Chapter 9 : Trinity Armada,Launch!


Kapal armada siap semuanya dan bahan bekalan sudah penuh diisi,senjata laser dan peluru berpandu. Juga senjata gatling sudah sepenuh diisi dengan lengkap,Ikhwan juga memberikan mereka skuad tambahan untuk menguruskan enjin dan juga dari segi kerosakan jika berlaku.

Naomi memeriksa enjin dan juga setiap suis,memastikan tiada apa yang tertinggal serta terlepas pandang. Aizman dan rakannya yang lain,membawa masuk barang masing-masing ke dalam bilik di dalam kapal yang disediakan.

"Pergh.. Ini bilik ke hotel? Mewah betul.." ujar Putra teruja dan skrin menyala kemudian muka Aizman terpapar.

"Putra.. Siap masukkan barang kau?" soal Aizman.

"Ish kau Aizman. Nak apa?" soal Putra tidak puas hati.

"Kau nak emo apahal? Siap masuk barang kau tu datang ke kokpit.." jelas Aizman dengan muka yang serius.

"Aye aye chief!"

"I'm your captain damn it!"

"Semua okay boss? Enjin semua tidak ada masalah?" soal Ikhwan pada yang mengetuai skuad mekanik untuk kapal Trinity Armada.

"Semua okay Sixth.. Tiada masalah.. This hot chick is ready to blast of!" ujar ketua mekanik.

"Aku harapkan kau tengokkan skuad baru tu. Mereka muda lagi.. Perlu banyak belajar.." ujar Ikhwan.

"Jangan risau boss.. Kami akan tengok-tengokkan mereka.." balas ketua mekanik itu.

"Terima kasih..." ujar Ikhwan.

"Jangan.. Kami yang sepatutnya ucap terima kasih.." kata ketua mekanik itu tersenyum.

Zahir menguap panjang dan menggeliat,dia duduk sambil memerhatikan keadaan bilik pusat kawalan untuk kapal armada ini.

"Apabila kau dah kaya hingga tak tahu nak buat apa.." kata Zahir sendirian.

Tidak lama lepas itu,Farzana disusuli Putra dan Zainol melangkah masuk ke dalam bilik kawalan kapal.

"Perghh..! Luas gila.." ujar Putra kagum.

"Mestilah.. Kapal pun besar seperti bangunan.." Zainol juga bersetuju.

"Sampai pun korang.." ujar Aizman.

"Okay jadi ada apa yang nak diterangkan..?" soal Farzana.

Wajah Ikhwan muncul di skrin besar,mereka semua tampak terkejut dengan keadaan tersebut. Ikhwan kini berada di bilik pemerhati,bilik untuk memastikan kapal berlepas dengan selamat.

"Ah..kamu semua dah berkumpul di sini.. Bagus Aizman.." ujar Ikhwan mengangguk dan Aizman menunduk kepala tanda memberi hormat.

"Saya akan berikan penerangan pantas.. Sila dengar dengan betul-betul.." kata Ikhwan lagi memegang tablet miliknya.

"BAIK TUAN!" mereka semua serentak menjawab.

"Kita mulakan dari Farzana.. Pesawat pejuang awak sudah siap diletakkan di dek.. Segala kelengkapan dan juga service kamu serahkan pada engineering kapal ini.." jelas Ikhwan.

"Faham tuan!" jawab Farzana dengan menabik hormat.

"Seterusnya.. Zainol,mengenai pedang awak.. Jika retak ataupun calar teruk.. Saya ada sediakan bilik khas untuk baik pulih senjata-senjata awak.." Ikhwan memberikan penjelasan dan Zainol meletakkan tapak tangan di sebelah dada kiri kemudian menundukkan kepala tanda mengucapkan terima kasih.

"Bagaimana dengan saya?" soal Putra dan semua mata memandang ke arahnya.

"Kamu tidak menggunakan senjata bukan? Segala kelengkapan ada di dalam kapal ini.. Cuma tolong tahan diri dari bawa perempuan masuk ke dalam kapal ni sesuka hati.." ujar Ikhwan panjang lebar.

