Berbincang

Raja dan Permaisuri Sunflower bergegas menuju ke arah bilik Crystalia setelah diberitahu oleh Yukino sebentar tadi.

Mengalir air mata Permaisuri melihat keadaan puteri tunggalnya di depan wajahnya sendiri.
Raja memeluk erat tubuh Permaisuri, dia turut bersedih melihat satu-satunya anak kesayangannya tidak sedarkan diri.

Di sisi Crystalia, terdapat para putera dari Kerajaan Dandelion dan para putera Kerajaan Daisy.

"Macam mana kita nak buat Rys sedar semula?" Soal Kazuto kepada yang lain.

Sayangnya, semua menggeleng kerana tidak tahu apa penawar yang boleh menyedarkan Crystalia.

Yukino mula meminta diri untuk keluar sebentar. Sepanjang dia berjalan, dia ternampak Tashima dan Tazuko berada di ruang besar istana.

Nampaknya mereka tidak tahu kalau Crystalia sudah dijumpai.

"Yukino?"

Tazuko adalah orang yang mula perasan kehadirannya. Tashima memandang Yukino dengan pandangan sinis.

"Mana Lia? Berjaya bawa pulang? Aku ingatkan kau sudah mati kena makan dengan mereka." Perli Tashima dengan ketawa kecil.

Yukino turut memandang Tashima dengan sinis.

"Kau tahu tak? Kalau aku tak ikut mereka, pasti aku takkan jumpa Rys. Aku lebih percayakan mereka dari kau." Jujur Yukino dengan tegas.

Tashima memandang geram ke arah Yukino, dia mula berdiri dari duduknya. Tashima hampir tidak percaya cakap Yukino.

Dia tidak menyangka Yukino yang menjumpai Crystalia dulu, dia bimbang kalau Raja dan Permaisuri akan sukakan Yukino dan ingin menjadikan Yukino sebagai menantu mereka.

Dia takkan benarkan semua itu terjadi.

Dengan tergesa-gesa, Tashima mula melangkah kakinya ke bilik Crystalia tetapi dihalang oleh Yukino.

"Kau nak pergi pula?"

"Aku? Sudah tentulah aku nak jumpa dengan bakal isteri aku." Ujar Tashima dengan sinis sambil menekankan perkataan 'bakal isteri'.

Yukino mula ketawa sinis.

"Apa kau kata? Bakal isteri? Hey, kau sedar tak Tashima? Dua kali Rys larikan diri sebab tidak mahu kahwin dengan kau. Dua kali! Kau tak sedar ke buat2 tak sedar?" Perli Yukino dengan geram + sinis.

Tashima memandang tajam ke arah Yukino dan menggempal tangannya dengan marah.

"KAU SENYAP LAH!!"

Jeritan kuat dari Tashima yang bergema di dalam istana membuatkan semua keluar dari bilik Crystalia.

"Kenapa menjerit ni Tashima?!" Soal Raja dengan tegas.

Tashima ingin berkata tetapi tidak sempat kerana Yukino berkata terlebih dahulu.

"Entah dia tu, tiba2 sahaja menjerit tak tentu pasal." Ejek Yukino dengan selamba.

Tazuko hampir menyembur tawanya kerana Yukino memalukan Tashima. Mujur dia tak ketawa mengingatkan situasi sekarang tengah tegang.

"Maaf tuanku. Tapi dia mempertikaikan bahawa saya adalah bakal suami kepada Lia! Saya tak suka!" Marah Tashima sambil menunjukkan ke arah Yukino.

Liam memandang tajam ke arah Tashima yang nampak kurang ajar sedikit.

"Hey! Untuk pengetahuan kau, kau je yang rasa macam tu. Lia mana mungkin nak kahwin dengan orang macam kau, suka pentingkan diri sendiri je." Balas Liam dengan kasar.

"KAU--"

"DIAM!"

Teriakan Raja membuatkan semua terdiam. Pertama kali mereka nampak Raja Sunflower betul2 dalam keadaan marah.

Sangat menyeramkan.

Sampaikan Tashima tercuit sedikit.

"Tashima, beta nak bercakap dengan kamu sekarang di bilik peribadi beta,yang lain tolong jaga anakanda beta." Arah Raja dan diangguk oleh yang lain.

Tashima memandang tajam ke arah Liam dan Yukino sebelum mengikuti langkah Raja Sunflower.

Setelah Tashima dan Raja menghilangkan diri. Permaisuri dan yang lain menuju ke arah bilik Crystalia kembali meninggalkan Yukino dan Tazuko.

Itupun kerana Yukino yang menyuruh Tazuko menunggu.

"Kau tahu tak apa penawar untuk sedarkan Rys semula?" Soal Yukino setelah beberapa minit terdiam.

Tazuko mula berfikir keras. Tazuko yakin dia ada membaca satu buku lama di Kerajaan Rose dulu.

"Er..tak silap aku, ada satu bunga yang boleh sembuhkan Lia." Jawab Tazuko dengan yakin.

Berbinar mata Yukino mendengarnya.

"Bunga apa?"

