Chapter 50 : War & End of Humanity?


TANG!!

ZRASSH!!!

Zainol berpusing lalu melibaskan tetakan ke arah makhluk kegelapan seruan Radzen,Iqbal melagakan kedua penumbuknya dan merempuh puluhan minion seruan Radzen.

BOOMM!!!!

Zahir mengelak serangan ganas makhluk tersebut,kemudian Zahir membekukan makhluk itu dalam sekelip mata. Nafas dihelakan dan wap dingin terhasil,sekelip mata sekeliling kawasan terbeku serta membekukan puluhan minion Radzen.

ZWOOOSS...!!

Pertarungan dahsyat sudah bermula dengan sengit,Putra tersengih dan menjilat bibirnya. Lantas dia melompat tinggi,kaki diangkat dan api marak terhasil.

BRAAAMMMM!!

KRAAKK..!!!

KRAAAKKK!!

Aizman dan Radzen bertembung lagaan pedang,percikan bunga api terhasil dengan lagaan dua bilah senjata mereka berdua.

Enam objek seperti bulu pelepah terbang dari sayap zirahnya,Radzen tersentak dan segera berundur mengelak serangan objek tersebut.

TUSSHH!!

TUZZMM!! TUZZMM!!

Radzen mula geram dan menghalakan meriam kepala pterodactyl,ke arah Aizman dan tembakan dilepaskan.

Namun Aizman kekal tenang,enam objek berbentuk pelepah terus mendekati Aizman dengan laju.

Enam objek itu terus membentuk perisai prism,menahan mudah serangan daripada Radzen.

Apa yang berlaku ketika itu buatkan Radzen terkejut,Aizman menyimpan pedangnya dan mencabut dua pucuk pistol berkepala serigala.

"Sekarang giliran aku.." ujar Aizman menarik picu.

TUZZMM!! TUZZMM!!

TUZZMM!!

Radzen terus menjadikan kepak zirah sebagai pelindungnya,Radzen tertolak jauh ke belakang dek tembakan deras Aizman.

Tembakan bertalu-talu dilepaskan dan Aizman menghela nafas,kemudian dirapatkan kedua-dua pucuk pistol tersebut dan Radzen terkejut.

Pistol itu kedua-duanya bergabung menjadi satu,kemudian menjadi sebuah meriam mini dan dihalakan ke arah Radzen.

KzzzTT!!!

"TAKE THIS!!"

ZRNNGGG!!!!!

Tembakan yang seperti meriam partikel laser,dilepaskan dan merempuh Radzen dengan dahsyat sehingga menolaknya jauh. Walaupun Radzen sempat merapatkan kepaknya,menjadikan sebagai perisai.

"ERGHHH..!!!"

ZRUUUU!!!!

Aizman kembali memisahkan kedua-dua pucuk pistol tersebut,dia menyarung semula di bahagian kiri dan kanan pinggangnya. Radzen jatuh menjunam ke tanah dan menyeret,sehinggalah terhenti selepas melanggar pokok besar dan pokok tersebut tumbang dengan kasar.

Radzen terkial-kial bangkit dan menahan sakit,Steros yang memerhatikan dari satu sudut tidak diketahui hanya menghalakan tangan ke arah bola kristal. Radzen tersentak dan aura gelap semakin tebal,Aizman yang mendarat tidak jauh dari Radzen agak terkejut.

Aizman terkejut kerana dia tahu Radzen dikawal oleh seseorang,walaupun tidak sepenuhnya tetapi Aizman tahu individu itu bukanlah calang-calang. Aizman bagaikan melihat sepasang mata yang tajam sedang merenungnya,namun dia memejamkan matanya kemudian nafas segera diatur.

Dua objek terbang dan mendekati Aizman,lantas disambar kemas oleh Aizman. Dua bilah pedang berbentuk bulu pelepah sebesar lengan,berada di pegangan kedua-dua tangannya. Steros tersengih sahaja melihat tindakan Aizman,dia memetik jarinya dan Radzen menjerit lalu kuasa gelap semakin kuat.