Putra terkedu dek apa yang dikatakan oleh Ikhwan,Aizman hanya mampu tersengih dan Zainol menahan tawa. Naomi dan Zahir pula berdiam diri,mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Seterusnya.. Saya akan berikan kamu lokasi-lokasi penting.." sebaik Ikhwan berkata sedemikian,satu peta dipaparkan di skrin.

"Lokasi apa ni tuan?" soal Aizman.

"Ia adalah lokasi yang kamu boleh singgah dan isi bekalan kapal jika sudah kehabisan bekalan penting.. Mengenai bayaran jangan risau.." jelas Ikhwan.

Aizman menggaru kepala sahaja,dia tersenyum kelat dan menghela nafas pendek. Masa untuk mereka berlepas,hanya tinggal 5 jam sahaja lagi.

"Oh ya Aizman.. Keluarga kamu ingin bertemu.." jelas Ikhwan sebelum skrin menjadi gelap.

Aizman mengangguk sahaja dan beredar,Naomi pula sudah terlelap dengan mudah di kerusi pilot. Zahir yang memerhatikan dia,hanya memandangnya dengan muka blur.

Hufaz,Leefa dan Shafieq menunggu Aizman di ruang khas. Aizman muncul tidak lama lepas itu,dia agak sedikit kecewa kerana kelibat ibunya tidak kelihatan.

"Hey abang.. Maaf ganggu.." ujar Shafieq tersengih.

"Tak apa.. Ayah,akak dan Shafieq tak sibuk pula datang sini?" soal Aizman.

"Kamu nak keluar dalam jangka masa yang panjang.. Sudah pasti kami akan datang untuk bertemu kamu sebelum kamu semua pergi.." jelas Hufaz.

"Kami sibuk pun boleh datang.. Tak macam ibu.. Pentingkan kerja dari keluarga dia.." kata Shafieq pula.

"Shafieq!.. Dia ibu kita!" Leefa berkata dengan nada tidak puas hati.

"Jadi? Kenapa dia tiada bersama?!" soal Shafieq dengan bengang,Leefa terdiam dan Hufaz pula tidak mahu masuk campur.

"Cukuplah Shafieq.. Jika ibu tiada,sibuk.. Biarkan dia.. Kita tidak boleh paksa.." Hufaz berkata memujuk anak bongsunya.

Shafieq terus mendiamkan diri dan Aizman hanya mampu tersenyum,dia tersentak dan dadanya berdegup kencang. Aizman hampir terjatuh namun seseorang,sempat memegang lengannya mengelakkan dirinya terus terjatuh.

Zainol rupanya yang menahan Aizman,dia bersama Farzana dan Hufaz agak sedikit terkejut kerana pedang Zainol buatkan dia tertanya-tanya. Seakan mengenali pedang tersebut,dia menggelengkan kepala kerana menanyakan soalan itu pada awal pertemuan dianggap biadab.

Jadi dia biarkan sahaja,masih lagi banyak waktu untuk dia bertanya. Zainol kehairanan kerana seperti perasan Hufaz memerhatikan pedangnya,dia memandang ke arah Aizman.

"Kau okay kawan? Aku rasa kau kurang rehat ni.." kata Zainol.

"Aku okay.. Kenapa kamu semua ada di sini?" soal Aizman.

"Saja nak bertemu dengan family kau.. Lama tak jumpa.." jelas Farzana.

"Jadi kamu semua ni teman Aizman dalam misi nanti? Kamu bertiga je ke?" soal Hufaz.

"Errmm tak.. Dua lagi ada di dalam kapal.." jelas Zainol dan Hufaz mengangguk faham.

"Itu ke kapal yang kamu gunakan?" soal Leefa dan Aizman mengangguk sahaja.

"Besar betul kapalnya.. Macam sebuah bangunan bergerak..." ujar Shafieq.

"Untuk menempatkan Bio-Wild yang bakal diselamatkan.. Ia kena digunakan.." jelas Aizman pula.

"Jadi lepas selamatkan semua Bio-Wild.. Apa rancangan kamu Aizman?" soal Hufaz dan Aizman mengangkat bahu.

"Saya tak tahu.. Itu hanya tuan putera Ikhwan sahaja yang tahu.." jelas Aizman dan Hufaz mengusap dagu sambil mengangguk.