"Bunga Lily." Jawapan Tazuko membuatkan dahi Yukino berkerut seribu.

"Bunga Lily? Maksud kau, aku kena pergi Kerajaan Lily ke apa?" Soal Yukino dengan tidak yakin.

Dia tidak suka pergi ke Kerajaan Lily. Ingat Puteri yang pengsan tu? Tu la Puteri Bongsu Kerajaan Lily.

Trauma Yukino sekejap apabila mendengar Kerajaan Lily. Dia kurang rapat dengan Kerajaan Lily.

"Tak perlu pun kalau di sini ada bunga Lily. Tapi aku takut tak ada bunga Lily yang aku maksudkan." Jelas Tazuko dengan sedih.

Yukino menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Jenis yang macam mana?"

"Kau kena cari bunga Lily yang bercahaya terang. Dan itu hanya ada satu sahaja. Kau nak tahu ke bunga tu ada dekat mana?" Soal Tazuko dengan berhati-hati.

Yukino mengangguk dengan teragak-agak.

"Ada dalam istana Kerajaan Lily."

Jawapan Tazuko membuatkan Yukino hampir pengsan.

"Apa?!"

"Ya. Nak tak nak, memang kau kena minta dengan Permaisuri Kerajaan Lily. Aku rasa Permaisuri yang pegang Lily tu." Ujar Tazuko.

Yukino mengangguk faham dan mula memikirkan cara untuk tidak pergi ke sana.

Tapi kalau dia tak pergi, Crystalia takkan sedar. Memikirkan itu membuatkan otak Yukino pening.

---

Raja Sunflower memandang Tashima yang hanya diam di hadapannya.

"Kamu betul2 cinta Crystalia ke?" Soal Raja dengan tegas.

"Ya. Saya jatuh cinta dengan Lia sepenuh hati saya. Sejak dari dulu lagi, tuanku." Jujur Tashima dengan tak kalah tegasnya.

Raja mengangguk faham dan mengeluh berat.

"Macam mana kalau--"

Tashima memandang Raja dengan tanda tanya.

"--Crystalia tak cintakan kamu? Macam mana kalau dia sudah cintakan orang lain?" Soal Raja dengan selamba.

Tashima mengetap bibirnya dengan geram.

"Saya akan buat Lia jatuh cinta dengan saya walaupun terpaksa." Ujar Tashima dengan geram.

Raja menggeleng kepalanya dengan kata2 Tashima.

"Tashima, kamu tahu kan? Cinta tak boleh dipaksa. Kalau kamu memaksa Crystalia, dia takkan bahagia. Kenapa kamu tidak mengalah saja? Biarkan Crystalia mencari kebahagiaannya sendiri." Ujar Raja Sunflower dengan serius.

Dia menjadi lebih berani sejak kebelakangan ini, dia tidak tahu kenapa dirinya menjadi lebih berani melawan Tashima. Dia sedar bahawa dia berhadapan dengan seorang Raja juga.

Semangat dalam diri menguasai Raja Sunflower daripada ketakutan.

Tangan Tashima menggempal kuat. Dia tak menyangka Raja Sunflower sudah berani.

"Kita lihat sahaja tuanku." Ujar Tashima dengan nada yang menyeramkan.

Raja Sunflower masih memandang Tashima dengan wajah serius.

Hatinya mula gelisah. Dia tidak mahu perkara buruk terjadi pada Crystalia.

---

"Kau gila?!!"

Yukino tersenyum kaku melihat wajah Liam yang merah menahan marah.

Mujur mereka berdua berada di taman istana, jadi mereka tidak akan mengganggu semua orang.

Kalau readers nak tahu kenapa Liam menjerit, itu kerana Yukino yang tetiba datang ke arahnya dan meminta dirinya untuk teman pergi ke Kerajaan Lily.

Tempat yang Liam hindari sedari dulu lagi.

"Tolong la Liam. Aku tak selesa la pergi seorang diri." Mohon Yukino.

Liam mengusap wajahnya dengan kasar.

"Aduh kau ni! Dalam kolam tu ada bunga Lily, buat apa nak pergi jauh2?" Soal Liam sambil menunjukkan bunga Lily yang terapung di dalam kolam ikan koi.

Yukino memandang datar ke arah Liam.

"Masalahnya Tazuko cakap, penawar Rys adalah bunga Lily yang bercahaya terang dan ianya ada dengan Permaisuri Kerajaan Lily. Tolonglah, ini untuk kebaikan Rys juga."

Nampaknya Yukino masih tidak mengalah untuk memujuk Liam. Bagi Yukino, hanya Liam yang mampu membantunya.

Liam mula mengeluh berat. Dia geram kerana Yukino menyebut nama 'Crystalia'.

'Macam tahu je yang Lia kelemahan aku.' Bisik hati Liam.

"Baiklah."

Jawapan dari Liam membuatkan Yukino sangat gembira.

"Tapi kau kena tolong aku lepas dari perempuan tu." Ujar Liam dan disetujui oleh Yukino.

Ianya akan menjadi perjalanan yang panjang esok.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top