Chapter 6 : Girl With The Three Bio-Wild
Kapal armada megah tersergam di dek,Aizman hanya tergamam melihat reka bentuk kapal armada tersebut. Apatah lagi tiga orang rakannya,Zainol melopong dan Putra tersengih melihat betapa besarnya kapal tersebut.
Farzana hilang kata-kata,dia menarik nafas panjang lalu menghampiri Ikhwan. Aizman masih leka memerhatikan kapal gergasi itu,Ikhwan yang sedang berbincang dengan mekanik yang ditugaskan menyedari Farzana menghampirinya.
"Tuan..!" kata Farzana menabik hormat,Ikhwan membalas tabik hormatnya.
"Ya.. Leftenan muda kelas Paladin,Farzana Illyana Al'Zamree.." ujar Ikhwan.
"Satu penghormatan bagi saya kerana tuan mengingati nama saya.. Tuan!" kata Farzana.
"Jadi ada sesuatu yang kamu mahu daripada saya?"
"Tidak apakah untuk kami diberi kapal sebesar ini?"
Ikhwan terkejut mendengar soalan tersebut,Zahir dan Naomi hanya menjeling sahaja. Ikhwan kemudian tersenyum sahaja,dia ketawa kecil dan membuatkan Farzana kehairanan.
"Tuan? Saya tanya soalan yang salah ke?" soal Farzana.
"Tidak.. Maaf,kapal armada ini adalah pesawat kamu berenam.. Kamu perlukan kapal ini untuk memuatkan pesawat tempur kamu.." jelas Ikhwan dan Farzana terkejut.
"Naomi.. Kamu boleh masuk untuk persediaan.." ujar Ikhwan memandang ke arah Naomi.
"Baiikkkk..." jawab Naomi dengan muka mengantuknya.
"Jadi Sixth?" soal Zahir dan Ikhwan menoleh ke arahnya pula.
"Kau akan jadi sebahagian dari skuad baru ini.. Harap kau boleh bantu mereka sebagai senior..." ujar Ikhwan.
"Boleh rasanya.. Tapi saya minta keizinan untuk bergerak solo juga.." jelas Zahir dan Ikhwan sekadar menghela nafas pendek.
"Asalkan kau tidak sesat terlalu lama.." kata Ikhwan.
Zahir hanya tersengih kelat,dia memandang ke arah Aizman serta tiga orang rakannya. Naomi pula sudah berada di kokpit pilot,menekan butang untuk memeriksa keadaan kapal tersebut.
"Kamu semua ada masa dua hari untuk memulakan misi.." jelas Ikhwan.
"Bagaimana tempat tinggal kami untuk persiapan..?" soal Zainol pula.
"Ada bilik dalam kapal tu.. Nama kamu masing-masing telah diletakkan di bilik tu.. Dan.. Nah.." kata Ikhwan sambil menghulurkan beberapa keping kad kunci.
"Adakah ia kunci bilik?" soal Farzana meneka dan Ikhwan tersenyum sambil mengangguk.
Zainol memandang ke arah Aizman,Putra hanya mengambil kad kunci yang bertulis nama dia di atas kad tersebut. Tidak lama lepas itu disusuli yang lain,termasuk Zahir juga.
"Err.. Bagaimana dengan selok belok kapal ni? Maksud saya kapal ni besar lebih besar dari tiga rumah banglo.. Jadi kalau tak ada yang menunjukkan jalan.. Kami boleh sesat.." jelas Farzana.
"Jangan risau.. Aku dah panggil seseorang.." jelas Ikhwan.
Aizman dan Farzana serta yang lain,hanya menunjukkan reaksi kehairanan dan seseorang muncul menghampiri mereka.
"Hey Ikhwan.." Ikhwan menoleh sebaik disapa,professor Zahari Al'Dariuz berjalan sambil tangannya disimpan belakang badan.
"Uncle Zahari.." ujar Ikhwan bersalaman dengan Zahari.
"Jadi inilah kapten dan anak kapalnya?" soal Zahari.
"Yeah.. Ini anak Paladin Hufaz. Hazieq Aizman Al'Hufaz.. Ini pula pilot terbaik Mentari.. Farzana Illyana Al'Zamree.. Yang berpedang tu,Zainol Ariffin Rudy dari Merongwahsa dan blonde ini dari Jaguar Megat Putra Raden.. Serta ini Zahir Al'Haleem... Sorang dah masuk buat double check up.. "ujar Ikhwan panjang lebar.
"Bagus lah.. Kau bukan ada urusan lain? Kenapa masih tak gerak lagi?" soal Zahari.
