Ahli Sihir Jahat
Kyho dan Kosuke tersenyum kecil memandang Crystalia yang sedang bermain dengan Momo. Ala maklum la, bosan.
Mereka berdua sudah mengetahui tentang masalah Crystalia. Hampir sahaja Kosuke ingin mengamuk dan ingin membunuh Tashima kerana perlakukan Crystalia sesuka hatinya.
Dan setelah itu jugalah, Kyho dan Kosuke memaksa Crystalia untuk tinggal di sini, di dalam hutan yang serba indah ini.
Tapi beberapa minit setelah itu, mereka berdua menghidu sesuatu.
Aura jahat.
Kyho dan Kosuke saling berpandangan.
"Kau sembunyikan tuan puteri cepat!" arah Kyho dengan panik.
Dengan pantas, Kosuke mengikuti arahan Kyho dan menarik Crystalia ke dalam pokok yang agak tersembunyi.
Crystalia terkejut dengan tindakan Kosuke yang tetiba mengacaunya.
"Kosuke! Lepaslah! Apa main tarik² ni!" marah Crystalia dengan geram.
Yelakan, dia sedang bermain, Kosuke pulak yang mengganggunya. Kesian Momo bermain seekor diri.
Kosuke hanya diam. Dalam fikiran Kosuke hanyalah untuk menyembunyi Crystalia.
Sesudah sampai di tempat persembunyian tersebut, Crystalia terus memprotes.
"Yah!! Ke--"
"Kalau kau nak selamat, baik diam." ujar Kosuke dengan datar + serius.
Terus Crystalia membungkam. Dia agak terkejut dengan keseriusan Kosuke. Mana taknya, selalunya Kosuke asyik memerlinya je.
Dari jauh, Crystalia nampak Kyho seperti berjaga-jaga. Berkerut dahinya apabila ternampak seorang ahli sihir yang memakai baju hitam bercorak tengkorak.
Menakutkan.
Walaupun agak jauh, tetapi Crystalia masih dapat mendengar pencakapan Kyho dan ahli sihir asing itu.
"Kau buat apa datang sini Giko?" soal Kyho dengan pelik.
Ya, ahli sihir asing itu bernama Giko.
"Aku ada bau manusia di sini. Mana dia sekarang?"
"Mana ada manusia di sini." dalih Kyho dengan pantas.
Giko menghalakan tongkat saktinya kepada Kyho tanda marah.
"Kau jangan nak tipu aku Kyho!! Aku ada bau manusia di sini tadi! Jangan mentang² aku baru keluar dari penjara, kau nak tipu aku! Aku tak bodoh!" marah Giko dengan geram.
Mata Giko sudah menjadi merah kerana terlalu marah.
"Aku tak tipu kau Giko! Kau kenal aku kan? Aku tak mungkin tipu kau." ujar Kyho dengan tenang.
Terus Giko terdiam. Memang dia kenal Kyho sejak dari kecil. Jadi, tak mungkin Kyho sanggup menipunya.
"Mana Kosuke? Kalau dia datang sini baru aku percaya kalau tiada manusia dekat kawasan kau!"
Kyho mengeluh dan berpaling ke arah tempat persembunyian Kosuke dan Crystalia.
"Kosuke! Datang sini! Sampai bila lagi kau nak tidur!" jerit Kyho dengan kuat.
Crystalia memandang Kosuke dengan risau.
"Kosuke..?"
"Jangan risau. Aku boleh uruskan dia."
Kosuke mula berlakon seperti baru tidur dan berjalan hampir huyung hayang. Buat² mamai la katakan.
Crystalia pula memandang datar ke arah Kosuke.
"Hebat lakonan kau Kosuke." gumam Crystalia.
Kosuke mula menguap besar. Entah kenapa, lakonan dia mula membuat dia ingin tertidur.
"Apesal kau panggil aku-- Oh? Kau Giko. Haa, nak apa?" soal Kosuke dengan mamai.
Giko menurunkan tongkatnya dan mendengus geram.
"Baiklah. Kali ni aku percayakan kau Kyho! Aku pergi dulu!"
Giko mula meninggalkan Kyho dan Kosuke. Apabila sudah tiada bayangan Giko, mereka menghembus nafas lega.
Crystalia mula keluar dari tempat persembunyiannya dan berlari ke arah Kyho dan Kosuke.
"Siapa dia sebenarnya?" soalnya dengan pelik.
"Dia adalah ahli sihir jahat. Kami kenal dia sejak kecil lagi. Elakkan berjumpa dengannya kalau tuan puteri nak selamat."
Ucapan Kyho membuatkan Crystalia bergedik ngeri.
Dia bersumpah, dia tidak mahu berjalan jauh² dari kawasan Kyho dan Kosuke.
Crystalia memandang pelik ke arah Kosuke yang sedang meninggalkannya dengan Kyho.
"Kosuke? Nak pergi mana?" soal Crystalia dengan sedikit kalut.
"Tidur."
Crytalia memandang datar ke arah Kosuke buat kali kedua manakala Kyho menepuk dahinya.
