B
Namjoon melangkah keluar dari bangunan Kim's company milik keluarganya. Hari sudah lewat malam, tinggal dia dan pengawal bertugas sahaja yang masih berada di kawasan pejabat tersebut.
Semasa dia berjalan menapak ke tempat letak kereta, tanpa sedar dari jauh ada sebuah kenderaan yang menghala laju menuju ke arahnya. Belum apa-apa lagi, tubuhnya ditarik kasar oleh seseorang.
Mereka berdua jatuh ke tepi sebelum sempat kereta tadi merempuhnya. Nafas Namjoon tercungap-cungap, terkejut akan kejadian pantas yang berlaku. Pemandu kurang siuman itu terus hilang dari radar.
"Yahhh." tegur satu suara yang menyelamatkan nyawanya tadi.
Namjoon memandangnya. Gadis itu berdesis pedih sebelum matanya kembali menatap wajah Namjoon.
"Kau tak apa-apa?" soal Namjoon risau. Jelas kelihatan siku gadis itu tercalar sedikit.
"Kau rasa?" soalnya berbaur sindiran.
"Kau masih bernafas jadi aku rasa kau baik-baik saja. Terima kasih selamatkan aku." balas Namjoon lalu berdiri membersihkan tubuhnya yang sedikit berdebu itu.
Membulat sepasang mata gadis itu. Dilihatnya Namjoon berura-ura ingin meninggalkannya.
"Yah yahhh!" sempat kaki Namjoon dipaut kuat dengan sebelah tangannya membuatkan langkah lelaki itu berhenti.
Namjoon menundukkan pandangan ke bawah sambil menjungkit sebelah keningnya.
"Ramyeon meogeullae?"
•••
Jemput baca short story birthday boy kita :) 🖤
Random tag; 1997cm buvbletae jaefavours morkkgie pctrqchors RYANNEZ- themint- salkyea piqakookie_ skyevlette snowybea sxmi_jk taeluvy0u itsdeehere syrfhtae taetannn_ RYANOUR ssawvaend
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top