Aizman terkejut apabila Radzen terus meluru laju ke arahnya,Aizman menahan segera tetakan Radzen yang mula menggila.

TANG!! TANG!!

ZRASSH!!!

Hayunan deras dielak oleh Aizman dengan melompat terbang ke udara,Radzen matanya bersinar merah kegelapan dan berpusing memandang ke arah Aizman. Kepaknya dikembang dan terus terbang,Aizman sedar zirah Radzen agak teruk kerosakannya.

ZRANGG!!!

TANG!!

"HENTIKANNYA!! BIO-WILD KAU SEDANG KESAKITAN!!" Aizman cuba menyedarkan Radzen.

"Diam..!! Diam...!!" Radzen menjerit.

Eric dan Nicole hanya menyaksikan pertarungan mereka dari jauh,Aizman tercampak ke belakang dan merasai kuasa gelap yang mengawal Radzen semakin kuat.

Pertembungan di antara Aizman dan Radzen,semakin sengit dan membuatkan Aizman risau keadaan Radzen. Dia harus bebaskan Radzen dengan segera,tetapi Steros tidak memberikannya peluang.

"Dia semakin tidak terkawal!! Curse for somebody who control his mind!!" ujar Aizman sendirian.

"Cuba bebaskan dia.. Kau masih mentah Bio-Tamer.." Steros meningkatkan kuasanya.

Radzen juga segera meningkatkan kuasanya atau lebih tepat,kuasa kegelapan dan Aizman tersentak kerana melihat soul Bio-Wild milik Radzen mengerang kesakitan.

"Apa kata kita tamatkan permainan yang sia-sia ni?" Steros berkata dengan sinis.

Dark-Bio mula bereaksi dan mengaum sekuatnya,Radzen diselubungi aura kegelapan dan terus diserap masuk ke dalam tubuh Dark-Bio tersebut.

Apa yang berlaku mengejutkan semua,Aizman,Zainol,Zahir,Putra dan Iqbal. Maya dan Farzana yang sedang bertempur dengan makhluk bayang juga tidak terkecuali. Nicole menekup mulut dan hampir terjatuh,Eric sempat menahannya dari jatuh.

"Nicole! Get hold yourself!" ujar Eric.

"Radzen.. Dia.. Radzen.." kata Nicole mula menangis,Eric tidak mampu berkata-kata.

Aizman yang terapung di udara tidak menyangka perkara ini,kali ini dia harus berhadapan makhluk yang besar yang berpuluh kali ganda dari saiz badannya.

ROOAAARRR!!

Dark-Bio mengaum dan melepaskan tembakan ke seluruh kawasan,Aizman terkejut dan Maya sedaya-upaya mengelak serangan. Farzana terpaksa terbang lebih tinggi.

TUZZZMM!!

BOOMM!!!

Aizman menoleh ke satu arah apabila ada satu serangan mengejut mengenai Dark-Bio yang mengganas,Trinity Armada terbang dari jauh dan menembak Dark-Bio. Naomi dengan muka tidak berperasaan,menekan pemicu laser secara berperingkat.

TUZZZMM!!

BOOMM!!

GROOAAARR!!!

Dark-Bio mengaum dan menghasilkan perisai menahan tembakan kapal armada,Naomi pula menekan sesuatu dan meriam partikel laser dikeluarkan. Aizman tersentak dan tersengih,dia terus terbang ke arah kapal armada.

"All unit! Return to the ship!!" kedengaran suara Aizman di hujung alat komunikasi.

Semua yang mendengar terus bergerak,Iqbal hanya tersengih dan terus mengekori Putra,Zainol serta Zahir.

Pedangnya dicampakkan dan terbang tersimpan pada sayap zirah,kemudian berhenti dan terapung di atas kapal armada tersebut. Farzana juga tiba di sebelahnya,Maya tidak ketinggalan dengan upgrade Garren menjadi sebuah meriam siap-sedia di dek kapal hadapan sekali.

"Naomi! Maya! Farzana! Dalam kiraan 3.. Lancarkan serangan secara serentak!!" arah Aizman.