"Okay.. Bila kamu akan berlepas?" soal Leefa.

"Dalam masa kurang 5 jam.." jelas Aizman memerhatikan kapal armada tersebut.

Naomi menaip sesuatu pada keyboard,Zahir pula sudah lena di dalam biliknya. Menunggu masa untuk berlepas,dia tidak dibenarkan oleh Ikhwan keluar dari istana.

Hufaz berjalan melalui kaki lima,sambil ditemani Leefa manakala Shafieq tinggal berbual dengan abangnya.

"Ayah.." kata Leefa dan Hufaz menjeling ke arahnya.

"Kenapa?" soal Hufaz.

"Kenapa ayah kata? Kenapa ayah masih rahsiakan mengenai hal Bio-Wild ini daripada Aizman? Sekarang dia sudah menjadi Bio-Tamer.. Ayah sepatutnya jujur dengan anak ayah.. Kenapa saya boleh tahu sedangkan ayah rahsiakan semuanya daripada Aizman dan Shafieq.." jelas Leefa dan Hufaz terhenti langkahnya.

"Ayah?" Leefa kehairanan dengan tindakan ayahnya mendiamkan diri.

"Leefa nak kata ayah galakkan anak ayah melakukan perkara yang membahayakan?" soal Hufaz dan Leefa menghela nafas pendek.

"Saya beritahu.. Ayah harus berlaku jujur! Kita adalah puak Bio-Tamer yang terakhir!" Leefa berkata menekan ayatnya dan Hufaz tidak menjawab lalu melangkah pergi.

"Father!" Leefa memanggil ayahnya.

"Dark-Bio gonna arise again.." jelas Hufaz dan Leefa hanya mengeluh sahaja.

Perhatian semua anak kapal Trinity,masa untuk berlepas semakin hampir. Semua diminta berada di dalam kapal,untuk mengelakkan kena tinggal! Sekian!

Aizman hanya menekup muka kerana suara pengumuman agak lucu,Zainol dan Putra berlari masuk. Farzana menyusul dari belakang sekadar ketawa kecil,dia terhibur dengan pengumuman tersebut.

"Kena tinggal? Serius ah.! Tak pernah dibuat orang.." ujar Farhan menghampiri Ikhwan.

"Sebabkan tak dibuat orang.. Aku buat la.. Heh.." balas Ikhwan tersengih.

"Suka hati kau la Wan.. Janji kau happy.." ujar Farhan.

"Aku sentiasa happy.." balas Ikhwan lagi.

Zahir yang terbangun hanya terkebil-kebil,dia bangun dengan muka serius lalu mencapai buku novel dan terus membaca.

Zainol mengambil tempat duduk sebaik tiba di control room,Farzana dan Putra menyusul manakala Aizman hanya memeriksa keadaan kapal.

"Oi kapten.. Kau duduk sana.." jelas Zainol menuding ke arah kerusi tunggal,kerusi untuk komander kapal armada.

"Aku?" soal Aizman dan tiga rakannya mengangguk.

"Yelah kau la.." ujar Putra.

"Yup.. Tiada orang lain.." kata Farzana.

Aizman menghela nafas pendek malas nak berkata apa-apa,dia segera duduk di kerusi khas. Naomi menunggu arahan daripada dia,Aizman menarik nafas panjang dan landasan mula disediakan.

Pintu terbuka dan Naomi dengan muka yang tenang,bersiap-sedia untuk mengemudikan kapal. Shafieq yang memerhatikan dari ruang yang disediakan,hanya tersenyum mengangguk sahaja.

Ikhwan yang berada di bilik pemerhati,hanya menyilangkan kedua tangan memerhatikan kapal armada itu mula bergerak.

"Dalam kiraan 3..kita akan berlepas..."

3...

2...

1..

"Trinity Armada! Launch!!"

======================

Apa rahsia yang disimpan oleh Hufaz,kenapa ibu Leefa,Aizman dan Shafieq tidak pernah bertemu dengan mereka?

Masih lagi di awal cerita

Kena sabar

Akan ada jawapan

Tiada komen minta update cepat okay?

Itu je lah

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top