Prolog
Seluruh kawasan hancur dengan teruk,aku terbaring dengan keadaan yang agak parah. Nafas aku tidak teratur,keadaan sekeliling dan teman-teman aku tidak sedarkan diri.
"Farzana...! Putra! Zainol...!" ujar aku memanggil rakan-rakan aku.
Tiada jawapan yang aku dapat dengar,aku mengetap gigi bangun dengan dalam keadaan badan penuh kesakitan. Mata aku merenung ke hadapan,melihat seorang gadis dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Radzen..." ujar aku dan lelaki yang memerhatikan gadis itu,memandang ke arah aku.
"Aizman...." ujar gadis itu lemah.
"Ouh.. Kau mampu bangun rupanya.." ujar lelaki bernama Radzen itu.
"Ke..Kenapa kau buat semua ni?" soal aku menahan sakit.
"Aku? Kenapa aku buat semua ni? Aku bencikan dunia ni Aizman..." ujar Radzen.
"Lepaskan Maya..! Dia tidak bersalah dalam hal ni!" kata aku.
"Diam!" jerit Radzen menghalakan tapak tangannya ke arah aku.
BRAAM!!!
Aku tersentak sebaik letusan berlaku di bawah kaki aku,lalu tercampak ke belakang dan terjatuh semula. Kuasa Radzen amat kuat dan penuh kebencian,aku tertanya-tanya adakah ini penamat aku?
Aku terkejut apabila mendengar bunyi serigala menyalak,rempuhan kuasa ais berlaku dan Radzen berjaya mengelak. Aku bangkit semula dan melihat Zahir,berdiri sambil mendukung Maya.
"Manusia jijik!!" Radzen ingin meluru ke arah Zahir,namun seorang lagi muncul dengan hayunan penumbuk.
"Iqbal..." ujar aku
"Seorang lagi... Erghhh..." Radzen menyeringai.
"Tak payah buat muka seram la.. Aku tak takut..." Iqbal berkata selamba.
"Bangun Aizman! Pertarungan ni masih lagi belum berakhir!" Zahir menghampiri aku dan memberikan Maya.
"Kau berundur...! Aku akan tahan Radzen kat sini!" ujar Zahir.
"Tapi.."
"Tak ada tapi-tapi,nasib Bio-Wild di tangan kau!" jerkahan Zahir membuatkan aku tersentak.
Tidak lama kapal berwarna putih kelabu,muncul dan aku tahu itu adalah Naomi. Tali laser keluar dari kapal,lalu mengaut Zainol,Putra dan aku yang mendukung Farzana.
"Pegang kuat-kuat!!" suara Naomi jelas kedengaran memberi arahan.
Zahir pula tersenyum sahaja melihat kami pergi,dia memandang ke arah Radzen semula dan Iqbal meluru ke arah Radzen. Satu tumbukan padu dan Radzen menahan,tetapi menyebabkan dia tercampak ke belakang.
"Iqbal!!" aku menjerit dari atas kapal.
Iqbal dan Zahir berpandangan,Iqbal tersenyum ke arah aku. Dia tunjukkan isyarat ibu jari,dia meminta aku pergi selamatkan diri.
"Futile..." ujar Radzen bangkit dan Iqbal bersama Zahir melagakan penumbuk.
"Aku tak terfikir akan bertarung dengan kau.." kata Iqbal tidak puas hati.
"Kau fikir aku nak?" soal Zahir menjeling.
"Jangan halang jalan aku..." ujar Iqbal membalas jelingan Zahir.
"Kelakar.. Aku fikir benda yang sama.." balas Zahir menutupi mulutnya dengan skarf.
Zahir terus membekukan seluruh kawasan,Iqbal memecut ke hadapan meluru ke arah Radzen. Zahir merapatkan kedua tapak tangannya,ais menusuk dari permukaan tanah yang diselaputi ais.
"MARILAH TAK GUNA!!" Jerit Radzen.
Pertembungan kuasa yang kuat jelas dapat aku rasakan dari jauh,perasaan risau sahaja yang bermain di hati. Kapal yang aku naiki semakin lama semakin jauh meninggalkan tempat tersebut,aku harus lakukan sesuatu jika tidak semua hidupan akan hancur.
Iqbal..
Zahir...
Tolong bertahan dan aku janji akan kembali selamatkan kamu berdua!
==========================
Alright seperti mana yang dijanjikan,aku telah update dan published siri yang aku beritahu.
Sebabkan ia prolog aku buat karangan tidak terlalu panjang
Penceritaan sebenar akan bermula di chapter 1
Sila sabar dan tunggu
Aku akan tunjukkan watak-watak utama terlebih dahulu
Watak-watak antagonis akan di tunjukkan selepas chapter 10
Enjoy
Aizman Hazieq Al'Hufaz/Aizman
Seorang pengkaji yang bertugas dalam makmal istana,di bawah penyeliaan professor Zahari Al'Syufa
Merupakan pewaris kuasa dari Bio-Tamer Clan,puak yang bersahabat dengan Bio-Wild.
Seorang yang serius dan akan jadi seperti hilang akal,apabila dia menemui satu perkara yang menarik perhatiannya.
Zainol Ariffin Rudy/Zainol
Rakan satu akademi Aizman yang berlainan negara,dia bersama seorang lagi tinggal di negara Merongwahsa.
Seorang pemain pedang dan pewaris utama dalam keluarganya,seorang yang serius dan kadang kala boleh diajak bergurau.
Farzana Illyana Al'Zamree/Farzana
Gadis kecil dan comel serta seorang pejuang pesawat jet,tetapi dia terpaksa direhatkan kerana pesawat miliknya mengalami kerosakan.
Jika dalam kumpulan dia boleh dianggap sebagai ketua kerana dia yang banyak mengaturkan strategi.
Tegas dan berpendirian teguh serta dada yang besar.
Megat Putra Raden/Putra
Putra seorang dari golongan bangsawan serta mempunyai darah kerabat diraja,tetapi perangainya langsung tidak menunjukkan statusnya. Selalu memikat seorang gadis yang cantik semestinya,dia juga pandai berkata-kata biarpun tidak berjaya.
Stail pertarungan adalah tangan kosong,iaitu menggunakan kedua-dua kakinya.
Naomi
Sebagai pilot dalam kumpulan yang diketuai oleh Aizman,kapal yang dipandunya mampu terbang di udara,menyelam dan berlayar di atas air.
Seorang yang jenis pendiam dan kurang beremosi,tetapi dia tidak suka orang buat sepah dalam kapal.
Zahir Al'Haleem
Pemburu relic dan jenis yang selamba,sempoi namun mengawal darah dan dijadikan sebagai senjata. Kerabat keluarganya majoriti pengguna elemen air & ais.
==============================
Inilah enam watak yang akan keluar terlebih dahulu,beberapa watak yang lain akan ditunjukkan dari semasa ke semasa
Diharap cerita ini mampu menarik minat anda para pembaca
Berikan aku sokongan untuk setia bersama dunia oren ini
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top