"Zainol,Putra,Zahir.. Korang tolong serang di jarak yang dekat.. Hancurkan perisai dia!" arah Aizman lagi.

"Aku pulak?!" Iqbal berkata mencelah dengan tiba-tiba,Aizman terkebil-kebil.

"Kau siapa?" soal Aizman dan Iqbal tergolek.

"Aku tolong korang dari tadi okay?! Sampai hati dah lupakan aku!?" soal Iqbal.

"Kau watak baru muncul.. Adat la orang terlupa.." ujar Putra mengorek telinga.

"Betul lah. Aku pun hampir lupakan dia.." balas Zahir poker face.

"No komen.." ujar Zainol.

"Curse all of you!!" Iqbal berkata kecewa dan Aizman mengeluh.

"Kau bantu mereka bertiga.. Hancurkan perisai Dark-Bio tu.. Boleh?" Aizman berkata dengan serius ke arah Iqbal.

"Roger boss!" Iqbal menabik hormat dengan tersengih.

"Semua sedia!! Mulakan serangan..!!"

Zainol memecut ke arah Dark-Bio yang berdiri tegak,perisai masih aktif manakala Putra bagaikan berjalan di atas udara melompat tinggi. Zahir pula meluncur di atas landasan ais ciptaannya,Iqbal menyusul berlari pantas dan tanah merekah dek lariannya.

"TEKNIK PEDANG BERKEMBAR..." Zainol memegang erat dua bilah pedangnya.

"FREE STYLE FLAME..." Putra mengangkat sebelah kaki dijulangkan ke atas langit.

"BLIZZARD TECHNIQUES.." Zahir juga sama.

"WILD TECHNIQUES.." Iqbal berkata dengan tersengih.

Aizman,Farzana,Maya dan Naomi menunggu sahaja untuk keempat pemuda itu menjalankan tugasan mereka.

"POTONGAN BERSILANG!!"

"TENDANGAN BERAPI!!!"

"ICE CAGE.."

"HEAD CRUSHER!!"

ZRASSH!! ZWOOSSH!!

DUSSSHH!! KRASSHH!!

KRAARARAAKK!!

KRAAAANGGGGGG!!!!

Serangan potongan dan tendangan daripada Zainol dan Putra,menghancurkan perisai manakala separuh tubuh Dark-Bio terbeku dan rempuhan Iqbal membuatkan raksasa itu hilang imbangan.

"Sekarang!! Maya! Farzana! Naomi!"

Farzana menekan butang dan satu bahagian pesawatnya,terkeluar senjata meriam partikel dan tembakan terus dilakukan. Maya juga sama melepaskan tembakan berkuasa tinggi,Naomi tidak ketinggalan.

ZRUUUNGGGGG!!!!!!!

Tiga serangan bergabung menjadi satu lalu merempuh Dark-Bio,Aizman pula meningkatkan kuasanya dan terbang memecut laju ke arah Dark-Bio tersebut. Steros tersengih licik dan Dark-Bio bersinar matanya,Aizman dan rakannya terkejut kemudian Dark-Bio menyedut kuasa serangan Farzana,Maya serta kapal armada tersebut.

"Dia sedut serangan tu?!" Putra terkejut.

"Teruk! Aizman!!" Maya mula risau.

Aizman yang menyedari tindakan Steros sudah terlambat,dia juga sama disedut masuk ke dalam tubuh Dark-Bio bersama-sama serangan tadi. Zainol dan Zahir terkedu manakala Iqbal hanya mampu tergamam,Putra mengetap gigi menahan marah. Farzana terkedu dan Naomi juga tidak mampu bereaksi di sebalik muka tidak berperasaan,Maya mengetap gigi manakala Nicole hanya melutut begitu juga Eric yang putus harapan.

"AIZMAN!!!"




🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

What's going on?!

It's the end of them?

Bersabar untuk sambungan akan datang

Jangan membuat konklusi,cewah

Vote dan komen

Jangan komen mintak update

See you guys in next chapter

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top