---
Di Kerajaan Dandelion..
Terlihat di sebuah pasar, semua prang sedang menunduk hormat kepada Yukino yang menuju ke arah penjual roti.
Mak cik yang menjual roti tersebut menyambut Yukino dengan gembira.
"Putera Yukio mahu roti apa?" soal Makcik tersebut.
"Bagi saya roti kegemaran Putera Adam."
Makcik itu mengangguk dan mula membungkus roti tersebut dengan bangga kerana putera terkacak datang ke kedainya.
Sekumpulan remaja lelaki yang melintas di belakang Yukino membuatkan Yukino terpana.
Bukan sebab remaja lelaki itu 'tinggi' daripadanya, tetapi disebabkan perbualan mereka.
"Kau ada dengar satu berita tak?"
"Berita apa pula? Tergempar sangat ke?"
"Dah tentulah! Berita ni baru je sampai di telinga aku!"
"Cakap la berita apa.."
"Berita kehilangan Puteri Crystalia."
"Hah?! Puteri Tercantik larikan diri lagi? Biar betul kau ni?"
"Betul la. Takkan aku nak tipu kau pulak. Baru je tau. Aku pun terkejut."
Yukino mula termenung panjang memikirkan Crystalia.
'Ke mana Rys pergi? Macam mana keadaan Rys sekarang?'
Lamunan Yukino mula terhenti apabila Makcik tersebut memanggilnya.
"Tuan putera?"
"Ha? Oh, ni duitnya. Terima kasih." Setelah itu, Yukino langsung pergi bersama dengan pengawal istana.
---
Dengan tergesa-gesa Yukino memberikan roti kepada Adam.
Adam pelik memandang Yukino yang nampak panik. Begitu juga dengan adik beradiknya yang lain berserta dengan Raja dan Permaisuri.
Untuk pengetahuan readers, Adam sudah okay dengan semua orang. Cuma, dia masih berkeras ingin Crystalia menjadi kakak iparnya.
"Kenapa dengan kau Yukino? Ada masalah ke?" soal Izay apabila Yukino mula mengarahkan pengawal² istana untuk menyiapkan kereta kuda.
"Rys. Rys larikan diri lagi." ujar Yukino dengan panik.
Semua terkejut terutamanya Adam. Sampai roti yang dipegangnya terlepas dari tangan.
"Hah?! Kak Rys larikan diri lagi?!" jerit Adam dengan panik.
"Adam. Bertenang Adam. Kita kena berbincang baik²." ujar Kazuto.
Adam memandang semua yang ada di situ dan mendengus geram. Serta merta dia memeluk erat kaki Yukino.
"Abang! Tolong cari Kak Rys. Bawa Kak Rys pulang dekat sini! Adam yakin Kak Rys tidak mahu berkahwin dengan putera jahat tu! Percayakan Adam!" paksa Adam dengan kuat.
Yukino mengangguk mendengar perkataan Adam.
Bukan Yukino seorang. Semua yang ada di situ juga bersetuju dengan Adam. Yelakan, kalau Crystalia setuju nak berkahwin dengan Tashima, sudah tentu Crystalia tidak larikan diri macam dulu.
Nampaknya Yukino kena mengambil Crystalia pulang ke sini semula.
"Baik Adam. Abang akan bawa Rys pulang."
---
Di Kerajaan Daisy...
Semua masih ingat kan kerajaan ni? Takkan dah lupa kot.
Liam dengan gembiranya mengetuk pintu bilik kekasihnya tetapi malangnya kekasihnya tidak menyahut.
Dan itu membuatkan Liam terus memasuki bilik tersebut. Dan agak pelik kerana kekasih tiada dalam bilik.
"Hm? Ke mana dia ni?" soal Liam.
Beberapa saat itu, Liam terdengar suara orang menyanyi dalam bilik air. Dan Liam tahu bahawa kekasihnya sedang mandi.
Tetapi Liam agak pelik kerana suara kekasihnya agak lembut.
Macam perempuan pun ada.
Liam mula melihat sekeliling bilik kekasihnya. Bilik kekasihnya sangat hangat membuatkan Liam selesa di sini.
Langkah Liam terhenti apabila matanya melihat satu gambar keluarga.
Liam tahu yang gambar tersebut adalah ibu bapa kekasihnya tetapi dahinya berkerut melihat gambar seorang perempuan di dalam gambar tersebut.
"Siapa perempuan ni? Kenapa wajahnya sama macam kesayangan aku?" gumam Liam dengan pelik.
Namun, lamunan Liam terhenti apabila bunyi pintu bilik air terbuka, Liam memandang ke belakang. Betapa terkejutnya dia apabila--
Okay.. Sampai di sini dulu..Sebab sis nak hantar kakak ke hospital. Dan maafkan sis, sepatutnya semalam sudah update chapter ni, tapi dompet sis hilang. Baru pagi tadi jumpa.
By the way, sis nak jujur..sis dapat idea ni dalam toilet. Sekian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top