"Tunggu uncle la.. Takkan nak tinggal je.. Haih uncle ni.. Okay lah.. Tolong tunjukkan mereka bahagian dalam.." kata Ikhwan dan beredar.
Aizman,Farzana,Zainol dan Putra serta Zahir hanya memerhatikan Ikhwan beredar. Zahari pula memandang ke arah mereka,memberikan senyuman dan berbalas anggukan kepala tanda salam hormat.
"Jadi mari ikut saya.. Saya tunjukkan bahagian dalam kapal ini.." Zahari mempelawa dan mereka mengangguk menurut.
Satu kawasan hutan amazon jauh dari negara Mentari,ada adegan kejar-mengejar terjadi. Seorang gadis berambut panjang,melarikan diri dari dikejar oleh lima orang berpakaian lengkap seperti skuad SWAT.
"KEJAR PEREMPUAN TU! JANGAN BAGI LEPAS!!"
"SEBELAH SINI!!"
"SASARAN HILANG!!"
Gadis berpakaian jaket putih dan sebelah dalam seperti sut gear hitam,bersembunyi dari dikesan dan sebaik yakin tiada siapa mengesannya barulah gadis itu melepaskan nafas lega.
"Defused Soul.."
Tiga cahaya terpisah dari tubuhnya,tiga ekor anjing jenis hound dog bionic. Sama seperti serigala zirah Aizman,gadis itu atau namanya Maya menyandar pada pokok.
Nafas termengah-mengah kepenatan,dia memegang serpihan aneh yang bersinar. Dia memejamkan mata sambil mendongak,awan mendung menunjukkan tanda ingin hujan.
"Mesti cari serpihan ni.. Mesti halang kebangkitan Dark-Bio.." ujar Maya dan terus beredar sambil diekori tiga Mecha Hound Dog.
Blade,Garren dan Chalice itulah nama tiga Bio-Wild Hound Dog. Tiba di satu tempat,Maya sedar ada seorang lelaki yang di antara mengejar dia tadi berada di hadapannya membelakangkan dia.
"Chalice,Soul Fusion.." ujar Maya dan Hound Dog bernama Chalice,bersinar menjadi cahaya dan bergabung.
Maya memegang busur dan menarik tali busur,anak panah bercahaya merah muncul sebaik tali ditarik.
"Blade,Garren.. Stealth mode.." arah Maya dan dua lagi Hound Dog,menjadi mod halimunan.
TUSSH!!
Anak panah menembusi dada musuh dari belakang,musuh itu terus tumbang dan Maya segera bertindak. Dia meluru ke arah musuh,Maya menangkap tubuh tersebut lalu dimasukkan ke dalam semak.
Maya memfokuskan daya penglihatannya,sebaik dia bergabung dengan Chalice. Maya diberi kelebihan mampu memerhatikan musuh dari jarak yang sangat jauh,Maya ternampak tiga orang musuh dari jauh menuju ke arahnya.
Gadis itu melompat dan mendarat di atas pokok,dia melompat dari dahan ke dahan pokok yang ada. Blade dan Garren pantas bergerak mengekorinya,Chalice pula masih dalam bentuk busur.
"Defused.."
Chalice berpisah dan terus ke mod halimunan juga,Maya matanya fokus ke hadapan memerhatikan musuh yang dia dekati.
"Garren.. Soul Fusion.."
Maya memberi arahan dan Garren,bersinar dan berubah menjadi cahaya. Maya siap-sedia dengan dua pucuk pistol,Maya mendarat di dahan pokok berhampiran tiga orang musuh itu.
Maya terus melompat dan mendarat di hadapan tiga orang berpakaian askar elit,mereka terkejut dengan tindakan Maya yang muncul dengan tiba-tiba.
"There she is!"
"Shoot!!"
"Kill her!!"
Maya bergerak ke kiri dan ke kanan,mengelak tembakan bertalu-talu pihak musuh. Maya memusingkan dua pucuk pistol miliknya,renungan mata yang dingin ditujukan ke arah mereka bertiga.
"Let's dance..."
Bam!!
Bam!!
Bamm!!
Sekelip mata sahaja tiga orang musuh,sudah rebah dengan lubang di atas kepalanya. Maya memusingkan dua pucuk pistolnya,helaan nafas dilepaskan dan dua pucuk pistol berubah semula menjadi Hound dog.
Blade dan Chalice muncul sebaik mod halimunan,dimatikan dan menghampiri Maya serta Garren.
"Mission Accomplished.."
Siapakah Maya ini
Adakah dia musuh atau sekutu?
Relax
Cerita baru permulaan,kita chill dulu
Komen di ruangan yg disediakan
Dan vote jangan lupa😂
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top