Hiyarhhh!! Rys akan menari dengan aku!!" jerit Kazuto dengan kuat.
"Tak akan bongok!!" balas Yukino dengan tak kalah kuatnya.
Mereka saling bergaduh. Ada yang cedera, ada yang lelah dan ada yang masih bertarung.
Yang masih bertarung adalah Yukino dan Izay. Mereka berdua masih berlawan sehingga sekarang. Tiada tanda mereka akan berhenti.
Crystalia mulai risau. Risau apa? Risau keadaan Yukino. Jodoh la katakan..
"Adam. Hentikan mereka sekarang. Akak rasa mereka takkan berhenti kalau tak ada yang mengalah." ujar Crystalia dengan tegas.
Adam mengangguk.
"Abang Yukino! Abang Izay! Berhenti! Perlawanan tamat!" jerit Adam dengan kuat.
Yukino dan Izay serta merta berhenti dan berlari ke arah Crystalia dan juga Adam.
"Jadi siapa yang menang?" soal Izay dengan cepat.
Tak sabar la tu.
Adam dan Crystalia saling berpandangan dam mengangguk.
"Abang Yukino dan Abang Izay boleh nenari dengan Kak Rys. Sebab korang seri." jelas Adam dengan gembira.
Tapi tidak dengan Yukino dan Izay.
"Habis tu siapa yang akan menari dulu dengan Rys nanti?" soal Yukino dengan penuh harapan Crystalia memilihnya.
Crystalia tersenyum.
"Saya pilih Putera Yukino dulu, lepas tu Putera Izay." jawab Crystalia dengan lembut.
Yukino dan Izay tersenyum. Yukino tersenyum kerana Crystalia memilihnya dahulu manakala Izay hanya tersenyum pasrah.
"Yang kedua pun boleh, asalkan menari dengan Rys." jawab Izay.
Dan itu berjaya membuatkan mereka ketawa kecil kerana mendengar kata² Izay.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top