Berangkat ke Kerajaan Sunflower
Hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Raja dan Permaisuri Kerajaan telahpun tiba.
Apa lagi kalau bukan majlis hari jadi puteri tunggal Kerajaan Sunflower. Puteri yang ditunggu-tunggu oleh semua putera yang ada. Tetapi sayangnya, pihak istana tidak tahu mengenai kehilangan Puteri tersebut.
Yang mengetahuinya hanyalah penduduk kampung sahaja. Jika ada readers yang pelik macam mana Putera Ryouta boleh tahu tentang kehilangan Puteri itu, jawapannya ialah Ryouta terdengar seorang penduduk bercakap mengenai perkara tersebut.
Okay.Cukup tentang itu.
Sekarang ini, sudah banyak kerajaan yang hadir di istana Sunflower. Majlis bermula malam ini tetapi kebanyakannya datang pada waktu petang.
Ada yang menenangkan fikirannya di taman bunga Sunflower, ada yang menikmati keindahan dan ada juga yang berbual mesra dengan sesama kerajaan.
"KEDATANGAN TETAMU DIRAJA DARI KERAJAAN DAISY."
Semua yang ada di sana menyambut meriah Raja dan Permaisuri di kerajaan tersebut. Di belakang mereka, terdapat para putera dan seorang lelaki yang comel.
Dan yang paling menarik perhatian mereka, Liam memeluk erat pinggang lelaki tersebut.
Readers pasti tahu kan? Namanya adalah Taru.
Seorang puteri dari Kerajaan Lily menjerit gembira apabila ternampak Liam. Puteri tersebut berlari sambil memanggil Laim dan ingin memeluknya.
"Sayangku Liam!!" jerit puteri itu dengan penuh gedik.
Sampaikan beberapa puteri yang gengter dan bersifat bad girl mencebik jijik memandang puteri gedik tersebut. Anggap jela puteri bad girl tu readers.
Mereka tahu yang puteri itu sangat sukakan Liam, cuma Liam sahaja yang tidak melayan kerenah manja + gedik + mekap tebal + bodoh.
Liam dan Taru memandang ke arah puteri Kerajaan Lily yang sedang berlari. Belum sempat puteri itu memeluk Liam, Liam sudah mengelak.
Habis macam mana dengan puteri tu? Puteri itu sudah jatuh ke lantai emas milik Kerajaan Sunflower.
Hampir tergelak Rash dan Kyosuke di situ. Bukan apa, puteri tu jatuh macam nangka busuk.
Taru memandang simpati ke arah puteri itu. Yelakan, sudah tentulah dia kasihan sebab puteri itu perempuan, maruahnya pasti akan tercalar depan orang ramai.
Raja dan Permaisuri Kerajaan Lily? Mereka sudah menutup muka kerana malu dengan sikap anak bongsunya. Abang² puteri itu ketawa besar melihat keadaan adiknya. Well, dia sayang puteri itu tetapi sikap gediknya membuatkan abangnya cepat meluat dan ingin lempar ke dalam sungai.
Orang tak suka tu, jangan la kejar lagi. Memalukan.
Puteri itu bangun sambil memandang tajam ke arah Liam. Dia memuncungkan mulutnya, yang bererti merajuk.
"Kenapa tak sambut?! Tak rindu sayang ke?" soal Puteri itu.
Liam memutar matanya dengan malas.
"Berhenti berharap budak mentah. Aku sudah ada tunang." ujar Liam dengan tenang.
Terkejut puteri itu mendengarnya.
"Tunang? Heh! Saya rasa tunang awak tak secantik saya. Kalau awak tak ambil saya, awak akan menyesal seumur hidup." ujar Puteri itu sambil flip hair.
Liam membuat muka muat. Seterusnya, Liam tersenyum sinis dan mengarahkan Taru ke hadapan puteri itu.
Puteri itu memandang Taru. Senyuman Taru membuatkan dia cemburu kerana senyuman Taru sangat manis.
"Siapa dia? Bodyguard ke?" soal Puteri itu dengan penuh jelingan.
"Heh..bodyguard? Dia bukan bodyguard..."
Puteri itu memandang Liam untuk melanjutkan kata²nya.
"...Dia adalah tunang aku."
Terbuntang mata Puteri tersebut.
"Le-lelaki ni tu-tunang a-a-wak? J-jadi awak su-suka se-se-sesama sej-sejenis?"
Anggukan Liam membuatkan Puteri tersebut terkaku beberapa minit.
Liam memandang pelik ke arah puteri itu. Dia tidak tahu ke mana otak puteri itu pergi waktu itu.
Sungguh tidak disangka Liam, puteri itu terus jatuh pengsan. Pengawal² istana yang lalu di situ mulai mengangkat tubuh kurus macam cicak milik Puteri itu dan membawanya ke bilik tetamu.
Doakan Puteri itu tidak sedarkan diri untuk selamanya.
---
Di Kerajaan Dandelion, mereka masih lagi tidak berangkat. Raja dan Permaisuri baru sahaja berangkat pergi ke Kerajaan Sunflower, hanya para putera dan Crystalia sahaja yang belum berangkat.
Bukan kerana belum siap, semua sudah siap, semua sudah kacak. Akan tetapi, mereka sedang memujuk Crystalia untuk keluar dari biliknya.
Dari tadi Crystalia tidak mahu keluar dari biliknya, entah apa alasannya.
"Rys..tolong la keluar, kita sudah nak berangkat ni." pujuk Shou setelah pujukan Ryouta tidak berjaya.
Di dalam bilik, Crystalia menarik topengnya yang dipakai olehnya tadi. Dia memandang topeng tersebut dengan gelisah.
"Kalau aku pakai, mereka akan perasan yang aku adalah Puteri." gumamnya dengan perlahan.
Dia mendengar pujukan rayu dari hampir seluruh putera tadi. Hatinya kasihan juga, dia memandang jam dan menunjukkan pukul 5.20 petang. Masa yang tepat untuk berangkat.
Cepat² Crystalia keluar dari biliknya dan memandang para putera yang ada di hadapan biliknya.
Crystalia tersenyum kaku apabila semua putera memandangnya dari atas ke bawah kecuali Adam.
Adam hanya tersenyum memandang Crystalia yang sangat cantik memakai gaun.
"Kak Rys sudah seperti puteri raja! Sangat cantik!" puji Adam dengan senyuman.
Merah muka Crystalia dipuji oleh Adam.
"Kenapa awak tak pakai topeng?" soal Kazuto dengan pelik.
Crystalia ketawa kecil berlagak seperti tiada apa², walaupun hatinya tengah berdebar sekarang.
"Saya tak selesa..Nanti bila sampai, saya pakai." ujar Crystalia dengan senyuman.
Dia bernafas lega apabila Kazuto mengangguk.
"Jom kita berangkat." ujar Yukino lantas memengang tangan Crystalia. Crystalia pula menarik Adam untuk mengikuti langkahnya dan Yukino.
Dan itu berjaya membuatkan putera yang lain sedikit cemburu. Apabila dilihat dari belakang, Yukino dan Crystalia seperti suami isteri yang sudah memiliki anak lelaki.
Dengan tidak membuang masa, para putera mengikuti langkah Yukino, Crystalia dan Adam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top