Day

(Unseen Chapter)

Namjoon melangkah keluar dari bangunan Kim's company milik keluarganya. Hari sudah lewat malam, tinggal dia dan pengawal bertugas sahaja yang masih berada di kawasan pejabat tersebut.

Semasa dia berjalan menapak ke tempat letak kereta, tanpa sedar dari jauh ada sebuah kenderaan yang menghala laju menuju ke arahnya. Belum apa-apa lagi, tubuhnya ditarik kasar oleh seseorang.

Mereka berdua jatuh ke tepi sebelum sempat kereta tadi merempuhnya. Nafas Namjoon tercungap-cungap, terkejut akan kejadian pantas yang berlaku. Pemandu kurang siuman itu terus hilang dari radar.

"Tuan tak apa-apa?"

Namjoon menggeleng kepalanya. "Saya tak apa-apa. Terima kasih sebab selamatkan saya tadi."

Pengawal tersebut membantunya untuk berdiri. "Tuan hati-hati tau lepas ni. Kalau takde masalah, saya sambung kerja dulu."

"Tunggu." arah Namjoon.

"Ya tuan?"

"Ramyeon meonggulae?"

Selesai mengisi perut, Namjoon terus membayar harga ramyeon yang dipesan untuk pengawal kerjanya tadi.

"Terima kasih tuan. Hati-hati balik rumah!" ucapnya sambil melambai tangan ke arah Namjoon yang sudah berjalan ke hadapan.


•••

Hari cuti, awal pagi lagi Namjoon dan Yoongi keluar berjogging. Setelah setengah jam berlari, mereka mengambil tempat di bangku kosong yang tersedia.

Yoongi menarik nafas dalam sebelum menghembusnya keluar begitu juga dengan Namjoon.

"Aku dahaga lah."

"Kau nak air?" soal Namjoon.

"Kau rajin? Pergilah beli kat kedai seberang jalan tu. Aku malas nak bergerak." Yoongi menyandarkan tubuhnya dengan relax.

Namjoon menepuk peha Yoongi sekilas sebelum bergerak ke kedai Yoongi sebutkan tadi. Saat dia ingin ke seberang, sebuah motorsikal laju menuju ke arahnya. Kakinya bagai dipaku, tidak mampu bergerak.

Buk! Tubuhnya jatuh ditolak kuat dari terus berdiri di situ. Namjoon mulai tersedar.

Matanya memandang gerangan siapakah yang menolaknya. Ianya Yoongi.

"Kau memang nak mati ke?" soal Yoongi dengan raut wajah yang risau.

•••

The End.

Happy birthday uri leader💜!

×××


Short story pertama Namjoon ^^ ♡

Penerangan ringkas bagi storyline merepek ini,

First, tajuknya Black Birthday.

Warna hitam ni merujuk kepada the whole storyline. Korg pun boleh imagine kan warna hitam ni melambangkan macam mystery", kelam, warna yg tak happy, gituu dan blablablabla info lanjut di google.

Birthday pula, ha yelah hari jadi/lahir someone. Tajuk full tu shae terfikir kelmarin and kebetulan pula tu fav colour Namjoon.

Watak Namjoon ada special sikit. Deria keenam lah macam tu pastu boleh tau apa punca kematian seseorang tu hiks lah memandai je aku tapi tak kisah lah ff ni pun rekaan so nyahhh.

Dan muncul lah seketul 'jasad tergantung' bak kata namjoon iaitu gadis bernama Youra.

Di sini, Namjoon takleh terima kenyataan yg member dia semua dah takde kat dunia tu kecuali Yoongi.

Pendek cerita, sedikit throwback masa birthday Namjoon yg ke-24,kira 3 tahun setengah laa dia sedih atas kehilangan diaorang semua. Accident kereta ya masa tu nak celebrate birthday dia. Yoongi, Namjoon selamat.

Hiks taknak aku buat scene tu TT.

Macam yg korg baca kat chap ni, 'unseen chapter' ceh ada scene tersembunyi konon nya lah.

Chap B ngan L, tu semua halusinasi Namjoon tentang di mana Youra selamatkan dia and makan 'ramyeon' tu.

Sama gak kat chap A tu, dia nampak Youra kan?

Bukan weh, tu Yoongi :/

Dua kali Namjoon hampir kena langgar and dua kali tu juga guard dengan Yoongi selamatkan dia. Perasan, kan? Hohoh

Lastly, Namjoon dah tak tahan lagi. Dah Youra jemput" dia and memandangkan rooftop tu sunyi, takde siapa nak selamatkan dia dan jalan terakhirnya mati lah.

So, begitulah ceritanya. Black Birthday, hari kebahagian yang tersirat kesakitan. Lahh tibe emo.

Faham tak faham jelah eh. Shae buat ff ni sepintas je. Maaflah kalau pelik storyline nya AGAGAGGAA

Terima kasih kepada sesiapa yang membaca

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top